Maaf kepada para saudari - saudari yang menbaca entry kali ini kerana entry ini bersesuai dengan para lelaki tapi perempuan pun digalakkan membaca supaya dapat memahami lelaki kenapa sering mengelak bila ditanya "bila nak ambil i? , bila nak lamar i ? " dan etc.
Berapakah umur anda akan berkahwin? satu persoalan yang agak merumitkan sebilangan lelaki termasuklah Mr J. Mari kita buat satu analisis dan analisis ini tiada terdapat pada mana - mana artikel . Lelaki masakini. Lelaki masakini.
Kita bermula daripada Peringkat Remaja dan umur dalam 17 - 18 tahun dimana lelaki tersebut baru sahaja menghabiskan alam Sekolah menengah dan akan menjejak kaki ke bidang pengajian tinggi kemungkinan dalam Jurusan Diploma dan dianggarkan untuk mengambil Diploma mengambil masa 3 tahun dan umur beliau akan meningkat kepada 21 ataupun 22 tahun untuk menghabiskan Pengajian untuk Jurusan Diploma .
Setelah habis mengambil Jurusan Diploma kemungkinan besar beliau akan merehatkan diri sebentar selama 1 tahun (mungkin untuk mengambil MUET Test) dan akan menyambung pengajian kepada peringkat seterusnya iaitu Degree dan mungkin akan menghabiskan dalam masa 3 tahun juga dan umur beliau akan mencecah dalam lingkungan 25 - 26 tahun ok , kita stop sampai Degree sahaja (Lelaki masakini) .
Setelah berumur 26 tahun lelaki terebut sudah pun mempunyai Degree dan kemungkinan ekonomi dan kewangan lelaki tersebut bakal lebih baik dan lelaki akan meneruskan selama 2 tahun untuk mencari pekerjaan yang bakal menjamin masa depannya kelak . 26 + 2 tahun = 28tahun .
Umur lelaki tersebut telahpun meningkat kepada 28tahun barulah akan menjumpa satu pekerjaan yang dianggap boleh menjamin masa depan nya dan akan menambah lagi selama 5tahun untuk menyimpan duit bagi membeli keperluan sendiri seperti kereta dan rumah sendiri dan pada masa itu kewangannya telah stabil dan boleh mendirikan rumahtangga kerana semuanya lengkap kecuali belum memiliki Isteri .
28 tahun + 5 tahun = 32 tahun , bermakna umur lelaki masakini paling sesuai mendirikan rumahtangga adalah pada umur 30an . Bagaimana pula jika pasangan kekasihnya sebaya dengan beliau? mesti tidak sanggup untuk berkawin pada usia 30an dan bagaimana pula jika kekasihnya lebih tua 2 atau 5 tahun darinya?
No comments:
Post a Comment