Saturday, January 30, 2010

petua SBDJ 3-Tamar jalis...

(tima email ni... so forward kat cni juz for sharing...)

sy ada menerima maklum balas yg mengatakan sbdj ini cerita khalayan, setelah sy chek, sy dapati, kebanyakan petua dan amalan surah2 sebenarnya mmg ada dlm buku/kitab tertentu dan adat2 yg tiada didalam buku sebenarnya telah lama dulu diamalkan oleh orang2 tua, cuma ia semakin pudar dari pegangan masyarakat sekarang.(cuba cari tajul muluk dan baca)

Sy tidak kisah bagaimana penulis mahu mendekati pembaca, samada dia mempersembahkan idea/petua/amalanny a melalui teknik cerita2 spt sbdj atau pun ia menulis dlm bentuk ilmiah atau pun hanya mengambil petua dan amalan shj dan memasukkan dlm buku, asalkan ia benar dan tidak menyalahi hukum hakam, maka apalah salahnya 'pendekatan' yg digunakan oleh orang, kita ambil yg jernih kita buang saja yg keruh.

jika anda tidak percaya, cuba kunjungi orang2 yg mempunyai ilmu dlm kerja membuang sihir/buatan orang, tanyakan beberapa petua, pasti anda akan menemui petua menjolok langit2 dlm mulut dgn jari, dan dari setengah orang-menjolok langit2 dgn lidah,spt yg anda baca dibawah...juga tanyakan petua2 lain dari orang2 yg masih mengamalkanya, pasti anda menemui kesamaan dan kebenaran didalam SBDJ.Insy. Saya bukan mahu mengangkat SBDJ, sy cuma berkongsi rasa.
hrp maklum.
________________________________________________________

amalan rezki

"Aku nak pesan pada kamu supaya mengamalkan membaca Al-Fatihah sebanyak
41 kali, di antara sembahyang sunat Subuh dengan fardhu Subuh," beritahu
datuk pada Malik Cina.

"Apa faedahnya mengamalkannya? " Soal Malik Cina tidak sabar.

"Kalau orang itu makan gaji, mudah naik pangkat."

"Lagi."

"Kalau ia miskin akan jadi kaya, ada saja rezeki yang halal diberikan
Allah untuknya."

"Lagi?"

"Kalau ia banyak hutang, ada saja jalan diberikan Allah untuknya
menyelesaikan hutang."

Malik Cina renung muka isterinya yang khusyuk mendengar penerangan dan
datuk. Saya hanya diam tetapi, apa yang saya dengar tetap saya sematkan
dalam hati, Memang tidak mudah datuk mahu memberikan amalan pada
seseorang. Entah apa mimpinya ia mahu memberikan pada Malik Cina.

"Lagi apa faedahnya amalan itu," Malik Cina mencungkil rahsia.

"Kalau seseorang itu sakit dan amalkan membaca, dengan izin Allah
sakitnya akan sembuh," jelas datuk.

"Lagi?"

"Jika ia lemah, akan dikuatkan oieh Allah."

"Lagi."

"Jika orang itu berdagang atau merantau di negeri orang. Ia tetap
dihormati dan dimuliakan, cita-citanya sampai dan orang itu tidak akan
dimusuhi oleh sesiapa," datuk terbatuk.

"Banyak faedahnya," kata isteri Malik Cina.

"Ya, dengan syarat diamalkan, tidak meninggalkan sembahyang lima waktu,
nampaknya mudah tetapi jarang orang dapat mengamalkannya dengan
sempurna," datuk meraba angkal dagu. Ia renung muka saya, memberi
isyarat untuk memulakan perjalanan.
------------ --------- --------- --------- --------- --------- -
helang

Menurut petua orang tua-tua, bila burung helang berbunyi di atas kepala
dan berpusing-pusing waktu tengah hari, itu tandanya orang yang berada
di bawahnya akan menemui kesusahan, bagi mengelakkan perkara itu
terjadi, orang yang mendengarnya harus memukul pangkal pokok besar
sekuat hati, dengan harapan dapat didengar oleh burung helang, dengan
itu burung helang tersebut akan terbang ke tempat lain.
------------ --------- --------- --------- --------- --------- -
petua makan minum

"Begini Tamar, orang tua-tua kita dulu, banyak mengamalkan petua
terutama bila berdepan dengan minuman dan makanan," Alang Abdul Rauf
memulakan," petua tu digunakan untuk menjaga diri, mungkin makanan atau
minuman yang diberi atau dihidangkan oleh orang lain pada kita, ada
benda-benda bisa yang termasuk secara tidak sengaja," tambahnya dengan
nada suara yang lembut.

Wajahnya nampak tenang sekali. Saya anggukkan kepala beberapa kali
sambil merenung tangkai cawan.

"Apa dia petuanya pak cik?"

"Selalunya, orang menaruh guna-guna dalam minuman, juga makanan dengan
tujuan untuk menjadikan seseorang tu bodoh, ada juga yang cuba menaruh
racun," Alang Abdul Rauf membetulkan duduknya, supaya selesa.

"Cara pertama gunakan lidah untuk menjolok lelangit, kalau terasa geli,
bolehlah minum dan makan benda yang dihidangkan, kalau tidak terasa
apa-apa semacam kebas jangan makan atau minum, itu merbahaya," Alang
Abdul Rauf meluahkan petua pertama. Saya mendengar dengan penuh minat.

"Lagi petua yang kedua macam mana pula?"

"Sebelum makan atau minum, gosok rambut dengan telapak tangan, biasanya,
jika rambut digosok terasa kesat dan mengeluarkan bunyi, jika tak dengan
bunyi, jangan minum dan makan barang yang dihidangkan di depan kamu,"
Alang Abdul Rauf meluahkan semua petua yang diketahuinya pada saya
-siri80
------------ --------- --------- --------- --------- -
petua ular

"Tak ada ilmu, memang aku tak tahu ilmu ular, cuma setiap kali
berhadapan dengan ular aku baca Bismillah, kemudian amalkan petua orang
tua-tua bersama dengan rasa yakin dan berani, tidak melupai kebesaran
ALLAH."

"Apa dia petuanya."

"Bila kamu jumpa kulit ular mahu bersalin kulit, ambil kulitnya itu,
bawa pulang dan bakar, abunya kamu isi dalam buluh kecil, bila kamu
masuk hutan yang kamu fikirkan terdapat ular bisa bawalah buluh tu,
dengan izin Allah, ular datang ke kaki kamu menyerah diri. Kamu jangan
buat apa-apa, bacalah Bismillah dan tangkap ular itu, letakkan ke tanah
sebelah kanan tempat kamu berdiri." Alang Abdul Rauf berhenti bercakap.
Ia menelan air liur dua tiga kali. Bau peluhnya bertambah hebat.

"Biarkan ular itu pergi, kalau ular tu tak mampu bergerak kerana terkena
sumpah kulitnya, kau mesti meletakkan di tempat yang kamu fikirkan ia
boleh bergerak. sebaik-baiknya cari pucuk gelenggang letakkan atas
kepalanya, kamu dapat tengok ular itu lari macam pelesit," tokok Alang
Abdul Rauf sambil batuk.

"Berani kamu membuatnya Tamar?"

"Tak berapa yakin."

"Kalau tak yakin, jangan cuba-cuba melakukannya nanti kamu terima padah,
lagipun petua ni ada ujiannya, bila kamu bawa kulit ular dalam buluh,
macam-macam ular yang tak pernah kamu lihat akan kamu lihat."

"Ular macam mana tu pak cik?"

"Ular kepala dua, kadang kepala tiga, ada masanya kamu jumpa ular
bertanduk, kalau kamu takut, petua tu tak akan menjadi."

"Kalau saya berjaya macam mana pak cik?"

"Kamu boleh jadi macam aku, bila jumpa ular yang garang macam tadi ambil
bisanya dan buat seperti apa yang aku katakan," Alang Abdul Rauf menoleh
ke arah saya bersama senyum sinis.

Saya tahu, ia semacam memperkecilkan kemampuan diri saya. Sesungguhnya,
saya tidak minat sama sekali untuk jadi macam dirinya. Tetapi saya
seronok melihat kejadian-kejadian yang aneh dalam hidup saya. Saya
bercadang minta kebenaran dari datuk untuk tinggal lebih lama dengan
Alang Abdul Rauf, saya mahu berkongsi pengalaman dengannya. Saya yakin
tidak ramai orang-orang tua yang ada ilmu dan petua dalam dada seperti
Alang Abdul Rauf.

Kalau saya tidak mahu mengambil petua darinya, apa salahnya melihat
dirinya mengamalkan petua itu. Setidak-tidaknya akan jadi bahan cerita
anan cucu saya, betapa orang-orang tua terdahulu mempunyak keistimewaan
yang tersendiri.- siri80
------------ --------- --------- --------- --------- --------- -
petua elak sakit/pening kepala

"Tak ingat, saya tak ingat tuk."

"Jadi, apa yang kamu ingat?" Sergah datuk. Langkahnya mati. Biji matanya
terbeliak. Saya terus membatu.

"Bukankah sudah aku katakan pada kamu, bila mandi, tidak kira pagi atau
malam, mesti dimulakan dari kaki, ke badan dan akhirnya ke kepala."

"Saya baru ingat tuk."

"Lagi apa pesan dan petua dari aku."

"Dalam sebulan mesti makan pucuk manggis untuk dijadikan ulam, kurangkan
makan cili api."

"Ha tahu pun kamu. ada lagi petuanya, cuba kamu ingati Tamar."

"Setiap kali bangun pagi, mesti duduk mencangkung memeluk lutut sambil
merapatkan kepala ke kepala lutut kemudian tegakkan lima kali
berturut-turut, hingga sendawa."

"Hum tahu, amalkan. InsyaAllah kalau petua itu kamu amalkan setiap hari,
kamu tak mudah kena sakit kepala atau pening."
siri-83



No comments: