Friday, July 9, 2010

Dajjal dan Teknologi Pencarian Imam Mahdi




Bagaimanakah Dajjal boleh memaksa manusia menyembahnya? Apakah cara paling berkesan untuk ia menjejaki Imam Mahdi? Bagaimana ia boleh merealisasikan matlamatnya itu?

Persoalan-persoalan sedemikian sentiasa bermain di benak fikiran kita tentang gerak kerja Dajjal pada akhir zaman. Dalam memikirkan hal-hal sedemikian, kebanyakan umat Islam mungkin merasa selesa untuk menghadapi Dajjal kerana dibekalkan hadith-hadith yang membongkarkan tingkahlaku-tingkahlakunya kelak.

Tetapi hakikatnya yang berlaku pada masa sekarang kelihatan Allah mula membongkarkan sedikit demi sedikit cara Dajjal menguasai pemikiran manusia sama ada orang Islam atau sebaliknya. Pembongkaran melalui masa ini membuktikan bahawa perancangan Dajjal tidak sebagaimana yang difikirkan oleh umat Islam sebelum ini.

Sebelum ini, mitos pemikiran umat Islam tentang Dajjal ialah makhluk itu seperti raksasa yang mudah kelihatan, mempunyai bala tentera yang memaksa-maksa orang ramai menyembahnya dan sebagainya. Apabila wujudnya penemuan-penemuan teknologi terkini yang bersangkutan dengan ‘mind-control’ maka ia sedikit sebanyak telah memahamkan umat Islam tentang perancangan Dajjal.

Hitachi dan Cip bersaiz Habuk


Pendedahan daripada Hitachi Corporation tentang teknologi baru yang diperkenalkan baru-baru ini benar-benar ‘melegakan’ para penyiasat konspirasi. Penciptaan cip sebesar habuk (RFID) telah menaikkan taraf bidang ‘siasatan konspirasi’ ke satu level yang bakal ‘mendahului’ bidang-bidang sains sosial lain.

Cip baru ciptaan Hitachi itu merupakan antara yang termaju selain daripada penciptaan nano robot yang diumumkan mereka di dalam majalah Popular Science tidak lama dulu. Penciptaan cip dengan kuasa 2.5Ghz ini dilihat mampu merealisasikan impian Illuminati untuk mewujudkan satu ‘tracking system’ bersaiz global.

Dalam erti kata lain, penciptaan cip baru ini akan diselindungi dengan gembar-gembur akan kebaikan penciptaannya kepada dunia keselamatan maklumat. Tetapi realitinya di dalam isu konspirasi, penciptaannya sudah pasti mengambil kelebihan afdal di atas kemampuan cip ini untuk mengawal pergerakan manusia.

IBM dan VeriChip Corporation

Video di bawah ini menjelaskan bagaimana IBM dan VeriChip terlibat sebagai agen pelaksana teknologi bagi merealisasikan matlamat New World Order.

Tracking System untuk Imam Mahdi

Penumpuan utama teknologi ini kami percaya adalah kesinambungan dari kegagalan berganda pihak Illuminati menghapuskan fobia mereka terhadap ‘Imam Mahdi’ yang bakal memimpin tentera-tenteranya. Mereka sedar, Allah tidak semudah itu untuk membiarkan mereka mengenal pasti Imam Mahdi. Tetapi di dalam kesedaran mereka itu tersemat juga sedikit ‘harapan palsu’ yang sengaja diterapkan oleh Dajjal dalam usaha mencari Imam Mahdi.

Penemuan teknologi ini, kami melihat sebagai usaha tersembunyi pihak Illuminati untuk mencari Imam Mahdi yang sentiasa menjadi harapan umat Islam sejak 1000 tahun dahulu.

Adalah tidak munasabah untuk pihak Illuminati yang sudah pun menghancurkan peribadi Muslim dan kekayaan mereka di seluruh dunia bagi membina satu teknologi yang bakal diserap dalam Mind-Control Project.

Teknologi ini membuktikan betapa gentarnya pihak Illuminati terhadap janji-janji Allah yang memberi amaran kepada mereka akan hebatnya pasukan-pasukan Panji Hitam yang bakal dipimpin Imam Mahdi. Teknologi ini juga membuktikan bahawa Illuminati ‘kehabisan idea’ bagaimana Imam Mahdi akan ditabalkan sebagai pemimpin, bagaimana munculnya tentera-tentera Panji Hitam, sejauh mana majunya teknologi tentera-tentera pimpinan Imam Mahdi itu.

Kesimpulan

Tetapi kami amat yakin bahawasanya penemuan-penemuan teknologi pihak Illuminati sesungguhnya tidak akan melampaui apa yang telah dijanjikan Allah walaupun teknologi-teknologi mereka kelihatan amat jauh kehadapan meninggalkan umat Islam.

Sesungguhnya jua Allah telah menjanjikan ‘had’ yang nyata ke atas usaha-usaha mereka itu melalui firmannya dalam Surah al-Hajj, ayat 73;

Wahai umat manusia, inilah diberi satu misal perbandingan, maka dengarlah mengenainya dengan bersungguh-sungguh. Sebenarnya mereka yang kamu seru da nsembah, yang lain dari Allah itu, tidak sekali-kali akan dapat mencipta seekor lalat walaupun mereka berhimpun beramai-ramai membuatnya; dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka, mereka tidak dapat mengambilnya balik daripadanya.(Kedua-duanya lemah belaka), lemah yang meminta (dari mendapat hajatnya) dan lemah yang diminta (daripada menunaikannya).



(Gambar) Replika robot lalat yang cuba diusahakan oleh saintis-saintis Amerika. Projek ini didedahkan dalam artikel New York Times bertarikh 21 Mei 2008.

oleh Ibnuyaacob
Wallahu’alam …


No comments: