Sunday, March 28, 2010

Hukum pemakaian gelang di kaki



Soalan:

Saya nak tanya soalan berkaitan dengan pemakaian gelang di kaki. Samada gelang emas atau silver atau gelang manik. Saya nak tahu ada tak hukum pemakaian gelang tersebut apatah lagi gelang tersebut dipakai bersama dengan loceng. Abang saya tidak membenarkan saya memakai gelang loceng sebab syaitan suka bunyi loceng ini seolah kita memanggil-manggil syaitan. Kalau tak salah lah, saya ada membaca kisah dulu2 kalau pakai gelang di kaki merupai orang pelacur di zaman jahiliyah atau perempuan tidak senonoh. Saya harap kisah itu tidak benar kecuali kalau ada hadis atau bukti yang melibatkan hukum pemakaian gelang di kaki samaada harus, sunat atau ada tatacara pemakaian gelang di kaki.


Jawapan:

Pada asasnya pemakaian gelang hukumnya harus sahaja, selagi mana ianya bertujuan untuk kebaikan dan tidak mendatangkan maksiat dan fitnah. Kebaikan yg dimaksudkan ini perlu dilihat dari beberapa sudut, siapa, apa, dimana, bagaimana dan niat pemakaiannya. Misalanya, kaum lelaki tak boleh pakai gelang kerana menyerupai wanita, hanya wanita ada keharusan. Keharusan ini pula bergantung kepada tujuan dan niat, misalnya orang melayu jarang memakai gelang di kaki sebaliknya orang India terutamanya di India gemar memakainya gelang berloceng yang disebut 'silver kolusu' (gelang kali yg berloceng) dan metti (gelang jari kaki yang berloceng) dan merupakan suatu kebudayaan serta keperluan dalam masyarakat tersebut. Contohnya, wanita yang mula mengandung digalakkan memakai gelang loceng di kali agar diketahu gerak-gerinya oleh isi rumah spt ibu mertua & suaminya.

Hatta jika wanita ini tidur lama pada posisi suatu bahagian akan diketahui dari ketidakhadiran bunyi loceng kaki tadi dalam tidur dan akan ditegur agar dia mengalih ke badan ke bahagian posisi yang lain. Ini bertujuan utk menjaga kesihatan bayi dalam kandungan. Jika didapati agak lama tidak kedengaran bunyi menunjukkan wanita tersebut berada berjauhan atau mungkin sudah jatuh pengsan dimana-mana penjuru rumah atau bilik, dan mereke akan mula mencari untuk memastikannya terutama jika suaminya tidak bersama-sama.

Pemakaian gelang loceng diluar rumah adalah suatu larangan dalam syarak bagi kaum hawa yang beriman kepada Allah s.w.t. Malah sepotong ayat al-Qur'an sendiri merujuk khusus tentang gelang kaki yang mengeluarkan bunyi-bunyian bila dihentak. Firman Allah yang bermaksud;

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." [Quran An-Nur, 24: 31]

Wanita-wanita di zaman Jahiliyah mempunyai amalan memakai gelang kaki berloceng dan bilamana mereka berjalan di lorang-lorang, mereka akan menghentakkan kaki mereka agar bunyi gelang ini didengar oleh kaum lelaki, dengan itu ia menarik perhatian dan pandangan lelaki jatuh terhadapnya. Ia sekaligus merupakan babak-babak untuk "menghampiri zina" yang dilarang oleh Allah dalam firmannya; "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)" [Quran Surah Al-Israa',17: 32]

Seorang wanita muslimah yang berakhlak mulia dan beriman kepada Allah, tidak memakai gelang loceng bila keluar dari rumah atau bila berhadapan dengan lelaki ajnabi (yg halal kahwin), kerana bunyi-bunyian adalah halwa telinga yang memberi rangsangan shawat lelaki sebagaimana wangi-wangian menjadi halwa hidung bagi tujuan yang sama. Begitu juga mata dan anggota tubuh yang lain masing-masing berperanan besar dalam membangkitkan ghairah kaum adam.

Menurut Rasulullah saw; “Sesungguhnya Allah telah menetapkan atas diri anak keturunan Adam bagiannya dari zina. Dia mengetahui yang demikian tanpa dipungkiri. Mata itu bisa berzina, dan zinanya adalah pandangan. Lidah itu bisa berzina dan zinanya adalah perkataan. Kaki itu bisa berzina dan zinanya adalah ayunan langkah. Tangan itu bisa berzina dan zinanya adalah sentuhan. Hati bisa berzina dengan keinginan dan angan-angan. Baik kemaluan membenarkan yang demikian itu atau mendustakannya.” (H.R. Bukhari, Muslim, An-Nasai, dan Abu Dawud).

Dengan ini wanita muslimah yang beriman dilarang memperlihatkan 'perhiasan' bilamana keluar rumah, ini termasuklah perhiasan tubuh badan dan pemakaian pakaian yang menarik perhatian seperti pakaian yang tidak menutup aurat dengan sempurna, bertudung tapi baju dan seluar ketat, memakai wangi-wangian dll. Sebuah hadis lain menyebut mata boleh berzina bila seorang wanita memakai minyak wangi dan melalui khalayak ramai;

"Seorang wanita yang memakai minyak wangi lalu lewat di tengah-tengah kaum (laki-laki) dengan maksud agar mereka menghidu bau harumnya maka wanita itu adalah pelacur" (HR. An-Nasaa'i).

Manakala bagi kaum lelaki Nabi s.a.w. adalah sebagaimana menasihatinya kepada Ali r.a. “Wahai Ali, janganlah engkau susuli pandangan dengan pandangan lagi, karena yang pertama menjadi bagianmu dan yang kedua bukan lagi menjadi bagianmu (dosa atasmu)” (H.R. Ahmad, Tirmidzi, dan Abu Dawud).

Maka dari sinilah timbul konsep menutup aurat yang sempurna bagi wanita termasuk pemakaian purdah/nikap dan sebagainya sebagaimana kesugguhan dan ketaatan mereka terhadap firman Allah dalam surah An-Nur atay 31 di atas. Jadi dapatlah dibuat kesimpulan bahawa pemakaian perhiasan yang menarik perhatian lelaki termasuklah gelang berloceng adalah haram sekalipun cik mungkin suka dan gemar memakainya diluar rumah. Nah, muslimah yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, bilamana mereka mengetahui akan larangan ini, adalah terlebih utama mereka bersegera menyahut panggilan iman dan segera kembali kepada al-Quran dan sunnah - dengan itu hiduplah nilai-nilai al-Quran dalam jiwa mereka sebagai bukti keimanan mereka terhadap al-Quran, insyaallah di akhirat nanti al-Quran akan menjadi pelindung seluruh anggota tubuh mereka dari bahang api neraka ketimbang mereka menyerupai wanita-wanita pelacur lagi jahil yang mengaku beriman dimulut tetapi fasiq (paavigal - menimbun dosa).

wallaualam,


Luv Always...
Kuku

Monday, March 22, 2010

Sihir menghalang jodoh kita..




Liana pasrah dengan ketentuan Allah SWT. Liana menganggap semua ini adalah suratan takdir yang tercatat di dalam kalam ilahi. Kadang-kala terfikir ini adalah balasan tuhan untuk menghapuskan dosa-dosanya di masa lalu.


Suatu masa dahulu, Liana seorang yang periang dan mengikuti arus fesyen semasa. Cintanya kepada dunia terlalu ketara. Lima tiang agamanya sering runtuh, hanya mengikut mood untuk mengerjakannya.

Sapaan seorang Ustaz menerbitkan kembali butir-butir hidayah yang telah hilang dari Liana. Bukan ibu dan ayah tidak mendidik, namun, sikap tidak endah kepada suruhan Allah SWT lebih mengambil alih iman yang lemah.

Ustaz tidak main-main. Sebulan selepas perkenalan, keluarganya telah datang merisik. Perjanjian yang termerterai ialah majlis pertunangan pada cuti persekolahan pada bulan Mei dan majlis pernikahan di musin cuti persekolahan di akhir tahun.Dalam masa tiga bulan, Liana telah banyak berubah. Kesungguhan ustaz mentarbiah, mengetuk pintu hidayah.

Ustaz mempunyai suatu aura yang menyebabkan Liana berusaha mendekatkan diri kepada Yang Maha Berkuasa. Liana mula memakai tudung kepala, yang menurut Ustaz wajib menutup aurat.

Ustaz pernah berseloroh, kalau Liana dapat memakai tudung yang lebih menutup dada dan anggota badan, dia akan membela janggut yang lebih panjang untuk menjejak Sunnah Rasulullah SAW. Tidak tahulah, kerana kasihkan Allah SWT atau kasihkan Ustaz, Liana mengenakan tudung labuh. Liana berasa bahagia mengerjakannya.

Ustaz sering bertanya, benarkan Liana hanya ingin mengikat ikatan pertunangan pada bulan Mei nanti. Katanya, tidak elok kami berdua kerap berbual melalui talian untuk jangka masa yang lama. Selorohnya; "Jaga-jaga , ada syaitan di antara kita."
Ustaz memujuk Liana untuk mempercepatkan pernikahan yang dijadualkan pada musim cuti sekolah di akhir tahun itu, kepada bulan Mei nanti. Katanya, perkara yang baik jangan ditangguh-tangguhka n. Dalam baraan kasih tanpa ikatan itu, Liana juga mengiyakannya. Seksa merindu memang amat menyakitkan.

Malam itu, Ustaz menelefon lagi. Kali ini, Ustaz mendesak Liana memberitahu ibu bahawa dia ingin pernikahan kami dilangsungkan lebih awal.
" Ana sayangkan ante. Dengan izin Allah SWT , ana amat berharap kita berdua dijauhi daripada bisikan syaitan."
" Tolonglah... .. ana minta ante telefon ummi dan berbincang dengannya agar pernikahan kita dijalankan terus pada bulan Mei ini. Tolonglah... .... ana takut,..." Ayat Ustaz terhenti di situ.

Liana sangat gembira. Liana terus menghubungi ummi. Ummi juga setuju dan bersyukur dengan perkhabaran tersebut. Seperti biasa, setiap tiga hari selepas Ustaz menelefon, barulah Liana akan menelefon. Itu adalah perjanjian kami berdua untuk mengurangkan kos talian. Liana tak mahu rasa terdesak. Perkhabaran bahagia itu disimpan untuk dua malam dengan penantian yang kadang-kala menggugat kesabaran.

Apabila tamat tempohnya, Liana menelefon Ustaz.
"Ante, ana membawa perkhabaran gembira. Ummi tidak ada apa-apa masalah. Malah, dia bersyukur dan berbesar hati jika majlis itu dipercepatkan. "
Ustaz tidak menjawab. Sebaliknya, dia ketawa besar. Liana terpinga-pinga. Mengapakah Ustaz berkelakuan begitu? Kalau dahulu, setiap kali Liana gelak besar, Ustaz yang akan menegurnya: "Ketawa berlebihan itu kawan syaitan..."
Dalam pelbagai pertanyaan di kotak fikiran tidak terjawab, tiba-tiba Ustaz memutuskan talian.

Berkali-kali Liana cuba menghubungi Ustaz namun, Ustaz terus memutuskan talian.
Airmata Liana terus berderai. Adakah Ustaz berseloroh seperti kebiasaan? Adakah Ustaz seperti lelaki biasa yang suka mempersendakan perempuan? Liana terus menanti. Memandang ke arah telefon mengharapkan deringan dari orang yang amat dikasihi.

Malam itu, Liana bermimpi Ustaz berda didalam sebuah rumah usang yang dipenuhi dengan ular-ular hitam yang besar-besar. Tanpa menghiraukan bahaya, Liana terus mendapatkan Ustaz dan mengajaknya keluar dari situ. Malangnya, ustaz terus membatukan diri.

Sejak daripada itu, hubungan itu terputus. Liana sering jatuh sakit. Dia kerap mengalami sakit kepala yang tidak tertanggung. Kadang-kala dia menghantukkan kepala ke dinding untuk menahan kesakitan. Anehnya, doktor mengesahkan tidak ada penyakit berbahaya pada Liana.

Sejak itu juga, Liana sering didatangi lembaga berbentuk buaya yang berkaki manusia di dalam mimpi. Kerap kali juga Liana melihat kelibat melintas dan mendengar bunyi yang menaikkan bulu roma.
Keluarga Liana membawanya bertemu beberapa pengamal ubat tradisional yang tidak menyalahi hukum syarak. Setelah bertahun-tahun berusaha, kini hidup Liana kembali tenang.

Namun, segalanya masih menjadi misteri . Mengapa? Mengapa? Mengapa? Jika benar ini angkara sihir seperti yang dikhabarkan oleh kebanyakan pengubat-pengubat yang ditemui, natijah sihir itu sangat besar.
Liana berharap, ia hanya akan menghancurkan harapan cintanya kepada Ustaz. Bukan menghancurkan cintanya kepada Allah SWT. Liana masih mencari kekuatan itu di dalam jiwanya.

Ya Allah! Berilah aku petunjukmu dan kesabaran yang jitu dalam mengharungi ujian mu ini.

Pesanan:
Jauhilah perbuatan yang menyekutukan Allah SWT. Itu Syirik Kabir. Ingatlah balasan di hari akhirat. Jika anda yang terbaca artikel ini, pernah menyihir sesiapa atau bersekongkol dalam perbuatan tersebut, bertaubatlah. .. dan rungkaikan simpulan buhul-buhul yang dicetuskan oleh hamba-hamba syaitan. Wallahua'lam.

Sumbangan: Liana 74

Tuesday, March 16, 2010

Permasalahan Takdir Allah yang Menimpa Kita (Duka & Kesedihan Serta Jalan Penyelesaian)






Perihal takdir Allah swt termasuk dalam hal yang disebut sebagai tauqifiyah (diberhentikan perbicaraan mengenainya hanya sekadar pada dalil yang sampai dari kitab dan sunnah).

“ Maka sembahlah Dia (Allah) dan bertawakallah kepada-Nya dan sesungguhnya tidaklah tuhan-Mu lalai dari apa yang kamu lakukan” (Hud : 123).

Nabi salallahualaihiwasa lam pernah berdoa dengan menyebut : "Dan Aku mohon berikanlah aku menjadi redha kepada Qadar" (hadith sahih diriwayatkan oleh Nasaie dan Hakim dan disepakati oleh Adz-Zahabi).

Juga baginda bersabda lagi : " Sesungguhnya telah hancur golongan sebelum kamu kerana berselisihnya mereka dengan para nabi mereka dan tidaklah sekali-kali beriman seorang di antara kamu selagi dia tidak beriman dengan qadar kesemuanya sama ada yang baik atau yang buruk" (Hadith hasan lihat dalam Kitab Sunnah oleh Ibn Abi Asim).

Bagaimanakah berlakunya takdir itu ?

Disebut dalam hadith yang sahih bahawa takdir itu yang berlaku ke atas hamba-hamba Allah yang ditetapkan oleh Allah menjadikan segala sesuatu itu terjadi takdir yang berlaku secara sudah tertulis sejak awal.

Adapun begitu amal dan perbuatan tetap menjadi kiraan kerana sesuatu takdir itu menimpa di atas amal yang dilakukan dan amal itu berlaku berasaskan takdir yang telah ditentukan.

Hadith Umar ra yang bertanya nabi tentang amal dengan mengatakan : " Apakah pandanganmu tentang amalan (manusia) yang dilakukan apakah ianya sudah ditetapkan sebelumnya atau baru berlaku ? Maka dijawab oleh baginda dengan bersabda : "Sesungguhnya telah pun ditetapkan segala sesuatu pada setiap perkara" maka di balas oleh Umar : "Apakah kita harus menyerah sahaja kalau demikian ? Maka bersabdalah baginda nabi : "Beramallah wahai anak Khattab, segala sesuatu itu sudah dipermudahkan adapun barangsiapa yang tergolong dari ahli kebaikan (syurga) maka dia dijadikan beramal dengan amalan ahli syurga dan barangsiapa yang tergolong dalam ahli siksa maka dijadikan dia beramal jahat untuk neraka " (Hadith sahih, riwayat Ahmad 29 Jilid 1).

Demikianlah juga kisah yang berlaku dalam Bukhari dan Muslim mengenai protes Musa as kepada Adam as dan lain-lain riwayat yang menunjukkan kita bahawa amal dan takdir itu saling berkaitan.

Seseorang itu mendapat takdir yang menimpanya ialah berdasarkan perbuatannya dan perbuatannya itu sudah pun ditakdirkan oleh Allah swt akan apa yang akan dilakukan dan dia sendiri tidak menyedarinya.

Kita (lelaki) misalnya akibat kebodohan kita, keegoan dan pelbagai lagi kesilapan yang dilakukan akhirnya menyebabkan kita kehilangan perempuan yang kita kasihi dan sesungguhnya perbuatan kita itu menjadi sebab berlakunya takdir (perpisahan) yang menyedihkan tetapi perbuatan kita (melukakan hati perempuan yang dikasihi dan lain-lain kesilapan) juga sebenarnya merupakan sesuatu yang sudah ditakdirkan.

“Dikalangan mereka (manusia) ada yang celaka dan ada yang bahagia” (Hud : 105).

Kerana itu Orang yang beriman dan berilmu mengetahui dan beriman dengan segala takdir Allah swt baik yang suka atau yang pahit. Mereka mengerti kesilapan yang dilakukan itu adalah kerana ditakdirkan dan akhirnya membawa satu takdir yang wajib diimani.

Nabi salallahualaihiwasa lam bersabda : "Adapun ahli syurga dipermudahkan supaya mereka dapat beramal dengan amalan ahli-ahli syurga dan ahli neraka dipermudahkan supaya mereka beramal dengan amalan-amalan ahli neraka" (Hadith sahih dengan ijal yang siqah dikeluarkan oleh Al-A'jari ).

Lalu mereka (orang yang beriman) segera bertaubat memohon kepada Allah swt supaya dipilih untuk termasuk dalam kalangan yang dipermudahkan kepada amalan kebaikan dan dipilih supaya termasuk di kalangan mereka yang diredhai lalu dipermudahkan untuk melakukan amalan-amalan soleh yang membawa kepada takdir yang baik dan diredhai.

Seperti yang terdapat dalam hadith dari riwayat Anas bin Malik ra yang berkata bahawa baginda rasulullah salallahualaihiwasa lam kerap membaca doa : “Wahai tuhan yang membolak-balikkan hati tetapkanlah hati kami dalam agama-Mu” maka para sahabat pun bertanya apakah hati itu boleh dibolak-balik ? Maka baginda pun menjawab : “ Ya, Sesungguhnya hati-hati itu berada di antara jari-jari Allah dan Dia (Allah) membolak-balikkanny a sebagaimana yang dikehendaki- Nya” (Hadith Sahih, riwayat Tirmidzi no. 2140 dan Ibn Majah no.3834).

Bagaimana Mahu Menghadapi Takdir Allah yang Pedih dan Sedih dan Cara mendapat takdir yang baik dan menghindari dari Takdir yang Buruk ?

Melalui penjelasan ringkas sebelum ini sudah memberi kesedaran dan pemahaman bahawa takdir itu sudah ditetapkan oleh Allah swt sejak dalam perut ibu lagi kepada hamba-hamba- Nya ini seperti yang disebut dalam hadith dari riwayat Ibn Mas’ud ra yang menyebut rasulullah bersabda :

“Sesungguhnya setiap dari kamu yang mula terbentuk jasadnya dalam perut ibunya selama 40 hari maka kemudian akan menjadi segumpal darah dan kemudian menjadi pula ketulan daging lalu Allah mengutuskan padanya malaikat untuk meniupkan pada jasad itu akan ruh dan menulis empat perkara : iaitu rezekinya, ajalnya, amalannya dan pengakhirannya apakah bahagia atau celaka dan demi zat yang tiada yang berhak disembah selain-Nya sesungguhnya sekiranya sekalipun ada di kalangan kamu beramal dengan amalan ahli syurga sehingga seolah-olah antara dia dan syurga itu cuma sejengkal namun apabila sudah tertulis bahawa dia di kalangan ahli neraka maka nescaya dia selepas itu akan beramal dengan amalan ahli neraka lalu masuk ke dalamnya dan tidaklah seorang itu melainkan beramal dengan amalan ahli neraka sehingga antara dirinya dengan neraka cuma sejengkal namun apabila sudah tertulis dirinya sebagai ahli syurga maka dia kemudiannya akan beramal dengan amalan ahli syurga lalu masuk ke dalamnya” (hadith sahih isnad melalui pensyaratan syaikhan diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dan Ahmad ).

Maha suci Allah hanya kepada-Nya kita kembali dan memohon perlindungan dari takdir yang buruk dan pengakhiran yang tidak baik.

Sesungguhnya hendaklah kita berasa bimbang dan takut bahawa kita tidak termasuk di kalangan yang terpilih untuk mendapat hidayah dan kebaikan dengan berusaha meminta dan memohon kepada Allah swt tanpa henti dan tangguh supaya termasuk di kalangan yang mendapat hidayah dan takdir yang baik.

Berikut ialah perkara yang perlu dilakukan :

1) Memperbanyakkan doa dan amalan soleh serta meninggalkan maksiat juga melaksanakan apa yang diperintahkan.

“Dan berkatalah tuhan-Mu, berdoalah (mintalah) kepada Aku nescaya aku akan tunaikan (makbulkan) bagi kamu (akan permintaan kamu)” (Surah Ghafir :60).

Dari Sauban ra berkata bahawa telah bersabda rasulullah : "Tidaklah ada sesuatu pun yang dapat menolak takdir melainkan doa” (hadith Sahih riwayat Ibn hibban dalam sahihnya disepakati oleh adz-dzahabi) .

“Dan berkatalah tuhan-Mu, berdoalah (mintalah) kepada Aku nescaya aku akan tunaikan (makbulkan) bagi kamu (akan permintaan kamu)” (Surah Ghafir :60).

Memperbanyakkan amalan Soleh seperti sedekah

Dari riwayat Anas bin Malik ra bahawa rasulullah salallahaulaihiwasa lam bersabda : " Sesungguhnya sedekah itu dapat menyekat kemurkaan Al-Rabb (Allah)" (Hadith Hasan, riwayat Tirmidzi no. 664).

2) Bersabar serta bersangka baik kepada Allah swt dan mengharap rahmat-Nya serta tidak berputus asa di atas segala derita yang menimpa dan takut serta harap kepada rahmat dan kasih sayang-Nya.

Sabda baginda salallahualaihiwasa lam “ Janganlah kamu mati melainkan berada dalam keadaan husnul zon dengan Allah swt” (hadith Sahih riwayat Muslim, Ahmad dan Baihaqi).

Ini disebut dalam hadith yang diriwayatkan oleh Syuhaib ra yang meriwayatkan baginda bersabda :

“ Sungguh menakjubkan perihal orang mukmin kerana semua perkara yang menimpanya ialah kebaikan dan tidaklah berlaku perkara ini melainkan hanya kepada orang yang beriman. Apabila dia diberi nikmat lalu disyukurinya maka menjadilah nikmat itu sebagai kebaikan baginya. Sebaliknya apabila dia diuji dengan musibah maka dia bersabar lalu menjadikan pula musibah itu sebagai kebaikan baginya” (Hadith sahih riwayat Muslim no. 2999).

“ Dan bersabarlah serta tempatkan dirimu bersama orang-orang yang sering berdoa kepada tuhan mereka” (Al-Kahfi : 28).

“ Dan memintalah kamu akan pertolongan Allah dengan sabar dan solat kerana sesungguhnya yang demikian itu sangatlah berat melainkan bagi mereka yang khusyuk” (Al-Baqarah : 45).

3) Bertawakal kepada Allah swt selepas berusaha melakukan sesuatu amalan dengan sebaik-baiknya menurut pertunjuk Allah dan rasul dan bersangka baik serta menyerah kepada takdir Allah swt dengan penuh keredhaan dan lapang hati serta yakin.

Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi ra dalam sunannya akan hadith dari Ibn Abbas, Abdullah ibn Abbas ra yang berkata : “Sesungguhnya aku berada di belakang nabi salallahualaihiwasa lam pada suatu hari dan baginda lalu bersabda :

“Wahai pemuda sesungguhnya aku akan mengajarkan kamu beberapa kalimah (pesanan) iaitu :

Peliharalah Allah (pelihara hak-Nya) maka nescaya Allah akan memelihara kamu, Peliharalah Allah (taati perintah-Nya dan jauhi larangan-Nya) maka nescaya engkau akan mendapati Dia (Allah) akan membantu engkau,

jika kamu hendak meminta sesuatu maka mintalah kepada Allah dan jika kamu hendak memohon perlindungan dari sesuatu maka mohonlah perlindungan dari Allah.

Ketahuilah jika umat seluruhnya berkumpul untuk memberi manfaat kepada engkau dengan sesuatu maka tidaklah mereka dapat memberi manfaat kepada engkau melainkan dengan apa yang telah Allah tetapkan kepada engkau dan

jika seluruh umat berkumpul untuk memudharatkan engkau dengan sesuatu maka tidaklah memberi mudharat mereka itu melainkan dengan apa yang telah Allah tetapkan buat engkau.

Telah terangkat qalam-qalam dan telah kering dakwat (satu perumpamaan yakni telah selesai urusan penyampaian pesanan)” (Hadith sahih riwayat Tirmidzi no. 2516).

Bahkan turut disebut dalam Hadith yang lain riwayat Anas bin Malik bahawa baginda sentiasa membaca doa “ Dengan nama Allah aku bertawakkal hanya kepada Allah” (Hadith Sahih, riwayat Tirmidzi no.2724 ).

“Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya” (Surah Ali-Imran : 159).

Segala puji hanyalah bagi Allah swt

Rujukan :

i) Tafsir Al-Qur’an
ii) Kitabul Sunnah oleh Ibn Abi Asim (wafat 287 Hijrah)

Friday, March 5, 2010

The Color Of Friendship




Once upon a time the colors of the world started to quarrel. All claimed that they were the best. The most important. The most useful. The favorite.

Green said:
“Clearly I am the most important. I am the sign of life and of hope. I was chosen for grass, trees and leaves. Without me, all animals would die. Look over the countryside and you will see that I am in the majority.”

Blue interrupted:
“You only think about the earth, but consider the sky and the sea. It is the water that is the basis of life and drawn up by the clouds from the deep sea. The sky gives space and peace and serenity. Without my peace, you would all be nothing.”

Yellow chuckled:
“You are all so serious. I bring laughter, gaiety, and warmth into the world. The sun is yellow, the moon is yellow, the stars are yellow. Every time you look at a sunflower, the whole world starts to smile. Without me there would be no fun.”

Orange started next to blow her trumpet:
“I am the color of health and strength. I may be scarce, but I am precious for I serve the needs of human life. I carry the most important vitamins. Think of carrots, pumpkins, oranges, mangoes, and papayas. I don’t hang around all the time, but when I fill the sky at sunrise or sunset, my beauty is so striking that no one gives another thought to any of you.”

Red could stand it no longer he shouted out:
“I am the ruler of all of you. I am blood - life’s blood! I am the color of danger and of bravery. I am willing to fight for a cause. I bring fire into the blood. Without me, the earth would be as empty as the moon. I am the color of passion and of love, the red rose, the poinsettia and the poppy.”

Purple rose up to his full height:
He was very tall and spoke with great pomp: “I am the color of royalty and power. Kings, chiefs, and bishops have always chosen me for I am the sign of authority and wisdom. People do not question me! They listen and obey.”

Indigo spoke, more quietly than others, but with determination:
“Think of me. I am the color of silence. You hardly notice me, but without me you all become superficial. I represent thought and reflection, twilight and deep water. You need me for balance and contrast, for prayer and inner peace.”

And so the colors went on boasting, each convinced of his or her own superiority. Their quarreling became louder and louder. Suddenly there was a startling flash of bright lightening thunder rolled and boomed. Rain started to pour down relentlessly. The colors crouched down in fear, drawing close to one another for comfort.
In the midst of the clamor, the voice began to speak:

“You foolish colors, fighting amongst yourselves, each trying to dominate the rest. Don’t you know that you were each made for a special purpose, unique and different? Join hands with one another and come to me.”
Doing as they were told, the colors united and joined hands.

The voice continued:
“From now on, when it rains, each of you will stretch across the sky in a great bow of color as a reminder that you can all live in peace. The Rainbow is a sign of hope for tomorrow.” And so, whenever a good rain washes the world, and a Rainbow appears in the sky, let us remember to appreciate one another.