Thursday, August 2, 2012

ILMU PEMBUKA PINTU KHASAF

Oleh : Zainal Riyadi
Khasaf merupakan tabir antara yang tampak dengan yang tak tampak. Seandainya tabir ini telah terbuka, maka akan terlihatlah segala yang tersembunyi. Pintu Khasaf merupakan pintu penghubung antara alam sadar dan alam bawah sadar akan menuntun orang untuk memahami alam yang ada diluar dirinya seperti alam gaib yang menyimpan begitu banyak misteri yang hanya dengan ilmu Allah SWT sajalah yang akan terbuka rahasianya.
Orang yang telah terbuka Pintu Khasafnya akan diberi kemudahan untuk merasakan, membaca dan melihat segala sesuatu yang akan terjadi ataupun berada jauh diluar kemampuan indera fisiknya. Orang yang telah terbuka Pintu Khasafnya akan terbuka pula indera Keenam ataupun Mata Ketiganya. Bila kita telaah lebih jauh, sebenarnya Pintu Khasaf merupakan pintu yang diperuntukan bagi orang yang berhati suci dimana batas antara hamba dan khalik sudah tidak ada lagi. Oleh karena itu, kesucian hati menjadi mutlak sebelum membuka Pintu Khasaf.
Pembukaan Pintu Khasaf dapat dilakukan dengan banyak cara. Diantaranya dengan cara yang relative aman namun tetap efektif, yaitu dengan mengamalkan doa atau ayat suci Al-Quran tertentu dengan jumlah dan tata cara tertentu. Tata cara yang dilakukan dengan benar akan menghasilkan keyakinan yang akan menstimulasi organ-organ tertentu dari sifat fisik dan kimia tubuh manusia sehingga memiliki frekwensiyang memungkinkannya untuk mendeteksi hal-hal diluar indera. Tentu saja, ini semua tidak terlepas dari ijin dan ridho Allah SWT sebagai pemilik suatu ilmu.
Ada dua hal yang penting yang harus diperhatikan dalam membuka Pintu Khasaf. Pertama adalah niat dan kesungguhan. Niat menjadi penting artinya mengingat segala sesuatu sangat tergantung kepada niat kita. Niat yang kuat akan menghasilkan energi terfokus, sebaliknya niat yang lemah hanya akan menyebabkan energi terpecah.
Sedangkan yang kedua adalah besar kecilnya potensi batin yang dimiliki seseorang turut pula mempengaruhi keberhasilan dalam usaha ini. Potensi batin terkadang sangat terkait dengan kesinambungan rohani kedua orang tua, keinginan untuk meluruskan hati dan pemahaman yang sempurna akan segala sesuatu yang bersifat hakiki. Kesungguhan dalam mengasah batin, turut pula menetukan besar kecilnya potensi batin seseorang.
Orang yang telah terbuka Pintu Khasafnya akan memiliki begitu banyak kelebihan. Diantaranya akan mampu membaca apa yang telah, sedang dan akan terjadi, mampu melakukan teropong gaib dari jarak yang tak terbatas, mampu membaca isi hati orang lain, mengukur ilmu lawan, menangkap getar-getar dari alam gaib, melihat mahluk dari dimensi lain dan sebagainya yang bermuara pada ketajaman Alam Bawah Sadar. Semua orang sakti mengandalkan intuisi semacam ini untuk menunjang kesaktiannya.
Dalam menguasai ilmu ini tidak perlu melakukan puasa atau ritual ditempat-tempat angker. Cara inipun tidak menggunakan bantuan jin, namun murni memohon kemurahan Allah SWT. Yang berat dalam menempuh cara ini hanyalah kesanggupan untuk menahan nafas selama mungkin. Semakin lama kita mampu menahan nafas, menunjukan kalau kita semakin mampu melawan nafsu dan dan mengendalikan diri. Demikian sebaliknya Apabila kita belum mampu menahan nafas menurut yang semestinya, kita harus melatihnya setahap demi setahap sampai kita mampu membaca semua bacaan dalam satu tahanan nafas.
Berikut ini akan dikemukakan bagaimana cara membuka Pintu Khasaf dengan menggunakan Ayat suci Al-Quran.
Tata cara membuka Pintu Khasaf :
Setiap selesai Sholat Maghrib dan ketika hendak tidur, bacalah:

Surat Al-Fatihah 1x

Surat Al-Ikhlas 1x

Surat Al-Falaq 1x

Surat An-Naas 1x

Ayat Kursi 1x

Walau Anna Qur’aanaan Suyyirat Bihil Jibaalu Aw Quththi’at Bihil Ardhu Aw Kullima Bihil Mautaa Bal Lillahil Amru Jamii’aa, La haula wala quwwata illa billahi’aliyyil’adziim. 1x
Semua bacaan diatas harus dibaca dalam satu satu tahanan nafas sambil dalam hati memohon kemurahan Allah SWT untuk membuka Pintu Khasaf.
Bila memang belum sanggup membaca bacaan di atas dalam satu nafas, cobalah pada tiga hari pertama mengamalkan bacaan 1 sampai 3 dalam satu tahanan nafas. Tiga hari berikutnya mengamalkan bacaan 1 sampai 4 dalam satu tahanan nafas. Tiga hari berikutnya mengamalkan bacaan 1 sampai 6 dalam satu tahanan nafas dan setelah itu mengamalkan keenam bacaan diatas dalam satu tahanan nafas.

Tuesday, April 17, 2012

Biarkan lantai jiwamu terus basah dengan CintaNya

Carilah cinta sejati, di lautan cinta berbahterakan taqwa berlayarkan iman yang dapat melawan gelombang syaitan dan hempasan nafsu, InsyaAllah kita akan sampai kepada tujuannya iaitu CINTA kepada Allah.Itulah cinta hakiki yang kekal selamanya.

Adapun cinta kepada makhluknya, pilihnya cinta yang hanya berlandaskan cinta kepada Allah dan RasulNya.Bukan kerana pujuk rayu syaitan dan nafsu yang menggoda.Jadikan cinta manusia sebagai jambatan atau perantaraan untuk kita meraih Cinta Allah.InsyaAllah moga Cinta itu diberkati dan dirahmati Allah.

"Ya Allah, kurniakanlah kepada kami CintaMu dan Cinta kepada mereka yang mencintaiMu dan apa saja yang mendekatkan kami kepada CintaMu...Amin"

Biarkan lantai jiwamu terus basah dengan CintaNya

Bila ku sedari, Diri disayangi

Langkah kaki ini, Semakin berani

Bila terkeliru, Ku ucap namamu

Terasa diriku, Semakin dipandu

Engkau yang pertama, Tiada akhirnya

Aku dalam kegelapan, Engkaulah cahaya

Izinkanlah aku menumpang di sini

Di bawah naungan kasih dan sayangmu

Ku berserah diri


Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah ra, dari Rasulullah saw: "Barangsiapa ingin memperolehi kelazatan iman, hendaklah ia mencintai seseorang hanya kerana Allah swt" (riwayat Imam Ahmad dari Abu Hurairah).

Dari Anas ra. dari Rasulullah saw, baginda bersabda: "Ada tiga perkara di mana orang yang memilikinya akan merasai manisnya iman, iaitu mencintai Allah dan RasulNya melebihi segala-galanya, mencintai seseorang hanya kerana Allah, dan enggan untuk menjadi kafir setelah diselamatkan Allah daripadanya sebagaimana enggannya dia dilemparkan ke dalam api." (HR Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah ra., Rasulullah saw bersabda: "Demi zat yang jiwaku ada dalam genggamanNya, kamu sekalian tidak akan masuk syurga sebelum beriman, dan kamu sekalian tidaklah beriman sebelum saling mencintai" (HR Muslim).


Sunday, February 12, 2012

Solat lima waktu - 80 peratus tidak mengerjakannya

Oleh : (Dato Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah).


SOLAT merupakan ibadat yang amat penting bagi setiap Muslim yang mukalaf kerana ia adalah fardu ain.

Ini diperkuatkan dengan sebuah hadis Nabi yang bermaksud: Solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat bererti mendirikan agama dan sesiapa yang meninggalkan solat bererti ia meninggalkan agama.

Pun begitu, pakar motivasi dan penceramah bebas terkemuka, Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, mendedahkan 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menyempurnakan solat lima waktu dalam sehari.

Peratusan angka ini diperoleh melalui tinjauan beliau menerusi program-program ceramah dan motivasi, yang dijalankan di seluruh negara serta pemerhatian terhadap gaya hidup masyarakat Islam masa kini.

``Mereka boleh berada di padang bola lebih dari satu jam, peniaga pasar malam terlalu sibuk melayan pelanggan sehingga terlupa menunaikan solat biarpun hanya mengambil masa 15 atau 20 minit.

``Malah ada juga yang sanggup membuang masa di pusat membeli-belah, pusat karaoke, menyaksikan konsert, menonton perlawanan bola sepak, terlibat dengan lumba motor haram selama berjam-jam tetapi mengabaikan taklif agama yang mengambil masa pendek,'' kata Dr. Fadzilah dengan suara tersekat-sekat menahan sebak pada majlis pelancaran album motivasinya yang berlangsung di salah sebuah hotel terkemuka di Jalan Pahang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tambah beliau, hanya sekitar 17 hingga 20 peratus yang menunaikan solat fardu cukup lima waktu dalam sehari.

Jumlah ini terlalu kecil sekiranya dibandingkan dengan jumlah penganut agama Islam di negara ini.

Lebih menyedihkan, senario yang berlaku di kalangan pelajar sekolah menengah, iaitu hanya 15 peratus sahaja mengakui bersembahyang lima kali sehari.

Kekecewaan dan kebimbangan Dr. Fadzilah jelas tergambar apabila beliau tidak dapat membendung air mata dan menangis, membuatkan hadirin tergamam seketika.

``Biarpun masa yang diperlukan itu pendek, tetapi banyak orang yang ingkar untuk melakukannya kerana tidak menghayati ibadah tersebut, natijah daripada tidak ada latar belakang pembelajaran agama.

``Kewajipan solat sering dipandang remeh atau dianggap tidak ada nilai sensasi untuk diketengahkan kepada umum.

``Namun hakikatnya, ia terpaksa disampaikan ke pengetahuan semua kerana saya khuatir umat Islam akan menuju kehancuran apabila umatnya sudah seperti penganut agama lain yang sembahyang mengikut kehendak sendiri atau suka-suka sahaja,'' terang beliau.

Kata Dr. Fadzilah lagi, kepincangan ini terpikul di bahu setiap individu Islam itu sendiri, bak kata pepatah Melayu, tepuk dada tanya hati.

Di dalam al-Quran, banyak firman Allah yang memerintahkan kita mengerjakan solat, antaranya dalam surah al-Baqarah ayat 43 yang bermaksud: Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang yang rukuk.

Ini menjelaskan kepada kita bahawa orang yang menunaikan solat sebenarnya telah menunaikan tanggungjawabnya dan dikasihi oleh Allah dan rasul-Nya kerana mengikut ajaran Islam.

``Semua pihak kena peka terutamanya ibu bapa kerana tidak menerapkan kewajipan ini menjadi amalan harian di dalam diri anak-anak.

``Rasa kasihan untuk mengejutkan anak solat Subuh merupakan salah satu contoh kerugian besar dan cara yang salah dalam mempamerkan kasih sayang kepada anak.

``Sebenarnya di dalam solat manusia diajak untuk mengabdikan diri kepada Allah. Selain itu, solat merupakan benteng diri daripada melakukan perkara-perkara mungkar.

``Orang yang melakukan solat juga mampu menjadi orang yang melaksanakan tanggungjawab kepada diri, keluarga, masyarakat dan agama,'' kata Fadzilah.

Menurut beliau lagi, terdapat banyak sebab rapuhnya keimanan seseorang itu; kerana suasana kerja, pengaruh teman-teman, pengaruh luar yang tidak menggalakkan dan sebagainya.

Namun, punca sebenar berlakunya demikian ialah kerana tidak ada rasa tanggungjawab atau minat untuk menunaikan sembahyang, kerana tidak memahami rahsia-rahsia keperluan sembahyang.

Dr. Fadzilah mengakui kebenaran bahawa manusia lebih peka menumpukan perolehan yang bersifat material.

``Allah s.w.t. menyuruh agar manusia menjadikan dunia ini laluan bagi kehidupan di akhirat, tetapi manusia sering mengeksploitasi hidup di dunia ini, seumpama hidup yang kekal, menyebabkan mereka lupa hidup di akhirat dan membelakangkan perintah-perintah-Nya,'' ujarnya.