Saturday, November 14, 2009
wanita memilih....hua..hua..huaaa
Wanita memang memilih! Itu satu kenyataan yang tidak boleh disangkal. Namun, tidak salah jika seorang wanita berkerjaya belum bersuami. Bukan suatu perkara yang pelik jika wanita berusia 30-an belum mempunyai pasangan. Mungkin dia mengambil sikap berhati-hati dalam memilih pasangan hidupnya. Mungkin dia belum ketemu jejaka yang bakal melindungi dan sama-sama meniti hari tua. Tiada siapa yang inginkan mahligai yang dibina bergoyah akibat sikap terburu-buru dalam memilih pasangan.
Rasanya tidak salah jika setiap wanita mengambil langkah yang lebih teliti dalam menyediakan diri untuk menerima seorang lelaki dalam hidupnya, kan? Usah terperangkap dengan janji-janji kosong yang ditaburkan semata-mata kita terdesak dalam mencari pasangan hidup. Apa guna jika mempunyai suami sekadar sedap mata orang memandang, tetapi tidak menjamin kehidupan kita! Tiada wanita yang mahu mengorbankan dirinya untuk suatu kehidupan yang bercelaru akibat menerima seorang lelaki tanpa usul periksa.
Allah telah menetapkan seorang suami sebagai pemimpin bagi setiap keluarganya. Jadi, sudah pasti wanita mahukan lelaki yang benar-benar layak menjadi ketua keluarga dan memimpin dirinya serta anak-anaknya. Jadi sebelum membuat keputusan untuk memilih pasangan hidup, eloklah jika kita mengenali dahulu diri ‘teman’ kita itu manalah tahu jika ’si dia’ pemegang title ‘MBA’(Married But Available).
Bagi anda yang masih tercari-cari CINTA, jangan mudah terpedaya dengan masa. Ketahuilah, kadang-kadang usia boleh mematangkan kita. Tidak sukar untuk menilai lelaki yang jujur dalam perhubungan. Gunakan segala pancaindera kita. Jangan pula membutakan mata dan memekakkan telinga akibat terlalu asyik dengan cinta. Kadang-kadang, pandangan dari orang lain juga harus diambilkira dalam memilih pasangan.
Namun ingatlah teman, sebagai manusia kita hanya mampu merancang. Hanya Yang Berkuasa yang menentukan segalanya. Usah dikesal jika jodoh tidak berpanjangan walaupun kita berusaha untuk menyelamatkannya. Bukan kita silap memilih atau silap perhitungan. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Akhir kalam. di harap tiada yang tersinggung atau tidak berkenan dengan apa yang tercatat ini. Sekadar meluah satu pandangan bagi yang berkenaan. Wassalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment