Sunday, July 14, 2013

untitled

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

Roh manusia ini ada dalam dua keadaaan, tidak ada yang ketiga. Iaitu dalam keadaan bahagia dan dalam keadaan derita. Apabila ia dalam keadaaan derita, maka timbullah perasaan resah dan gelisah, merungut, tidak redha dan mengkritik dan menyalahkan takdir Allah ,tidak sabar dan tidak bertawakkal, timbullah akhlak buruk yang menyengutukan Allah dengan yang lain dan akhirnya tidak percaya akan ketentuan Nya atau dalam erti kata lain kufur. Apabila ia dalam kesenangan, maka ia menjadi mangsa tamak haloba, keborosan , bakhil, hawa nafsu kebinatangan dan ke-iblis-an. Nafsunya tidak puas-puas. Maka kesenanganya itu sementara dan ada pula yang terlalu singkat.Maka ia tidak lepas di dalam keadaan susah dan derita sama ada secara zahir atau batin yang dirasai secara halus. Sesungguhnya derita yang paling azab ialah mencari atau menuntut apa yang bukan diuntukkan kepada kita. Apabila ia dalam keadaan kesusahan, tidaklah ia mahu yang lain kecuali meminta kesusahan itu dihilangkan dan merungut, Tetapi apabila ia diberi kesenangan dan keseronokan, maka kembalilah ia menjadi tamak dan melakukan dosa serta maksiat. Oleh yang demikian, barangsiapa berkehendakkan keselamatan dalam hidup di dunia ini dan di akhirat maka hendaklah di tanamkan dan disuburkan perangai sabar dalam diri, selalu dibajai dengan bertawakkal kepada ilahi, jauhkan merungut terhadap manusia yang lemah sifat walaupun ia seorang yang hebat. Mohonlah pada Tuhan yang Maha Pencipta dan Maha Agung, patuhlah kepada Allah dan abdikan diri yang Maha Esa.