Saturday, August 21, 2010

Cintaku Bersujud


Ummi, kalau aku kata solat tu tak payah kau setuju tak? tanya sahabat ku,kata teman rapat ketika kami sarapan bersama di satu pagi.

" emm.. kalau aku kata betul dan salah, kau pula setuju tak? aku bermula perlahan, rasanya sudah dapat mengagak ke mana arah perbualan ini,

"Solat itu wajib kepada orang yang beriman tetapi tidak kepada orang yang berilmu", Aku membiarkannya terus bercakap. "Engkau tahu kenapa?', tanyanya lagi.

"Yang aku tahu.. tiada seorang pun boleh melebihi Nabi Muhammad saw, jika rasul juga diwajibkan solat, bagaimana berilmu pun kita, solat itu tetap wajib".

Rakanku senyum memandangku, "kepada orang yang ibadatnya atas dosa dan pahala, dia bersolat kerana ia wajib, kerana dia hidup atas ganjaran dan penalti..... ..tetapi kepada orang yang hidup dan matinya kerana Allah, dia bersolat bukan kerana hukum solat itu wajib tetapi kerana dia ingin mendekatkan diri kepada PenciptaNya. Kepada dia, tujuannya hanya satu, kerana Allah. Wajib atau tidak wajib, dia tetap akan melakukannya walaupun tidak diberi ganjaran. Kerana itulah orang kata solat itu wajib kepada orang beriman tetapi tidak kepada orang yang tahu".

"Isi yang tepat tapi dimulakan dengan permainan bahasa" kataku, "kalau tersilap faham, ..... boleh disalah-ertikan" . Rakanku mengangguk tanda setuju.

Terus terlintas di kepalaku semasa kecil, ustazku pernah memberitahu, "tak payah solat kalau dah tahu". Rupanya ia bermaksud 'tak susah solat kalau dah tahu". Payah itu "susah" dan bukan "perlu".

Malah guruku kini pun sering menekankan,kalau solat itu imbuhannya neraka sekalipun dia tetap akan solat dan kita kena solat kerana kita hamba, hamba ini tidak dapat lansung membantah, apa saja yg disuruh tuannya kenalah dipatuhi, lain kita sekarang, kita bekerja ada bos, ada majikan, bila tak puas hati, kita bantah, tak cukup gaji, kita berhenti cari kerja lain. tapi defenisi hamba..hanya menurut perintah dan suruhan, waima nyawa sebagai galang ganti..

Tapi hari ini, defenisi hamba sangat pelik, yg hamba semakin lama semakin sombong dan bongkak, yg hamba semakin lama semakin tinggi menongkat dagu, mempertikai hukum hakam Tuannya, yg hamba selamba melanggar perintah Tuannya,yang jahil,begitulah, walhal punyalah Tuannya sayang, masih lagi diberinya nafas dalam terkinja-kinja menghimpun dosa, jadi betullah tak payah sembahyang sebab dah hamba tapi rasa sama tahap dengan Tuannya...

Itu si jahil, kalau yang hamba, perasan paling hebat, konon semakin banyak mengumpul ilmu, semakin besar egonya,tak tahu malu lansung, ilmu yang dikumpul bagai nak rak itu pun Tuannya yang beri izin dia dapat, sebab dah tinggi sangat mengaji dan mengkaji, riak bersarang dihati, solat pun dah tak perlu lagi. almaklum kalau dah tahu semua, dah kenal Yang Empunya Dunia.. jadi dah sama tahapnya.

Apakah ini juga maksudnya kalau dah tahu tak payah solat?


Ah! permainan bahasa.. bahasa yg menghuraikan maksud dan maksud yang terkandung beribu pengertian dan kekeliruan kalau hanya memandang tapi tidak melihat.....

1] ... maka dirikanlan solat. Sesungguhnya solat itu suatu kewajipan yang ditentukan waktunya ke atas orang-orang mukmin. (an-Nisa ... 103)

Solat itu tiang agama, sesiapa yang mengerjakannya, dia akan menegakkan agamanya. Sesiapa yang meninggalkannya, dia akan meruntuhkan agamanya. ( Riwayat Baihaqi )

“ sedekat2 seorg hamba kepada Tuhannya ialah ketika dia sedang bersujud’ – R : Thabarani)

~ UNJ~


No comments: