Sunday, November 15, 2009

FARR, Find and Run Robot


Find and Run Robot adalah sebuah software yang direka khas untuk para pengguna tegar keyboard. Fungsi utamanya adalah untuk memudahkan anda membuka apa-apa program atau dokumen dalam komputer anda pada bila-bila masa.

Dalam FARR, anda tak perlu tercari-cari di mana program tersebut berada, hanya taipkan namanya dan ia akan dibuka secara automatik. FARR sememangnya sebuah software yang dapat meningkatkan produktiviti dalam urusan komputer, terutamanya apabila hendak membuka satu-satu fail atau dokumen. Terdapat banyak lagi fungsi yang belum diterokai dalam FARR, kerana ia mempunyai banyak bahagian yang boleh diubah-ubah.

Download di sini, http://www.donationcoder.com/Software/Mouser/findrun/

No comments: