Sunday, January 10, 2010

Neo Sufism, falsafah dan kerohanian.



Orang-orang di Barat ramai juga yang mencari hidup kerohanian. Ada yang pergi ke kerohanian didalam agama Buddha, ada ke kerohanian dalam agama Hindu, ada ke kerohanian agama Yahudi dan macam-macam lagi. Namun tidak kurang juga pada suatu ketika dahulu banyak kitab-kitab para ahli Sufi Islam pernah menarik minat pihak orientalis barat sebagai bahan kajian untuk mendapat manfaat. Kira-kira 30 tahun lalu A.J. Arberry didalam bukunya Sufism menulis bahawa muslim dan bukan muslim adalah makhluk Tuhan yang satu. Oleh kerana itu bukanlah tidak kena pada tempatnya bagi seorang Kristian untuk mempelajari ajaran-ajaran Sufi dan bersama-sama dengan orang Islam menggali kembali ajaran-ajaran Sufi yang akan dapat memenuhi keperluan orang yang mencari nilai-nilai kerohanian. Sufism adalah satu metodologi, ianya berkaitan juga dengan falsafah, manakala falsafah kebiasaannya sinonim dengan orang Greek, dan yang paling utama dan masyhur dikalangan mereka ialah seorang yang bernama Aristotle. Sebenarnya falsafah Greek mempunyai persamaan dengan falsafah para ahli Ilmu Kalam (mutakallimun) dan golongan Muktazilah yang membicarakan hal-hal keagamaan, metafizikal dan Ketuhanan menurut ilmu logika. Salah seorangnya ialah Imam Asya'ari (Asya'ariyah) dari golongan Mutakallimun, manakala Ibn Rushd dari golongan Muktazilah. Namun begitu terdapat perbezaan metodologi diantara falsafah ahli Sufi dengan falsafah orang Greek, Mutakallimun dan golongan Muktazilah itu.

Metodologi falsafah orang Greek, Mutakallimun dan Muktazilah biasanya lebih menonjolkan rasionalis, proses berfikir (impirikal). Manakala ahli Sufi mendapat konsep-konsep falsafah mereka melalui pengalaman kerohanian (exprience), didalam mengenal diri dan mengenal Tuhan. Mereka membahaskan persoalan Ketuhanan dalam lingkungan pengetahuan tentang af'al, asma, sifat, dan dzat Allah melalui pengalaman. Misalnya mengenali hati dan suasananya, fikiran, perasaan dan sebagainya. Pendekatan secara ini adalah seperti renungan (kontemplasi) tanda-tanda (ayat-ayat) melalui alam. Sufism bukanlah "mistik supernatural" sebagaimana dakwaan sesetengah pihak. Sufism ialah membicarakan berkenaan falsafah Ketuhanan dan kerohanian melalui pengalaman (exprience). Wallahu'Alam.

No comments: