Wednesday, February 17, 2010

2010 Friendship


hah try tgk ..ngeh ngeh ngeh

Monday, February 15, 2010

BERCINTA ITU PENGALAMAN INDAH...

Perkara yang paling menarik untuk dikenang-kenang ialah cinta. Samada anda sedang bercinta atau telah putus cinta. Walaupun putus cinta itu menyakitkan tetapi ada kalanya seronok juga untuk dikenang-kenangkan. Lihatlah kebodohan-kebodohan silam, anda tentu tersenyum&
Persoalan cinta memang tidak akan ada habisnya. Selagi manusia wujud selagi itulah cinta menjadi isu yang menarik untuk dibicarakan. Bukan setakat dibicarakan malah untuk dialami dan dinikmati.

Hampir semua orang ada pengalaman cinta pertama dan hampir semua orang ada pengalaman gagal dalam percintaan.

Kegagalan dalam cinta pertama jauh lebih sakit daripada cinta-cinta selepasnya. Maka itu, usah terlalu mudah untuk jatuh cinta buat kali pertama, sebab yang pertama ini biasanya lebih menghiris sekiranya tak kesampaian.

Usah terburu-buru untuk bercinta, dicintai mahupun mencintai. Bersabar dengan pilihan anda, pilih dengan syarat. Jangan takut untuk mengatakan tidak sekiranya dia tidak menepati ciri-ciri yang anda mahukan.
Hargai cinta anda, mahalkan sikit harganya, agar apabila merelakan ia dibeli seseorang dia amat-amat menghargainya.

Sunday, February 14, 2010

FOR LADIES!!! PANDUAN MENGENALI LELAKI BAIK...



time email neh... juz for sharing k...

Lelaki jujur tidak gemar kalau dia dicurigai. Dia juga tidak suka dikatakan sedang menyembunyikan sesuatu. Lelaki jujur biasanya cemerlang dalam pelajaran ataupun pekerjaan. Dia tidak punya masa untuk bermain sembunyi-sembunyi. Dia suka berterus terang dan dia mahu orang mempercayai kata-katanya. Kalau dia dicurigai dia boleh berasa amat kecewa dan boleh bertindak.

Misalnya, seorang suami yang memang tiada apa-apa skandal di luar, jika isterinya tidak habis-habis melemparkan kata-kata curiga, dia boleh bertindak betul seperti apa yang dikatakan oleh isterinya itu. Aku jujur pun isteri aku kata aku tak jujur. Baiklah aku tak payah jujur. Dikhuatiri kata-kata begini mula terdapat di dalam hatinya. Dia mungkin tidak bertindak songsang pada waktu terdekat, tetapi apabila titik hitam mula terbentuk di hatinya lambat laun, ia mungkin terjadi.

Begitu juga seorang lelaki jujur dalam kategori tunang ataupun teman. Orang jujur memang tidak patut dicurigai. Sebenarnya bukan orang jujur saja, siapa
pun tidak suka jika dia dikatakan tidak baik, meskipun dia memang tidak baik. Jadi, cuba bayangkan perasaan seorang yang baik tetapi asyik dicurigai.

Persoalannya bagaimanakah hendak mengenali lelaki baik? Memang sukar namun kita perlu berpegang pada satu-satu prinsip untuk dijadikan panduan. Kita boleh kata tak semestinya begitu dan tak semestinya begini, tapi jika kita terus berkata begitu, kita tidak akan mencapai kesudahan. Kita akan menjadi seorang jurutikai dan tiba-tiba tanpa kita sedar dia sudah pun meninggalkan kita kerana tidak tahan dengan kerenah kita.

Oleh itu, jadikan apa yang akan saya paparkan di bawah ini sebagai panduan saja. Tidak semestinya betul, harus salah. Lelaki itu jujur jika:

1. Dia seorang yang cemerlang dalam usaha yang dilakukannya. Tidak semestinya betul tetapi kita boleh berpegang lelaki yang sibuk membina kecemerlangan diri memang tidak sempat untuk membina cinta-cinta palsu. Mana mungkin seorang yang sibuk menguruskan perniagaan ataupun tekun melakukan kerjanya ataupun seorang pelajar yang sibuk menelaah ada masa untuk mempermainkan wanita.
2. Dia seorang yang kuat pengamalan agamanya. Tidak semestinya betul sebab orang yang kuat beribadah pun tidak terlepas daripada godaan syaitan, malah semakin besar serbannya semakin besar pula syaitannya. Namun, tentulah lebih ramai yang sempurna hasil kuat peribadahan agamanya berbanding yang ambil tidak peduli dengan agamanya.

3. Dia seorang yang amat mengambil berat tentang keluarganya. Seorang lelaki yang baik pasti seorang yang amat disenangi oleh seluruh ahli keluarganya.
Tumpuannya pada kerjaya, keluarga dan TUHAN.

Gabungan ketiga-tiga aspek ini menjadikan seseorang lelaki itu sempurna. Dia sudah tentu tidak punya masa untuk menjalin hubungan-hubungan luar biasa sebab kesibukannya bersama kerjaya, keluarga dan TUHAN.

Kerjaya menjadikannya seorang yang sibuk untuk mengejar matlamat, keluarga sandarannya untuk menjadi seorang penyayang dan bertanggungjawab. TUHAN pula menjadi pengharapannya demi kehidupan yang lebih baik dan sempurna serta kekal abadi. Apakah anda fikir seorang lelaki yang mempunyai tiga aspek beginimasih patut dicurigai?

Ramai suri rumah akhirnya ditinggalkan keranaterlalu prasangka, menyangka yang bukan-bukan serta merangsang suami dengan tuduhan-tuduhan tidak berasas. Nasihat saya, berilah kepercayaan padu kepada suami anda selagi belum terbukti sesuatu. Selagi ia berlegar dalam pemikiran ia tidak perlu dilayan.

Selamat membina perhubungan intim danjadilah orang yang ceria serta bahagia sepanjang hidup kita. Saling mempercayai lebih bagus daripada saling mencurigai.

Saturday, February 13, 2010

Mimpi2 Baginda Rasulullah S.A.W. Sepanjang Hayat







Daripada Abdul Rahman Bin Samurah RA. Berkata, Nabi Muhammad SAW. bersabda : ” Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan… “


1 ) Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yang amat menggerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBU BAPANYA.



2 ) Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyesakan, maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.



3 ) Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis laknatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah S.W.T



4 ) Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSYUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.



5 ) Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangani satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH S.W.T. memberi minum hingga ia merasa puas.



6 ) Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para Nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan. Setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk di sebelahku.



7 ) Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadaan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan bingung. Maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH S.W.T. lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.



8 ) Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya. Maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.



9 ) Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH S.W.T. lalu menabir muka dan kepadanya dari bahaya api tersebut.

funny house Rahsia disebalik nombor rumah anda

Pernah tak anda terfikir mengapa anda memilih rumah yg anda duduki sekarang? Apa nombornya? Apa yang menyebabkan anda tertarik untuk mendiami rumah tersebut?. Ikuti rahsia disebalik nombor rumah anda. Jom
kita kira apakah no yang mewakili rahsia disebalik no rumah anda.

Kiraan:
Nombor 17 = 1+7=8
Jadi angka rumah anda ialah 8.Baca keterangan 8 kat bawah….

Nombor 156
= 1+5+6=12
12 = 1+2=3

Jadi angka rumah anda ialah 3.Baca keterangan 3 kat bawah….


funny house2 Rahsia disebalik nombor rumah anda

Rumah nombor 1
Penghuni yg tinggal di rumah ini biasanya dikatakan mempunyai tanggungjawab yg besar terhadap keluarga.Kamu juga sering
berasa kesepian,oleh itu cubalah mencari hobi yg sesuai utk mengisi masa
lapang kamu.Kamu juga harus mencari banyak peluang utk bersantai bagi
merehatkan fikiran dan tubuh.Sentiasa menghadapi hari-hari yg mendatang
dgn penuh ceria dan gembira.

Rumah nombor 2
Orang yg tinggal di rumah ini selalu dibebankan dengan masalah orang lain.Jangan terlalu banyak menyendiri.Carilah
teman-teman utk berbicara.Kamu yg bernaung di bawah zodiak Cancer akan
tertarik dgn angka ini.Rumah ini akan memberikan banyak kenangan kepada
penghuninya.Cubalah… .

Rumah nombor 3
Biasanya mereka yg tinggal di rumah bernombor ini adalah bercita-cita tinggi dan sangat menggemari pengembaraan dan
percutian.Oleh itu mereka berani mengambil risiko tanpa memikirkan
akibatnya degan lebih mendalam lagi.Penghuninya juga sangat mementingkan
‘kesempurnaan’ dalam segala-galanya bahkan rumah mereka mempunyai
tempat-tempat khas untuk meletakkan barang tertentu mengikut
kesesuaian.Mereka jenis ini amat menitik beratkan soal kecantikan
dalaman dan luaran di rumah,sehinggakan setiap orang yang datang akan
merasa tenang dan senag,serta sering menimbulkan rasa iri hati
jiran-jiran.Namun harus diingat ,mereka yang berbintang Sagitarus amat
gemar mengunjungi rumah penghuni di rumah nombor 3.

Rumah nombor 4
Emmmm… .nombor jenis ini agak sukar untuk diramalkan.Hidup si penghuni sering di kelilingi oleh masalah,membuatkan kehidupan seseorang itu
tidak berasa tenang.Jadi tidak hairanlah penghuni di rumah ini kerap
kali bertemu pakar psikologi dan kaunselor.Jika kamu berpindah ke rumah
yang bernombor ini,pasti kehidupanmu akan berubah secara dramatis.
Mereka yang lahir di bawah bintang Aquarius akan tertarik pada nombor
jenis ini.Rumah jenis ini agak berlainan jika hendak dibandingkan dengan
rumah yang lain.Tapi harus diingat ,jangan terlalu boros di dalam
berbelanja.

Rumah nombor 5
Wow,rumah jenis ini boleh diibaratkan seperti hotel.Sesiapa sahaja boleh keluar masuk di rumahmu,mereka yang tinggal di rumah nombor ini
selalunya jenis orang yang suka berusaha dan berniaga.Mereka akan juga
mendapat keuntungan yang besar dalam perniagaan.Biasanya mereka yang
bernaung di bawah zodiak Virgo dan Gemini akan tertarik dengan nombor
ini.Namun begitu penghuninya sering mendapat penyakit kulit.Polisi
insuran sering mendapat perhatian khusus dari pernghuni rumah ini.Mereka
juga sering menerima panggilan telefon dan surat yang tersalah
alamat.Rumah nombor ini dikatakan mewah dengan kebendaan.

Rumah nombor 6
Kamu yang tinggal di rumah yang bernombor ini memang jenis yang suka bercucuk tanam.Angka 6 ini berkait dengan tumbuh-tumbuhan.Juga,dikatakan
lambang kematangan.Para penghuninya mempunyai daya kreativiti yang
tinggi.Tidak mustahil kamu akan menemui bakat-bakat yang tersembunyi
pada diri penghuninya.Mereka yang berbintang Taurus dan Libra menyukai
nombor ini walaupun ia menyimpan pelbagai misteri yang tersembunyi.Kamu
juga sangat sesuai dengan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan
muzik.Rumah kamu juga sering menjadi tumpuan rakan-rakan dan saudara
mara yang sukakan layanan yang kamu berikan.

Rumah nombor 7
Satu angka ‘aneh’ .Tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata apakah misteri yang tersembunyi dan penghuninya sering bermain-main dengan
teka-teki.Sebelum kamu menduduki rumah tersebut,periksa dahulu semua
kemudahan asas terutama sistem bekalan yang boleh mendatangkan masalah
kepada kamu nanti.Dikatakan kamu yang menghuni rumah nombor ini akan
sering berulang alik ke hospital,sama ada kerana kamu atau keluarga kamu
uyang sakit,malah kamu juga akan sering pergi untuk melawat rakan-rakan
atau saudara mara yang sakit.Sepanjang kamu tinggal di rumah tersebut
,kamu sentiasa melakukan perubahan dari segi penyusunan perabot
rumah.Kamu mudah dihinggapi penyakit dibahagian kaki.Kamu yang bernaung
di bawah zodiak Pieces tertarik untuk mendiami rumah nombor ini.jangan
terlalu boros berbelanja dan fikirkan masa depan kamu.Berbelanjalah
secara rasional.

Rumah nombor 8
Rumah ini lebih digemari oleh golongan yang sudah berumur jika dibandingkan dengan remaja.Penghuninya gemar mengumpul jam tangan yang
pelbagai bentuk,jenis dan jenama serta menunjukkan waktu yang
berlainan.Sebelum berpindah ke rumah ini,periksa dahulu dalam
persekitaran rumah itu terutamanya struktur tanah.Warga Capricorn sangat
tertarik untuk mendiami rumah ini berbanding dengan nombor
lain,sebaliknya,ia mendatangkan kerugian pula kepada warga
Aquarius.Banyakkan makan sayuran dan kamu prihatin terhadap kesihatan
kamu terutamanya yang berkaitan dengan pemakanan.

Rumah nombor 9
Kamu yang tinggal di rumah yang mempunyai angka 9,biasanya tidak suka mengakhiri persahabatan dengan kekerasan dan permusuhan.Disebabkan
sikapmu yang telalu behati-hati,telah menyebabkan kamu kurang berminat
untuk menjemput rakan-rakan bertandang ke rumahmu.Namun begitu kamu
jenis yang peramah dan jujur.Mereka yang berbintang Aries dan Scorpio
tertarik dengan angka ini.Bahkan ia sering mengundang kebahgiaan di
dalam hidup kamu yang menghuni di rumah ini.Mengembara dan ingin
mendalami sesuatu yang baru adalah tabiat semulajadi bagi mereka yang
menghuni rumah ini.Kamu pandai mengatur masa depanmu agar tidak
terpesong dari landasan hidupmu seperti yang dicita-citakan selama ini.

funny house3 Rahsia disebalik nombor rumah anda

StarWars versi Wau malaysia



Sape cakap “space ship” malaysia tak canggih, jom tengok design “space ship” buatan anak malaysia ni. Kapal angkasa ni berkonsepkan wau bulan iaitu permainan tradisional melayu dan direka untuk sebuah
pertandingan The New Media Award 2002 The Star In-Tech & The One
AcademyMalaysian Spaceship Competition


wau bulan1 StarWars versi wau Malaysia

wau bulan2 StarWars versi wau Malaysia

wau bulan3 StarWars versi wau Malaysia

wau bulan4 StarWars versi wau Malaysia

wau bulan5 StarWars versi wau Malaysia

wau bulan6 StarWars versi wau Malaysia

wau bulan7 StarWars versi wau Malaysia

wau bulan8 StarWars versi wau Malaysia

Bandar Terapung



lilypad 2 LILYPAD: Bandar Terapung

Lilypad direka oleh Vincent Callebaut, yang berkonsepkan bandar terapung. Designnya betul-betul gempak…Tengok 4 lagi gambar

lilypad2 LILYPAD: Bandar Terapung

Biomimicry Menjadi inspirasi design bandar ni. Lilypad direka seperti teratai, dimana ia terapung diatas air. Bandar ini menggunakan tenaga semulajadi seperti
tenaga suria, tenaga angin, tenaga ombak, dan biomass. Ia bukan sahaja
menghasilkan tenaganya sendiri malah turut memproses karbon dioksida
diudara dan juga menyerap titanium dioxide skin.

lilypad4 LILYPAD: Bandar Terapung

Setiap bandar dapat menampung sekitar 50,000 orang. Ia ditempatkan di pinggir pantai atau terapung ditengah lautan.

Projek ni mungkin dapat dijalankan pada masa akan datang kerana ia merupakan penyelesaian masalah terbaik kepada perubahan iklim dunia. Manalah tahu buat kat dubai pulak. Cayalah:thumbsup:

Maklumat lanjut http://vincent.callebaut.org/page1-img-lilypad.html

lilypad3 LILYPAD: Bandar Terapung

lilypad5 LILYPAD: Bandar Terapung

Sila Baca Tarikh Disini Dan Fikirkanlah Kerana Dunia Di Penghujung Nyawa ( Mungkin satu kebetulan atau ??? )









(27-11-2009) Hari raya aidiladha "hari Jumaat"

(18-12-2009) Tahun baru hijrah "hari Jumaat"

(25-12-2009) Hari krismas "hari Jumaat"

(1-1-2010) Tahun baru "hari Jumaat"

(26-2-2010) Maulidur rasul "hari Jumaat"

(2-4-2010) Good friday "hari Jumaat"

(28-5-2010) Hari wesak "hari Jumaat"

(10-9-2010) Hari raya Aidilfitri "hari Jumaat"

(27-8-2010) Nuzul Al-Quran "hari Jumaat"

(5-11-2010) Depavali "hari Jumaat"

Adakah KIAMAT sudah hampir????

Dalam Al-Quran Allah telah berfirman bahawasanya KIAMAT terjadi hari JUMAAT!!!!

Banyak² kita beristighfar dan berdoa pada Allah semoga dosa² di kita ampuni..


22 Tanda Kiamat Semakin Hampir


1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui internet, iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Dunia Di Penghujung Nyawa

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.


Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:

'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.'Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis. '
- Sahih Bukhari

~ dah jadi dah...

2) Zina bermaharajalela.

'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan
persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.'- Sahih Muslim

~ dah nampak dah...

3) Bermaharajalela alat muzik.

'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka'. Ada yang bertanya kepada Rasulullah;

'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?'Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita'- Ibnu Majah


~ Mentor, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik...


4) Menghias masjid & membanggakannya.

'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid'- Riwayat Nasai..

~ memang dah nampak dah...


5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.

'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam
tetangga.'- Riwayat Ahmad dan Hakim.

~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu......



6) Ramai orang soleh meninggal dunia.

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran' - Riwayat Ahmad

~ boleh kira berapa jer para ulama'yg tinggal...

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka'bin Luka'(orang yang ***** & hina).
Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia'- Riwayat Thabrani

~ George Bush, Ariel
Sharon & kat Malaysiapun ada....


8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.'- Riwayat Ahmad

~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'.

~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc..)...


10) Bulan sabit kelihatan besar.

'Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.'- Riwayat Thabrani

~ tak caya gi tengok....


11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.

'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu' - Sahih Muslim

~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian & majalah² yg popular skarang nie......


12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.

'Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak
kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.'-Riwayat Ahmad

~ tengok kes peperangan Iraq ...

13) Negara Arab menjadi padangrumput & sungai.

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²'- Sahih Muslim

~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir...



TOLONG SAMPAIKAN KEPADA TEMAN² LAIN!

Dari Abdullah bin 'Amir r.a., Rasulullah s.a.w....bersabda:

'Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat...'

PENGERTIAN MAKSUD IMAN

- DARI SEGI BAHASA :
Yakin Dan Percaya

- DARI SEGI ISTILAH :
Membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan
BERAMAL DENGAN ANGGOTA


"Jangan setakat membaca tapi cuba la menghayati, jangan setakat tahu tapi cuba la mengamalkan apa yang dah tahu, jangan setakat fikirkan kebaikan untuk diri sendiri tapi fikirkan la jugak kebaikan untuk orang lain terutama orang-orang terdekat yang disayangi."



Islam kerana Tradisi, Islam kerana Famili, Mengapa Tidak Islam Kerana Mencari

“Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: ‘Bilakah terjadinya?’ Katakanlah: ‘Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorang pun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru-haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba.’ Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: ‘Sesungguhnya pengetahuan tentang hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui’.” (Al-A’raaf: 187)

Daripada Abi Hazim bahawasanya dia mendengar Sahl r.a berkata; Aku mendengar Rasulullah saw sedang baginda mengisyaratkan dengan jari telunjuk dan jari tengah, bersabda;"Diutuskan Aku dan hari kiamat adalah seperti ini".- riwayat Muslim

begitu hampirnya tamsilan Rasulullah tentang kiamat dan baginda..
itu bererti.. antara kita dan kiamat adalah????

Graf Menjelang Hari Kiamat --- ini hanya ramalan...semua adalah datang dari Allah S.W.T

Ace Graf Menjelang Hari Kiamat




Share Twitter

Monday, February 8, 2010

'Kelebihan Ayutul Kursi'




Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasulullah saw.. dengan segera memerintahkan Zaid b tsabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya b ahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah swt.

Mengikut keterangan dari kitab "Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah swt.

Syeikh Abu Abbas ra ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu
ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah. Allah s.w.t akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud:

"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah s.w.t hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

Sabda baginda lagi;

"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah swt memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah s.w.t sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah swt daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah swt, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang di baca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan zahir dan batin. Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah s.w.t mewakilkan 2 Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah swt memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah swt menganugerahkan dia hati2 orang yang bersyukur perbuatan orang2 yang benar, pahala nabi2 juga Allah swt melimpahkan padanya rahmat. Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah swt akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

Barang siapa yang membaca yat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah swt berkenan memberi pertolongan kepadanya. Dari Abdullah ibnu ' Amr r.a. , Rasullullah saw bersabda:

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

Kenapa Still Single?



1."Duit dah tak ada". Padahal duit disimpan untuk membeli pakaian yang berjenama.

2. "Nak beli kereta mewah dulu baru nak kahwin". Padahal kerja bertahun dan penat lelah tetapi masih tak cukup nak beli kereta mewah.

3. "Susah la nak cari yang berkenan dihati". Padahal memilih sangat,tak mau yang gemuk, kurus sangat pun tak suka.

4."Tak datang seru lagi kot". Padahal awek atau pakwe keliling pinggang.

5."Banyak sangat halangan". Padahal diri belum bersedia.

6."Belum bersedia la". Padahal cukup segala syarat2 nya.

7. "Ilmu tak cukup la". Padahal dah ada master atau PHD.

8."Kahwin nanti tentu susah nak kena tanggung keluarga lagi, Kalau dapat isteri yang 2 x 5 je.Kena bimbing pulak lepas tu nak kena tanggung semua dosa isteri, dosa sendiri tak tertanggung nie pulak nak tanggung dosa isteri".Padahal tak pernah usaha untuk tingkatkkan diri sendiri dan mencari ilmu secukupnya dan tak pernah mencuba pun.Padahal Allah dah berfirman yang bermaksud Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan begitulah sebaliknya.

9."Dah mencubalah tapi telah dikecewakan". Padahal tak reti pun nak bercinta.

10."Banyak perkara nak kena fikirkan terlebih dahulu la".Padahal tak buat kerja apa pun.

11."Busy la, banyak keje nie". Padahal pentingkan kerja daripada menunaikan Sunnah Nabi.

12."Jodoh tak sampai lagi kot".Padahal jodoh dah ditentukan Allah cuma perlulah berusaha.

13."Perempuan nie peliklah kalau dia suka kat kita tapi tak habih2 nak merajuk dan marah macam kita nie suka sangat". Padahal memang dah lumrah alam sebab marah tandanya sayang.

14."Ye lah memang la marah tu tanda sayang tapi saya tak suka la, lepas tu dia heret kita kehulu kehilir".Padahal suka bagi muka kepada orang tu dan tak terangkan dengan jelas apa yang kita suka dan tidak suka.

15. "Dah bagitau dah, nie kita suka dan nie kita tak suka, tapi masih dia buat juga yang kita tak suka".Padahal tak pernah ambil tau tentang apa yang disukai oleh org yang kita sukai. Sedangkan kita selalu buat perkara yang org lain tak suka.

16."Saya takut la nak bercinta nanti terluka susah la".Padahal banyak baca buku2 novel yg berunsurkan sedemikian.

17."Lelaki nie suka pasang ramai org sangat". Padahal ramai artis2 lelaki yang dipujanya dan bila jumpa lelaki kacak mula nak terhegeh-hegeh.

18. "Lelaki memang banyak helahlah kejap suka kejap tidak". Padahal pentingkan diri sendiri.

19. "Nak carik yang soleh/solehah lah". Padahal diri tak pernah solat dan quran tak pernah nak baca. Kuliah agama selalu uzur je.

20. "Suka yang pakai tudung labuh je". Padahal masih pakai seluar pendek, mandi masih ikut style koboi.

21. "Nak dapat yang berkekalan sehingga keakhir hayat". Padahal suka cemburu, suka boros, suka pada yang cantik saja, suka pada yang kaya saja.

22. "Masalah la". Padahal dah tahu WORLD IS STAGE OF PROBLEM.

23. "Nak sambung belajarlah awek saya tu ader master atau phd malu la".Padahal belajar2 tak pernah nak lulus. Asyik mengabaikan pelajaran sebab dating selalu. Memang dah dungu dah....

24. "Saya suka sangat kat dia, tapi dia tak suka kat saya". Padahal bunga bukan seekor, kumbang bukan sekuntum.

25. "Tak mahu la bercinta, duduk seorang lagi seronok,tak lah dikongkong, tak akan terluka, jimat duit sikit".Padahal mengeluh bila kesunyian, dan mula nak feeling gila-gila. Cemburu tengok org. kahwin. Pantang tengok perempuan atau lelaki cantik.

26. "Payah la nak jaga hati masing-masing". Padahal makan hati banyak sangat, sensitive sangat, lepas tu banyak makan sarang tebuan, lepas tu suka sangat main hujan, main api, main mata, main2.dan sebagainya.

27. "Ramai sangat la yang suka mana satu nak pilih nie susah lah". Padahal tau boleh kahwin sampai 4 ikut Sunnah...