Aku..pernah merasakan percintaan adalah sesuatu yang indah dan suci Pernah memikirkan bahawa percintaan membawa kebahagiaan dan ketenangan
Bersama orang yang disayangi, orang yang dipercayai sepenuh hati untuk berkongsi segalanya sepanjang nyawa di kandung badan
Tetapi...sejak mengenalinya dengan sangat dan lebih mendalam, aku merasakan tiada cinta suci di dunia ini.
Cintanya mungkinkah berlandaskan nafsu?
Cintanya mungkinkah berlandaskan hati semata?
Cintanya mungkinkah kerana kebendaan sahaja?
Cintanya mungkinkah bukan untukku, aku hanyalah persinggahan?
Itulah persoalan yang sering bermain di fikiran aku setelah 4 bulan usia perkenalan kami, setelah sepuluh hari kami diikatkan dalam ikatan pertunangan.
Tapi, walaupun itu semua adalah titik kecurigaan aku padanya, aku masih meneruskan perancangan kami untuk disatukan, sebagai suami isteri
Semuanya kerana:
(1) aku percaya jodoh aku dan dia adalah ketentuan Tuhan. Kerana aku bukanlah perempuan yg menerima pelawaannya dan hasratnya untuk bersatu begitu sahaja.
Aku telah melakukan "solat Istikharah". Dan setahu aku, solat istikharah akan menunjukkan apa yg terbaik untuk kita (malah untuk aku). Bahkan, aku bukan lakukan sekali, tetapi 3 malam berturut2 dan jawapan yg aku perolehi masih sama.
(2) Kerana aku lihat mak dan abah aku begitu senang dengan orangnya, sikapnya, dan latar belakangnya. Jadi, aku tak mampu mengubah persepsi mereka, merubah tanggapan baik mereka. Aku tak mampu melukakan hati kedua mereka dengan memutuskan tali pertunangan kami sebaik sahaj aku mengetahui cerita sebenar tentang masa silamnya.
(3) Aku terima dia, kerana aku tak mahu lagi berterusan hidup dalam maksiat. Ikutkan hati aku, sebaik aku tahu perangai buruknya dan masalah lampaunya, seharusnya aku mengambil masa yang lama untuk melihat perubahan pada dirinya. Aku harus melihat kesungguhannya untuk mendapatkan aku dengan ikhlas dengan perasaan sayang yang sebenar. Tetapi kerana aku tahu, kami berdua sama2 lemah untuk menempuh godaan Syaitan, aku putuskan kami bersatu. Dengan keputusan itu, segala dosa2 kami terdahulu akan dibersihkan, aku akan belajar menjadi isteri yang lebih penyabar (memadam sikap panas baran aku), dan aku akan belajar mencintainya semula "sebagai suami"...
Jadi, aku belajar memaafkan salah dan silapnya, belajar melupakan keburukan dan kejahatannya, malah berazam menjadi isteri yang terbaik padanya sehingga dia tidak akan berpaling kepada perempuan lain dan sehingga dia akan mencintai aku dengan sepenuh hatinya, dan sikapnya berubah 100%.
Genap setahun usia perkahwinan kami, aku akui tak banyak kegembiraan dan kebahagiaan yang kami kecapi. Semuanya kerana sikapnya yang kaki perempuan dan pentingkan diri, kerana sikapku yang panas baran dan tidak mempercayainya, malah jarak kami yang jauh terpisah oleh Lautan China Selatan. Bayangkan sahaja, kami berhubungan sepanjang setahun perkahwinan kammi hanya melalui panggilan telefon, sms dan video call. Apakan jadi?
Malah genap setahun perkahwinan kami, dia telah melakukan kesalahan yg x dapat aku maafkan. kesalahan yang x akan aku lupakan. Menjadi dendam dalam hati.. Malangnya, dalam aku membencinya dan dalam tekad untuk berpisah dengannya, aku mendapat tahu bahawaaku mengandung. Ianya anak pertama kami setelah setahun berkahwin. Mungkinkah aku mampu menyayangi anak ini? Dia tercipta ketika suamiku membohongiku, mengkhianati perkahwinan kami. Itu pun dengan bekas kekasihnya, yang amat disayanginya...Aku sebak dan sakit hati tersangat.
Anak ini, kalau kau hadir ketika abah dan ibu saling menyayangi, kaulah buah hati kami.
Anak ini, kalau kau hadir ketika kami memang menginginkan kau, pasti kaulah bayi paling bertuah.
Tapi, anak ini, kau hadir ketika abah menipu ibu.
Anak ini hadir ketika ibu inin berpisah dengan abah.
Apa yang ibu mampu lakukan?
Ibu tak mampu bergembira, dan ibu tak mampu menjaga hati dan diri ibu.
Jadi ibu bimbang, keadaan ibu akan membahayakan keadaan kesihatan dan tumbesaran anak ibu.
Ibu hanya mampu berdoa pada Allah, anak ibu sentiasa sihat dan membesar tanpa pedulikan keadaan ibu.
Tetapi.. walaupun hai dan perasaan aku hancur 100% pada lelaki berstatus suami itu. Aku bersyukur, aku mendapat kekuatan dari anak ini. Mungkin itulah hikmahnya anak ini hadir pada ketika kami dibendung krisi, agar ianya penyelamat rumah tangga kami, agar ianya penyelamat hati dan perasaan aku. Bukankah ianya adalah anugerah dan rezeki..
Allah, aku mohon maaf kerana pada mulanya aku membenci kandungan ini.
Aku mohon maaf kerana tidak dapat menerima ketentuan, qada dan qadar darimu.
Aku bersyukur ya Allah, kau berikan "Syifa" pada aku.

No comments:
Post a Comment