Tuesday, December 29, 2009
Tarik nafasmu dalam-dalamnya
* Posted by Ace on December 28, 2009
Tarik nafasmu dalam-dalam kemudian duduk diam seketika, atau mungkin boleh saja kau pejamkan mata. Gelap! Dalam keadaan gelap-gelita itulah kau cuba nyalakan cahaya, atau dalam keadaan begitu kau bergerak saja menggunakan mata hati, kerana mata hati sebenarnya mampu menembusi apa saja.
Apa yang kita ingini dalam hidup ini sebenarnya? Hidup dan kehidupan bagaimana yang kita dambakan? Jawapan mudahnya, semua orang mahu senang! Mahu apa saja yang diingininya, apa saja yang diidamkan dan diimpikannya dapat dipenuhi tanpa bersusah-payah.
Tarik nafasmu dalam-dalam dan pejamkan mata! Dalam kegelapan itu kau tanyakanlah kepada diri sendiri, adakah kehidupan yang sebegitu mudah?
Kau mungkin ingin sekali memberikan jawapan 'YA', atas dasar apa yang kau lihat di sekelilingmu. Benarkah apa yang kau lihat itu sebagai sebuah realiti? Atau ia hanya sebuah bayangan indah yang telah mengaburi pandangan matamu, yang mengelabui mata hatimu? Kau pasti akan termenung seketika kerana celaru mencari jawapan hakiki. Lalu kau akan berada buat beberapa ketika dalam lingkungan dunia tak pasti.
Kau ingin hidup bahagia, dengan memiliki segala apa yang indah, yang sempat singgah di mindamu. Soalan mudah - Siapa yang tak ingin kehidupan begitu? Rasanya tak ada seorang pun yang mahu menolak kehidupan mewah, kerana kita sekalian hamba ini memang sentiasa bernafsu dan berselera untuk bersenang-lenang.
Bagaimana pun, nasib di antara kita sekalian hamba ini tidak sama. Takdir untuk kita setiap hamba ini tak serupa. Kerana, Maha Pencipta itu Maha Mengetahui tentang apa yang dicipta-Nya. Maha Mengetahui tentang segala sebab dan akibat terhadap kita sekalian hamba ini. Hanya kita hamba ini saja yang tidak berapa mahu ambil tahu, walaupun telah diberitahu tentang segala apa yang patut diketahui.
Kenapa nasibku begini? Malang sunyi, sentiasa dilanda kecewa dan Ahh, sebuah keluhan dilepaskan. Adakah ini bunyi sebuah keluhan seorang hamba yang tak pandai bersyukur? Adakah ini keluh-kesah seorang hamba yang putus asa dengan hidupnya? Adakah ini rintihan dan ratapan seorang hamba yang tidak redha terhadap ketentuan Maha Pencipta? Segalanya mungkin, dan kemungkinannya juga ungkapan seperti ini pernah kita lafazkan!
Soalnya kenapa? Jawabnya, kerana apa kita hamba ini diciptakan oleh Maha Pencipta. Kita sekalian hamba ini boleh saja melontarkan sejuta satu persoalan, tapi sedarkah kita bahawa segala jawapan telahpun tersedia. Cuma, kita hamba ini saja yang buta! Yang melihat dengan mata, tapi tak nampak satu apa benda!
Kita hamba ini mahukan bahagia sepanjang masa, tapi kenapa pula dihadiahkan dengan derita? Tarik nafasmu dalam-dalam kemudian pejamkan mata apabila kau menyedari bahawa ketika ini kau berdiri di atas muka bumi yang tiada kekalnya, maka kau akan mampu mencari jawapannya. Kita sekalian hamba ini dihantar menghuni dunia untuk diduga. Maha Pencipta sudah berjanji tentang imbuhan-imbuhan yang akan diberi-Nya. Namun, percumakah segalanya? Kita harus buktikan kesetiaan, kita harus tunjuk sifat kehambaan kepada Sang Pencipta Yang Maha Berkuasa.
Hidup dan kehidupan ini sering kita gambarkan sebagai indah. Tahukah kau bagaimana keindahan sebenar dalam hidup dan kehidupan ini? Cukupkah kau gambarkannya dengan memiliki harta menimbun sebagai hidup yang indah? Bukan! Bukan itu dan bukan di situ indahnya!
Sesuatu yang indah mesti seimbang dan mempunyai imbangan - Ada Pro ada Kontra. Makanya, kehidupan yang indah adalah apabila kebahagian itu disulami dengan derita - sebagai sebuah sentuhan hikmat agar kita tak alpha untuk selamanya. Kita perlu merasa duka setelah kita diberi kegembiraan - Agar kita tak terus ketawa sampai tak ingat dunia! Bukankah dalam hidup dan kehidupan ini segalanya berpasang-pasangan? Jadi, keindahan dalam hidup itu berlaku apabila kita mampu melengkapkan setiap pasangannya.
Namun, hakikat kita hamba ini lain benar mahunya. Mahu senang, mahu ketawa, mahu gembira sepanjang masa! Jika begitu yang sering kau fikirkan, tarik nafasmu dalam-dalam kemudian pejamkan mata. Pertama-tama, ingatlah bahawa kau kini berpijak di alam fana bukannya di syurga! Kehidupan alam fana inilah nanti yang menentukan kehidupan kekalmu.
Untuk kesekian kalinya tarik nafasmu dalam-dalam sebelum nanti kau tidak akan bernafas lagi, kemudian pejamkan matamu rapat-rapat sebelum ia terpejam selamanya lalu, tidakkah kau syukuri dengan apa yang telah diberikanNya selama ini?
Jangan kau ratapi nasib sendiri..
Jangan kau tangisi kehilangan yang dialami..
Syukur atas apa yang diberi..
Redha dengan apa anugerah yang diberikan oleh ilahi..
Sesungguhnya Dia Maha mengetahui apa yang terbaik untuk hamba2Nya..
Wallahuwa'lam..
Monday, December 28, 2009
10 tabiat yg merosakkan otak
1. Tidak mengambil sarapan pagi
-Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan
bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.
2. Terlebih makan
- Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
3. Perokok
-Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ` Alzheimer'.
4. Penggunaan gula yang berlebihan
-Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu
perkembangan otak yang sihat.
5. Pencemaran udara
-Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia.Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan
oksigen ke otak dan keaktifan otak.
6. Terlebih tidur
-Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.
7. Menutup muka ketika tidur
-Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan
ini akan membawa kerosakan kepada otak.
8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
-Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
9. Kurang berimiginasi
- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan
otak menurun.
10. Jarang berfikir
- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah
keberkesanan kecerdasan otak kita.
Usah Risau Jika Masih Belum Berpunya
Usah Risau Jika Masih Belum Berpunya
Dewasa ini ramai muda mudi yang belum berpunya. Rasa rendah diri, stres dan gejolak rasa ingin memiliki membuatkan mereka berusaha memenangi hati dalam memiliki seseorang tanpa mengenal halal dan haram. Yang penting dapat. Apa yang dapat? KAHWIN? Atau mengikut nafsu semata. Maruah ialah kesanggupan untuk menjauhi yang haram dan dosa.
Pilu hati ini melihat remaja yang merana kerana cinta. Pilu walaupun mereka yang merasai peritnya penangan cinta dusta, mereka masih tidak mampu mengarah diri mencari cinta hakiki. Tak serik-serik lagi diri diperhambakan untuk menagih cinta sementara hingga sanggup berkonflik dengan PENCIPTA CINTA. Semua batas-Nya diredah segala, tak kenal dosa dan pahala.
‘’Benar bahawa lelakilah yang memulakan langkah pertama dalam lorong dosa, tetapi bila engkau tidak setuju, lelaki itu tidak akan berani. Dan andai bukan lantaran lemah gemalaimu, lelaki tidak akan bertambah parah.’’
Cinta sebelum berkahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa dan zina. Jika mampu bertahan ke jinjang pelamin sekalipun, percayalah bahawa rumah tangga itu takkan berkat. Apa tidaknya, asasnya dibina daripada dosa dan maksiat. Mana mungkin dapat menegakkan tiang takwa yang utuh kecuali dengan taubat. Rumah tangga akan menjadi tawar dan hambar. Semuanya dah dirasa dan terbiasa, nak rasa nikmatnya apa lagi?? Anak-anaklah yang akan menjadi mangsa. Terimalah ia sebagai hukuman di dunia. Amat pedih. Namum, terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana.
Kuhembus nasihat ini kepadamu tanda kasih dan sayangku kerana Allah. Bagi yang belum berpunya, andalah pilihan Allah untuk mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan. Yakinlah! Jangan risau jika masih belum berpunya kerena mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda, untuk terus melangkah menggapai cita-cita. Usah peningkan kepala. Dia menguji anda sedikit masa lagi
Begitu juga buat pemuda yang belum berpunya, “first thing first” Utamakan yang lebih penting daripada apa yang penting. Kenali priority anda sekarang. Jika memang dah sampai saat nak memiliki, tabahlah dan teruskan berusaha. Ingat, pastikan waktu nak berusaha tu anda memang dah betul-betul mampu dan bersedia.
Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya. Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran. Jangan putus asa. Rasa mulia dengan usaha yang dicurahkan walaupun pinangan pernah di tolak, usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya. Teruskan usaha. Ingat, usaha yang Allah redha sahaja. Bagaimana dengan sms siang malam? Atau bergayut di telefon memanjang? Atau ajak keluar, belanja makan? Begitukah?…
Berusahalah menyediakan diri dan pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu. Itu tip memikat wanita beriman. Sebaik-baiknya gunakan orang perantaraan untuk lebih menjaga warak dan iman.
Seringkali, seseorang mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yang tinggi. Pepohon berduri sanggup diredah, curam dan jurang sabar dirempuh. Namun apabila dia memilikinya, didapati insan yang dikejar itu dedaunan kering cuma. Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yang tak disalur dengan suluhan petunjuk al-Quran dan sunnah. Beringatlah, urusan jodoh tak ke mana. Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz untuk kita. Ianya urusan yang pasti. Apa yang tak pasti, sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya. Waallahu’alam…
“Dinikahi wanita itu kerana empat perkara, kerana kecantikannya, kekayaannya, keturunannya dan agamanya, pilihlah yang beragama nescaya kamu akan bahagia."
Kebesaran Allah, Peta Semenanjung di langit
Saturday, December 26, 2009
Kasih dan Cinta dalam Islam
Kasih dan Cinta dalam Islam
Istilah cinta amat popular dan menjadi satu ungkapan setia di bibir² remaja yang menganggapnya satu kalimah suci dan bererti.
Ada yang berbangga memiliki seorang kekasih yang setia dan mula memasang angan-angan untuk mendirikan rumah tangga bersama pasangan pilihan.
Fanomena ini berlanjutan dari bangku sekolah lagi malah adakalanya membawa kepada sesuatu di luar jangkauan
Cinta perlu difahami. Semestinya seorang remaja perlu memahami kehendak dan definisi yang tepat.
Tanya pada diri, sama ada cinta hanya sekadar gelojak perasaan serta rasa tertarik antara satu sama lain cukup untuk menjelaskan maksudnya?
Di dalam artikel bertajuk Hakikat Percintaan Dalam Islam, rasa hati yang dinamakan cinta merupakan satu perasaan yang semulajadi di alami oleh setiap insan baik muda mahupun tua.
Allah telah menganugerahkan manusia naluri untuk meneruskan keturunan (salah satunya, menyukai pasangan berlainan jantina) atau dikenali dengan gharizah Al-Nau'.
Ini merupakan salah satu naluri manusia dari yang tiga iaitu gharizah Al-baqa' (naluri untuk meneruskan kehidupan dan mempertahankan), gharizah Al-Tadayyun (naluri untuk menyembah dan beragama) dan gharizah Al-Nau'.
Jadi adanya perasaan itu sememangnya sudah fitrah manusia dan perkara ini wajar dan tidak haram di sisi Islam.
Dalam keadaan ini, manusia perlu memahami kedudukan cintanya dan ke mana hala tuju seterusnya.
Malangnya remaja hilang punca dan meletakkan satu kesimpulan yang mudah tentang hakikat cinta.
Cinta perlu difahami sebagai satu rasa kasih sayang yang penuh rasa hormat, tanggungjawab, kesetiaan, komitmen, keikhlasan, bermaruah dan ada matlamat.
Jika ciri-ciri ini tidak ada dalam apa yang dikatakan sebagai cinta, maka hubungan
sedemikian sekadar satu permainan dan kepura-puraan sahaja.
Konsep cinta dalam Islam meletakkan satu aturan yang sistematik dan teratur tanpa mengabaikan hubungan antara manusia dan Allah.
Atas dasar ini, Islam meletakkan cinta pada satu kedudukan yang bermaruah dan bernilai baik bagi pihak lelaki dan perempuan.
Ke mana hala tujunya destinasi cinta remaja? Adakah setakat mengisi usia remaja dan
adakalanya putus di tengah jalan?
Mungkin destinasi cinta remaja yang diingini lebih kepada konsep ala Barat yang disifatkan penuh romantis dan indah.
Mulianya cinta berlandaskan Islam kerana cinta yang dibina bermatlamat. Kerana ingin mendapat kasih sayang tuhan, manusia sedia berkongsi rasa cinta dan kasih sayang sesama insan.
Kerana inginkan kasih sayang tuhan jualah, masing-masing ingin selamat-menyelamatkan antara satu sama lain dari segi hubungan dan kehidupan di dunia untuk mengejar sesuatu yang abadi di akhirat.
Cinta yang dibina bukan cinta kosong tetapi cinta yang punya pengertian yang luhur dan hanya dapat dirasakan dengan jiwa yang bersih yang sentiasa mencari tuhan.
Tags: →
Ayat Pengerak - Doa Yang Sangat Wajar Diamalkan Di Zaman Ini
DOA YANG SANGAT WAJAR DIAMALKAN DI ZAMAN INI (AYAT PENGERAK)
Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut;
Maksudnya : tidaklah seorang hamba berdoa di setiap pagi dan petang " Dengan nama Allah, yang tidak memberi sesuatu mudarat di bumi juga di langit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui"..baca tiga kali, maka tidak akan ada apa yang memudaratkannya.
( Hadis riwayat Tirmizi )
Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;
" Bismillahillazii laa yadhurru ma'as mihi syaiun filardhi walaa fissamaai wahuwassamii ul'aliim"
Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;
1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah
Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;
1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.
Fadhilat mengamalkan dengan doa ini;
-Terhindar Daripada Bahaya
Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;
• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.
• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.
Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.
-Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan
Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.
-Terhindar Daripada Sihir
Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.
Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.
Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.
Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.
-Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus
Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.
Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.
Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.
Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya'Allah.
Saya cuma forward untuk kita kongsi bersama..
insya allah, mari berusaha mengamalkannya..
Oleh: Ismail bin Abu Bakar
Friday, December 25, 2009
Hikmah Makanan dalam Islam
Senarai Makanan dan Hikmahnya dalam Islam
Roti
-Roti yg paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat.Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan,jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya.Roti yang sudah lama dan tidak elok menyebukan perut.Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan.Nabi s.a.w pernah bersabda "Jangan potong roti itu dengan pisau.Hormatilah roti dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu."
Buah Epal
-Epal yang masam lebih baik daripada yang manis.Ianya juga boleh menguatkan organ hati.
Buah Pisang
-Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.
Barli
-Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan.Rasulullah s.a.w pernah memberi sup barli kepada orang yang mengidap demam.
Sayur Asparagus
-Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.
Sayur bunga Kobis
-Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.
Timun
-Timun yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil.Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.
Telur
-Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam(setengah masak atau masak) bukan direbus keras.Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.
Halba
-Nabi s.a.w pernah bersabda "jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah,mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas." Antara khasiat hulbah membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut (memulas).
Inai
-Dapat menghilangkan bekas calar-calar / lebam pada badan,menghilangkan sakit kepala,sakit dalam kaki,sakit kuku & mengelokkan rambut.Inai bersifat panas & menerbitkan perasaan cinta.Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai.
Terung
-Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu.Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.
Ikan
-Khasiat air tawar lebih baik terutamanya yang makan tumbuh-tumbuhan,bukan yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air.Ikan yang tidak dimasak sukar dihadam dan mengeluarkan ketidakseimbangan badan.
Daging
-Daging mengandungi banyak khasiat.Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut-turut tidak akan mendatangkan kebaikan.Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut-turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan.Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana.Daging yang paling baik daging kambing.Ianya bersifat panas dan lembab.Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun.Adapun daging **** haram dimakan.Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa.Ibnu sina berpendapat bahawa daging unta,kedai,keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa.Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa.Dilarang memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan mencangkuk.
Ayam
-Ayam,memudahkan penghadaman,membetulkan imbangan badan,baik untuk otak dan badan serta mencantikkan rupa paras.Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.
Jintan manis
-Banyak khasiat untuk melegakan kesakitan dalam badan,melancarkan aliran keluar haid,membanyakkan susu dan membuang gad dalam usus.Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.
Biji selasih
-Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati,memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.
Sayur lobak
-Kegunaan lobak memanaskan badan.Ianya juga melancarkan aliran haid dan kencing.
Mentega
-Khasiatnya memanas dan melembapkan.Baik untuk menghilangkan sembelit.Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam perempuan hamil.
Biji kopi
-Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.
Kulit kayu manis
-Merupakan pemanis badan.Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam.Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir 3 suku penduduk di dunia.
Limau/Lemon
-Rasulullah s.a.w pernah bersabda "Limau ini seperti mukmin:bagus dirasa dan dihidu." Limau menguatkan organ hati & menjauhkan kesedihan & bintik-bintik pada kulit,menghapuskan kelaparan & melambatkan pengaliran dalam hempedu.
Jintan putih
-Khasiatnya untuk memanaskan badan.Jintan putih direndam didalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.
Tamar/Kurma
- Nabi s.a.w pernah bersabda "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yang tiada bermakanan".Nabi s.a.w sendiri pernah menanam kurma atau tamar.Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.
Bawang putih
-Elok untuk memanaskan badan.Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani.Baik untuk pembawakan sejuk,untuk mencairkan balgham.Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda "Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama kami".
Halia
-Halia disebut dalam al-Quran(ayat 17,surah al-Insan)firman Allah Taala yang bermaksud 'Dan mereka dalam syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil'.Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.
Kekacang
-Semua kekacang mengeluarkan kekeringan.Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan banyak ianya tidak baik untuk perut.Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati,mata berair dan menghapuskan kesombongan.
Salad
-Meskipun ianya sejuk,ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan.Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental.Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya melemahkan penglihatan.
Madu
-Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat.Madu atau manisan lebah ini apabila ia dicampurkan dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit-birit.Sabda Nabi s.a.w "Demi Allah yang aku dalam genggamanNya,minumlah madu.Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu didalamnya.Jika seseorang itu makan madu,seribu ubat masuk ke perutnya dan sejuta penyakit keluar darinya.". Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu,dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong.Madu dianggap ibu segala makanan,minuman dan ubatan.Madu yang palung berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring),seterusnya dalam musim panas (summer) dan kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk.
Wednesday, December 16, 2009
Untukmu, Bakal Isteri
Untuk Bakal-bakal Isteri
Salam semua
Untukmu, Bakal Isteri
Tangan ini mula menulis apa yang telah dikarangkan oleh hati ini di dalam kalbu. Aku mula tertanya-tanya adakah aku sudah seharusnya mula mencari sebahagian diriku yang hilang. Bukanlah niat ini disertai oleh nafsu tetapi atas keinginan seorang muslim mencari sebahagian agamanya. Acap kali aku mendengar bahawa ungkapan "Kau tercipta untukku."
Aku awalnya kurang mengerti apa sebenarnya erti kalimah ini kerana diselubungi jahiliyah. Rahmat dan hidayah Allah yang diberikan kepada diriku, baru kini aku mengerti bahawa pada satu hari nanti, aku harus mengambil satu tanggungjawab yang sememangnya diciptakan khas untuk diriku, iaitu dirimu. Aku mula mempersiapkan diri dari segi fizikal, spiritual dan juga intelektual untuk bertemu denganmu.
Aku mahukan pertemuan kita yang pertama aku kelihatan 'sempurna' di hadapanmu walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini. Aku cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus aku galas ketika dipertemukan dengan dirimu. Aku cuba membataskan perbicaraanku dengan gadis lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting kerana aku risau aku menceritakan rahsia diriku kepadanya kerana seharusnya engkaulah yang harus mengetahuinya kerana dirimu adalah sebahagian dariku dan ianya adalah hak bagimu untuk mengetahui segala zahir dan batin diriku ini.
Apabila diriku memakai kopiah, aku digelar ustaz. Diriku diselubungi jubah, digelar syeikh. Lidahku mengajak manusia ke arah makruf digelar daie. Bukan itu yang aku pinta kerana aku hanya mengharapkan keredhaan Allah. Yang aku takuti, diriku mula didekati oleh wanita kerana perawakanku dan perwatakanku. Baik yang indah berhijab atau yang ketat bert-shirt, semuanya singgah disisiku. Aku risau imanku akan lemah. Diriku tidak dapat menahan dari fitnah ini. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, "Aku tidak meninggalkan setelahku fitnah yang lebih bahaya untuk seorang lelaki melainkan wanita."
Aku khuatir amalanku bukan sebulatnya untuk Rabbku tetapi untuk makhluknya. Aku memerlukan dirimu untuk menghindari fitnah ini. Aku khuatir kurangnya ikhlas dalam ibadahku menyebabkan diriku dicampakkan ke neraka meninggalkan kau seorang diri di syurga. Aku berasa bersalah kepada dirimu kerana khuatir cinta yang hak dirimu akan aku curahkan kepada wanita lain. Aku sukar untuk mencari dirimu kerana dirimu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau. Tetapi aku pasti jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanam dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehkan diriku. Sukar untuk mencari solehah dirimu andai solehku tidak setanding dengan kesolehahânmu. Janji Allah pasti kupegang dalam misi mencari dirimu. "Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik."
Jiwa remaja ku ini mula meracau mencari cinta. Matang kian menjelma dan kehadiran wanita amat terasa untuk berada di sisi. Setiap kali aku merasakannya, aku mengenangkan dirimu. Di sana engkau setia menunggu diriku, tetapi di sini aku curang kepadamu andai aku bermain dengan cinta fatamorgana. Sampaikan doamu kepada diriku agar aku dapat menahan gelora kejantananku disamping aku mengajukan sendiri doa diperlindungi diri.
Bukan harta,rupa dan keturunan yang aku pandang dalam mencari dirimu. Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita. Saat di mana aku bakal melamarmu, akan ku lihat wajahmu sekilas agar mencipta keserasian diantara kita kerana itu pesan Nabi kita. Tidak perlu alis mata seakan alis mata unta, wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir merah delima tetapi cukup cuma akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi.
"Kahwinilah isteri kerana empat perkara; keturunan, harta, rupa dan agama. Dan jika kau memilih agama, engkau tidak akan menyesal." Jika aku dipertemukan dengan dirimu, akan ku jaga perasaan kasih ini supaya tidak tercurah sebelum masanya. Akan ku jadikan syaraâ sebagai pendinding diri kita. Akan ku jadikan akad nikah itu sebagai cop halal untuk mendapatkan dirimu. Biarlah kita mengikuti nenek moyang kita, Nabi Adam dan Siti Hawa yang bernikah sebelum disatukan agar kita dapat menikmati kenikmatan perkahwinan yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kedamaian batin. Doakan diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari dirimu kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku.
Wasalam...
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431H
Doa Akhir Tahun
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu ‘Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan akan berkata, “Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”.
Doa Awal Tahun
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata, “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431H
snow_ice
Pak Ali bukannya tamak
Pada satu hari, Pak Ali pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Pabila lalu kat kawasan tasik, Pak Ali tergelincir dan kapak buruknye terjatuh dalam tasik tu. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali.
Pari Pari: Kenapa dengan kau?
Pak Ali: Kapak aku terjatuh ke dalam tasik.
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.
Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Tidak.
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.
Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Tidak, kapak aku buruk sahaja.
Pari pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.
Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Ya, itulah kapak buruk aku.
Pari Pari Tasik suka sikap Pak Ali yang jujur itu lalu memberikan ketiga-tiga kapak itu kepadanya.
Pada hari lain pulak. Pak Ali berjalan di sekitar tasik yang sama bersama isterinya. Kali ni isterinye plak yang jatuh ke dalam tasik. Pak Ali susah hati. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali..
Pari Pari: Kenapa kau bersedih?
Pak Ali: Isteriku jatuh ke dalam tasik.
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama Angelina Jolie.
Pari Pari: Inikah isteri kau?
Sambil menangis Pak Ali menjawab... "ya, itulah isteriku..."
Pari Pari pun marah, "Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi tamak".
Sambil menahan pilu Pak Ali menjawab, "Aku bukan tamak, kalau aku kata 'tidak' pada Angelina Jolie... kau akan bawakan pula Pamela Lee...kalau aku katakan 'tidak' juga, barulah kau bawakan isteriku...bila aku kata 'ya', kau akan berikan mereka bertiga padaku...". Aku yang miskin ni tak mampu tanggung mereka semua"
Analogi Rumput dan Kasih Sayang (Mesti baca)
muhasabah cinta mp3 | lyrics
Analogi Rumput dan Kasih Sayang
Pada suatu pagi di sebuah sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.
Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :
Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu ke? Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar : Ok! Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.
Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu.. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada mulanya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. Kecualilah jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.
MORAL OF THE STORY :
Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala. Sedarlah wahai insan, kasih sayang ALLAH itulah yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah serugi-rugi manusia.
Monday, December 14, 2009
Info pengetahuan (MINDA)
Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.
Demikianlah apabila anda tidak langsung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.
Sebaliknya apabila anda mula berkata ”Aku malaslah hari ini”, “Aku boringla hari ni”, anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, ”Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.”
2) Berkomunikasi dengan minda ke minda
Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan.
Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda. Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda.
Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.
3) Daya magnet dalam fikiran beremosi
Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran.
Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.
4) Mengawal minda untuk lebih berjaya
Tiada siapapun yang boleh membuatkan anda marah jka anda sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya. Jika anda memang tidak mahu marah anda tidak akan marah.
Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik, diiya-iyakan, diransang-ransang dan disungguh-sungguhkan, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya.
5) Dua pemikiran dalam masa yang sama
Anda mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon. Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut dengan anda. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya. Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi.
6) Minda teransang melalui solat dan doa
Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yag erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-nya. Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus.
Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa.
Tags: