Monday, May 17, 2010

cara menghafal Al-Quran


cara menghafal Al-quran
Posted by sayla on May 5, 2010

Beberapa petua menghafal ayat-ayat al-Quran Sesungguhnya Allah SWT telah berfirman di dalam kitabsuci al-Quran di dalam surah al-Fatir (35:29) yang membawa maksud ,"Those who recite the Book of Allah,establish regular prayer, and spend (in charity) out of what We have provided for them, secretly andopenly, hope for commerce that will never fail".Abdullah Ibn Amr Ibn Al-As RA telah meriwayatkan:

Rasullullah SAW telah bersabda, "The onewho was devoted to the will be told on the Day of Resurrection: `Recite and ascend (in ranks) as youused to recite when you were in the world. Your rank will be at the last Ayah you recite." [Abu Dawud andAt-Tirmidhi]. Qur'anHadis ini telah menyebut tentang ganjaran yang diperolehi oleh orang- orang yang menghafal sebahagianataupun seluruh daripada al- Quran.Sebahagian para ulama dalam mentafsirkan hadis ini telah menyebutbahawa jumlah tingkatan di syurga adalah bersamaan dengan jumlah ayat di dalam al-Quran dan seorangmuslim akan menaiki satu tingkatan syurga bagi setiap satu ayat yang beliau telah menghafalnya.

Di dalam hadis yang lain, Othman bin Affan RA telah meriwayatkan bahawa rasullullah SAW bersabda, "Thebest amongst you is the one who learns the and teaches it." [Al-Bukhari]. Qur'anBerikut disenaraikan beberapa petua untuk menghafal ayat-ayat al- Quran.

a) Pertama,mulakan dengan bertaubat dengan sebenar-benar taubat kerana sesungguhnya dosa-dosatidak akan memberi ruang untuk ayat-ayat bertapak di hati manusia.Imam Al-Shafie di dalam satupetikan sajaknya yang terkenal mengadu kepada gurunya akan dirinya yang agak sukar untuk menghafal denganbaik.Gurunya lalu menasihatinya agar meninggalkan dan bertaubat akan segala dosa- dosanya. Quran

b) Mempunyai niat yang benar dan percaya akan balasan baik yang akan diperoleh seperti yang dinyatakan didalam hadis di atas.Mintalah bantuan Allah dengan seikhlas hati untuk sentiasa memudahkan kita menghafalayat-ayat suciNya.

c) Peruntukkan sebahagian waktu setiap hari (atau selang beberapa hari) untuk menghafal ayat-ayatQuran.Masa yang paling baik adalah pada waktu yang kita tidak sibuk dengan hal-hal lain.

d) Gunakan naskah yang sama setiap kali kita menghafal.Ini membantu minda kita menangkap dan mengingat apa yang terdapat pada helaian muka surat yang kita ingin hafal.(mind snapshot) Qurane) Mulakan dengan surah-surah yang paling mudah bagi kita.Ramai yang menyarankan agar hafalan bermula dengan lima juzu' terakhir( bermula dengan juzu' 30,juzu' 29 dan seterusnya)

f) Hafalan juga boleh dimulakan dengan surah-surah yang paling kita gemar membacanya atau yang selalu kita dengar ataupun yang kita sudah biasa dan sudah pula ingat sebahagiannya.

g) Sebenarnya, lebih muda umur kita, lebih mudah untuk kita menghafalnya.Semakin kita berumur, kita akanlebih sibuk dengan pelbagai urusan dan kemampuan untuk mengingat juga semakin berkurangan. Walaubagaimanapun,walau berapa pun umur kita, kita masih belum terlambat sebenarnya,insya Allah. Walaupun kita tidak pernah menghafal ayat-ayat pada usia kecil atau pada masa usia remaja, namun kita masih lagi berpeluang menghafalnya jika kita mahu.

h) Setelah menghafal beberapa ayat, cubalah membacanya di dalam solat-solat sunat yang biasa kitalakukan.Selain itu,mintalah bantuan rakan-rakan ataupun pasangan kita untuk mendengar bacaan hafalan ayat-ayat itu

i) Menghafal secara berkumpulan juga merupakan satu cara yang baik apatah lagi dengan sentiasa bersama-sama memberi galakan di antara satu sama lain.Sebagai ibu bapa pula,apa salahnya mewujudkan pertandingan di antara anak-anak dan memberi hadiah pada siapa yang berjaya menghafal dengan baik.