Sunday, July 31, 2011

Memikir dan kajian Sains




memikir.jpg


Ayat 19 hingga 21 Surah Al Hijr, Allah berfirman :

“ Bumi kami bentangkan dan Kami tegakkan gunung2 diatasnya, dan kami tumbuhkan diatasnya tiap2 sesuatu (tumbuhan) dengan ukuran(timbangan) (19). Kami adakan untukmu dibumi tempat mencari penghidupan dan Kami jadikan pula oang yang bukan kamu beri rezekinya (20). Tidak ada sesuatu, melainkan disisi Kami perbendaharaannya dan tiada Kami turunkan, melainkan sekadar yang ditentukan (21) “

Nyata Allah menjadikan bumi ini untuk kita mencari penghidupan. Allah melempahkan rezeki dibumi ini. Allah juga menceritakan bagaimana bumi ini dijadikan. Ia menerangkan bumi ini mulanya hampar, dibentangkan. Kemudian dia menaikkan tanah-tanah yang hampar itu menjadi gunung-gunung. Selepas itu barulah tumbuh-tumbuhan melata di bumi. Penghidupan hanya berlaku selepas itu.

Lihatlah, ayat ini jelas menjelaskan kejadian bumi dan diterangkan lebih 1400 tahun dahulu. Ahli sains barat hanya dapat menyatakan teori ini hanya kurang 100 tahun lepas.

Seterusnya Allah menceritakn kejadian hujan dan peranan angin didalam Ayat 22-23 Surah Al Hijr :

“ Kami tiupkan angin untuk mengawinkan (tumbuhan2 atau pembawa awan), lalu kami turunkan air dari langit dan Kami beri minum kamu dengan dia dan bukanlah kamu yang menyimpannya (bendaharanya) (22). Sesungguhnya Kami menghidupkan dan mematikan dan Kami yang mempusakai (23)”

Saya ingat lagi semasa di sekolah rendah dalam kelas sains. Kita diajar bagaimana hujan terjadi dengan proses pengwapan air di permukaan laut menjadi awan dan dibawa oleh angin ke kawasan tinggi ia-itu gunung. Kemudian awan ini menjadi gelap dan turunnya hujan, menjadi sungai di permukaan bumi mengalir dari kawan pergunungan dan turun ke laut. Kita juga belajar bagaimana debunga-debungan diterbangkan oleh angin dan menyebabkan pensenyawaan antara bunga-bunga menjadi buah dan terusnya pusingan kehidupan tumbuh-tumbuhan. Rupanya semua ini telah dijelaskan didalam Al-Quran, dan bagaimana kita telah kagum dengan sains barat?

Tidakkah kita ini dari golongan orang yang mensia-siakan ilmu yang telah ada didalam Al-Quran?

Seterusnya Allah berfirman di ayat 4 Surah Ar Ra’d :


Di bumi ada beberapa potong (bidang) yang berdekatan dan beberapa kebun dari anggur dan tanaman2 dan pohon korma, yang bercabang dan yang tiada bercabang. Semuanya disirami dengan air yang satu. (dalam pada itu) Kami lebihkan setengahnya dari yang lain, tentang rasa buahnya . sesungguhnya pada demikian itu menjadi keterangan bagi kaum yang memikir. “

Allah menceritakan kepada kita, di sebuah tempat di bumi ini terdapat kebun-kebun yang berdekatan, dimana adanya tanaman-tanaman anggur dan pohon kurma. Anggur yang mempunyai banyak cabang, walhal kurma tidah mempunyai cabang. Kedua-dua jenis tanaman ini mempunyai buah yang berlainan rasa; yang masam dan yang manis. Yang peliknya kesemuanya disirami air dari sungai yang sama. Tidak terfikirkah kita tentang keajaiban ini?

Subhanallah! Kita hanya hidup tanpa memikirkan semua ini. Bak kata orang putih, “Take for granted”. Tidak malukah kita kepadaNya? Hanya tahu menikmati rahmatNya tanpa memikirkan akan keajaiban kurniaNya? Ya Allah ampunkanlah kami yang fasik ini. Jadikanlah kami dari golongan orang-orang yang memikir. Amin.

Sungguh dalam makna ayat ini. Sekiranya pohon-pohon menjadi berbagai bentuk dan pelbagai rasa, yang disirami oleh air yang satu, inikan pula manusia. Manusia yang dibesarkan dalam pelbagai budaya, semestinya mempunyai pelbagai pekerti dan personaliti. Ada yang menjadi pak turut, menuruti sahaja apa arus yang dilaluinya. Dan ada yang menjadi ahli pemikir, memikir dan memperbaiki sistem hidup yang lebih baik dan teratur.

Sesungguhnya Allah memberi rahmat yang lebih kepada ahli pemikir.