Namun, sejauh mana benarnya kepercayaan ini. Setakat ini, tidak ada bukti yang mengesahkan pendapat ini, sebaliknya kajian saintifik menunjukkan telur penyu adalah sumber protein yang paling kurang khasiatnya berbanding telur lain, seperti telur ayam.
Lebih malang lagi, telur penyu mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi iaitu antara 10 dan 15 kali lebih tinggi daripada telur ayam. Begitu juga kandungan garamnya.
Bagaimanapun, alasan ini tidak cukup kuat untuk menghentikan keghairahan orang ramai memakan bahan yang kurang memanfaatkan ini. Telur penyu tetap menjadi rebutan sehingga penggemar sanggup membayar kira-kira RM2.50 sebiji telur sebesar bola ping pong itu.
Ramai mengakui berasa pening apabila memakan telur penyu tetapi tidak menghentikan tabiat memakannya kerana masih yakin khasiat batin yang bakal diperoleh.
Penemuan terbaru penyelidik Universiti Queensland, Australia seharusnya menukar persepsi penggemar makanan yang boleh dianggap eksotik ini. Kajian telur penyu di pantai negara itu dan persisiran pantai Malaysia menunjukkan telur penyu mengandungi bahan toksik yang mencemari laut dan hidupan akuatik.
Mengesahkan penemuan awal itu, Ketua Unit Pusat Penyu dan Ekosistem Marin (Tumec), Jabatan Perikanan, Dr Kamaruddin Ibrahim, berkata kajian Universiti Queensland ke atas 30 biji sampel telur penyu dari negara ini tahun lalu mendapati sebahagiannya mengandungi bahan kimia bertoksik akibat pencemaran laut.
"Walaupun masih terlalu awal untuk mengesahkan kajian ini, kita tidak seharusnya memandang ringan penemuan ini, lebih-lebih lagi dengan kesedaran yang semakin meningkat mengenai keselamatan makanan kebelakangan ini.
"Kajian ke atas telur pesisiran pantai Queensland membuktikan kenyataan ini dan ada kemungkinan corak yang sama dilihat pada telur tempatan," katanya.
Satu perkara yang paling penting, mengapa perlu mengambil makanan yang sememangnya diketahui tiada khasiat dan mengandungi toksik. Jadilah pengguna yang bijak membuat pilihan. Katakan TIDAK kepada
No comments:
Post a Comment