Sunday, January 10, 2010

Cara memaparkan “Run Command” pada start menu(Windows 7)


Jika anda pengguna Windows XP,tentu anda biasa menggunakan fungsi “Run” yang ada pada start menu Windows XP.Berbeza dengan Windows 7 ataupun Windows Vista,anda akan melihat sedikit perubahan terutamanya fungsi “Run” tidak terdapat pada start menu Windows 7.Bagaimana memaparkan “Run Command” ini pada start menu Windows 7 anda?Baiklah saya akan menunjukkan cara yang mudah untuk memaparkan fungsi “Run Command” ini pada start menu Windows 7 anda.


2.Kemudian,klik pada “Customize”.Tetingkap “Customize Start Menu” akan dipaparkan seperti gambarajah di bawah.Cari “Run Command” kemudian tick,selepas itu klik butang butang “OK”.


3.Selesai! anda boleh lihat “Run Command”telah dipaparkan pada start menu Windows 7 anda.Selamat Mencuba.

Neo Sufism, falsafah dan kerohanian.



Orang-orang di Barat ramai juga yang mencari hidup kerohanian. Ada yang pergi ke kerohanian didalam agama Buddha, ada ke kerohanian dalam agama Hindu, ada ke kerohanian agama Yahudi dan macam-macam lagi. Namun tidak kurang juga pada suatu ketika dahulu banyak kitab-kitab para ahli Sufi Islam pernah menarik minat pihak orientalis barat sebagai bahan kajian untuk mendapat manfaat. Kira-kira 30 tahun lalu A.J. Arberry didalam bukunya Sufism menulis bahawa muslim dan bukan muslim adalah makhluk Tuhan yang satu. Oleh kerana itu bukanlah tidak kena pada tempatnya bagi seorang Kristian untuk mempelajari ajaran-ajaran Sufi dan bersama-sama dengan orang Islam menggali kembali ajaran-ajaran Sufi yang akan dapat memenuhi keperluan orang yang mencari nilai-nilai kerohanian. Sufism adalah satu metodologi, ianya berkaitan juga dengan falsafah, manakala falsafah kebiasaannya sinonim dengan orang Greek, dan yang paling utama dan masyhur dikalangan mereka ialah seorang yang bernama Aristotle. Sebenarnya falsafah Greek mempunyai persamaan dengan falsafah para ahli Ilmu Kalam (mutakallimun) dan golongan Muktazilah yang membicarakan hal-hal keagamaan, metafizikal dan Ketuhanan menurut ilmu logika. Salah seorangnya ialah Imam Asya'ari (Asya'ariyah) dari golongan Mutakallimun, manakala Ibn Rushd dari golongan Muktazilah. Namun begitu terdapat perbezaan metodologi diantara falsafah ahli Sufi dengan falsafah orang Greek, Mutakallimun dan golongan Muktazilah itu.

Metodologi falsafah orang Greek, Mutakallimun dan Muktazilah biasanya lebih menonjolkan rasionalis, proses berfikir (impirikal). Manakala ahli Sufi mendapat konsep-konsep falsafah mereka melalui pengalaman kerohanian (exprience), didalam mengenal diri dan mengenal Tuhan. Mereka membahaskan persoalan Ketuhanan dalam lingkungan pengetahuan tentang af'al, asma, sifat, dan dzat Allah melalui pengalaman. Misalnya mengenali hati dan suasananya, fikiran, perasaan dan sebagainya. Pendekatan secara ini adalah seperti renungan (kontemplasi) tanda-tanda (ayat-ayat) melalui alam. Sufism bukanlah "mistik supernatural" sebagaimana dakwaan sesetengah pihak. Sufism ialah membicarakan berkenaan falsafah Ketuhanan dan kerohanian melalui pengalaman (exprience). Wallahu'Alam.

Saturday, January 9, 2010

Pulau Pinang 2012

Dikenali sebagai “Penang Global City Center (PGCC)” yang terletak di Bukit Bendera Pulau Pinang. Pembangunan ni dikatakan untuk mencipta satu imej baru bagi bandar Pulau Pinang sebagai Koridor Utara Malaysia.

Ia juga dikatakan mampu menarik minat pelabur dan juga pelancong asing. Ia dilengkapi hotel 5 bintang, Penang Performing Arts Center (PenPAC), pusat konvensyen yang terbaik dunia (world-class convention center), pusat membeli-belah, dan lain-lain.

Hurm…adakah penang akan jadi macam ni pada tahun 2012?





Pembinaannya dirancang bermula pada akhir 2008 lepas.

Total Area: 1.000.000 square meters
Retail Complex: 400,000 square meters
Convention Center: 100,000 square meters
Performing Arts Center (PenPAC): 75,000 square meters
Condominiums: 70,000 square meters
Hotel and Service Apartments: 50,000 square meters
Offices: 25,000 square meters
Observatory: 1,500 square meters
Parking: 190,000 square meters

Developer: Abad Naluri, a subsidiary of Equine Capital
Architects: Asymptote Architecture
Master Plan: Atelier Seraji

Asymptote Architecture arcspace features

p/s: Aku tak pasti projek ni akan diteruskan atau tak selepas pilihan raya lepas. Apa yang pasti aku harap nasibnya tak jadi macam Plaza Rakyat KL yang sudah terbengkalai lebih dari 10 tahun.

SUMBER:

* http://www.worldarchitecturenews.com/index.php?fuseaction=wanappln....
* http://www.arcspace.com/architects/asymptote/penang/penang.html



Projek “Penang Peaks” ni pulak dirancang pada tahun 2004, ia dikatakan projek asal penang sebelum digantikan kepada Penang Global City Center (PGCC) ni. Funsinya sama cuma designnya je lain. Design ni lagi hebat sebenarnya, kenape la tak teruskan je.





Ini pulak projek plaza rakyat yang bernilai US$1.5 Billion tu, dikatakan akan menjadi bangunan ke-7 tertinggi di dunia. Projek ni dikatakan mampu mengatasi masalah kesesakan di puduraya dan juga masalah pengangkutan awam..

Tapi projek ni dah terbengkalai, tak tahu la sampai bila (Tranungkite.net) :korek2:

Kalau ade sape-sape tau perkembangan projek ni, sila bagitau ye…

UPDATE: Projek PGCC telah dibatalkan atas bantahan penduduk penang dan juga masalah kerajaan yang memerintah. Ape-ape pun aku rase berbangga sebab Malaysia pernah bercita-cita nak jadi macam Dubai walaupun tak kesampaian…hehehe. “Aku harap sangat negara kita balik time zaman Mahathir dulu, time tu ade KLCC, Putrajaya, KLIA, Sukan komanwel….huhuhu”

PERKARA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG TELEFON BIMBIT

Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan.Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : -

1) NOMBOR KECEMASAN
- Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )

2) KERETA TERKUNCI
- Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.

3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI
- Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ' *3370# ' . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .

4) TELEFON KENA CURI
- Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya

Baju daripada daun dan bunga

Design ni memang sesuai sangat bagi sape-sape yang kedekut giler nak beli kain— berjimat cermat la katakan. Bila tengok fesyen-fesyen ni teringat plak kat design pakaian orang zaman dulu-dulu sebelum fabrik tercipta. Agaknye macam mane la diorang pakai bila daun tu jadi kering…haha style pakai buang



Bagi SOLAR day, agaknye macam mane la idea korang ek bila kene buat fesyen gune kertas surat khabar ye…You might be inspired to create your own versions!

Tags: sembang-sembang

Buat sahabat Untuk sahabat

Ace

Buat sahabat Untuk sahabat

Surat buat sahabat…
Malam Tadi Kamu Dan Kawan Baikmu Bertengkar. Kamu Membuat Keputusan Tak Mahu Bercakap Dgnnya Keesokan Harinya. Dia Senyum Kepadamu. Sebaliknya Kamu Mengetap Gigimu Kpdnya. Dia Menceritakan Perkara Yg Baik Tentang Kamu Kpd Kwan2nya Yg Lain. Kamu Pula Menyebarkan Khabar Angin Mengenainya. Dia Cuba Mendekatimu Dan Menegurmu. Tapi Kamu Tolaknya Ke Tepi. Baginya Kamu Seorg Kawan Yg Terbaik. Kamu Pula Rasa Dia Seorg Kawan Yg Paling Teruk Pernah Kamu Jumpa. Dia Pun Menulis Nota Kpdmu Dan Menceritakan Semula Kenangan Manis Yg Pernah Kamu Dan Dia Kongsi Bersama. Kamu Pula Menulis Semua Saat Buruk Yg Kamu Ingat Sepanjang Bersamanya. jauh Di Sudut Hatimu Kamu Mengasihaninya. Tapi Di Hatimu Sudah Penuh Dgn Kebencian. Keesokan Harinya Kamu Jumpa Satu Nota Drpdnya:

Dear_______ _,
Saya Cuba Memberitahu Kamu Semlm Tapi Kamu Tak Beri Peluang Utk Saya Bercakap. Saya Cuba Beritahu Kamu Berita Gembira Tapi Kamu Takut Utk Mendengarnya. Saya Cuba Utk Senyum Kpdmu Tapi Kamu Sambut Senyuman Saya
Dgn Kebencian. Skrg Ni Keadaan Saya Sgt Teruk Dan Makin Teruk. Saya Minta Maaf Sbb Hari Ni Saya Tak Dpt Berjumpa Dgn Kamu. Saya Tulis Surat Semasa Saya Di Hospital. Saya Sudah Kesuntukan Masa. Saya Minta Maaf Sbb Terpaksa Beritahu Kamu Skrg. Saya Minta Maaf Atas Pergaduhan Kita,Kamu Mmg Seorg Kawan Yg Hebat. Saya Janji Saya Akan Sentiasa Memerhatikan Kamu. Salam Kasihsayang….

Kamu Pun Berlari Ke Hospital Utk Meminta Maaf Pdnya. Tapi Hanya Ibunya Saje Yg Ada Di Situ. Ibunya Menekap Mukanya Dgn Kedua Belah Tgnnya. Dan Dia Pun Menangis.Dia Melutut Dan Berdoa Supaya Tuhan Kembalikan Anaknya. Kamu Sudah Terlambat. Kamu Berharap Dpt Beritahu Kawanmu Yg Kamu Minta Maaf Dan Ucapkan Selamat Tinggal.


Pengajarannya:
Semua Kawan Ada Masa Naik Dan Turun.Dan Kadangkala Kamu Perlu Meminta
Maaf. Jgn Tunggu Org Lain Melakukannya Dulu. Sbb Kamu Takkan Tahu Ape Akan
Terjadi Esok Hari. Kalau Kamu Benar2 Sygkan Kawanmu Dan Sanggup Berkawan Hingga Nafas Terakhir.

Aku bersyukur kerana kamu kawanku!
Kwn2ku, Maafkan Daku Diatas Keterlanjuran Dan Prbuatanku Yg Mnyakitkn Ati Kamu Sume...Itulah Harapanku.



Al-Fatiha Buat Ahli Scripters Iaitu Arwah Morphz dan Arwah Fieyda u...

Tags: cetusan

Monday, January 4, 2010

Wasiat Imam Syafie

Wasiat Imam Syafie

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat
kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah
kandungan wasiat tersebut: "Barangsiapa yang ingin meninggalkan
dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh
perkara."

1: HAK KEPADA DIRI.

Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan
percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT

Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan
kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat
persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

3 : HAK KEPADA KUBUR

Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing
merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan
membantu orang yang dizalimi.

4: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR

Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan
nasihat menasihati.

5 : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)

Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan
sanggup menanggung kesusahan.

6: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)

Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka
membantu orang beriman dan suka berjemaah.

7: HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)

Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada
ibubapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan
memperelok akhlak.

8: HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)

Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala,
bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

9: HAK KEPADA NABI SAW

Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat,
bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan
bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

10: HAK KEPADA ALLAH SWT

Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari
kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."