Tuesday, July 20, 2010

Petua Mencuci Hati

Ace 3 days ago








1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya

8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.

Oleh: Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah


Friday, July 9, 2010

Peperangan Akhir Zaman



24. PEPERANGAN DEMI PEPERANGAN

Daripada Sayidina Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Hari qiamat tidak akan terjadi sehingga melimpah ruah harta benda dan timbul fitnah (ujian kepada keimanan) dan banyak berlaku 'Al-Harj'". Sahabat R.A bertanya, "Apakah
Al-Hajr itu hai Rasulullah(Saw)"? Nabi saw. menjawab, "Peperangan demi peperangan demi peperangan".
H.R. Ibnu Majah

Keterangan

Realiti dunia hari ini membuktikan kebenaran sabda junjungan kita Nabi saw. Harta benda melimpah ruah. Banyak alat-alat moden yang dihasilkan oleh teknologi Barat dan Timur sehingga bertambah banyak alatan dan keperluan hidup.

Maka oleh kerana itu ramai orang yang berlumba-lumba untuk mengaut keuntungan dalam membuat dan memperdagangkan alat-alat tersebut. Dan oleh kerana masing-masing tamak dan rakus maka terjadilah perebutan yang mengakibat berlakunya peperangan demi peperangan. Dari semasa ke semasa peperangan berkobar dengan tiada henti-hentinya.

Padam di suatu tempat menyala pula ditempat yang lain. Satu sama lain saling cakar mencakari. Semakin maju teknologi, semakin terseksa manusia kerananya. Sebenarnya teknologi tidaklah bercanggah dengan Islam, tetapi ia mestilah tunduk kepada etika kemanusiaan yang didukung oleh Islam itu sendiri.

Sedangkan teknologi yang ditaja oleh dunia barat hari ini adalah berdasarkan kepada kepentingan peribadi dan mengikut telunjuk hawa nafsu yang rakus sehingga teknologi itu digunakan untuk menghancurkan nilai-nilai kemanusian itu sendiri. Nampaknya, begitulah keadaan yang berlaku dari umur dunia ini, sehinggalah sampailah ketitik akhirnya, iaitu qiamat.

25. MASA AKAN MENJADI SINGKAT

Daripada Sayidina Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti
sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api".
H.R.Termizi

Keterangan

Masa akan berlalu begitu cepat. Belum sempat berbuat sesuatu, tiba-tiba masa sudah terlalu larut, sehingga banyak perkara yang belum dapat diselesaikan. Kita seakan-akan sibuk, tetapi kita tidak faham apa yang disibukkan. Kita diburu masa dan ia berlalu dengan tiada ada perkara yang dapat kita selesaikan. Inilah yang dimaksudkan dengan singkatnya masa.

Menurut Imam Al-Karmani, yang dimaksudkan dengan singkatnya masa ini ialah dicabut keberkatan daripadanya. Memang benar apa yang dikatakan oleh Imam Al-Karmani itu, dahulunya kita merasakan dalam sehari banyak perkara yang dapat kita laksanakan, tetapi sekarang dalam sehari yang sama hanya sedikit perkara-perkara yang dapat kita laksanakan. Ini adalah satu petanda hampirnya qiamat.

26. MUNCULNYA GALIAN-GALIAN BUMI

Daripada Sayidina Ibnu Omar r.a. berkata: “Pada suatu masa dibawa ke hadapan Rasulullah saw. sepotong emas. Dan emas itu adalah emas zakat yang pertama sekali dikutip. Emas itu telah dibawa oleh Bani Sulaim dari tempat tambang (galian) mereka.

Maka sahabat r.a berkata: "Ya Rasulullah(Saw)! Emas ini adalah hasil dari galian kita". Lalu Nabi saw. menjawab, "Nanti kamu akan dapati banyak galian-galian, dan yang akan menguruskannya adalah orang-orang yang jahat".
H.R.Baihaqi

Keterangan

Tepat sekali apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw. sejak limabelas abad yang lalu. Hari ini dunia Islam sangat kaya dengan galian bumi, seperti emas, perak, timah, petrol dan lain-lain, tetapi yang menguruskan dan yang menguasainya adalah orang-orang yang bukan Islam. Ini adalah suatu realiti yang sangat jelas di mata kita dan merupakan salah satu di antara petanda hampirnya hari qiamat.

27. TANAH ARAB YANG TANDUS MENJADI LEMBAH YANG SUBUR

Daripada Sayidina Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw.; "Tidak akan terjadi qiamat sehinggalah Tanah Arab (yang tandus itu) menjadi lembah yang subur dan dialiri sungai-sungai".
H.R.Muslim

Keterangan

Sekarang kita telab mula menyaksikan kebenaran sabdaan junjungan kita ini. Kita banyak melihat tanah Arab yang dahulunya tandus dan kering kontang tetapi sekarang telah mulai menghijau dan ditumbuhi rumput-rumput dan pohon-pohon kayu. Contohnya, Padang Arafah yang ada di Makkah Al-Mukarramah yang dahulunya hanya dikenali sebagai padang yang tandus dan tidak ada pohon kayu. Sekarang ini Padang Arafah dipenuhi pohon-pohon kayu, sehingga kelihatan menghijau dan kita dapat berteduh di bawah naungannya.

Keadaan ini walaupun menyejukkan mata memandang namun ia mengurangkan gambaran suasana padang Mahsyar, tempat berhimpunnya seluruh makhluk pada hari qiamat nanti yang merupakan tujuan utama dan pelajaran penting yang diambil dari suasana wuquf jamaah Haji di Padang Arafah pada setiap 9 Zulhijjah tahun Hijriyah.

28. UJIAN DAHSYAT TERHADAP IMAN

Daripada Sayidina Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda; "Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah (ujian berat terhadap iman) seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman di waktu pagi, kemudian pada waktu petang dia sudah menjadi kafir, atau (Syak Perawi Hadis) seseorang yang masih beriman di waktu petang, kemudian pada esok harinya, dia sudah menjadi kafir. Ia telah menjual agamanya dengan sedikit dari mata benda dunia.
H.R.Muslim

Keterangan

Hadis ini menerangkan kepada kita betapa dahsyat dan hebatnya ujian terhadap iman seseorang diakhir zaman. Seseorang yang beriman di waktu pagi, tiba-tiba dia menjadi kafir diwaktu petang. Begitu pula dengan seseorang yang masih beriman di waktu petang, tiba-tiba pada esok paginya telah menjadi kafir. Begitu pantas dan cepat perubahan yang berlaku. Iman yang begitu mahal boleh gugur di dalam godaan satu malam atau satu hari sahaja, sehingga ramai orang yang menggadaikan imannya kerana hanya hendak mendapatkan sedikit dari harta benda dunia. Dunia lebih dicintai di sisi mereka daripada iman.

Dan menurut riwayat Ibnu Majah, beliau menambahkan, "kecuali orang yang hatinya dihidupkan Allah swt. dengan ilmu". Mudah-mudahan Allah swt. menjadikan kita di antara orang yang berilmu dan mengamalkan ilmunya, sehingga dengan itu Allah Swt. akan menyelamatkan iman kita dari ujian yang dahsyat ini.

29. KELEBIHAN IBADAT DISAAT-SAAT HURU HARA

Ertinya: Daripada Sayidina Ma’qil bin Yasar ra. berkata Rasulullah bersabda:" Beribadat di saat-saat huru hara (dunia kacau bilau) adalah seperti berhijrah kepadaku".
H.R.Muslim

Keterangan

Orang yang mampu beribadat dan menunaikan kewajipan agamanya di saat-saat yang penuh dengan huru hara dan gangguan dari segenap penjuru, dan mampu mengingati Allah swt. di saat-saat orang lain lupa dan di sibukkan dengan perkara-perkara yang melalaikan.

Mereka akan diberikan pahala seperti pahala hijrah yang telah dilakukan oleh kaum Muhajirin di zaman Rasulullah saw. Mudah-mudahan kita termasuk di kalangan mereka yang mampu beribadat walaupun di dalam keadaan dan suasana yang sangat menyibukkan, dan mudah-mudahan kita mendapatkan pahala besar yang telah dijanjikan oleh Rasulullah saw. tadi.

30. PEPERANGAN DI KAWASAN SUNGAI FURAT (IRAQ) KERANA MEREBUT KEKAYAAN

Daripada Sayidina Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah saw. bersabda; 'Tidak terjadi hari qiamat sehingga Sungai Furat (Sungai Euphrates iaitu sebuah sungai yang ada di lraq) menjadi surut airnya sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas. Ramai orang yang berperang untuk merebutkannya. Maka terbunuh sembilan puluh sembilan daripada seratus orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata, "mudah-mudahan akulah orang yang terselamat itu".

Di dalam riwayat lain ada disebutkan; "Sudah dekat suata masa di mana sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barangsiapa yang hadir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu".
H.R.Bukhari Muslim

Keterangan

Hadis ini jelas sekali menerangkan bahawa di kawasan Iraq dan disekitarnya akan berkobar peperangan yang berpunca dari merebutkan kekayaan yang ada di sana dan ramai yang terkorban dan masing-masing pihak bercita-cita seandainya merekalah
yang terselamat.


Imam Mahadi and The Last Generation Army



Ace 18 hours ago
ActivityRank: 1517






Selain keterangan daripada setiap agama besar di dunia ini, terdapat pula sekumpulan peramal yang terkenal di dunia yang turut meramalkan kedatangan Imam Mahdi atau seorang pemimpin yang bertaraf dunia, yang akan turun untuk menjalankan pemerintahan yang sangat adil, pada zaman ini, pada abad ini, kurun ini dan alaf ini. Memang meramal sesuatu ramalan adalah suatu perbuatan yang buruk, boleh mendatangkan impak besar kepada akidah kita. Namun ramalan yang bertepatan maksudnya dengan perkabaran hadis-hadis, berita-berita daripada asar para sahabat RA, kasyaf para wali dan firasat para mukmin tidak salah jika disebutkan, karena keterangan mereka ini sebenarnya membantu menjelaskan lagi maksud hadis-hadis, asar-asar, kasyaf-kasyaf dan firasat-firasat itu. Hal ini sebenarnya tidak menjejaskan iman kita jika betul cara dan tempatnya.

Sebahagian mereka ini adalah peramal semata-mata, manakala sebagian lagi adalah orang-orang besar bagi agama masing-masing, yang telah mencapai taraf kasyaf pula, yaitu menurut pandangan agama mereka.

Antara peramal bertaraf antarabangsa yang amat terkenal pada hari ini adalah Michel de Nostredame atau Nostradamus, suatu nama yang hampir sudah tidak perlu diperkenalkan lagi, karena sudah begitu terkenalnya. Ramalan-ramalannya sudah umum tersebar dan bukan sedikit pula yang sudah menjadi kenyataan. Antara ramalannya yang amat menggoncangkan dunia Barat ialah bahwa seorang pemimpin baru bertaraf dunia akan muncul, Islam akan kembali menguasai dunia pada alaf baru ini, dan seterusnya memerangi Kristian-Eropah.

Ramalannya bahwa seorang pemimpin baru beragama Islam akan muncul dan seterusnya menguasai seluruh dunia adalah berdasarkan ramalan beliau seperti berikut:

In the year 1999 and seven months
from the sky will come the great King of Terror.
He will bring back to life the King of the Mongols;
Before and after, war reigns.


Tempat muncul pemimpin tersebut adalah di sebuah negara di sebelah Timur, bukan di negara Arab atau di sebelah Barat, berdasarkan ramalan berikut:

From the three water signs (seas) will be born a man
who will celebrate Thursday as his feast day.
His renown, praise, reign, and power will grow
on land and sea, bringing trouble to the East.


Pemimpin berkenaan akan memimpin pasukan tenteranya yang besar jumlahnya untuk menyerang dan menakluki Eropah, dan dibantu oleh seluruh umat Islam.

One who the infernal gods of Hannibal
will cause to be reborn, terror of all mankind
Never more horror nor the newspapers tell of worse in the past,
then will come to the Romans through Babel (Iraq).


Pemimpin berkenaan memerangi, mengalahkan dan memasuki Eropah dengan memakai serban biru, membawa undang-undang Islam untuk diamalkan oleh seluruh penduduk Eropah, dan peristiwa besar inilah yang amat menakutkan setiap hati pemimpin Kristian dan Yahudi.

This king will enter Europe wearing a blue turban,
he is one that shall cause the infernal gods of Hannibal to live again.
He will be the terror of mankind.
Never more horror.

Selain itu, Sami-sami Hindu di India turut meramalkan melalui ramalannya beberapa tahun lepas bahwa bakal Perdana Menteri Malaysia selepas ini bukan lagi dari kalangan orang politik.

Diberitakan bahwa Perdana Menteri Malaysia pernah mengemukakan beberapa nama untuk ditenung sebagai bakal Perdana Menteri supaya dapat dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. Semua nama yang dikemukakan itu ditolak karena diberitahu nama-nama mereka itu tidak ada dalam senarai sebagai pengganti Perdana Menteri. Sahih atau tidak berita ini, tidak dapat dipastikan.

Jelaslah bahwa orang yang bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas ini tidak lagi dari kalangan orang-orang politik. Tambahan pula, seorang ulama besar di Malaysia telah baru-baru ini membuat perisytiharan bahwa tokoh agama akan menjadi pemimpin Malaysia pada alaf baru ini. Kebetulan pula, Malaysia ini dikatakan sebagai pusat kebangkitan Islam kali kedua, pada akhir zaman, yaitu zaman kita ini. Jika dikaitkan kedua-dua penyataan ini, bagaikan ada kaitan yang rapat antara kedua-duanya.

Anak murid Wali Songo yang amat terkenal di Pulau Jawa, Sabdopalon, turut menyebutkan bahwa Imam Mahdi akan dibaiat oleh sembilan tokoh Wali Ghausul Alam yang diketuai oleh seseorang dari Malaysia yang disebutkan sebagai Syeikh Malaya. Beliau menyebutkan bahwa,

“Imam Mahdi datang dengan pakaian serba putih dibantu oleh Rijalu’llah Ghaib atau juga disebut Wali Ghosul’alam sembilan yang di antaranya adalah Seh Malaya yang turun di Tanah Arab.”

Salah seorang Wali Songo yaitu Sunan Gunung Jati, turut membuat ramalan berdasarkan kasyaf dari Allah bahwa kebangkitan Islam kali kedua ini akan dipimpin oleh seorang tokoh yang memakai serban. Dia dikatakan amat berpegang teguh pada sorban kanjeng (ekor serban) Nabi Muhammad SAW. Yang dimaksudkan dengan sorban kanjeng itu adalah pemimpin umat yang terakhir, sesuai dengan kedudukan ekor serban yang terletak di hujung sekali. Sorban kanjeng juga bermaksud mengikut benar-benar setiap sunnah yang diamalkan oleh baginda Rasulullah SAW semasa hayatnya dahulu.

Peramal dari Jawa yang disebut sebagai Pangeran Wijil, yang mengarang Kitab Rangka Jayabaya, turut membuat ramalan bahwa pemimpin yang dimaksudkan itu, lahir di Makkah, memakai serban yang berlambang bunga tujuh cabang, orangnya selalu kesandung kesampar. Dia tidak pernah diduga akan menjadi pemimpin umat manusia pada suatu hari nanti. Dikatakan lebih lanjut lagi bahwa sebelum raja baru ini muncul, akan berlaku huru-hara dan kerusuhan. Dan raja itulah yang akan menjadi orang tengah atau pengaman di antara pihak yang sedang bergaduh itu. Tanpa diduga-duga, orang ramai pun bersetuju melantiknya sebagai pemimpin mereka karena jasanya yang amat besar itu dan keupayaannya yang menakjubkan itu.

Demikianlah sedikit lagi keistimewaan yang ada pada pribadi yang bergelar Imam Mahdi ini. Memang Imam Mahdi itu sungguh-sungguh adalah Orang Allah, orang yang dibesarkan karena sememangnya orang besar Tuhan, besar namanya, besar kedudukannya, patut dibesarkan dan perlu disebut secara besar-besaran pula. Sambutan kepada kemunculannya kelak, juga akan dibuat secara penuh besar-besaran, amat meriah, penuh gembira, sepenuh-penuh kesyukuran, sesuai dengan kedudukannya sebagai orang besar Allah itu. Tidak ada sambutan yang lebih besar dan meriah selain daripada sambutan terhadap kedatangannya ke dunia ini.

Dan, ekoran daripada kepercayaan kepada munculnya Imam Mahdi yang sangat istimewa inilah, muncul dari semasa ke semasa orang-orang yang mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu itu. Mereka ini langsung tidak berasa malu dengan dakwaan kosong mereka itu. Setelah beberapa lama masa berlalu, ternyata pula dakwaan mereka itu adalah palsu dan tujuan mereka di sebalik dakwaan itu terbongkar. Selalunya, mereka langsung tidak berjaya mendirikan kerajaan Mahdiyahnya, malah gagal pula mengubah keadaan masyarakat setempatnya kepada yang lebih baik, sedangkan yang demikian itu wajib berlaku karena telah disebutkan oleh hadis-hadis.

Agenda Yahudi (untuk memusnahkan umat Islam):

Menjauhkan umat Islam dari memegang tampuk pemerintahan di negara-negara Islam dan jangan beri kesempatan bergerak.

1. Sehubungan itu, seorang orientalis Inggeris, Montgomery Watt, menulis dalam ‘London Time’ pada tahun 1968:

“Kalau sudah ditemui seorang pemimpin Islam yang (benar-benar) berkelayakan dan bercakap dengan suara Islam yang tepat pula, kemungkinan besar agama itu akan (bangkit kembali dan) merupakan sebuah kekuatan politik yang besar di dunia ini sekali lagi.”

Yang dimaksudkan oleh Montgomery itu adalah pemimpin yang bertaraf khalifah, karena hanya seorang pemimpin yang bertaraf khalifah sahaja yang akan mampu menyatukan kembali seluruh umat Islam yang sedang kronik berpecah-belah pada hari ini. Pemimpin yang bertaraf Presiden atau Perdana Menteri tidak termasuk dalam senarai pemimpin yang dimaksudkan oleh beliau.

2. Bekas Perdana Menteri Israel, Ben Gurion pernah dilaporkan berkata,

“Sesungguhnya yang paling menakutkan kami ialah, kalau dalam dunia Islam, sudah lahir seorang Muhammad Baru.”

Muhammad Baru yang dimaksudkan oleh Ben Gurion itu tidak lain dan tidak bukan adalah Imam Mahdi, karena nama Imam Mahdi itu adalah Muhammad, sama dengan nama datuknya, Nabi Muhammad SAW. Jelaslah bahwa pihak Barat amat takutkan pribadi yang bernama Muhammad ini, yang digelar sebagai Imam Mahdi, dan ketakutan mereka itu tidak dapat disembunyikan lagi.

Jelaslah bahwa orang-orang Kristian adalah jauh lebih peka daripada kita, umat Islam sendiri dalam hal mempercayai dan meyakini kedatangan Imam Mahdi ke dunia ini. Mereka sentiasa berjaga-jaga menanti tibanya seorang pemimpin Islam bernama Muhammad, tahu pula tempat keluarnya dan bila keluarnya. Pada masa yang sama kita umat Islam masih lagi sibuk bercakaran mengenai sahih atau dhaifnya hadis-hadis mengenai Imam Mahdi itu.

3. A. J. Quinnell, seorang novelis Barat telah menulis sebuah novel bertajuk The Mahdi.

Di dalam novel itu disebutkan andaian beliau bahwa isu Imam Mahdi ini akan dieksploitasi oleh kuasa-kuasa besar Barat. Kuasa-kuasa besar ini akan bergabung tenaga, fikiran dan matlamat untuk menonjolkan seorang yang mereka pilih sebagai Mahdi untuk diikuti oleh seluruh umat Islam. Tujuannya adalah untuk mencapai tujuan jahat mereka terhadap umat dan negara-negara Islam. Mahdi boneka ini dirancang oleh perisik-perisik CIA, MI5 dan KGB untuk muncul di Tanah Suci Makkah. Setelah itu, beliau akan mengarahkan seluruh umat Islam mengikut beliau tunduk kepada kuasa-kuasa besar Barat itu.

Ulasan kita

1. Umat Islam wajib berhati-hati dengan sikap mereka yang digelar sebagai bijak pandai dan ahli akademik yang kononnya profesional dalam tugasan masing-masing. Memang mereka diakui sebagai pakar, tetapi pakar dalam rangka usaha merusakkan Islam dan umat Islam di seluruh dunia dengan memberikan maklumat yang kurang tepat dan sengaja diputar belit dengan amat rapi oleh mereka.

2. Mereka sebenarnya berlindung di sebalik nama profesional dan akademik mereka untuk mengelabui seluruh umat Islam yang lemah ilmu dan kefahaman terhadap agama mereka. Dengan membuat ulasan seperti dua contoh di atas, mereka berharap dapat ‘mengelirukan’ umat Islam seramai mungkin, sedangkan huraian dan ulasan seperti yang diberikan di atas amat tidak tepat.

3. Uraian yang diberikan diolah sebegitu rupa untuk mengelirukan orang ramai, terutama yang bukan Islam terhadap Imam Mahdi orang Islam dan nampaknya dilakukan sedemikian dengan sengaja. Gambaran seperti ini sudah menjadi suatu yang lazim bagi mereka terhadap agama Islam.

4. Takrifan (definisi), uraian dan contoh yang diberikan lebih bersifat menakutkan daripada menerangkan hal yang sebenarnya. Tokoh yang dipilih oleh mereka sebagai contoh bukanlah Imam Mahdi sesungguhnya tetapi hanyalah orang yang mengaku dirinya sebagai Imam Mahdi. Jika dinilai dari segi ilmiah, ternyatalah takrifan itu sebenarnya sama sekali tidak bersifat ilmiah.

5. Pandangan yang diberikan oleh mereka adalah merupakan suatu pandangan serong, yang nyata amat tidak tepat dengan apa yang sebenarnya. Mereka menulisnya seolah-olah mereka adalah orang yang amat jahil terhadap persoalan yang diperkatakan.

6. Cara mereka menceritakan mengenai Imam Mahdi itu menjelaskan bahwa hati mereka sebenarnya amatlah takut. Uraian itu menampakkan ‘ketakutan dalaman’ mereka terhadap Imam Mahdi, jika beliau benar-benar zahir kelak. Hanya orang-orang yang benar-benar memahaminya yang dapat menangkap maksud dalaman yang coba disampaikan.

7. Mereka menumpukan kepada Mahdi yang berjaya mereka tumpaskan dengan tujuan psikologi untuk menyatakan bahwa umat Islam kononnya tidak sekali-kali akan menang mengalahkan kekuatan Barat sekalipun mereka dipimpin oleh seorang pemimpin yang hebat, sekalipun namanya adalah Imam Mahdi. Dan jika kita baca sekali imbas maklumat berkenaan, memang terasalah seolah-olah bahwa Imam Mahdi sendiri pun, jika zahir kelak, tidak akan sekali-kali mampu mengalahkan kuasa Barat yang katanya lebih hebat dan gagah.

8. Memaparkan kejahilan mereka sendiri karena mereka seolah-olah tidak kenal siapa itu Imam Mahdi sehingga orang yang mengaku dirinya sebagai Imam Mahdi pun, sudah dianggap sebagai Imam Mahdi sesungguhnya. Kisah keberhasilan mengalahkan Imam Mahdi itu dibesar-besarkan untuk menutup keadaan sebenar mereka.

9. Keadaan ini sebenarnya meyakinkan lagi kita bahwa Imam Mahdi itu memang benar-benar akan muncul. Jika tidak, masakan orang-orang Barat mau memperkatakan soal ini, jika perkara itu tidak benar dan tiada asasnya di dalam agama Islam. Mereka seolah-olah takut benar dengan nama Imam Mahdi itu, bagaikan Imam Mahdi yang dimaksudkan akan membawa bala bencana terburuk kepada mereka.

Nilailah Sejarah Melalui Iman

“Sesungguhnya seorang jurubina tidak akan dapat mendirikan sesebuah binaan melainkan setelah dia mengkaji tapak binaan, jenis tanah, mata air dan lain-lain.

“Seorang doktor tidak akan mampu memberikan rawatan yang mujarab melainkan setelah dia bertanya si pesakit akan puncanya, makanan, minuman dan lain-lain.

“Demikian juga seorang sejarawan tidak dibolehkan menyebut sesuatu kisah yang sampai kepadanya atau menghuraikan sesuatu petikan tanpa mengetahui titik tolak umat ini yaitu akidah dan segala yang terpancar daripadanya yaitu kefahaman, nilaian dan maksud.

“Ini karena dibimbangi akan memesongkan di belakang hawa nafsu dan huraian salah yang akan membawa kepada mengubah sepenuhnya sesuatu keadaan dan jauh pula daripada kefahaman yang hakiki.”

(Mahmud Syakir, Al-Muntalaqul Asasi fit Tarikhul Islami)

Pandangan Ulama Sepanjang Zaman

Pandangan para ulama yang saleh-saleh sejak zaman awal Islam lagi bukanlah diada-adakan, bukan pula berupa bidaah atau perkara baru dalam Islam. Pandangan mereka adalah seratus peratus bebas daripada sebarang pengaruh, sama ada dari pihak berkuasa maupunpihak-pihak yang coba mengambil kesempatan daripada isu Imam Mahdiini. Pandangan mereka adalah pandangan Islam tulen, yang didasarkansepenuhnya kepada Al-Quranul Karim dan As-Sunnah, oleh mereka yangbertaraf ulama tulen pula.

Pandangan mereka adalah pandangan yang berasaskan iman yang suci bersih, ilmu yang mendalam dan keyakinan yang jitu. Pandangan mereka adalah pandangan secara bebas, sesuai menurut ajaran agama kita. Penulisan kitab-kitab mengenai Imam Mahdi oleh mereka adalah hasil atau lambang dari keyakinan yang jitu itu tadi. Jika tidak, masakan mereka dapat menulis kitab yang sebagus dan selengkap yang telah dituliskan oleh mereka itu.


Mereka banyak mengkaji dan mendalami masalah ini sehingga ke umbi-umbinya sekali demi untuk mendapatkan suatu jawapan yang pasti dan keyakinan yang jitu, tanpa perlu mengikut-ikut sebarang pendapat orang lain atau dapat dipengaruhi oleh sesiapa pun juga. Hasilnya, pendirian mereka adalah pendirian yang penuh yakin dan bebas, tanpa dibayangi oleh sebarang pengaruh.


Hasilnya, kita dapati secara keseluruhannya bahwa di kalangan ulama Ahlus Sunnah wal Jamaah, terdapat tiga pendapat terbesar mengenai kepercayaan terhadap kemunculan Imam Mahdi pada akhir zaman kelak. Rumusan ini telahpun dibuat oleh mereka dan dikumpulkan pula oleh ulama yang kemudian.


Golongan pertama adalah para ulama yang percaya dengan sungguh-sungguh akan kesahihan hadis-hadis mengenai Imam Mahdi itu, sehingga mereka menyatakan dengan tegas sesiapa yang menolak hadis-hadis tersebut adalah orang yang sesat atau murtad. Kebanyakan mereka adalah dari kalangan ulama ahli hadis yang cukup tinggi ilmunya. Sesetengah ahli hadis hari ini menyatakan bahwa hadis-hadis yang menyebutkan mengenai datangnya Imam Mahdi adalah hadis mutawatir dan banyak jumlahnya. Para ulama hadis yang mahir-mahir dan mendalam kajiannya serta sudah bertaraf Huffaz, sepakat mengatakan bahwa hadis-hadis mengenai Imam Mahdi adalah muktamad, dan mempunyai taraf mutawatir maknawi. Ini disebabkan banyak sumbernya, ramai rawinya dan perkaitan yang amat rapat antara sebuah hadis dengan hadis yang lain.

Pada penilaian dan kajian mereka yang mendalam itu, setiap rawi yang lemah, akan ada rawi lain yang lebih kuat yang datang membantu menguatkan sesebuah hadis. Keadaan ini menyebabkan mereka sukar untuk mengatakan bahwa hadis-hadis mengenai Imam Mahdi itu maudhuk, disebabkan faktor saling menguatkan antara satu rawi dengan rawi yang lain dan antara sanad yang bersimpang siur itu. Habis-habis pun, mereka hanya menyatakannya sebagai hadis-hadis dhaif sahaja.

Antara Huffaz terkenal yang secara yakin, mutlak dan sungguh-sungguh menyatakan pendapatnya bahwa perkabaran mengenai Imam Mahdi sebagai benar adalah:

1. Al-Hafiz Abu Husain al-Abiri, yang menyatakan hadis-hadis Imam Mahdi itu sudah tersebar luas di kalangan orang awam dan di kalangan ahli hadis sendiri, dan disahkan oleh mereka sebagai mutawatir.
2. Al-Muhaddith Idris al-Iraqi, menyatakannya sebagai mutawatir atau amat hampir kepada mutawatir, walaupun pendapat pertama tadi disahkan oleh kebanyakan Huffaz.
3. Imam asy-Syaukani menulis, “Kesahihan dapat diperakukan mengenai para rawi yang meriwayatkan tentang Imam Mahdi, al-Masih Dajjal dan Nabi Isa AS.” Namun beliau dikatakan adalah salah seorang ulama Syiah.
4. Al-Muhaddith al-Kinnawji, Raja Bhopal di India menyatakan bahwa hadis-hadis mengenai al-Mahdi sangat banyak dan telah disahkan sebagai mutawatir.
5. Abu Abdullah Jasus, seorang ulama menyatakan berita mengenai al-Mahdi adalah banyak dan al-Hafiz as-Sakhawi menilainya sebagai telah mencapai derajat mutawatir.
6. As-Syeikh al-Arabi di Fez menyatakan ramalan Nabi SAW mengenai Imam Mahdi itu memang sebenarnya dan sanadnya juga amat kuat..
7. Sayid Muhammad bin Jaafar al-Kittani menyebutkan nama lebih daripada dua puluh orang sahabat RA yang meriwayatkan hadis berkenaan Imam Mahdi, yang sanadnya dianggap sahih oleh beliau.
8. Imamul Allamah Ibnu Hazam menyatakan bahwa hadis-hadis yang menceritakan tentang keluarnya Imam Mahdi, turunnya Nabi Isa AS dan berita terbitnya matahari pagi dari sebelah barat adalah hadis-hadis mutawatir.
9. Al-Hafiz Abul Hasan Muhammad Ibnu al-Husain as-Sajistani al-Aburi Asy-Shafie (m. 363/974) yang menyebutkan hadis-hadis tersebut diriwayatkan oleh sebilangan besar ulama terkenal dan disebarkan secara luas dan yakin oleh terlalu ramai rawi.
10. Grand Muhaddis Syeikh Abdullah bin Sadek, Ph.D., menyatakan bahwa hadis-hadis mengenai Imam Mahdi adalah bertaraf mutawatir maknawi. Adalah sangat mustahil hadis-hadis yang telah diiktiraf oleh para Huffaz sebagai mutawatir, masih lagi dianggap dhaif oleh orang-orang yang bukan bertaraf Huffaz.


Selain mereka yang bertaraf Huffaz seperti disebutkan di atas, terdapat sebilangan besar lagi ulama dahulu dan sekarang yang menyatakan secara yakin akan masalah ini. Namun, sebagai permulaan cukuplah setakat yang diberi di atas. Lagi pun, pendapat mereka mengenainya adalah lebih kurang sahaja. Maka, tidak perlulah disalin lagi semuanya.

Oleh karena yang demikian, ada ulama yang secara tegas dan tidak ragu-ragu lagi menyatakan bahwa hadis-hadis mengenai Imam Mahdi adalah mutawatir dan wajib dipercayai. Antara ulama yang berpendirian seperti ini adalah Imam Ibnu Hajar al-Haitami, Imam Abu Bakar al-Iskafi dan Grand Muhaddis Syeikh Abdullah bin
Sadek.

Selain itu, menurut mereka lagi, hadis-hadis mengenai Imam Mahdi yang sudah mencapai taraf mutawatir itu telah melalui proses tapisan seperti yang lazim dilakukan terhadap hadis-hadis lain. Tidak ada pembedaan antara proses tapisan hadis-hadis mengenai Imam Mahdi dengan yang lain, biarpun persoalan Imam Mahdi itu tidak melibatkan langsung perkara akidah atau persoalan rukun iman, dan tidak memerlukan proses tapisan yang seketat itu.

Sehubungan itu, adalah dianggap mustahil jika di antara hadis yang telah melalui proses ujian yang ketat itu, masih tidak terdapat sebuah pun hadis yang bertaraf mutawatir mengenai Imam Mahdi. Ini memandangkan para perawi hadis-hadis berkenaan adalah antara ulama hadis yang terkenal seperti Imam at-Tarmizi, Imam Abu Daud dan Imam Ahmad bin Hanbal RH.

Golongan kedua adalah ulama yang bersikap sederhana. Golongan yang sebegini adalah golongan yang paling ramai. Mereka adalah golongan yang mempercayai kemunculan Imam Mahdi, tetapi tidak memaksakan pendapatnya diterima oleh orang lain. Alasan yang diberikan adalah atas dasar bahwa persoalan Imam Mahdi adalah masalah furuk akidah, bukan masalah pokok akidah. Persoalan Imam
Mahdi adalah masalah ikhtilaf, dan umat Islam dibenarkan memilih mana-mana satu pendapat yang disukainya, selagi pendapat itu didasarkan ilmu yang sampai kepadanya, dan selagi tidak sampai melanggar batas-batas yang sepatutnya.

Mereka tidaklah sampai menyesatkan golongan lain seperti yang dilakukan oleh golongan pertama tadi. Sikap mereka yang berlapang dada ini sebenarnya adalah sikap yang sepatutnya ditunjukkan oleh para ulama Islam. Seterusnya sikap sebeginilah yang patut diikuti oleh sekalian umat Islam. Menurut mereka lagi, mempercayai Imam Mahdi tidak sama dengan mempercayai turunnya rasul kepada
manusia.

Seluruh ulama Ahlus Sunnah tidak pernah lagi menjatuhkan hukum syirik, khurafat, bidaah dan sesat kepada sesiapa atau mana-mana kumpulan yang tidak mau mempercayai kemunculan Imam Mahdi pada akhir zaman nanti. Hanya di Malaysia sahaja yaitu pada tahun 1994 dahulu satu-satunya peristiwa sebuah kumpulan disesatkan karena kepercayaan kumpulan itu kepada kemunculan seseorang sebagai Imam Mahdi. Selain itu, tidak pernah lagi tercatat di dalam buku sejarah dunia peristiwa seperti itu pernah berlaku.

Golongan ketiga adalah golongan yang menolak terus kepercayaan terhadap Imam Mahdi dan bermula dari golongan inilah yang menyebabkan umat Islam terpecah-pecah dan berbeda-beda pendapat mengenai Imam Mahdi, seperti yang terdapat pada hari ini. Kita tidak boleh menyalahkan mereka seratus peratus dalam hal ini, tetapi perlulah diakui pula, salah satu punca terbesar perpecahan pendapat umat Islam (dalam hal ini) adalah datang dari mereka. Golongan ini ada yang menolak secara sederhana dengan alasan yang lembut didengar, ada yang menolak dengan agak keras dan alasan yang masih boleh diterima, dan ada pula yang menolak sama sekali dengan penuh kasar dan penuh emosi. Maka hilanglah sifat toleransi mereka sehingga menyebabkan mereka terlalu ekstrem mengenainya.

Penolakan terhadap Imam Mahdi ini boleh dilihat dari dua sudut atau persoalan asas. Pertama, mereka menolak kemunculan suatu pribadi yang digelar sebagai Imam Mahdi, dan yang kedua adalah mereka yang menolak hadis-hadis tentang kemunculan Imam Mahdi. Yang menolak kemunculan pribadi yang bergelar Imam Mahdi itu disebabkan kurangnya kefahaman mereka terhadap diri Imam Mahdi itu sendiri. Maka karena itu, kedatangan si Mahdi itu ditolak terus. Masakan boleh Imam Mahdi itu dengan hanya bersendirian sahaja mampu membaiki seluruh keadaan dunia yang amat kronik pada hari ini. Mustahillah Imam Mahdi itu mempunyai keupayaan yang jauh melebihi dari apa pernah diterima oleh Rasulullah SAW sendiri. Demikian fikir mereka, dan itu jugalah alasan yang mereka beri.

Mereka ini terlalu mengikutkan logik akal sihat mereka itu sahaja, sehingga lupalah mereka bahwa akal mereka yang mereka terlalu agung-agungkan itu amatlah terhad sempadan yang mampu dicapainya. Mereka seolah-olah lupa bahwa akal sebenarnya dipandu oleh al-Quran dan hadis, bukan akal yang memandu al-Quran
dan hadis. Sikap mereka yang demikian seolah-olah meletakkan kedudukan akal melebihi daripada kedudukan al-Quran dan hadis. Seolah-olah apabila sesuatu itu tidak dapat dilogikkan oleh akal, maka perkara itu tertolak. Dan itulah dia syariat pada pandangan mereka. Sikap seperti ini sebetulnya adalah melanjutkan sikap dan pegangan Muktazilah, yang pernah hidup subur pada zaman dahulu. Mereka inilah Muktazilah modern, yang melanjutkan lidah Muktazilah zaman dahulu, yang pada hari ini sudah kelu lidahnya di dalam lubang kubur masing-masing.

Golongan yang kedua, menolak kemunculan Imam Mahdi karena mengalasankan bahwa tidak ada sebuah pun hadis yang berkaitan Imam Mahdi itu yang dapat dipegang atau dijadikan hujah syarak. Mereka terlalu dikongkong oleh kaedah ilmu mustalah hadis yang amat ketat itu, sehingga pada perkara Imam Mahdi yang hanyalah soal furuk agama pun, dihukumkan seperti mereka menghukum perkara pokok akidah atau pokok syariat. Maka karena itu, tertolaklah perkara Imam Mahdi ini pada pandangan mereka. Lupalah mereka bahwa soal ini adalah furuk semata-mata, tidak lebih daripada itu. Itulah akibatnya jika kayu ukur yang digunakan adalah kayu ukur orang lain, yang jauh berbeda daripada kayu ukur yang sepatutnya.

Sahabat Nabi SAW yang Meriwayatkan Hadis Mengenai Imam Mahdi

Berdasarkan hadis-hadis yang telah diriwayatkan, terdapat empat puluh empat nama para sahabat RA yang pernah menyampaikan kepada kita hadis-hadis mengenai Imam Mahdi, seperti yang mereka pernah dengar daripada Nabi SAW sendiri. Sebagian mereka adalah merupakan sahabat utama Baginda SAW, yaitu orang-orang yang sudah mendapat jaminan syurga daripada Rasulullah SAW. Ada yang meriwayatkan sebuah hadis dan ramai pula yang meriwayatkan beberapa buah hadis mengenai Imam Mahdi daripada Rasulullah SAW.

Ada yang meriwayatkan sebuah hadis daripada Rasulullah SAW mengenai Imam Mahdi, ada yang banyak, dan selain dari itu, ada yang bercerita mengenai Imam Mahdi berdasarkan kasyaf yang mereka terima daripada sisi Allah. Kasyaf ini jelas dapat dilihat jika kita rajin meneliti dan menghalusi kata-kata para sahabat RA ini, tanpa terburu-buru menolaknya. Perkabaran ini adalah sokongan atau tambahan daripada apa yang telah diberitakan oleh Rasulullah SAW kepada mereka sebelumnya. Hal ini tidak sekali-kali boleh dikatakan bahwa mereka itu seperti memandai-mandai atau berlebih-lebih dalam penerangan mereka. Hal ini dikarenakan mereka memang mendapat ilmu seperti yang demikian itu lalu mereka sampaikan pula kepada generasi tabiin, dan seterusnya sampai kepada kita hari ini.

Jumlah mereka yang seramai ini, memang jika dilihat dari segi rawi dan syarat untuk menjadi mutawatir, memang sudah lebih daripada mencukupi untuk kita mengisytiharkannya sebagai mutawatir mutlak. Hanya mengenangkan soal ini adalah soal furuk dalam ilmu tauhid, maka tidaklah dirasakan perlu berbuat demikian. Namun jika ada pihak yang mau berbuat demikian, dipersilakanlah. Berikut adalah sahabat RA yang namanya dimasukkan sebagai periwayat hadis mengenai Imam Mahdi:

1. Sayidatina Aisyah, Ummul Mukminin RA.
2. Sayidatina Ummu Salamah, Ummul Mukminin RA.
3. Sayidatina Maimunah, Ummul Mukminin RA.
4. Sayidatina Ummu Habibah RA, Ummul Mukminin RA.
5. Sayidina Ali bin Abi Talib KMW.
6. Sayidina Ali al-Hilali RA.
7. Sayidina Abdullah ibnul Abbas RA.
8. Sayidina Abdullah ibnu Umar RA.
9. Sayidina Abdullah ibnu Mas’ud RA.
10. Sayidina Abdullah bin Amru bin al-As RA.
11. Sayidina Abdullah bin Busri RA.
12. Sayidina Abdullah bin Al-Haris RA.
13. Sayidina Abdul Rahman bin Auf RA.
14. Sayidina Al-Abbas bin Abdul Muttalib RA.
15. Sayidina Amru bin Al-As RA.
16. Sayidina Amru bin Murrah al-Juhani RA.
17. Sayidina Amru bin Taghlib RA.
18. Sayidina Ammar bin Yasir RA.
19. Sayidina Abi at-Tufail RA.
20. Sayidina Abu Said al-Khudri RA.
21. Sayidina Abu Hurairah RA.
22. Sayidina Abu Ayub al-Ansari RA.
23. Sayidina Abu Umamah al-Bahili RA.
24. Sayidina Anas bin Malik RA.
25. Sayidina Auf bin Malik RA.
26. Sayidina Buraidah RA.
27. Sayidina Husain bin Ali bin Abi Talib RA.
28. Sayidina Huzaifah bin Al-Yaman RA.
29. Sayidina Imran bin Husain RA.
30. Sayidina Jabir bin Abdullah RA.
31. Sayidina Jabir bin Samurah RA.
32. Sayidina Jabir bin Majid as-Sadafi RA.
33. Sayidina Jubair bin Nufair RA.
34. Sayidina Kirrah al-Muzani RA.
35. Sayidina Mustaurid al-Qurasyi RA.
36. Sayidina Muaz bin Jabal RA.
37. Sayidina Nafik bin Uqbah bin Abi Waqqas RA.
38. Sayidina Osman bin Affan RA.
39. Sayidina Qais bin Jabir RA.
40. Sayidina Salman Al-Farisi RA.
41. Sayidina Sauban RA.
42. Sayidina Talhah bin Ubaidillah RA.
43. Sayidina Tamim ad-Dari RA.
44. Sayidina Zubair bin Al-Awwam RA.

Riwayat mengenai Imam Mahdi turut disebut oleh lima orang tabiin melalui hadis-hadis mursal. Mereka yang berlima itu adalah;

1. Said bin Al-Musayyab RH.
2. Imam Al-Hasan Al-Basri RH.
3. Qatadah RH.
4. Syahar bin Haushab RH.
5. Mumar RH.

Seluruh nama sahabat RA yang meriwayatkan hadis mengenai Imam Mahdi ini dikumpulkan daripada hadis-hadis yang diriwayatkan oleh Imam as-Suyuti RH, Imam Ibnu Hajar al-Haitami RH, Imam Abu Nuaim RH dan Grand Muhaddith Syeikh Abdullah bin Sadek, Ph.D. Oleh karena mereka semuanya adalah ahli hadis yang pakar-pakar pada zaman masing-masing serta diakui pula oleh seluruh umat Islam akan kealiman mereka, maka hadis-hadis yang mereka riwayatkan dan nama-nama sahabat RA yang dibawakan itu kita terima, kita susun dan disenaraikan.

Maka hasilnya adalah seperti yang telah disenaraikan di atas. Jika para pembaca maukan lebih keyakinan, dan jika masa mengizinkan, eloklah membuat rujukan dan semakan semula kepada kitab-kitab yang dikarang oleh keempat-empat orang ulama yang penulis jadikan sandaran rujukan itu. Hal ini adalah baik juga sebagai suatu usaha untuk memantapkan lagi ilmu kita yang sebenarnya masih amat cetek ini.


Imam Mahdi di Kalangan Para Wali

Imam Mahdi yang dikenali di seluruh dunia seperti yang selalu disebut-sebutkan itu adalah Imam Mahdi bagi para ulama hadis atau Imam Mahdi bagi ulama ahli kalam. Ini disebabkan sifat-sifat, keadaan, kemunculan dan pemerintahannya kita ketahui melalui hadis-hadis Nabi SAW dan juga huraian para ulama ilmu kalam dalam kitab-kitab tauhid mereka. Imam Mahdi ini mereka huraikan menurut fahaman dan sudut pandangan mereka itu. Maka kita pun turut memahaminya menurut sudut pandangan yang telah ditumpukan oleh mereka itu. Dan itulah juga Imam Mahdi bagi orang awam yang sebenarnya.

Sebab itulah, apabila ada orang lain menceritakan mengenai Imam Mahdi menggunakan sudut pandangan yang berbeda daripada apa yang kita sedia fahami itu, maka ramailah bingkas menentangnya. Seolah-olah apa jua pandangan yang bertentangan dengan apa yang kita sedia fahami itu salah belaka, bidaah belaka dan bohong belaka. Hanya pandangan kita sahaja yang betul dan benar. Karena kononnya pandangan kita berdasarkan ayat al-Quran dan hadis. Pendapat orang lain semuanya salah. Maka berlakulah perbedaan yang lebih besar dan merumitkan lagi keadaan, walhal mereka hanya menyatakan pandangannya, yang sebenarnya tidak salah, hanya berbeda sedikit daripada kita sahaja.

Umpamanya, kita selama ini disogokkan dengan cerita orang yang melihat Imam Mahdi itu dari arah hadapan sahaja. Maka pandangan dari hadapan itulah yang kita terima dan anggap benar. Apabila ada orang lain yang melihat Imam Mahdi itu dari arah belakang dan menyatakan apa yang dia sedang lihat, maka kita pun marah kepadanya karena dia melihat dari belakang. Kita tidak sepatutnya memarahi dia sedangkan yang dilihatnya itu adalah Imam Mahdi yang itu juga, cuma dia melihat dari tempat yang lain dari tempat kita melihatnya. Maka berbedalah pandangan dia daripada kita, disebabkan berbeda tempat dia memandang itu.

Dalam hal ini, para ahli sufi turut menjelaskan sifat, keadaan dan pemerintahan Imam Mahdi, menurut pandangan mereka pula, dengan sumber yang berbeda pula. Pandangan dan sumber mereka itu tidak pernah dipakai oleh ahli hadis dan ahli ilmu kalam. Malah sumber mereka itu dilihat sekali imbas, bagaikan tidak pernah digunakan oleh Nabi SAW sendiri dan para sahabat RA. Para ahli sufi ini melihat dari sudut kesufian mereka, dan sumber mereka adalah ilmu laduni, kasyaf dan berita ghaib yang mereka terima.

Ahli sufi atau dikenali juga dengan nama ahli tasawuf adalah golongan yang berusaha menghampirkan diri dengan Allah SWT, dengan amalan zahir dan batin. Keutamaan mereka adalah pada amalan batinnya, karena yang itulah yang dinilai oleh Allah SWT dan juga merupakan tempat jatuhnya pandangan Tuhan kepada mereka. Mereka tidak berapa menghiraukan kepentingan duniawi karena matlamat utama mereka adalah satu, yaitu Allah SWT sahaja. Disebabkan itu, pandangan dan matlamat hidup mereka jauh berbeda daripada manusia biasa, termasuk para ulama yang banyak kedapatan pada setiap ketika.

Bagi golongan ahli sufi atau tasawuf ini, Imam Mahdi adalah seorang lelaki yang merdeka, seorang yang bertaraf wali, malah wali yang terbesar pernah dilahirkan ke dunia ini (selepas zaman sahabat RA). Beliau juga adalah ketua bagi sekalian wali dan terakhir keluar, digelar sebagai Khatimul Auliak (Penutup Sekalian Wali). Sesuai dengan gelaran dan kedudukan itu, tiada lagi ketua wali yang lebih utama daripada beliau, sama ada sebelum atau selepasnya. Keadaannya sama dengan Rasulullah SAW yang merupakan penutup bagi sekalian rasul dan terakhir keluar, digelar sebagai Khatimul Anbiak (Penutup Sekalian Nabi).

Peranan Imam Mahdi ini disamakan dengan peranan Nabi Muhammad SAW yang menjadi batu terakhir untuk menyiapkan sebuah binaan. Dengan peletakan batu yang terakhir itu ke tempatnya, maka siaplah pembinaan rumah itu keseluruhannya. Sehubungan itu, sejak diutuskan Nabi Adam AS hinggalah akhirnya, Nabi Muhammad SAW adalah pelengkap bagi para rasul yang diutus itu. Agama yang dibawanya adalah penamat bagi sekalian agama yang pernah disyariatkan, dan terlengkap di antara semua agama.

Sabda Rasulullah SAW,

“Diriku dibanding dengan para anbiak sebelumku adalah seperti seorang lelaki yang membina rumah dan menyempurnakan pembinaannya hinggalah tinggal satu tempat untuk diisi dengan seketul batu. Maka akulah batu itu.”(Imam a-Bukhari)

Berdasarkan hadis inilah ahli-ahli tasawuf membuat perbandingan peranan Imam Mahdi dengan peranan Rasulullah SAW. Imam Mahyuddin Ibnu Arabi al-Hatimi, seorang Wali Qutub yang cukup terkenal, di dalam kitab termasyhurnya Fathul Makkiyah, menulis kira-kira begini:

Al-Mahdi yang ditunggu-tunggu itu berperanan sebagai penyempurna tugas sekalian aulia. Beliau adalah umpama seketul batu binaan yang akan menutup ruang yang kosong bagi menyempurnakan binaan itu seluruhnya.

Maknanya, apabila Imam Mahdi yang Muntazar itu muncul kelak, sempurnalah binaan itu keseluruhannya dan menutup peranan sekalian Wali Qutub. Imam Mahdi itulah yang menyempurnakan peranan ketua-ketua wali yang sebelumnya. Jika ada ketua wali selepasnya pun, hanyalah bertaraf wali biasa sahaja, bukan bertaraf ketua wali lagi karena pada ketika itu sudah tiada lagi orang yang akan dilantik sebagai ketua wali.

Imam Mahyuddin Ibnu Arabi juga membedakan taraf Rasulullah SAW sebagai ketua sekalian anbiak dengan Imam Mahdi sebagai ketua sekalian auliak, hanyalah dari segi mutunya sahaja. Rasulullah SAW sebagai seorang rasul diumpamakan seperti nilai emas, manakala Imam Mahdi sebagai seorang wali diumpamakan seperti nilai perak. Oleh itu, setinggi-tinggi taraf Imam Mahdi, tetaplah beliau itu seorang wali sahaja, tidak akan sampai melebihi taraf seorang nabi atau rasul. Cuma, di kalangan para wali yang ada, sama ada yang hidup pada zamannya ataupun sebelum itu, beliau nyatalah lebih tinggi martabatnya daripada sekalian mereka itu.

Apabila muncul kelak, beliau akan menunaikan sembahyang secara berjemaah dengan sekalian kaum muslimin di Masjidil Haram, akan menyampaikan khutbah yang panjang kepada seluruh umat manusia, akan berjuang menegakkan sunnah Rasulullah SAW, mengembalikan keadilan di kalangan manusia, memulihkan berkat, menentang kezaliman dan bidaah, diakui sebagai raja yang sangat adil, dan membawa Islam ke puncak kemuliaan seperti yang sepatutnya diterima oleh Islam itu sendiri.

Imam Mahyuddin Ibnu Arabi juga menyatakan di dalam kitabnya itu bahwa Imam Mahdi akan muncul pada akhir kurun ketujuh Hijrah. Ijtihadnya ini dibuat memandangkan bahwa tiada sebuah hadis pun yang menyatakan dengan jelas bila Imam Mahdi itu akan muncul. Oleh karena pada akhir kurun ketujuh Hijrah Imam Mahdi yang dimaksudkan tidak juga muncul-muncul, maka ijtihad beliau itu dianggap batal. Namun, beliau tetap mendapat satu pahala karena telah berijtihad berdasarkan ilmu yang ada pada beliau, di samping ilmu yang ada padanya membolehkan beliau mengeluarkan ijtihadnya sendiri.

Golongan sufi juga menyatakan pendirian yang tegas bahwa masalah Imam Mahdi adalah masalah khilafiah dan hanyalah furuk dalam ilmu tauhid. Karena itu jugalah masalah Imam Mahdi ini pada peringkat awal Islam dahulu, tidak begitu diambil perhatian oleh golongan sufi ini. Hanya pada sekitar tahun 300 Hijrah sahaja masalah ini mula diambil berat oleh mereka, dengan membawa satu cerita baru, yang jauh berbeda daripada cerita yang didapati di kalangan ahli hadis dan ahli tauhid. Hal ini bukanlah bidaah, cuma perspektif yang mereka gunakan berlainan daripada perspektif yang lazim kita gunakan. Itu sahaja. Tidak lebih dan tidak kurang. Huraian mereka ini lebih bersifat memperlengkapkan lagi ilmu bagi sekalian umat Islam.




ANTARA 9 MIMPI NABI MUHAMMAD S.A.W










Daripada

Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan.... ...."



1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.



2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyeksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.



3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan
dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.



4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.



5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.



6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan- kumpulan, setiap kali dia
datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil kekumpulanku seraya duduk disebelahku.



7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang.



8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka
dengannya.



9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.






Dajjal dan Teknologi Pencarian Imam Mahdi




Bagaimanakah Dajjal boleh memaksa manusia menyembahnya? Apakah cara paling berkesan untuk ia menjejaki Imam Mahdi? Bagaimana ia boleh merealisasikan matlamatnya itu?

Persoalan-persoalan sedemikian sentiasa bermain di benak fikiran kita tentang gerak kerja Dajjal pada akhir zaman. Dalam memikirkan hal-hal sedemikian, kebanyakan umat Islam mungkin merasa selesa untuk menghadapi Dajjal kerana dibekalkan hadith-hadith yang membongkarkan tingkahlaku-tingkahlakunya kelak.

Tetapi hakikatnya yang berlaku pada masa sekarang kelihatan Allah mula membongkarkan sedikit demi sedikit cara Dajjal menguasai pemikiran manusia sama ada orang Islam atau sebaliknya. Pembongkaran melalui masa ini membuktikan bahawa perancangan Dajjal tidak sebagaimana yang difikirkan oleh umat Islam sebelum ini.

Sebelum ini, mitos pemikiran umat Islam tentang Dajjal ialah makhluk itu seperti raksasa yang mudah kelihatan, mempunyai bala tentera yang memaksa-maksa orang ramai menyembahnya dan sebagainya. Apabila wujudnya penemuan-penemuan teknologi terkini yang bersangkutan dengan ‘mind-control’ maka ia sedikit sebanyak telah memahamkan umat Islam tentang perancangan Dajjal.

Hitachi dan Cip bersaiz Habuk


Pendedahan daripada Hitachi Corporation tentang teknologi baru yang diperkenalkan baru-baru ini benar-benar ‘melegakan’ para penyiasat konspirasi. Penciptaan cip sebesar habuk (RFID) telah menaikkan taraf bidang ‘siasatan konspirasi’ ke satu level yang bakal ‘mendahului’ bidang-bidang sains sosial lain.

Cip baru ciptaan Hitachi itu merupakan antara yang termaju selain daripada penciptaan nano robot yang diumumkan mereka di dalam majalah Popular Science tidak lama dulu. Penciptaan cip dengan kuasa 2.5Ghz ini dilihat mampu merealisasikan impian Illuminati untuk mewujudkan satu ‘tracking system’ bersaiz global.

Dalam erti kata lain, penciptaan cip baru ini akan diselindungi dengan gembar-gembur akan kebaikan penciptaannya kepada dunia keselamatan maklumat. Tetapi realitinya di dalam isu konspirasi, penciptaannya sudah pasti mengambil kelebihan afdal di atas kemampuan cip ini untuk mengawal pergerakan manusia.

IBM dan VeriChip Corporation

Video di bawah ini menjelaskan bagaimana IBM dan VeriChip terlibat sebagai agen pelaksana teknologi bagi merealisasikan matlamat New World Order.

Tracking System untuk Imam Mahdi

Penumpuan utama teknologi ini kami percaya adalah kesinambungan dari kegagalan berganda pihak Illuminati menghapuskan fobia mereka terhadap ‘Imam Mahdi’ yang bakal memimpin tentera-tenteranya. Mereka sedar, Allah tidak semudah itu untuk membiarkan mereka mengenal pasti Imam Mahdi. Tetapi di dalam kesedaran mereka itu tersemat juga sedikit ‘harapan palsu’ yang sengaja diterapkan oleh Dajjal dalam usaha mencari Imam Mahdi.

Penemuan teknologi ini, kami melihat sebagai usaha tersembunyi pihak Illuminati untuk mencari Imam Mahdi yang sentiasa menjadi harapan umat Islam sejak 1000 tahun dahulu.

Adalah tidak munasabah untuk pihak Illuminati yang sudah pun menghancurkan peribadi Muslim dan kekayaan mereka di seluruh dunia bagi membina satu teknologi yang bakal diserap dalam Mind-Control Project.

Teknologi ini membuktikan betapa gentarnya pihak Illuminati terhadap janji-janji Allah yang memberi amaran kepada mereka akan hebatnya pasukan-pasukan Panji Hitam yang bakal dipimpin Imam Mahdi. Teknologi ini juga membuktikan bahawa Illuminati ‘kehabisan idea’ bagaimana Imam Mahdi akan ditabalkan sebagai pemimpin, bagaimana munculnya tentera-tentera Panji Hitam, sejauh mana majunya teknologi tentera-tentera pimpinan Imam Mahdi itu.

Kesimpulan

Tetapi kami amat yakin bahawasanya penemuan-penemuan teknologi pihak Illuminati sesungguhnya tidak akan melampaui apa yang telah dijanjikan Allah walaupun teknologi-teknologi mereka kelihatan amat jauh kehadapan meninggalkan umat Islam.

Sesungguhnya jua Allah telah menjanjikan ‘had’ yang nyata ke atas usaha-usaha mereka itu melalui firmannya dalam Surah al-Hajj, ayat 73;

Wahai umat manusia, inilah diberi satu misal perbandingan, maka dengarlah mengenainya dengan bersungguh-sungguh. Sebenarnya mereka yang kamu seru da nsembah, yang lain dari Allah itu, tidak sekali-kali akan dapat mencipta seekor lalat walaupun mereka berhimpun beramai-ramai membuatnya; dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka, mereka tidak dapat mengambilnya balik daripadanya.(Kedua-duanya lemah belaka), lemah yang meminta (dari mendapat hajatnya) dan lemah yang diminta (daripada menunaikannya).



(Gambar) Replika robot lalat yang cuba diusahakan oleh saintis-saintis Amerika. Projek ini didedahkan dalam artikel New York Times bertarikh 21 Mei 2008.

oleh Ibnuyaacob
Wallahu’alam …