Saturday, November 7, 2009

AL - QURAN memujuk kita dan menjadi panduan untuk kita




Siapakah kita untuk terus menjalani hidup dengan bahagia?Sedangkan cabaran dan dugaan bila-bila akan menempuh hari yang bakal mendatang.Kadang kita diberi nikmatNya dan seringkali juga nikmat itu disalahguna..Kadang kita mengeluh dengan apa yang telah diatur,namun sememangnya manusia itu takkan lari dari mengeluh..Tanya diri,berapa banyak keluhan kita dalam sehari berbanding pujian untukNya?Itu lah manusia…


“Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”Al-Faatir:2

Lantas hari-hari yang berlalu dinikmati bersahaja,peringatan yang datang seakan angin yang menampar pipi.Tatkala angin berlalu pergi,kedinginan turut hilang..Kadangkala tangisan penuh sedar itu tiba,namun akan hadir jua perasaan putus asa terhadap keampunanNya.Seolah diri tidak akan diterima amalannya.Lantas amalan terputus begitu sahaja.Ditambah pula dengan dosa yang memujuk hati-hati yang sememangnya tidak ada ketenangan dalam diri.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”Al-Zumar:53

Tatkala masa sibuk datang,rindu bertandang pada masa lapang.Hari dilalui dengan mengharap masa akan pantas berlalu.Sedangkan hari nyawa terpisah dari jasad semakin pendek.Kesibukan yang menjadi ujian.Ada yang berusaha belajar dari kesilapan masa lalu,Ada yang berusaha mempelajari perkara yang membuatkan kesilapan datang.Kita tidak tahu..mungkin setelah ujian atau bala menimpa,Barulah kita tersedar akan perkara yang kita anggap remeh ini amat mempengaruhi hari kebesaran kelak.Setakat manakah kita yakin hari itu bakal menjelang?Tepuk dada tanya Iman..

“Manusia tidak jemu-jemu memohon kebaikan. Dan kalau ia ditimpa kesusahan maka menjadilah ia seorang yang sangat berputus asa, lagi sangat nyata kesan putus harapnya (dari rahmat pertolongan Allah)”Fussilat:49

Kita memikirkan falsafah apakah yang mampu menyedarkan diri,dan kesedaran yang hadir dengan rasa cinta dan takut untuk melakukan perkara yang mendatangkan dosa.Bilakah agaknya perasaan itu lahir? Beribu kali bermuhasabah diri namun jarang sekali istiqamah.Tiap kali rasa manis beribadah itu hadir meresap dalam diri,masa yang sama kita rebah dengan ujian yang seringkali terlepas pandang pada hikmahnya.

“Ingatlah! Sesungguhnya mereka (yang kufur ingkar) sentiasa berada di dalam keadaan syak - ragu-ragu tentang pertemuan dengan Tuhan mereka. Ingatlah! Sesungguhnya Allah Maha Meliputi pengetahuanNya akan tiap-tiap sesuatu.”Fussilat:54

Kesabaran amat mudah diungkapkan dengan kata-kata.Namun untuk meresap dalam jiwa amat berat sekali.Hati yang tiada tempat sandaran,akan sentiasa meragui usia perjalanannya.Tanpa Iman dihati..sabar takkan bererti..tanpa sabar Iman takkan bermakna..Biarkan hati kita diterangi laluan yang sentiasa memujinya,tatkala kita melalui jalan itu,segala susah payah akan terbela..Tidak di dunia sekalipun,tapi Akhirat itu pasti!

“Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku hanyalah mengajar dan menasihati kamu dengan satu perkara sahaja, iaitu: hendaklah kamu bersungguh-sungguh berusaha mencari kebenaran kerana Allah semata-mata, sama ada dengan cara berdua (dengan orang lain), atau seorang diri; kemudian hendaklah kamu berfikir sematang-matangnya (untuk mengetahui salah benarnya ajaranKu)".”Saba’:46

Kesenangan di dunia tidak akan kekal selamanya.Titipkanlah dalam hati,biar kesenangan yang datang tidak akan menggelapkan Iman,membutakan pandangan.Kemewahan itu antara lain adalah ujian buat kita.Tatkala kita ditimpa kemiskinan,diri mengeluh.Seolah-olah miskin itu membuatkan kita jauh dariNya.Ingatlah sesama kita.Ibadah bukan untuk dijual beli,nilainya pada pahala yang diberi dari Maha menyintai.Kemewahan dunia bukan pada harta semata,tapi kemenangannya pada orang-orang yang tetap mengerjakan solat dan diri yang penuh ketenangan.Ketenangan akan hadir sewaktu dalam diri yang menyintai ketetapan Allah.

“Dan (ingatlah), segala yang tersebut itu tidak lain hanyalah merupakan kesenangan hidup di dunia; dan (sebaliknya) kesenangan hari akhirat di sisi hukum Tuhanmu adalah khas bagi orang-orang yang bertaqwa.”Az-Zukhruf:35

AlQuran itu bukan setakat bacaan yang dilagukan lalu mencipta bait-bait yang syahdu didengari dan menusuk di jiwa.AlQuran itulah memujuk kita..walau dalam tangisan membaca amaran-amaran keras dari Tuhan,masa yang sama diri akan redha dan tenang akan pujukan ayat-ayat Allah..Selagi nyawa belum berpisah,selagi itulah pintu taubat masih terbuka luas..Seandainya kita benar-benar memahami maksud kandungan AlQuran,akan bermain di fikiran betapa beratnya azab dari Allah,betapa banyak dosa dalam diri.Tanyakan pada diri…berapa banyak kita melafaz kesyukuran dan menzahirkannya? Sememangny ayat-ayat itulah muhasabah terbaik buat manusia.Tangisan takkan berhenti mengenangkan nasib akhirat kelak.Tiada gunalah kecantikan diri jika sikitnya pahala untuk meniti titian mustaqim.

Dan demi sesungguhnya! Kami telah berulang-ulang kali menyebarkan hujjah-hujjah di antara manusia melalui Al-Quran supaya mereka berfikir (mengenalku serta bersyukur); dalam pada itu kebanyakan manusia tidak mahu melainkan berlaku kufur.(Al-Furqaan:50)

Cinta itu milik Allah..Segala yang dilangit dan dibumi milik Allah.Tiada yang kekal melainkanNya.Andai DIA menarik kembali nikmat yang diberikannya,Mungkin itu antara cara menyedarkan kita..dan menambah pahala kita..Pelihara diri,saling berukhwah,ingat-mengingati..Permusuhan sesama saudara hanya membawa kemurkaan Allah.Kita semua inginkan syurga,namun mengapa membezakan dan membandingkan apa yang tersurat di pandangan kita,fikirkanlah apa yang tersirat.Pasti kekecewaan yang menggoyah iman tidak akan lahir.AlQuran benar-benar memujukku…meyakinkanku…


‘ Dan sesungguhnya (Al-Quran) itu tetap menjadi peringatan bagi orang-orang yang bertaqwa.’ (Al-Haaqqah:48)
‘Dan sesungguhnya Al-Quran itu adalah kebenaran yang diyakini (dengan seyakin-yakinnya).’ (Al-Haaqqah:51)

Lalu,ku pujuk temanku…Alunkanlah bacaan AlQuran itu,fahamilah maksudnya…agar jiwa ketakutan pada Azabnya meresap dalam setiap nawaitu.Agar kita sentiasa mengingati mati.Semoga terpeliharalah Iman dalam diri.Itu lah muhasabah yang terbaik disisiNya.Pujuklah dirimu dengan AlQuran…

Demi Masa! (1)
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian –(2)
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.(3) (Al-‘Asr)


aku mecintaiNya . Dialah yang satu. yang menyangi daku yang hina ini, memberi rahmat dan ke ampunanya tapi seringkali kali aku mungkir dengan Nya ... Maha Suci Nya memelihara dan memberi petunjuk kepadaku... aku tersedar akan itu... aku tidak akan berputus asa untuk terus berada dalam jagaan kasih sayang Nya .... ketika cintaku bertasbih lagi memuji kebesaran Nya.... ku mengharapakan ke ampunan dari Nya.....

No comments: