Wednesday, December 9, 2009
Sekadar renungan
Syair Cinta Rabiatul Adawiah
Dalam kalbuku aku tetapkan diriMU sbg sahabat yg blh ku ajak berbincang
Ku berikan tubuhku kpd yg mengkehendakiku
Ku pandang tubuh ini utk berdampingan
Tetapi kasih kalbuku sahajalah yg bersahabat dgn kalbuku
Aku cinta kpdMU dgn 2 macam CINTA
CINTA RINDU kpdMU kerana ENGKAU layak diCINTA
Adapun CINTA RINDU itu,ku sibukkan diriku dgn sentiasa mengingatiMU,BUKAN selainMU
Adapun CINTA kerana ENGAKAU layak diCINTAI
Kau singkapkan hijab hingga aku melihatMU
Namun tiada pujian dalam hal ini & itu
Segala puji hanyalah untukMU dalam ini & itu
Sungguh ganjil,engkau mengaku mencintai ALLAH
Tetapi...masih sahaja engkau menengtangNYA..
Jika engkau memang mencinta ALLAH,lakukan kehendakNYA!!!
Kerana mencintai seseorang...bererti mengabulkan kehendaknya
Ni adalah syair cinta Rabiatul Adawiah. Sekadar renungan kita bersama..
Hayatilah maknanya yg mendalam.Moga ianya dapat membantu kita memuhasabah diri.
Berkatalah Luqman mengajar anaknya ilmu yang datang dari sisi Tuhan Yang Maha Mengetahui:
“Hai anak-anakku, janganlah engkau sekali-kali mempersekutukan Tuhanmu dengan apa sekalipun, kerana mempersekutukan Allah satu kezaliman yang sangat besar, dan bersyukurlah kepada Tuhanmu kerana kurniaan-Nya. Orang yang mulia tidak mengingkari Penciptanya kecuali orang yang kufur.
“Apakah tidak engkau perhatikan, apa yang Allah bentangkan bagimu apa-apa yang ada di langit dan di bumi daripada kebaikan yang amat banyak?
“Maka engkau menikmati kehidupan ini lantaran kurniaan-Nya, penuh keamanan, keimanan dan kebaikan yang melimpah ruah, di taman dunia yang subur mekar dengan bunga-bungaan serta tumbuhan yang berseri-seri.
“Jangan engkau berlaku derhaka terhadap ibu dan ayahmu dengan apa jua sekalipun, melainkan apabila mereka menyuruhmu derhaka kepada Yang Maha Berkuasa, maka Allah mewasiatkan dirimu; berbuat baiklah dengan mereka. Justeru, jangan engkau mengherdik mereka dengan perkataan mahupun perbuatan dibenci.
“Hai anakku! Andainya ada sebutir biji sawi terpendam di dalam batu, pasti ketahuan jua oleh Tuhanmu Yang Maha Melihat, Allah Amat Mengetahui segala sesuatu, zahir mahupun batin atau apa yang engkau sembunyikan di dalam dadamu.
“Dia memerhatikan dirimu dalam kepekatan malam, semasa engkau bersolat atau tidur lena di belakang tabir di dalam istana. Dirikan solat dan jangan engkau berasa ragu untuk melakukan perkara makruh, dan melempar jauh segala kejahatan dan kekejian.
“Dan bersabarlah di atas apa yang menimpa dirimu kerana yang demikian itu menuntut kepastian kukuh daripadamu dalam setiap kejadian dan urusan.
“Jangan engkau berjalan sombong serta takbur, Allah tidak meredai orang yang sombong dan takbur."
apabila manusia gagal mencintai Tuhannya, maka cinta sejati tidak akan ditemuinya. Cinta yang tulus ikhlas lahir daripada sikap, perbuatan dan tindak balas yang dipamerkan oleh seseorang, bukannya dari kata-kata bermadah walaupun terlalu indah sebab orang yang terlalu berjanji semasa bercinta adalah orang yang keliru dengan perasaannya sendiri
kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.
Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tidak pernah hadir. Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir. Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah ditinggalkan. Hidup ini indah jika kita tau menghargainya.. tapi amat menyakitkan andai kita
melaluinya sambil lewa..
Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkahlaku dan akal budinya.
Kekurangan orang lain adalah ladang pahala bagi kita untuk memaafkannya, mendoakannya, memperbaikinya, dan menjaga aibnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment