Thursday, October 28, 2010

Bagaimana Untuk Mengecam Seorang Penipu










Teknik-teknik di bawah akan menunjukkan bagaimana untuk mengesan sekiranya anda sedang ditipu. Teknik-teknik ini telah digunakan oleh agensi-agensi kerajaan untuk tujuan soal siasat. Ianya juga boleh digunakan dalam komunikasi dan situasi bisnes untuk mengelak dari penipuan. Ia juga boleh digunakan oleh anda untuk mengelakkan diri anda dari ditipu.



Petunjuk-petunjuk Penipuan

Untuk menggunakan petunjuk-petunjuk di bawah dengan berkesan, adalah berguna sekiranya anda mengetahui bahasa badan biasa bagi ‘suspek’ anda.

1. Sentuhan pada wajah – Penipu atau pelakon biasanya akan menyentuh bahagian bawah muka mereka, seperti menggaru-garu hidung, menyentuh bibir atau dagu mereka. Ini adalah satu naluri semulajadi manusia, seperti mana seorang kanak-kanak menutup mereka apabila mereka menipu, hanya ia telah berkembang dengan usia kepada satu perbuatan yang tidak begitu ketara.

2. Tapak tangan – Penipu atau pelakon selalunya cuba menyembunyikan tangan mereka. Ini juga satu tindakan semulajadi. Tangan di belakang badan atau di dalam poket adalah satu petunjuk.

3. Pergerakan mata – Mata seseorang yang tidak jujur akan bergerak-gerak banyak ke sana ke sini bagi mengelakkan pandangan anda. Bagaimanapun, merenung mata anda terlalu lama juga adalah satu isyarat kepada satu penipuan. Ini berlaku kerana penipu atau pelakon berkenaan telah menyedari bahawa pergerakan mata mereka adalah satu isyarat penipuan dan mereka cuba mengawalnya.

4. Pergerakan – Eksperisi diri biasanya kaku. Mereka yang menipu atau berlakon akan kurang menggerakkan tangan mereka dan menggunakan ruang yang sedikit. Semua perbuatan fizikal mereka biasanya akan menggunakan ruang yang lebih sedikit berbanding dengan keadaan biasa.

5. Topik percakapan – Seorang penipu akan selalu menukar-nukar topik percakapan, penipu berasa selesa bertukar topik dengan harapan penipuannya telah dipercayai. Jika jujur, seseorang akan rasa pelik mengapa topik yang serius tadi telah berubah. Dia (seorang yang jujur) akan mengetepikan perubahan topik itu dan menyambung perbualan asal.

6. Mengelak dari jawapan langsung – Penipu kadang-kadang memberikan jawapan yang boleh diputar-belit dari memberi jawapan langsung. Ini membolehkan mereka mengelak dari menipu lagi dengan tidak membuat jawapan yang berbentuk pengakuan. Dengan berbuat demikian, ia memberi mereka kemungkinan kembali kepada jawapan mereka dan mengubahnya.

7. Anak mata – Anak mata biasanya akan membesar apabila menipu atau berlakon; ini kerana tindak balas badan yang membebaskan hormone adrenalin semasa keadaan menipu. Perkara ini bergantung kepada tahap penipuan yang dibuat. Penipuan yang kecil atau helah kecil tidak akan memberi kesan ini.

8. Ekspresi diri – Ekspresi diri hanya terhad kepada bahagian mulut sahaja, contohnya, jika seorang penipu cuba senyum, dia hanya akan menggunakan otot-otot tertentu berbanding senyuman semulajadi yang menggunakan otot-otot dari seluruh wajah.

9. Penggunaan objek – Penipu akan bermain-main dengan barang milik mereka seperti beg tangan, gelang tangan, telefon bimbit atau rambut mereka sendiri. Mereka juga akan meletakkan objek penghalang antara diri mereka dan orang yang bercakap dengan mereka, selalunya dengan benda yang seringkas secawan kopi. Ini satu cara bawah sedar untuk cuba membenteng diri mereka untuk mengurangkan tekanan semasa menipu.

10. Nada suara – Nada suara seorang penipu biasanya tidak konsisten dengan pergerakan atau percakapannya.

11. Sindiran – Mereka yang tidak jujur selalu menggunakan sindiran apabila menjawab pertuduhan.

12. Tidak masuk akal – Kata-kata penipu selalunya tidak masuk akal dan percakapan mereka jadi tunggang langgang. Ini kerana otak penipu berkenaan sedang bertungkus lumus mencari jawapan menyebabkan kata-kata mereka jadi berbelit-belit dan tunggang langgang.

13. Cara berdiri atau duduk – Mereka yang menipu atau berlakon biasanya berasa tidak selesa berdiri atau duduk setentang dengan orang yang ditipu. Mereka mungkin mengelak dari duduk atau berdiri dengan keadaan bahu mereka (kedua-dua bahu kiri dan kanan) setentang dengan bahu anda. Sebaliknya mereka akan cuba berdiri atau duduk sedikit mengiring atau tidak setentang dengan anda.

14. Terlalu banyak butiran – Orang yang tidak jujur akan menambahkan butiran-butiran yang tidak berkaitan kepada perbualan, sebagai satu cubaan untuk mengambil hati orang yang lawan bercakap dengannya.

15. Bersifat defensif – Orang yang bersalah biasanya menjadi defensif pada saat pertama dituduh manakala orang yang jujur akan menjadi marah (ofensif) apabila dituduh.

Adalah penting untuk diketahui bahawa sekiranya anda hanya dapati satu petunjuk sahaja ia tidak memberi isyarat bahawa ia adalah satu penipuan. Anda perlu melihat pada beberapa petunjuk yang konsisten yang berlaku sejajar, atau kombinasi petunjuk-petunjuk yang berlaku serentak dalam satu tempoh masa yang pendek.
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) “. [Riwayat Ahmad]

Huraian:
Pengajaran Hadith:

i) Amanah bermaksud tanggungjawab yang diterima oleh seseorang yang kepadanya diberikan kepercayaan bahawa ia dapat melaksanakannya sebagaimana yang dituntut tanpa mengabaikannya.

ii) Amanah meliputi berbagai-bagai aspek seperti amanah tehadap Allah dan Rasul-Nya, amanah terhadap diri sendiri dan amanah terhadap masyarakat dan perkhidmatan.

Iii) Monopoli kuasa dan tanggungjawab yang luas di tangan seseorang akan menyebabkan kuasa itu tidak berkesan dan tanggungjawab tidak dapat dijalankan. Oleh itu sesuatu tugas itu hendaklah diamanahkan kepada mereka yang layak dan mampu melaksanakannya di mana ia memiliki ciri-ciri amanah, kepakaran dan ketakwaan.

iv) Tidak amanah adalah satu tanda munafik. Akibatnya seseorang itu tidak lagi dipercayai oleh masyarakat disebabkan sifat khianat yang telah dilakukannya terhadap sesuatu tanggungjawab yang diberikan kepadanya.

Kata² Hikmah:
Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

Monday, October 25, 2010

Mohon izin dari Maha Berkuasa kami menjawap berkenaan artikel konspirasi itu bodoh/penipu


Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum...



Bukan kita sahaja yang mengkaji konspirasi ini. Ramai rakan² kita dari luar negara lain juga menyelidik serta meneliti perkara-perkara yang berlaku disekeliling kerana merasakan ada "sesuatu yang tidak kena" termasuk juga Amerika. Jika dapat disedarkan, sedarkanlah semua manusia ini, jangan bersifat Asabiyah hanya menyedarkan kaum kita saja, kita biar kaum lain hanyut. Tak kira, apa warna kulit, apa agama, mereka perlu di bangunkan. Kita tidak mahu mereka terus dibuai lena. Apabila mereka sedar dan "mula" mencari kebenaran secara tidak langsung mereka akan semakin hampir dengan Islam.

Terlalu banyak perkara untuk dikupaskan dalam blog yang Encik Ahmad Saiful beri, saya ingin mengambil satu cerita konspirasi berkenaan tragedi 9/11...

Video dibawah adalah bukti² kukuh dari pihak-pihak barat berkenaan kisah terjadinya tragedi 9/11



Fakta Sokongan Dari Nostradamus

Sementara itu, terdapat ramalan Nostradamus (Michel de Nostradame) tukang tilik terkemuka dunia dari Perancis yang hidup pada abad ke-16 dalam quatrain-quatrain "Centuries"nya:-

"It appears not far from the age of the great Milleniuum, from the sky will come the great King of Terror, at 45 0 degrees, (the latitiude of New York state's northern boundary), the sky will burn the bird of prey,( the hijacked airliners), appears and offers itself to the heavens, (as they crash into the World Trade Center buildings) instantly a huge scattered flame leaps up, the King (an allusion to President Bush), to be far away from the enemy, the New City (an allusion to New York City-America) contemplates a condemnation, before and after war to reign by good fortune, (the USA will be victorious over it's enemies) after the buried will come out of their tombs."

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Tragedi WTC September 11 ada dalam Al-Quran Surah At-Taubah

Tragedi September 11 ternyata sudah dituturkan Allah dalam Al-Quran Surah At-Taubah : 109.

"Maka apakah orang-orang yang mendirikan masjidnya di atas dasar taqwa kepada Allah dan keridhaanNya itu yang baik, atau orang-orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu bangunannya itu jatuh bersama-sama dengan dia ke dalam neraka Jahannam. Dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada orangt-orang yang zalim."

Di situ disebutkan keruntuhan bangunan kerana yang mendirikannya adalah orang-orang yang zalim.

WTC yang runtuh di Kota New York pada 11/9/2001 berada di jalan JERF HAR telah disebutkan pada kalimah "JURUFIN HAR" dalam ayat 109 : At-Taubah yang membawa maksud mengikut tafsir ulama sebagai "ditepi jurang yang runtuh" ternyata adalah nama sebuah jalan di kota New York tadi, JERF HAR.

Surah At-Taubah terletak pada Juzuk 11 menunjukkan tarikh 11 haribulan kejadian tersebut. Sedangkan angka 9 yang menunjukkan bulan September bersamaan dengan kedudukan Surah At-Taubah pada surah yang ke 9 mengikut urutan surah Al-Quran.

Ayat 109. ternyata jumlah tingkat di WTC ada 109 tingkat.!!!

Kejadian tersebut pada tahun 2001, setelah dihitung-hitung jumlah huruf pada Surah At-Taubah ada 2001 ayat!!! Subhaanallah..

Ternyata Allah telah memberikan khabarnya 14 abad yang lalu tanpa diketahui oleh manusia. Inilah mukjizat Al-Quran.

Yang telah membuktikan kejadian pada masa yang akan datang.

Allah s.w.t. berfirman
"Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan keterangan Kami, dan memandang rendah terhadapnya, tidak akan dibukakan pintu-pintu langit kepada mereka"
(Surah Al-Araf:40)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:
"Barangsiapa yang berperang untuk menegakkan kalimat (agama) Allah s.w.t. maka itu Fisabilillah"
(Riwayat Bukhari, Muslim & Abu Daud dari Abu Musa al-Asyari lah.a)

Allah s.w.t. berfirman
"Jika kamu bertelingkah pendapat pada sesuatu, maka kembalilah dia kepada Allah dan Rasul, jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat, kerana itulah yang lebih baik, dan lebih bagus kesudahannya"
(Surah An-Nisa:59)

Dari Ibn Mas’ud, dari Rasulullah Saw, beliau bersabda:
“Tidak akan masuk surga, seseorang yang di dalam hatinya ada sebiji zarah dari sifat sombong”. Seorang sahabat bertanya kepada Nabi Saw: “Sesungguhnya seseorang menyukai kalau pakaiannya itu indah atau sandalnya juga baik”. Rasulullah Saw bersabda: “Sesungguhnya Allah Swt adalah Maha Indah dan menyukai keindahan. Sifat sombong adalah MENGABAIKAN kebenaran dan memandang rendah manusia yang lain”
[HR Muslim]

INGAT BAIK² ... AKAL (OTAK) ADALAH PALING TINGGI DALAM JASAD TUBUH BADAN MANUSIA ... AKAL JUGA DIJUNJUNG KESANA KEMARI OLEH MANUSIA ... FIKIRKANLAH BETAPA MULIANYA AKAL DALAM KEHIDUPAN KITA SEHARI-HARI KIRANYA KITA TIDAK BERFIKIR SEBELUM MEMBUAT SESUATU PERKARA MAKANYA HATI/PERASAAN/NAFSU YANG AKAN BERMAHARAJALELA.

Friday, October 22, 2010


AHMAD SAIFUL

Teori Konspirasi itu Bodoh??Lu pikir laa sendiri...

Ini aku copy dan pastekan dari Blog : http://suhaimiramly.wordpress.com/2010/09/06/teori-konspirasi-itu-b...


**********************************************************************************************************************************************************************

"Sebelum saya mula, biar saya tekankan pendapat saya supaya para pembaca jelas di mana duduknya saya. Ini pendapat saya:

ORANG YANG CIPTA TEORI KONSPIRASI ADALAH PENIPU DAN ORANG YANG PERCAYA TEORI KONSPIRASI ADALAH BODOH.

Itu pendirian saya. Saya tak bersifat apologetik dengan pendapat saya yang tegas ini. Saya takkan “buka minda”, “celikkan mata” atau “pandang dengan mata hati” atau apa-apa lagi euphemism yang anda gunakan yang bermaksud “percaya kepada teori konspirasi”.

Agama Islam yang saya anuti adalah agama ilmu, bukan agama dengar-dengar, agama khabar angin, dan agama “maksud tersirat”. Setiap yang betul adalah jelas, tak perlu disokong dengan teori konspirasi yang gila dan jahil.

Ya, saya percaya semua pendokong teori konspirasi adalah jahil, bebal dan menyesatkan. Sama ada anda percaya 9/11 dirancang oleh CIA/FBI/Mossad, atau percaya bahawa tsunami dibuat oleh Amerika menggunakan HAARP, atau percaya dunia ditadbir oleh Illuminati dan Freemason, semua teori konspirasi adalah bertentangan dengan bukti sebenar.

Siapa yang mengaku percaya teori konspirasi, anda bermasalah. Jangan pandai-pandai tuduh orang lain termakan dakyah Yahudi kononnya. Tak ada pun dakyah yahudi. Anda yang saja reka-reka benda ini dalam otak anda.

Kenapa kena percaya teori konspirasi? Kita percaya teori konspirasi kerana kita lemah. Kita percaya teori konspirasi kerana dalam hati sanubari kita ingin “percaya” pada sesuatu, walau benda itu karut sekalipun. Kita nak percaya bahawa wujudnya satu “big picture” di dunia ini, dan jika big picture itu kehilangan bibit-bibit tertentu, kita mahu isikan lubang-lubang itu dengan naratif kita sendiri (ini adalah motivation orang mencipta teori konspirasi)

Orang kuat tak perlu teori konspirasi. Orang Yahudi yang menguasai politik dan kuasa ketenteraan di Middle East tak perlu sebar-sebarkan teori konspirasi yang pelik-pelik untuk santapan rakyat meraka. Orang Arab yang lemah dan berpecah belah yang sibuk menyalahkan yahudi untuk semua kekurangan mereka.

Rokok? salah yahudi. Bukan salah budaya arab yang ketagih khat dan tembakau. TV? salah yahudi lagi. Bukan salah orang arab yang suka berhibur dan suka kepada rancangan hiburan barat yang bermutu tinggi (berbanding rancangan tempatan mereka). Pendek kata, semua salah yahudi, sehingga Pokemon pun adalah senjata yahudi menyerang akidah umat Islam. Di dalam kegilaan menyalahkan yahudi ini, tak ada kah yang fikir bahawa kehinaan dan kekalahan orang Islam adalah kerana diri mereka sendiri?

Itu cerita timur tengah. Di negaraku ini, yang tak pernah ada kaitan dengan yahudi pun, semua kita salahkan yahudi. “Eh Bal, kau tak tahu ke yahudi ada di mana-mana? sehingga dalam kerajaan malaysia pon banyak spy yahudi.” Ini lah fikiran mereka. Suka sangat reka hantu yahudi dalam otak mereka sampai kalau jadi masalah di ceruk kampung di pedalaman Kedah pun itu Yahudi punya salah. Lepas tu macam-macam teori dibuat — semuanya tanpa bukti yang sahih, cuma cerita-cerita orang sahaja.

Dulu saya dengar pelbagai teori konspirasi. Maaf, dari keluarga saya sendiri pun ada pelbagai cerita karut yang saya dengar. Seorang ahli keluarga saya pernah cakap, Tun Dr M adalah Freemason tahap ke-33 (tahap paling tinggi) sebab itu dia tak perlu takut kena assassinate walaupun lantang mengkritik Barat. Hahaha…apa lagi lepas ni? Pak Lah ahli Illuminati? Dato Seri Najib ahli New World Order? Kah kah kah, aktif sungguh imaginasi mereka.

Penyakit yang banyak menghinggapi geng-geng ini ialah kecenderungan mencari benda-benda yang “tersirat”. Di Amerika, mereka lah yang membawa cerita karut bahawa piramid dan mata yang terdapat di matawang US dollar adalah bukti Illuminati mengkontrol ekonomi dunia.

Antara orang bijak yang pandai mengambil peluang ke atas geng-geng konspirasi ini ialah Dan Brown, penulis novel yang banyak menggunakan elemen-elemen teori konspirasi dalam novelnya. Terus dia jadi jutawan, sebab geng-geng konspirasi ni pakat beli buku dia, kononnya nak tahu pasal konspirasi di Vatican, Paris dan Washington (ya, saya juga baca ketiga-tiga buku tersebut, cerita nya macam sampah, buang duit sahaja beli. Kalau anda mahu cerita teori konspirasi yang lebih intelek, cuba baca buku Foucault’s Pendulum karangan Umberto Eco).

Di Malaysia golongan “tersirat” ini juga ramai. Dalam semua benda, mereka nampak agenda yahudi atau anti-Islam. Dalam pokemon ada yahudi. Dalam colgate ada yahudi. Sudahlah ini menunjukkan kejahilan mereka terhadap dunia, tetapi juga menunjukkan kejahilan terhadap agama juga. Agama tidak mengajar merekacipta benda-benda karut kemudian berkata bahawa ini semua benda “tersirat” yang kami sahaja nampak kerana kami ada “pencerahan”.

Mereka ini tak ada kerja lain, semua benda nak analisa tak tentu hala. Contohnya orang ini yang kononnya menggunakan nama Kalamul Haqq. Tapi penulisannya jahil dan karut, jadi lebih baik tukar nama jadi Kalamul Auta. Dia menulis mengenai perkara-perkara tersirat di dalam iklan TV3, yang kononnya dipengaruhi Freemason dan Illuminati (*yawn*):

http://aulakalimah.blogspot.com/2010/09/kebenaran-di-sebalik-penipu...

Kenapa saya sibuk sangat dengan benda-benda konspirasi ni? “Biarlah orang nak percaya apa-apa pun, yang kau sibuk kenapa?”

Hehe…biar saya ceritakan kenapa saya kisah. Sebabnya mudah sahaja. Virus ini dah menular ke kalangan orang muda, terutama yang berpendidikan. Saya tak kisah kalau orang tua di kampung-kampung percaya bahawa Mahathir adalah agen Yahudi, atau pelajar-pelajar institut vokasional percaya bahawa ekonomi dunia dipegang oleh sekumpulan manusia sulit yang menyembah Iblis, semua itu saya tak kisah.

Yang saya kisah, budak2 universiti, budak2 yang belajar oversea, pekerja2 professional, bakal2 pemimpin, para pensyarah dan profesor, pun percaya kepada konspirasi-konspirasi yang karut. Luluh hati saya bila menerima email-email forward berisi teori konspirasi karut oleh eksekutif Petronas, oleh penjawat tinggi kerajaan, oleh pensyarah-pensyarah IPT, oleh pelajar-pelajar luar negara. Kalau golongan ini pun percaya kepada perkara karut, apa lagi harapan yang kita ada dengan rakyat jelata.

Jangan anggap anda mendapat “pencahayaan” atau bijaksana atau bermata hati atau berkebolehan melihat yang tersirat, kalau anda cuma mereka cipta benda yang tak wujud. Jangan bersorok di sebalik nama agama, gunakan hadis dan ayat-ayat yang tak jelas kaitannya dengan teori konspirasi anda. Jangan pandai-pandai tuduh orang lain tidak nampak yang tersirat kalau kami tak mahu percaya karut-karut rekaan anda.

Maaf kerana saya agak keras, tapi saya tak akan berganjak. Tolong jangan percaya lagi teori konspirasi. Jangan sebarkan teori konspirasi melalui email dan usrah anda. Periksa asal usul sesuatu dengan sumber yang sahih, bukan melalui mat-mat dan minah-minah konspirasi yang lain. Buka mata anda.

Jangan percaya sesuatu hanya sebab yang cerita itu ustaz, atau abang usrah atau naqibah atau anda baca dalam buku sekalipun. Dulu saya banyak baca buku-buku mengarut, terutamanya buku mengenai dajjal. Dulu pada tahun 1990an, ada “ularmak” yang mempunyai ijazah syariah, mengatakan bahawa Dajal itu adalah USSR kerana gah nya empayar USSR dan kecanggihan teknologi mereka.

Ini bukan calang-calang buku, buku ini dijual di toko-toko buku Islamic dan dihebahkan di ceramah-ceramah agama. “Dajjal sudah muncul,” kata mereka, sambil memberikan berpuluh-puluh “bukti” bahawa dajjal itu adalah USSR. Ada “bukti” yang berbunyi sebegini: di hadapan pesawat-pesawat perang USSR, ada tertulis KFR. Ini bermakna KaFiR. Dan Dajjal punya muka ada tanda yang menyatakan Dajjal itu Kafir. Jadi USSR adalah Dajjal. Hahahaha…mengarut bukan? Tak ke sakit hati baca? Cuba bayangkan 50 “bukti” sedemikian dikumpul dalam satu buku. Buku itu layak dibakulsampahkan sahaja, walaupun ditulis oleh seorang yang bergelar ulamak.

Sekarang ni bila USSR dah pecah, apa sudah jadi dengan dajjal anda? Dajjal duduk di Moscow ka, atau di St Petersburg? Atau dah guna passport Belarus atau Ukraine? Dajjal dah tukar kerakyatan jadi People’s Republic of China ka? Atau Dajjal sudah jadi American citizen? Kalau dajjal itu kuasa besar, ini lah kuasa-kuasa besar sekarang. Mana pegi bukti KFR atas kepada dajjal?

Saya hari tu terbaca di MPH (tolong lah malu sikit wahai pengurus MPH, kenapa kedai anda banyak tajuk karut? mana QC?) ada buku yang menghuraikan “bukti-bukti” bahawa dajjal itu adalah Satya Sai Baba. Kah kah kah, dulu USSR, la ni saibaba pulak jadi dajjal? Lepas ni siapa pulak? Amitab Bachchan?

Ini semua adalah kerja gila dan sia-sia mereka yang tiada kerja lain selain daripada mencari benda-benda yang “tersirat” sehinggakan kepercayaan karut mereka sudah sampai peringkat kepercayaan kartun. Sudah tentu di chapter pengenalan buku tersebut mereka menonjolkan bahawa merekalah yang mempunyai “mata hati” dan mempunyai ilham yang agung dan orang lain di luar sana adalah buta dan tak berkasyaf seperti mereka.

Merekalah yang paling bijaksana kerana berjaya menjumpai “bukti” dajal ialah sai baba. Yang peliknya buku ini sampai jadi bestseller. Wah, lucrative sungguh market buku teori konspirasi ni. Apsal saya pegi tulis buku matematik, lepas ni baik saya tulis buku “Obama adalah Dajjal”. Sure jadi bestseller.

Ini penyakit yang dialami ramai orang. Saya panggil self-aggrandizement. Seakan mereka lah yang memperolehi kebenaran agung, dan yang nampak akan benda-benda tersirat, sehingga benda karut pun mereka anggap benar. Seakan orang lain itu berkomplot untuk menolak kebenaran sejati dan berusaha menyoroknya dari pandangan awam. Mereka sahaja betul, orang lain sesat.

Yang “tersirat” ini semuanya karut sahaja. Untuk menjadi seorang yang terhormat anda kena jauh jauh dari benda karut. Ulama-ulama yang saya hormati di Malaysia, tak ada pun yang kaki konspirasi. Mereka menekankan peri pentingnya ilmu dan kebenaran. Segala yang diujar perlu mempunyai bukti kukuh. Ini disiplin ilmu. Atas dasar ini agama tertegak.

Agama ini mudah. Jangan disusahkan dan disimpul-mati kan dengan konspirasi yang bukan-bukan. Jangan cemar keindahan agama dengan huduhnya cerita-cerita karut yang anda lemparkan. Jangan kelirukan rakyat dengan cerita-cerita bangang dan basi mengenai illuminati, freemason dan sebagainya.

Saya tak kata freemason tak wujud, di KL dan Penang pun ada Freemason Lodge. Saya pernah masuk Mason Lodge di Boston. Saya pernah berkenalan beberapa orang Freemason, dan saya pernah lihat dengan mata kepala sendiri “secret handshake” mereka (tidak lagi secret, kerana dah banyak website menghuraikan ritual-ritual Mason di Internet. Tapi mereka cuba mengekalkan secret itu dengan mencipta handshake yang tersendiri di setiap lodge).

Jangan ingat anda sudah tahu mengenai Freemason kalau cuma baca buku-buku nukilan ustaz-ustaz Maggi mee atau Harun Yahya atau membaca buku Dan Brown sahaja. Cuba kaji cara ilmiah. Kalau anda kaji secara ilmiah, anda akan tertawa dengan kenyataan bahawa “Freemason menakluki dunia”.

Begitu juga dengan yahudi. Tiada sekumpulan yahudi di dalam bilik gelap yang berkomplot menguasai ekonomi dan politik dunia. Itu semua fantasi sahaja. Elders of Zion tak wujud. Yang ada cuma kerajaan Israel yang kelam kabut dengan politik mereka (seperti mana-mana negara di dunia). Itu lah insitusi yang paling berkuasa di dunia Yahudi, beserta dengan tentera dan intelligence agency mereka. Ya, saya faham tentera Yahudi dibiayai Amerika dan intelligence agency mereka hebat, tapi kalau mereka ni hebat sangat sampai menakluk dunia, takkan mereka boleh disepak keluar oleh Hezbullah pada tahun 2006? Mana pergi tokey-tokey Illuminati yang berkuasa itu?

Tolong jangan obses sangat dengan konspirasi yahudi ni, mereka ni sama juga macam kita. Saya tahu ramai percaya yahudi kontrol media melalui rupert murdoch, tapi ini bukan bermakna mereka mengkontrol dunia seperti diwarwarkan oleh mat-mat konspirasi ini. Tahukah anda syarikat media Rupert Murdoch itu antara pemegang saham terbesarnya adalah orang Islam, seorang putera Saudi? Kenapa tak kata Fox News dalang konspirasi Islam?

Saya juga faham yahudi banyak memegang kuasa ekonomi. Saya tahu CEO Goldman Sachs adalah bekas pelajar yeshiva di New York. Saya tahu Alan Greenspan dan Ben Bernanke, Fed chairmen adalah yahudi kedua-duanya. Dan banyak firma Wall St dan Fortune 500 company yang CEOnya adalah yahudi. So what? Adakah mereka ini tiap2 bulan akan meeting di dalam bilik rahsia dan membincangkan cara menghancurkan umat islam melalui pokemon dan colgate? Ini adalah karut semata-mata. Jangan biar fantasi mencemar pemikiran logik anda.

Orang yang bising menggebangkan konspirasi yahudi ni, adalah orang yang paling jahil mengenai negara Israel. Bagi mereka Israel adalah negara yang diduduki oleh monster berhidung besar dan bergigi taring dan kerja mereka sehari-hari ialah berfikir cara menghancurkan umat Islam. Ini lah fantasi geng-geng konspirasi ini. Pernahkah mereka melawat Israel? Berapa rakyat Israel yang mereka pernah jumpa? Pernah kah mereka membaca akhbar Yediot ahronot atau Haaretz? Sudah tentu tidak, buat apa nak percaya propaganda yahudi kan. Yang mereka percaya apa yang mereka dengar-dengar dan baca-baca dari sumber yang entah sahih atau tidak. Jauh sekali membuat kajian mengenai Israel. Yang mereka tahu, Israel = mengkontrol dunia melalui kumpulan sulit.

Tolong lah saya merayu anda, cukuplah obses dengan Yahudi dan konspirasi menawan dunia oleh Yahudi ini. Cubalah sedar bahawa kelemahan kita adalah disebabkan kekurangan kita sendiri yang perlu dibaiki, bukannya disebabkan yahudi yang buat. Cuba usaha kuat, belajar rajin-rajin dan amal agama sungguh-sungguh, nescaya anda akan jadi kaum yang kuat lebih kuat daripada yahudi. Masa itu tak perlu teori konspirasi lagi.

Saya kelakar apabila mendengar orang Amerika pun kuat konspirasi. Dalam satu survey yang dijalankan oleh Pew Research Centre baru-baru ini, 12% orang Amerika percaya bahawa Obama adalah seorang Muslim. Ini juga karut. Obama ialah seorang pengikut Kristian dan berkali-kali telah menyatakan perkara itu secara umum. Bayangkan 20 juta orang masih percaya teori konspirasi itu. Superpower my ass.

(Ada tak orang islam yang masih percaya Obama itu seorang Islam? Jika ada sila basuh muka anda, anda sedang bermimpi dan masih dibuai imaginasi indah.)

Saya seorang realist. Saya percaya hukum alam ini sama dari dulu hingga sekarang. Dunia ini bukan dunia yang ideal, dunia ini dunia yang cacamarba. Human nature adalah sesuatu yang buruk, bukan elok. Saya bukanlah idealis yang percaya dunia ini hitam putih. Saya tahu dunia ini tempat yang teruk.

Tapi saya tak perlulah pujuk perasaan saya dengan mempercayai pelbagai jenis teori konspirasi untuk menyedapkan hati saya. Untuk saya percaya akan sesuatu, perlukan bukti yang kukuh. Saya tak percaya semata-mata kerana sentimen.

Sentimen saya adalah sebagai orang Islam. Saya INGIN sangat percaya orang Islam adalah baik-baik belaka. Saya INGIN sangat percaya orang Islam ni tak buat kerosakan yang besar. Kalau ikut sentimen dan emosi (dan fantasi) saya, memang orang Islam ni tak buat salah.

Tapi bukti sahih menunjukkan orang Islam yang buat 9/11. Yang merancang dan menjalankan rancangan itu adalah orang Islam. Bukti dah jelas dalam pelbagai dokumen dan rakaman yang telah didokumentasikan. Samada saya suka atau tidak, orang Islam yang buat 9/11 itu. Saya realist. Saya terima hakikat yang pahit.

Bukannya saya reka cerita yang menyedapkan hati: oohh, sebenarnya yang buat adalah yahudi, atau CIA atau FBI. Orang Islam ni cuma dijadikan kambing hitam supaya mereka boleh serang negara Islam. Ini adalah emosi dan sentimen semata-mata. Tak ada satu bukti pun bahawa 9/11 dibuat oleh CIA atau FBi, walaupun sentimen dan emosi anda INGIN percaya pada benda itu. Telan lah realiti walaupun pahit, wahai saudara Islamku sekalian. Jangan buat-buat pejam mata.

Ramai yang terpedaya dengan teori konspirasi kerana mereka dimain angan-angan dan fantasi bahawa orang Islam ni baik baik belaka, tak ada yang sanggup buat terrorist attack. Jadi mereka salahkan pihak yang lain. Siapa lagi kalau bukan yahudi. Sikit-sikit yahudi. Bila kita nak terima kelemahan kita sendiri.

Teori konspirasi ini banyak mudaratnya jika dibenarkan bermaharajalela dalam masyarakat. Sebab itu saya ambil pendirian tegas dalam isu ini. Siapa menyebarkan teori konspirasi adalah menipu. Yang percaya adalah bodoh. Simple saja. Pahit untuk ditelan tapi straightforward. Hidup saya aman, hati saya tenang, minda saya puas dengan pendirian saya ini. Tak ada contradiction antara worldview saya dan realiti sebenar. Mat-mat konspirasi ini, selalu berlaku percanggahan antara worldview mereka dan realiti sebenar dunia.

Sudahlah cari benda-benda tersirat. Tak perlulah setiap bentuk pangkah (X) atau tambah (+) dianggap konspirasi Nasrani kononnya. Nanti kepala jadi mereng kalau setiap masa nak pikir pasal benda ini. Tengok benda dalam-dalam nanti mata pijau. Bukan semua benda ada maksud tersirat. Most of the time, what you see is what you get.

Jangan terlalu paranoid. Paranoid ini penyakit mental. Orang pandai juga boleh paranoid yang bukan-bukan (contohnya, Unabomber seorang profesor matematik lulusan Harvard yang anti-kehidupan moden, yang telah membunuh mangsanya menggunakan pipe bomb untuk menegakkan manifestonya). Bukannya semua orang nak attack kita. Kita ni entah siapa-siapa pun, orang pun tak ambil kisah. Tak ada kerja yahudi nak gondol orang kat malaysia ni. Baik mereka pikir hal-hal middle east. Kita je syok sendiri konon yahudi ni sibuk pikir hal kita. Sedangkan kita ni dalam radar yahudi, takde keluar signal langsung. Jangan paranoid lebih-lebih. Jangan perasan.

Teori konspirasi ni menyakitkan hati saya, jadi maaf kalau saya tulis penjang lebar isu ini dan saya ulang benda-benda yang saya pernah cakap sebelum ini. Anggap lah ini luahan hati saya yang lama berbuku. Yang trigger entry panjang lebar ini ialah apabila rakan saya Alif forward pada saya link Kalamul Haqq di atas. Habis naik blood pressure saya, so saya terus tulis entri panjang ini. (thanks Alif, for depriving me of my sleep…kekekkeke)

Saya tulis ini tanpa ada niat buruk atas sesiapa. Saya tak mengharapkan kemusnahan sesiapa, kerosakan sesiapa, kehancuran sesiapa. Saya cuma nak tunjukkan kecelaruan logik di sesetengah pikiran manusia. Kalau ada bahasa kasar saya pakai, itu untuk emphasis sahaja. Saya tak minta maaf kalau hati anda terguris (padan muka), bagi saya lagi penting bercakap benar daripada menjaga hati orang. Saya cakap kasar sikit tapi saya tak mahu bermusuh dengan sesiapa, kalau anda terima baguslah, kalau tidak, sikit pun saya tak susah.

Tak perlu nak menjelaskan kepada saya teori konspirasi ni mungkin ada yang benar, mungkin ada kebarangkalian 0.001% ianya bukan direkacipta, etc etc. Saya faham itu semua. Saya ambil jalan yang tegas kerana secara umumnya teori konspirasi ini menggoyahkan masyakarat dan memomokkan pemikiran kita.

Alright, maka terburailah apa yang terbuku dihatiku ini, terima kasih atas kesabaran anda membaca sampai ke akhir.

OK, haters, bring it on"

**********************************************************************************************************************************************************************

P/S : Dari aku,aku tak layak nak menentukan korang pada Pihak mana...Keputusan pada diri korang..nak percaya atau tak secara, kebetulan atau tak atau mana2 sebelum dan selepas korang yang tentukan..

Bagi aku selagi hidup sebagai Manusia syariat dan Hakikat perlu seiring..Nak cerita panjang aku bukan Guru malah Ilmu pon copy pastekan dari orang lain cume kita sebagai manusia Allah dah kurniakan akal dan fikiran untuk berfikir..

Wassalam..

Tuesday, October 12, 2010

Apa itu RUQYAH?


Apa itu RUQYAH?

Posted by UMMINJ on 2010


Anda pernah sakit? bukan sakit yang biasa, tapi sakit yang misteri, yang bilamana pergi hospital kata Doktor anda tidak sakit, bila sendirian ada 'perkara' yang membuat anda tidak tenteram, berkeluh kesan, seram sejuk, takut, bahkan mungkin mengalami tekanan jiwa dan perasaan.pernah jumpa bomoh.. pernah kena jampi?.. perkataan 'bomoh' juga sudah jadi seperti 'momok' yg menakutkan, acapkali yang bertemu bomoh akan dijampi.. dihembus, di perasap.. dan selalunya bila berbomoh, kita menjerumuskan diri dalam syirik yang akhirnya penyakit tidak berkurangan, dosa pula bertambah.pernah dengar RUQYAH?.. sama je.. asal maksud ruqyah dalam bahasa melayu ialah jampi. tapi ruqyah adalah memjampi dengan AYAT-AYAT AL QURAN. atau dalam ertikata masyarakat moden yang tak mahu lepas dari menggunakan bahasa cangih 'rawatan alternatif', perubatan Islam atau syifa...Alhamdulillah, yang ini tidak salah malah digalakkan, kalau pun penyakit tidak baik (jarang berlaku, selalunya Insya'allah sembuh).. tapi pahala bertambah, malah bukankah sakit itu ujian untuk mendekatkan diri kepada Allah swt.

'Ubai ibnu Ka’ab pernah berkata: “Ketika aku sedang bersama-sama Nabi s.a.w. seorang badwi telah datang menemui baginda sambil berkata “Wahai Nabi Allah, aku mempunyai saudara yang sedang mengidap penyakit”. Apa sakitnya tu tanya Rasulullah. “dia terkena penyakit gila”, ‘bawa dia kemari’.Mangsa kemudiannya diletakkan dihadapan baginda s.a.w. lalu baginda menjampi dengan membaca;Surah al-fatihah, empat ayat permulaan surah Al-Baqarah, dua ayat Al-Baqarah ayat 163 & 164, ayatul Qursi, tiga ayat terakhir surat Al-Baqarah, satu ayat dari surah Al-A’raf (ayat 54), akhir ayat dari surah Al-Mukminun (ayat 115 – 118); satu ayat dari surah Al-Jin (ayat 3), sepuluh ayat dari awal Surah As-Soffat, tiga ayat dari surah Al-Hasyar (ayat 21 – 23); surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq dan surah An-Naas.

Sesudah itu mangsa itu pulih seperti sediakala seolah-olah tidak terjadi apa-apa ke atasnya.
Al Haithami telah berkata:“Hadis ini telah diriwayatkan oleh Abdullah ibnu Ahmad. Salah seorang perawi hadis bernama Abu Junaab dicop sebagai dhaif disebabkan banyak terlibat dalam masalah tadlis hadis. Namun beliau telah disahkan sebagai orang kepercayaan oleh Ibnu Hibban, dan perawi-perawi yang lain semuanya disahkan sahih”.Rasulullah saw pergi ke rumah seorang sahabat untuk menziarahinya. Setelah tiba, beliau mendapati sahabat tersebut sedang membacakan ruqyah kepada seorang pesakit. Setelah selesai, baginda bertanya apa yang dibacakan oleh sahabat tadi. Sahabat memberitahu bahawa dia membacakan al-Mukminun 115-118.Lantas baginda memperakui ruqyah tersebut dan mengatakan bahawa jika seseorang itu yakin dan membacakan ayat tsbt sedangkan dia berada di atas sebuah gunung, nescaya gunung tersebut akan pecah.Bismillahwassolatu wassalam ‘ala rasulillah SAW,Firman Allah (17:82)وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآَنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا“Dan Kami turunkan dari Al Qur’an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Qur’an itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.

”Dan Firman Allah SWT (10:57):يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَاء لِّمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ“Wahai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.”Telah berkata Imam Ibn Qayyim: Al-Quran adalah penawar yang lengkap bagi semua jenis penyakit hati dan penyakit badan, penyakit dunia dan penyakit akhirat. Dan bukan semua orang layak dan berjaya untuk berubat dengan al-Quran. Jika orang mengubati itu menggunakan penawar ini dengan keyakinan dan keimanan, penerimaan yang penuh, iktikad yang kuat serta menepati semua syaratnya, maka tiada penyakit yang dapat mengatasinya.Bagaimana penyakit mampu untuk mengatasi Kalam Tuhan sekalian bumi dan langit yang jika diturunkan kepada gunung akan berkecai atau diturunkan ke atas bumi akan terbelah?!
Tidak ada suatu penyakit hati dan badan melainkan terdapat di dalam Al-Quran dalil yang menunjukkan ubat dan sebabnya. (Zadul Ma3ad: 4/322-323)Imam Ibn Qayyim menyebut lagi (Zadul Ma3ad: 4/167-169): Ruqyah digunakan adalah untuk menjaga kesihatan dan mengubati penyakit.Pertama: Menjaga Kesihatan, contohnya ada disebut dalam Sahih Bukhari dan Muslim:Diriwayatkan dari Aisyah: Setiap kali Rasulullah s.a.w hendak tidur (malam hari) Nabi s.a.w menangkupkan kedua tangannya dan meniupnya setelah membaca Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas, lalu mengusapkannya ke seluruh bagian tubuhnya. Dimulai dari kepala, wajah, dan bahagian depan tubuhnya. nabi s.a.w melakukannya tiga kali.Contohnya lagi dalam Sahih Bukhari dan Muslim:Dari Ibnu Mas’ud Al Anshari r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang membaca kedua ayat itu, yakni dari akhir surah Al Baqarah, nescaya keduanya akan memeliharanya dari bencana.”Kedua: Mengubati penyakit, contohnya ruqyah dengan surah al-Fatihah seperti apa yang disebut dalam Sahih Bukhari dan Muslim:Diriwayatkan dari Abu Sa’id r.a.: Sebagian para sahabat Nabi s.a.w melakukan perjalanan hingga malam hari mereka tiba di suatu tempat yang menjadi daerah kekuasaan suatu suku Arab. Para sahabat Nabi s.a.w meminta para penduduk untuk memperlakukan mereka sebagai tamu, tetapi mereka menolak. Kepala suku Arab itu digigit seekor ular berbisa dan orang-orang dari suku itu berusaha mengubatinya tetapi sia-sia. Mereka berkata (satu sama lain), ‘Tidak ada yang dapat mengubatinya, pergilah kamu menemui orang-orang yang tinggal di daerah ini malam ini, mungkin mereka memiliki ubat penawar racun.”Beberapa orang menemui para sahabat nabi s.a.w dan berkata,”Wahai Kafilah pemimpin kami digigit ular berbisa. Kami telah berusaha mengubati semampu, tetapi sia-sia.

Apakah kalian memiliki ubatnya?” Salah seorang dari sahabat nabi s.a.w berkata, “Ya, Demi Allah! Aku akan membaca ruqyah untuknya, tetapi kerana kami telah ditolak menjadi tamu kalian aku tidak dapat membacakan ruqyah kecuali apabila kalian memberikan kami upah untuk itu.”Mereka setuju membayar dengan sejumlah biri-biri. Kemudian salah seorang sahabat nabi s.a.w pergi (Ke tempat mereka) dan membaca (ayat dari surah AlFatihah): Alhamdulillah Rabbal-alamin (Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam), dan menipu tubuh si kepala suku yang seketika tampak sihat kembali, seakan-akan telah terbebas dari semacam ikatan, lalu bangun dan mulai berjalan, tidak menunjukkan tanda-tanda kesakitan, Mereka pun membayar dengan upah yang telah disepakati sebelumnya. Sebagian dari mereka (Para sahabat nabi s.a.w menyarankan agar mereka membagi rata upah itu, tetapi salah seorang dari mereka menolak dan berkata, “jangan dahulu dibagikan sebelum kita bertemu dengan Rasulullah s.a.w , untuk menceritakan apa yang telah kita alami, dan menunggu perintahnya.”Maka mereka pun pergi menemui Rasulullah s.a.w setelah mendengar seluruh cerita mereka, Rasulullah s.a.w bersabda, “bagaimana kamu tahu Surah Al-Fatihah dapat dibacakan sebagai ruqyah?” Kemudian nabi s.a.w menambahkan, “Apa yang telah kalian lakukan benar. bagi rata upah kalian, dan berilah aku bagian.” sambil mengatakan hal itu Rasulullah s.a.w tersenyum jenaka.~ Catatan Abu Umair

Friday, October 8, 2010

Komen Pelik dari insan yang beragama Islam

Shahrizat: Dress code is disrespectful and undermines women's capabilities

Update from The Star Newsdesk

KUALA LUMPUR: The latest dress code ruling in Kelantan is disrespectful and undermines women's capabilities.

Women, Family and Community Development Minister Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil said she is appalled at the no sexy clothes ruling in Kelantan.

The state government, she said, should instead focus on how it can help the development of women instead of concentrating on flimsy issues such as dress codes.

"Why are they focusing on dressing issues when they should be thinking about how they can help women in Kelantan excel and develop fur ther, both in education and entrepreneurship?" she told The Star at the Parliament lobby Tuesday in commenting on its front-page report.

The Kota Baru Municipal Council had warned that both Muslim and non-Muslim women working in retail out lets and restaurants in Kelantan should take note of their dress ing or risk being fined.

The council said it would be conducting spot checks and women who flouted its guidelines could be fined up to RM500, Several women's organisations reacted with outrage.

Shahrizat said creating such a ruling will in the end back-fire on the Kelantan government.

"In the end, Kelantanese women will object to it," she warned.

"It is so disrespectful to the women there. The ruling makes it seem like women cannot decide for themselves what they should or should not wear and need the government to help them decide.

"It just goes to show what kind of government they are."

----------------------------------------------------------------

Dress Code Dispute in Malaysia

KUALA LUMPUR, Malaysia, March 11--Malaysia's federal government has criticized Kelantan state's hardline Islamic administration for proposing a strict dress code for non-Muslim women, AFP reported.
The dress code, put forward by the municipal council of Kota Baru, the capital of the state--one of only 13 in Malaysia ruled by the opposition Islamic Party--would force non-Muslim women to don long skirts and loose, long-sleeved blouses.

The proposal came earlier this week after complaints over skimpily-dressed promotion women working in supermarkets.

The Islamic Party's spiritual leader Nik Aziz Nik Mat, who is also Kelantan's chief minister, said the dress code would help reduce sex crimes in the state.

But Culture, Arts and Heritage Minister Rais Yatim said the proposal was "outrageous" and would violate the rights of non-Muslim women, according to the New Straits Times. The Kelantan government can dictate the dress code of civil servants under its jurisdiction but has no right to tell others what to wear, he said.

It has also come under fire from non-Muslim and women groups.
The Malaysian Chinese Association, a key pillar in the ruling coalition, slammed the Islamic Party for being out of touch with reality.

"Doesn't he (Nik Aziz) realize that most sex crime victims are fully dressed from head to toe and some of them are children? Someone with that kind of mindset on gender issues is an obstacle to the progress of women," said the association's women's wing chief Ng Yen Yen.

Muslim Malays make up some 55 percent of Malaysia's 25 million population, with Chinese accounting for 25 percent and Indians 7.5 percent.

It was thumped by the ruling coalition in last year's general elections, in which it lost power in neighboring state of Terengganu but kept its hold on Kelantan with a slim majority.