Sunday, November 15, 2009

3 Perisian Disk Defragmenter Untuk Kelajuan Komputer




Disk Defragmenter ialah utiliti yang didatangkan bersama – sama sistem pengoperasian Microsoft Windows. Tak kira versi Window apa anda guna samada
Windows 95,
Windows 98,
Windows Me,
Windows XP,
Windows Vista
Windows terbaru Windows 7

mesti mempunyai sistem utiliti ini. Disk Defragmenter ini ditugaskan menyusun fail sistem komputer bagi membantu sistem pengoperasian Windows membaca dengan lancar dan laju.

Di sini saya akan berkongi 3 Perisian Disk Defragment selain dari yang terdapat dalam Windows anda.


1. Diskeeper






Diskeeper Ini bagi saya ialah diantara yang terbaik yang pernah saya cuba.. Kenapa saya cakap dia terbaik, perisian ini melakukan kerjanya di belakang maksud di sini ia akan melakukan proses Defrag ini secara Automatik tanpa anda sedari dan juga tidak mengganggu kerja anda.Anda pasti teruja sekiranya menggunakan perisian ini. Antaramuka yang mudah digunakan. Untuk keterangan lanjut sila layari http://www.diskeeper.com/diskeeper/home/diskeeper.aspx.

Muat Turun Diskeeper: http://hotfile.com/dl/16415495/7d94d53/Apps_Diskeeper2009ProPremier...


2. Auslogics Disk Defrag


Auslogics Disk Defrag ini sama fungsinya dengan yang lain. Ia dibangunkan untuk mengoptimumkan kelajuan cakera keras [hard disk] yang terdapat di pasaran pada masa sekarang. Ia mudah , senang untuk digunakan dan laju. Anda boleh defragment multiple disks atau memilih fail atau folder untuk di defrag. Ia juga mempunyai fungsi terpadam atau keluar sendiri apabila proses defrag itu selesai. Yang penting ianya PERCUMA.

Nak tahu lebih lanjut lepak kat sini http://www.auslogics.com/en/software/disk-defrag/overview

Muat Turun Auslogiscs Disk Defrag: http://hotfile.com/dl/16646786/9c7e071/Auslogics_Disk_Defrag_v3.0.3...
http://rapidshare.com/files/302472986/Auslogics_Disk_Defrag_v3.0.3....

3. Defraggler


Defraggler perisian yang dibangunkan oleh syarikat yang membangunkan perisian paling laris iaitu CCleaner dan Recuva. Ia mudah untuk digunakan. Ia boleh defrag disk secara serentak, folder dan juga fail - fail secara pantas. Apabila Defraggler ini melakukan tugasnya ia akan memperlihatkan semua fail yang telah didefragkan dan membenarakan anda untuk memilih sama ada, perlu atau tidak cakera tersebut didefrag atau tidak. Seperti perisian mereka yang lain, ia didatangkan secara PERCUMA.

Keterangan Lanjut http://www.defraggler.com/

Muat Turun Defraggler: http://rapidshare.com/files/280793900/Defraggler_1.13.155.zip

No comments: