Wednesday, April 21, 2010
Mengapa Kupilih Dia
Ya..pencarianku sudahpun berakhir, tanpa aku benar-benar menyedari bilakah saat itu menjelma. Akhirnya kupilih 'dia', kerana AGAMA yang ada pada dirinya.
Mungkin dia tidak sehebat Khadijah, tidak sepintar `Aisyah, dan tidak juga setulus Hafsah Ummahatul-Mu'minin...Namun ku sedar, daku jua tidak memiliki wibawa seagung Baginda Rasulullah s.a.w, dan aku tidak juga mampu menggenggam taqwa seteguh Para Sahabat Radhiyallahu `Anhum.
Begitupun, 'dia' tetap wanita yang terhebat pernah ku temui sepanjang hidupku. Dia mungkin tidak sewarak Fatimah, juga tidak sezuhud Rabi`ah, tetapi aku dapat lihat kecekalannya memelihara iman yang dimiliki olehnya.
Kupilih 'dia' kerana akhlaknya..kesungguhannya menjunjung syariat, dalam kesukaran dan kepayahan kehidupan dunia yang semakin mencabar. Ketika umat ini majoritinya bagaikan buih-buih di lautan, 'dia' pula bagaikan sebutir mutiara putih yang tersembunyi di celah pasir...sungguh beruntung mana-mana lelaki akhir zaman yang berjaya memiliki dirinya.
Kupilih 'dia' kerana sifatnya yang amat sederhana. Dia tidaklah seanggun Hawwa', atau secantik Iqlima..dan dia tidak juga memiliki harta serta pengaruh sehebat Bilqis. Akan tetapi dialah yang berjaya menambat hatiku ini, mengukir kasih di dalam jiwaku sedalam-dalamnya..meskipun diriku ini tidak memiliki ilmu setinggi Adam, tidak punyai hati seikhlas Habil..dan tidak mampu memikul amanah seberat Sulaiman, `alaihimus-Salam.
Kupilih 'dia', kerana kufu antara dirinya dengan diriku; kebolehannya yang peka membaca suasana persekitaran, serta keupayaannya menterjemah gerak hati menjadi kata-kata...dia umpama cermin bagiku, dan aku pula bagaikan permukaan tasik yang hening untuknya.
Kupilih 'dia', kerana dia umpama air yang menyuburkan tanah yang tandus dipanah bahang mentari..dan aku harap dia memilihku, supaya aku dapat menjadi tanah yang menerbitkan mata air dan tanaman, untuk manfaat seluruh alam.
Aku sedar, mungkin diriku ini bukanlah lelaki yang paling baik untuknya. Masih ramai lelaki lain yang layak untuk menjadi imam di hadapannya. Namun daku tak putus memohon kepada Sang Pencipta yang Maha Esa, agar mengizinkan daku menjadi muazzin kepada zuriat yang bakal dilahirkan olehnya...Semoga daku ini diperkenankan menjadi ketua keluarga untuknya..yang bakal diamanahkan menghulur zakat fitrah bagi pihaknya.
Semoga 'dia' menjadi suri untukku sepanjang sisa hayatku di dunia, dan menjadi pemimpin bidadari yang menyambut ketibaanku di akhirat nanti, moga kami terselamat dari siksaanNya. Ya~Rabb, perkenankanlah..
Bila Dalam Hati Ada Cinta....
Bila Dalam Hati Ada Cinta....
Eemm... sekarang musim bunga-bunga cinta sedang mekar dan berkembang.. tersenyum saya.. hari ini saya telah menerima banyak kad jemputan walimatul urus.. berbagai bentuk dan gaya.. dari sekecil kad sampai bentuk kalendar pun ada. seronok bila lihat cinta yang disemai.. tumbuh subur hingga terlihat bunganya yang berwarna warni.. mekar dan wangi.. lalu kata sepakat dicapai dan disatukan lah dua hati dan jasad agar halal dan diredhai Ilahi.. tahniah buat teman,handai taulan yang bakal merubah status.. kepada yang masih mencari.. teruskan misi.. kerana PADA SAAT YANG TEPAT DAN TELAH DIJANJIKAN ALLAH.. kalian pasti akan bertemu....
*Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.~ Mahatma Ghandi
*Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.
*Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”
*Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.
*Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
*Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
*Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu Coba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.
*Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
*Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
*Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.
*Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka
*Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.
*Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
*Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan, pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
*Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping. Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.
*Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.
*Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan karena perginya tanpa berpatah lagi.
*Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.
*Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !
*Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.
*Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.~ Hamka
*Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.
*Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya
*Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
*Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.
*Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
*Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)
Moral : bila dalam hati ada cinta, manusia akan rasa bahagia.. namun sering kita terpesona pada cinta dunia dan cinta manusia semata.. justeru, jangan kita lupa bahawa mencintai Yang Maha Pencinta itu jauh lebih nikmat perasaannya...
"Cinta dikatakan bergerak dari titik yang lebih tinggi menuju titik yang lebih rendah. Serupa dengan hal tersebut,maka jika cinta kepada Tuhan tumbuh di dalam hati kita, itu pertanda Cinta Tuhan kepada kita. Seperti yang dikatakan seorang sufi, “Pada mulanya, aku keliru dalam empat hal. Aku mencoba untuk mengingat Allah, mengetahuiNya, mencintaiNya, dan mencariNya. Sesampainya di tujuan, aku melihat ternyata Ia mengingatku sebelum aku mengingatNya, pengetahuanNya tentang diriku mengalahkan pengetahuanku tentangNya, cintaNya padaku sudah ada sebelum cintaku padaNya, dan Ia sudah mencariku sebelum aku mencariNya”
cinta tidak semestinya memiliki.. cinta adalah membiarkan yang dicintai berbahagia walau bukan bersama dengan kita.. cinta adalah bahagia kerana dapat membahagiakan...
Jannah di sebalik musibah...
Jannah di sebalik musibah...
Allah lebih kasihkan hamba-Nya melebihi kasih seorang ibu kepada anaknya. Apabila si ibu sayangkan anak-anaknya, dia akan mengawal anak-anaknya daripada melakukan sesuatu yang boleh membahayakan walaupun sesuatu yang membahayakan itu sangat disukai oleh si anak. Misalnya, anak yang baru belajar merangkak, merangkak di tepi tangga. Dia akan menangis jika dihalang… Mengapa?
Fikiran si anak yang masih kecil tidak boleh menjangkau kebimbangan si ibu. Si anak hanya tahu hendak main sahaja, tanpa mengetahui bahayanya bermain di tepi tangga. Jangkauan fikiran sianak masih cetek dan pendek. Sebaliknya, siibu yang melarang dan menegah sudah nampak bahaya yang bakal berlaku.
Satu ketika yang lain, sianak sakit. Siibu menyuapkan ubat. Anak meluahkannya semula. Pahit. Tetapi puas ibu memujuk, itu ubat. Sianak masih berdegil, lalu siibu memaksa anak meminum ubat itu dengan cara yang lebih keras dan tegas.
Begitu kita dengan Allah (walaupun sebenarnya nisbahnya terlalu jauh). Akal manusia adalah terbatas. Sedangkan ilmu Allah Maha luas. Begitu apabila Allah menetapkan sesuatu peraturan dan kejadian, pasti ada hikmah di sebaliknya. Kekadang, hikmah itu mampu dijangkau oleh fikiran dan adakalanya tidak.
Namun contohilah orang beriman. Apabila Nabi saw menyampaikan perintah Allah, para sahabat akan terus berkata, “kami taat dan kami patuh” walaupun adakalanya perintah itu sangat sukar dan pahit. Dan apabila berlaku satu musibah, para sahabat akan berkata, “telah berlakulah janji Allah.” Mereka bukan insan tanpa perasaan dan fikiran, tetapi apabila iman mendominasi hati, fikiran dan perasaan dipaksa tunduk kepada ketentuan Ilahi.
Bila datang perintah, orang beriman akan memberi respons yang telah digambarkan oleh Allah menerusi firman-Nya:
“Hanyasanya ucapan orang beriman apabila diperintahkan melakukan sesuatu ialah kami dengar, kami taat.”
Manakala apabila mereka ditimpa musibah mereka akan berkata:
“Mereka yang apabila ditimpa musibah akan berkata, kami milik Allah kepada-Nyalah kami akan dikembalikan.”
Mereka yakin setiap perintah Allah seperti solat, puasa, sabar dan sebagainya itu semuanya bermaksud baik belaka. Dan mereka juga yakin setiap musibah seperti kematian, kesakitan, kegagalan, kemiskinan dan sebagainya, pasti ada hikmah di sebaliknya. Justeru, jika kita ingin menteladani mereka, paksalah diri supaya akur dengan setiap perintah dan menerima dengan sabar setiap musibah. Yakinlah, bahawa Allah swt inginkan keselamatan dan kebahagiaan buat kita dengan segala perintah dan musibah-Nya.
Namun begitu, mengapakah masih ramai manusia yang tidak patuh pada perintah dan tidak sabar dengan musibah? Ini semua kerana kurangnya ilmu dan lemahnya iman. Dengan ilmu kita sedar setiap musibah ada hikmahnya. Dengan iman kita boleh menteramkan hati dengan mengingati Allah. Bagi orang-orang yang benar-benar beriman, apa sahaja yang datang daripada Allah adalah baik walaupun buruk pada pandangan diri mereka sendiri. Mereka beriman dengan apa yang Allah swt tegaskan dalam sebuah hadis Qudsi:
“Wahai anak Adam, jika engkau sabar dan mencari keredhaan pada saat musibah yang pertama, maka Aku tidak meredhai pahalamu selain syurga.”
Tidak salah bersedih dengan musibah. Tidak salah terasa menderita sewaktu mentaati perintah Allah. Namun jangan membantah dengan sombong. Dan jangan bersedih secara keterlaluan. Apakah kita tidak yakin lagi Allah Maha Mengasihi dan Maha Mengetahui?
Alangkah malangnya sianak yang meluahkan ubat yang disuapkan ibunya… Namun lebih malang lagi seorang hamba yang menolak hikmah musibah yang “dihadiahkan” oleh Tuhannya! Dia akan menderita dua kali. Pertama, menderita oleh musibah itu. Kedua, oleh terluput dan tercabutnya hikmah di sebalik musibah itu.
Justeru, jika sekarang aku, kau dan kita dilanda musibah… cubalah tersenyum (walaupun pedih amat), kenang-kenangkan bujukan Allah. Mudah-mudahan kita mendapat jannah (syurga) di sebalik musibah ini! Amin.
Wallahua’lam.
Sunday, March 28, 2010
Hukum pemakaian gelang di kaki
Soalan:
Saya nak tanya soalan berkaitan dengan pemakaian gelang di kaki. Samada gelang emas atau silver atau gelang manik. Saya nak tahu ada tak hukum pemakaian gelang tersebut apatah lagi gelang tersebut dipakai bersama dengan loceng. Abang saya tidak membenarkan saya memakai gelang loceng sebab syaitan suka bunyi loceng ini seolah kita memanggil-manggil syaitan. Kalau tak salah lah, saya ada membaca kisah dulu2 kalau pakai gelang di kaki merupai orang pelacur di zaman jahiliyah atau perempuan tidak senonoh. Saya harap kisah itu tidak benar kecuali kalau ada hadis atau bukti yang melibatkan hukum pemakaian gelang di kaki samaada harus, sunat atau ada tatacara pemakaian gelang di kaki.
Jawapan:
Pada asasnya pemakaian gelang hukumnya harus sahaja, selagi mana ianya bertujuan untuk kebaikan dan tidak mendatangkan maksiat dan fitnah. Kebaikan yg dimaksudkan ini perlu dilihat dari beberapa sudut, siapa, apa, dimana, bagaimana dan niat pemakaiannya. Misalanya, kaum lelaki tak boleh pakai gelang kerana menyerupai wanita, hanya wanita ada keharusan. Keharusan ini pula bergantung kepada tujuan dan niat, misalnya orang melayu jarang memakai gelang di kaki sebaliknya orang India terutamanya di India gemar memakainya gelang berloceng yang disebut 'silver kolusu' (gelang kali yg berloceng) dan metti (gelang jari kaki yang berloceng) dan merupakan suatu kebudayaan serta keperluan dalam masyarakat tersebut. Contohnya, wanita yang mula mengandung digalakkan memakai gelang loceng di kali agar diketahu gerak-gerinya oleh isi rumah spt ibu mertua & suaminya.
Hatta jika wanita ini tidur lama pada posisi suatu bahagian akan diketahui dari ketidakhadiran bunyi loceng kaki tadi dalam tidur dan akan ditegur agar dia mengalih ke badan ke bahagian posisi yang lain. Ini bertujuan utk menjaga kesihatan bayi dalam kandungan. Jika didapati agak lama tidak kedengaran bunyi menunjukkan wanita tersebut berada berjauhan atau mungkin sudah jatuh pengsan dimana-mana penjuru rumah atau bilik, dan mereke akan mula mencari untuk memastikannya terutama jika suaminya tidak bersama-sama.
Pemakaian gelang loceng diluar rumah adalah suatu larangan dalam syarak bagi kaum hawa yang beriman kepada Allah s.w.t. Malah sepotong ayat al-Qur'an sendiri merujuk khusus tentang gelang kaki yang mengeluarkan bunyi-bunyian bila dihentak. Firman Allah yang bermaksud;
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." [Quran An-Nur, 24: 31]
Wanita-wanita di zaman Jahiliyah mempunyai amalan memakai gelang kaki berloceng dan bilamana mereka berjalan di lorang-lorang, mereka akan menghentakkan kaki mereka agar bunyi gelang ini didengar oleh kaum lelaki, dengan itu ia menarik perhatian dan pandangan lelaki jatuh terhadapnya. Ia sekaligus merupakan babak-babak untuk "menghampiri zina" yang dilarang oleh Allah dalam firmannya; "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)" [Quran Surah Al-Israa',17: 32]
Seorang wanita muslimah yang berakhlak mulia dan beriman kepada Allah, tidak memakai gelang loceng bila keluar dari rumah atau bila berhadapan dengan lelaki ajnabi (yg halal kahwin), kerana bunyi-bunyian adalah halwa telinga yang memberi rangsangan shawat lelaki sebagaimana wangi-wangian menjadi halwa hidung bagi tujuan yang sama. Begitu juga mata dan anggota tubuh yang lain masing-masing berperanan besar dalam membangkitkan ghairah kaum adam.
Menurut Rasulullah saw; “Sesungguhnya Allah telah menetapkan atas diri anak keturunan Adam bagiannya dari zina. Dia mengetahui yang demikian tanpa dipungkiri. Mata itu bisa berzina, dan zinanya adalah pandangan. Lidah itu bisa berzina dan zinanya adalah perkataan. Kaki itu bisa berzina dan zinanya adalah ayunan langkah. Tangan itu bisa berzina dan zinanya adalah sentuhan. Hati bisa berzina dengan keinginan dan angan-angan. Baik kemaluan membenarkan yang demikian itu atau mendustakannya.” (H.R. Bukhari, Muslim, An-Nasai, dan Abu Dawud).
Dengan ini wanita muslimah yang beriman dilarang memperlihatkan 'perhiasan' bilamana keluar rumah, ini termasuklah perhiasan tubuh badan dan pemakaian pakaian yang menarik perhatian seperti pakaian yang tidak menutup aurat dengan sempurna, bertudung tapi baju dan seluar ketat, memakai wangi-wangian dll. Sebuah hadis lain menyebut mata boleh berzina bila seorang wanita memakai minyak wangi dan melalui khalayak ramai;
"Seorang wanita yang memakai minyak wangi lalu lewat di tengah-tengah kaum (laki-laki) dengan maksud agar mereka menghidu bau harumnya maka wanita itu adalah pelacur" (HR. An-Nasaa'i).
Manakala bagi kaum lelaki Nabi s.a.w. adalah sebagaimana menasihatinya kepada Ali r.a. “Wahai Ali, janganlah engkau susuli pandangan dengan pandangan lagi, karena yang pertama menjadi bagianmu dan yang kedua bukan lagi menjadi bagianmu (dosa atasmu)” (H.R. Ahmad, Tirmidzi, dan Abu Dawud).
Maka dari sinilah timbul konsep menutup aurat yang sempurna bagi wanita termasuk pemakaian purdah/nikap dan sebagainya sebagaimana kesugguhan dan ketaatan mereka terhadap firman Allah dalam surah An-Nur atay 31 di atas. Jadi dapatlah dibuat kesimpulan bahawa pemakaian perhiasan yang menarik perhatian lelaki termasuklah gelang berloceng adalah haram sekalipun cik mungkin suka dan gemar memakainya diluar rumah. Nah, muslimah yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, bilamana mereka mengetahui akan larangan ini, adalah terlebih utama mereka bersegera menyahut panggilan iman dan segera kembali kepada al-Quran dan sunnah - dengan itu hiduplah nilai-nilai al-Quran dalam jiwa mereka sebagai bukti keimanan mereka terhadap al-Quran, insyaallah di akhirat nanti al-Quran akan menjadi pelindung seluruh anggota tubuh mereka dari bahang api neraka ketimbang mereka menyerupai wanita-wanita pelacur lagi jahil yang mengaku beriman dimulut tetapi fasiq (paavigal - menimbun dosa).
wallaualam,
Luv Always...
Kuku
Monday, March 22, 2010
Sihir menghalang jodoh kita..
Liana pasrah dengan ketentuan Allah SWT. Liana menganggap semua ini adalah suratan takdir yang tercatat di dalam kalam ilahi. Kadang-kala terfikir ini adalah balasan tuhan untuk menghapuskan dosa-dosanya di masa lalu.
Suatu masa dahulu, Liana seorang yang periang dan mengikuti arus fesyen semasa. Cintanya kepada dunia terlalu ketara. Lima tiang agamanya sering runtuh, hanya mengikut mood untuk mengerjakannya.
Sapaan seorang Ustaz menerbitkan kembali butir-butir hidayah yang telah hilang dari Liana. Bukan ibu dan ayah tidak mendidik, namun, sikap tidak endah kepada suruhan Allah SWT lebih mengambil alih iman yang lemah.
Ustaz tidak main-main. Sebulan selepas perkenalan, keluarganya telah datang merisik. Perjanjian yang termerterai ialah majlis pertunangan pada cuti persekolahan pada bulan Mei dan majlis pernikahan di musin cuti persekolahan di akhir tahun.Dalam masa tiga bulan, Liana telah banyak berubah. Kesungguhan ustaz mentarbiah, mengetuk pintu hidayah.
Ustaz mempunyai suatu aura yang menyebabkan Liana berusaha mendekatkan diri kepada Yang Maha Berkuasa. Liana mula memakai tudung kepala, yang menurut Ustaz wajib menutup aurat.
Ustaz pernah berseloroh, kalau Liana dapat memakai tudung yang lebih menutup dada dan anggota badan, dia akan membela janggut yang lebih panjang untuk menjejak Sunnah Rasulullah SAW. Tidak tahulah, kerana kasihkan Allah SWT atau kasihkan Ustaz, Liana mengenakan tudung labuh. Liana berasa bahagia mengerjakannya.
Ustaz sering bertanya, benarkan Liana hanya ingin mengikat ikatan pertunangan pada bulan Mei nanti. Katanya, tidak elok kami berdua kerap berbual melalui talian untuk jangka masa yang lama. Selorohnya; "Jaga-jaga , ada syaitan di antara kita."
Ustaz memujuk Liana untuk mempercepatkan pernikahan yang dijadualkan pada musim cuti sekolah di akhir tahun itu, kepada bulan Mei nanti. Katanya, perkara yang baik jangan ditangguh-tangguhka n. Dalam baraan kasih tanpa ikatan itu, Liana juga mengiyakannya. Seksa merindu memang amat menyakitkan.
Malam itu, Ustaz menelefon lagi. Kali ini, Ustaz mendesak Liana memberitahu ibu bahawa dia ingin pernikahan kami dilangsungkan lebih awal.
" Ana sayangkan ante. Dengan izin Allah SWT , ana amat berharap kita berdua dijauhi daripada bisikan syaitan."
" Tolonglah... .. ana minta ante telefon ummi dan berbincang dengannya agar pernikahan kita dijalankan terus pada bulan Mei ini. Tolonglah... .... ana takut,..." Ayat Ustaz terhenti di situ.
Liana sangat gembira. Liana terus menghubungi ummi. Ummi juga setuju dan bersyukur dengan perkhabaran tersebut. Seperti biasa, setiap tiga hari selepas Ustaz menelefon, barulah Liana akan menelefon. Itu adalah perjanjian kami berdua untuk mengurangkan kos talian. Liana tak mahu rasa terdesak. Perkhabaran bahagia itu disimpan untuk dua malam dengan penantian yang kadang-kala menggugat kesabaran.
Apabila tamat tempohnya, Liana menelefon Ustaz.
"Ante, ana membawa perkhabaran gembira. Ummi tidak ada apa-apa masalah. Malah, dia bersyukur dan berbesar hati jika majlis itu dipercepatkan. "
Ustaz tidak menjawab. Sebaliknya, dia ketawa besar. Liana terpinga-pinga. Mengapakah Ustaz berkelakuan begitu? Kalau dahulu, setiap kali Liana gelak besar, Ustaz yang akan menegurnya: "Ketawa berlebihan itu kawan syaitan..."
Dalam pelbagai pertanyaan di kotak fikiran tidak terjawab, tiba-tiba Ustaz memutuskan talian.
Berkali-kali Liana cuba menghubungi Ustaz namun, Ustaz terus memutuskan talian.
Airmata Liana terus berderai. Adakah Ustaz berseloroh seperti kebiasaan? Adakah Ustaz seperti lelaki biasa yang suka mempersendakan perempuan? Liana terus menanti. Memandang ke arah telefon mengharapkan deringan dari orang yang amat dikasihi.
Malam itu, Liana bermimpi Ustaz berda didalam sebuah rumah usang yang dipenuhi dengan ular-ular hitam yang besar-besar. Tanpa menghiraukan bahaya, Liana terus mendapatkan Ustaz dan mengajaknya keluar dari situ. Malangnya, ustaz terus membatukan diri.
Sejak daripada itu, hubungan itu terputus. Liana sering jatuh sakit. Dia kerap mengalami sakit kepala yang tidak tertanggung. Kadang-kala dia menghantukkan kepala ke dinding untuk menahan kesakitan. Anehnya, doktor mengesahkan tidak ada penyakit berbahaya pada Liana.
Sejak itu juga, Liana sering didatangi lembaga berbentuk buaya yang berkaki manusia di dalam mimpi. Kerap kali juga Liana melihat kelibat melintas dan mendengar bunyi yang menaikkan bulu roma.
Keluarga Liana membawanya bertemu beberapa pengamal ubat tradisional yang tidak menyalahi hukum syarak. Setelah bertahun-tahun berusaha, kini hidup Liana kembali tenang.
Namun, segalanya masih menjadi misteri . Mengapa? Mengapa? Mengapa? Jika benar ini angkara sihir seperti yang dikhabarkan oleh kebanyakan pengubat-pengubat yang ditemui, natijah sihir itu sangat besar.
Liana berharap, ia hanya akan menghancurkan harapan cintanya kepada Ustaz. Bukan menghancurkan cintanya kepada Allah SWT. Liana masih mencari kekuatan itu di dalam jiwanya.
Ya Allah! Berilah aku petunjukmu dan kesabaran yang jitu dalam mengharungi ujian mu ini.
Pesanan:
Jauhilah perbuatan yang menyekutukan Allah SWT. Itu Syirik Kabir. Ingatlah balasan di hari akhirat. Jika anda yang terbaca artikel ini, pernah menyihir sesiapa atau bersekongkol dalam perbuatan tersebut, bertaubatlah. .. dan rungkaikan simpulan buhul-buhul yang dicetuskan oleh hamba-hamba syaitan. Wallahua'lam.
Sumbangan: Liana 74
Tuesday, March 16, 2010
Permasalahan Takdir Allah yang Menimpa Kita (Duka & Kesedihan Serta Jalan Penyelesaian)
Perihal takdir Allah swt termasuk dalam hal yang disebut sebagai tauqifiyah (diberhentikan perbicaraan mengenainya hanya sekadar pada dalil yang sampai dari kitab dan sunnah).
“ Maka sembahlah Dia (Allah) dan bertawakallah kepada-Nya dan sesungguhnya tidaklah tuhan-Mu lalai dari apa yang kamu lakukan” (Hud : 123).
Nabi salallahualaihiwasa lam pernah berdoa dengan menyebut : "Dan Aku mohon berikanlah aku menjadi redha kepada Qadar" (hadith sahih diriwayatkan oleh Nasaie dan Hakim dan disepakati oleh Adz-Zahabi).
Juga baginda bersabda lagi : " Sesungguhnya telah hancur golongan sebelum kamu kerana berselisihnya mereka dengan para nabi mereka dan tidaklah sekali-kali beriman seorang di antara kamu selagi dia tidak beriman dengan qadar kesemuanya sama ada yang baik atau yang buruk" (Hadith hasan lihat dalam Kitab Sunnah oleh Ibn Abi Asim).
Bagaimanakah berlakunya takdir itu ?
Disebut dalam hadith yang sahih bahawa takdir itu yang berlaku ke atas hamba-hamba Allah yang ditetapkan oleh Allah menjadikan segala sesuatu itu terjadi takdir yang berlaku secara sudah tertulis sejak awal.
Adapun begitu amal dan perbuatan tetap menjadi kiraan kerana sesuatu takdir itu menimpa di atas amal yang dilakukan dan amal itu berlaku berasaskan takdir yang telah ditentukan.
Hadith Umar ra yang bertanya nabi tentang amal dengan mengatakan : " Apakah pandanganmu tentang amalan (manusia) yang dilakukan apakah ianya sudah ditetapkan sebelumnya atau baru berlaku ? Maka dijawab oleh baginda dengan bersabda : "Sesungguhnya telah pun ditetapkan segala sesuatu pada setiap perkara" maka di balas oleh Umar : "Apakah kita harus menyerah sahaja kalau demikian ? Maka bersabdalah baginda nabi : "Beramallah wahai anak Khattab, segala sesuatu itu sudah dipermudahkan adapun barangsiapa yang tergolong dari ahli kebaikan (syurga) maka dia dijadikan beramal dengan amalan ahli syurga dan barangsiapa yang tergolong dalam ahli siksa maka dijadikan dia beramal jahat untuk neraka " (Hadith sahih, riwayat Ahmad 29 Jilid 1).
Demikianlah juga kisah yang berlaku dalam Bukhari dan Muslim mengenai protes Musa as kepada Adam as dan lain-lain riwayat yang menunjukkan kita bahawa amal dan takdir itu saling berkaitan.
Seseorang itu mendapat takdir yang menimpanya ialah berdasarkan perbuatannya dan perbuatannya itu sudah pun ditakdirkan oleh Allah swt akan apa yang akan dilakukan dan dia sendiri tidak menyedarinya.
Kita (lelaki) misalnya akibat kebodohan kita, keegoan dan pelbagai lagi kesilapan yang dilakukan akhirnya menyebabkan kita kehilangan perempuan yang kita kasihi dan sesungguhnya perbuatan kita itu menjadi sebab berlakunya takdir (perpisahan) yang menyedihkan tetapi perbuatan kita (melukakan hati perempuan yang dikasihi dan lain-lain kesilapan) juga sebenarnya merupakan sesuatu yang sudah ditakdirkan.
“Dikalangan mereka (manusia) ada yang celaka dan ada yang bahagia” (Hud : 105).
Kerana itu Orang yang beriman dan berilmu mengetahui dan beriman dengan segala takdir Allah swt baik yang suka atau yang pahit. Mereka mengerti kesilapan yang dilakukan itu adalah kerana ditakdirkan dan akhirnya membawa satu takdir yang wajib diimani.
Nabi salallahualaihiwasa lam bersabda : "Adapun ahli syurga dipermudahkan supaya mereka dapat beramal dengan amalan ahli-ahli syurga dan ahli neraka dipermudahkan supaya mereka beramal dengan amalan-amalan ahli neraka" (Hadith sahih dengan ijal yang siqah dikeluarkan oleh Al-A'jari ).
Lalu mereka (orang yang beriman) segera bertaubat memohon kepada Allah swt supaya dipilih untuk termasuk dalam kalangan yang dipermudahkan kepada amalan kebaikan dan dipilih supaya termasuk di kalangan mereka yang diredhai lalu dipermudahkan untuk melakukan amalan-amalan soleh yang membawa kepada takdir yang baik dan diredhai.
Seperti yang terdapat dalam hadith dari riwayat Anas bin Malik ra yang berkata bahawa baginda rasulullah salallahualaihiwasa lam kerap membaca doa : “Wahai tuhan yang membolak-balikkan hati tetapkanlah hati kami dalam agama-Mu” maka para sahabat pun bertanya apakah hati itu boleh dibolak-balik ? Maka baginda pun menjawab : “ Ya, Sesungguhnya hati-hati itu berada di antara jari-jari Allah dan Dia (Allah) membolak-balikkanny a sebagaimana yang dikehendaki- Nya” (Hadith Sahih, riwayat Tirmidzi no. 2140 dan Ibn Majah no.3834).
Bagaimana Mahu Menghadapi Takdir Allah yang Pedih dan Sedih dan Cara mendapat takdir yang baik dan menghindari dari Takdir yang Buruk ?
Melalui penjelasan ringkas sebelum ini sudah memberi kesedaran dan pemahaman bahawa takdir itu sudah ditetapkan oleh Allah swt sejak dalam perut ibu lagi kepada hamba-hamba- Nya ini seperti yang disebut dalam hadith dari riwayat Ibn Mas’ud ra yang menyebut rasulullah bersabda :
“Sesungguhnya setiap dari kamu yang mula terbentuk jasadnya dalam perut ibunya selama 40 hari maka kemudian akan menjadi segumpal darah dan kemudian menjadi pula ketulan daging lalu Allah mengutuskan padanya malaikat untuk meniupkan pada jasad itu akan ruh dan menulis empat perkara : iaitu rezekinya, ajalnya, amalannya dan pengakhirannya apakah bahagia atau celaka dan demi zat yang tiada yang berhak disembah selain-Nya sesungguhnya sekiranya sekalipun ada di kalangan kamu beramal dengan amalan ahli syurga sehingga seolah-olah antara dia dan syurga itu cuma sejengkal namun apabila sudah tertulis bahawa dia di kalangan ahli neraka maka nescaya dia selepas itu akan beramal dengan amalan ahli neraka lalu masuk ke dalamnya dan tidaklah seorang itu melainkan beramal dengan amalan ahli neraka sehingga antara dirinya dengan neraka cuma sejengkal namun apabila sudah tertulis dirinya sebagai ahli syurga maka dia kemudiannya akan beramal dengan amalan ahli syurga lalu masuk ke dalamnya” (hadith sahih isnad melalui pensyaratan syaikhan diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dan Ahmad ).
Maha suci Allah hanya kepada-Nya kita kembali dan memohon perlindungan dari takdir yang buruk dan pengakhiran yang tidak baik.
Sesungguhnya hendaklah kita berasa bimbang dan takut bahawa kita tidak termasuk di kalangan yang terpilih untuk mendapat hidayah dan kebaikan dengan berusaha meminta dan memohon kepada Allah swt tanpa henti dan tangguh supaya termasuk di kalangan yang mendapat hidayah dan takdir yang baik.
Berikut ialah perkara yang perlu dilakukan :
1) Memperbanyakkan doa dan amalan soleh serta meninggalkan maksiat juga melaksanakan apa yang diperintahkan.
“Dan berkatalah tuhan-Mu, berdoalah (mintalah) kepada Aku nescaya aku akan tunaikan (makbulkan) bagi kamu (akan permintaan kamu)” (Surah Ghafir :60).
Dari Sauban ra berkata bahawa telah bersabda rasulullah : "Tidaklah ada sesuatu pun yang dapat menolak takdir melainkan doa” (hadith Sahih riwayat Ibn hibban dalam sahihnya disepakati oleh adz-dzahabi) .
“Dan berkatalah tuhan-Mu, berdoalah (mintalah) kepada Aku nescaya aku akan tunaikan (makbulkan) bagi kamu (akan permintaan kamu)” (Surah Ghafir :60).
Memperbanyakkan amalan Soleh seperti sedekah
Dari riwayat Anas bin Malik ra bahawa rasulullah salallahaulaihiwasa lam bersabda : " Sesungguhnya sedekah itu dapat menyekat kemurkaan Al-Rabb (Allah)" (Hadith Hasan, riwayat Tirmidzi no. 664).
2) Bersabar serta bersangka baik kepada Allah swt dan mengharap rahmat-Nya serta tidak berputus asa di atas segala derita yang menimpa dan takut serta harap kepada rahmat dan kasih sayang-Nya.
Sabda baginda salallahualaihiwasa lam “ Janganlah kamu mati melainkan berada dalam keadaan husnul zon dengan Allah swt” (hadith Sahih riwayat Muslim, Ahmad dan Baihaqi).
Ini disebut dalam hadith yang diriwayatkan oleh Syuhaib ra yang meriwayatkan baginda bersabda :
“ Sungguh menakjubkan perihal orang mukmin kerana semua perkara yang menimpanya ialah kebaikan dan tidaklah berlaku perkara ini melainkan hanya kepada orang yang beriman. Apabila dia diberi nikmat lalu disyukurinya maka menjadilah nikmat itu sebagai kebaikan baginya. Sebaliknya apabila dia diuji dengan musibah maka dia bersabar lalu menjadikan pula musibah itu sebagai kebaikan baginya” (Hadith sahih riwayat Muslim no. 2999).
“ Dan bersabarlah serta tempatkan dirimu bersama orang-orang yang sering berdoa kepada tuhan mereka” (Al-Kahfi : 28).
“ Dan memintalah kamu akan pertolongan Allah dengan sabar dan solat kerana sesungguhnya yang demikian itu sangatlah berat melainkan bagi mereka yang khusyuk” (Al-Baqarah : 45).
3) Bertawakal kepada Allah swt selepas berusaha melakukan sesuatu amalan dengan sebaik-baiknya menurut pertunjuk Allah dan rasul dan bersangka baik serta menyerah kepada takdir Allah swt dengan penuh keredhaan dan lapang hati serta yakin.
Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi ra dalam sunannya akan hadith dari Ibn Abbas, Abdullah ibn Abbas ra yang berkata : “Sesungguhnya aku berada di belakang nabi salallahualaihiwasa lam pada suatu hari dan baginda lalu bersabda :
“Wahai pemuda sesungguhnya aku akan mengajarkan kamu beberapa kalimah (pesanan) iaitu :
Peliharalah Allah (pelihara hak-Nya) maka nescaya Allah akan memelihara kamu, Peliharalah Allah (taati perintah-Nya dan jauhi larangan-Nya) maka nescaya engkau akan mendapati Dia (Allah) akan membantu engkau,
jika kamu hendak meminta sesuatu maka mintalah kepada Allah dan jika kamu hendak memohon perlindungan dari sesuatu maka mohonlah perlindungan dari Allah.
Ketahuilah jika umat seluruhnya berkumpul untuk memberi manfaat kepada engkau dengan sesuatu maka tidaklah mereka dapat memberi manfaat kepada engkau melainkan dengan apa yang telah Allah tetapkan kepada engkau dan
jika seluruh umat berkumpul untuk memudharatkan engkau dengan sesuatu maka tidaklah memberi mudharat mereka itu melainkan dengan apa yang telah Allah tetapkan buat engkau.
Telah terangkat qalam-qalam dan telah kering dakwat (satu perumpamaan yakni telah selesai urusan penyampaian pesanan)” (Hadith sahih riwayat Tirmidzi no. 2516).
Bahkan turut disebut dalam Hadith yang lain riwayat Anas bin Malik bahawa baginda sentiasa membaca doa “ Dengan nama Allah aku bertawakkal hanya kepada Allah” (Hadith Sahih, riwayat Tirmidzi no.2724 ).
“Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya” (Surah Ali-Imran : 159).
Segala puji hanyalah bagi Allah swt
Rujukan :
i) Tafsir Al-Qur’an
ii) Kitabul Sunnah oleh Ibn Abi Asim (wafat 287 Hijrah)
Friday, March 5, 2010
The Color Of Friendship
The Color Of Friendship
Once upon a time the colors of the world started to quarrel. All claimed that they were the best. The most important. The most useful. The favorite.
Green said:
“Clearly I am the most important. I am the sign of life and of hope. I was chosen for grass, trees and leaves. Without me, all animals would die. Look over the countryside and you will see that I am in the majority.”
Blue interrupted:
“You only think about the earth, but consider the sky and the sea. It is the water that is the basis of life and drawn up by the clouds from the deep sea. The sky gives space and peace and serenity. Without my peace, you would all be nothing.”
Yellow chuckled:
“You are all so serious. I bring laughter, gaiety, and warmth into the world. The sun is yellow, the moon is yellow, the stars are yellow. Every time you look at a sunflower, the whole world starts to smile. Without me there would be no fun.”
Orange started next to blow her trumpet:
“I am the color of health and strength. I may be scarce, but I am precious for I serve the needs of human life. I carry the most important vitamins. Think of carrots, pumpkins, oranges, mangoes, and papayas. I don’t hang around all the time, but when I fill the sky at sunrise or sunset, my beauty is so striking that no one gives another thought to any of you.”
Red could stand it no longer he shouted out:
“I am the ruler of all of you. I am blood - life’s blood! I am the color of danger and of bravery. I am willing to fight for a cause. I bring fire into the blood. Without me, the earth would be as empty as the moon. I am the color of passion and of love, the red rose, the poinsettia and the poppy.”
Purple rose up to his full height:
He was very tall and spoke with great pomp: “I am the color of royalty and power. Kings, chiefs, and bishops have always chosen me for I am the sign of authority and wisdom. People do not question me! They listen and obey.”
Indigo spoke, more quietly than others, but with determination:
“Think of me. I am the color of silence. You hardly notice me, but without me you all become superficial. I represent thought and reflection, twilight and deep water. You need me for balance and contrast, for prayer and inner peace.”
And so the colors went on boasting, each convinced of his or her own superiority. Their quarreling became louder and louder. Suddenly there was a startling flash of bright lightening thunder rolled and boomed. Rain started to pour down relentlessly. The colors crouched down in fear, drawing close to one another for comfort.
In the midst of the clamor, the voice began to speak:
“You foolish colors, fighting amongst yourselves, each trying to dominate the rest. Don’t you know that you were each made for a special purpose, unique and different? Join hands with one another and come to me.”
Doing as they were told, the colors united and joined hands.
The voice continued:
“From now on, when it rains, each of you will stretch across the sky in a great bow of color as a reminder that you can all live in peace. The Rainbow is a sign of hope for tomorrow.” And so, whenever a good rain washes the world, and a Rainbow appears in the sky, let us remember to appreciate one another.
Subscribe to:
Posts (Atom)