november 22, 2009 - sunday
Buat semua mujahidah pejuang Islam, Jadilah insan yang punya matlamat yang jelas yang tahu arah pergerakannya, Sama ada ke kiri atau ke kanan, ke depan atau ke belakang… Andai engkau tersilap langkah, tiada salahnya untuk berpatah balik dan memulakan perjalanan yang baru… Andai engkau jatuh tersungkur, kuatkan semangatmu untuk terus bangun dan berlari ke hadapan… Andai engkau gagal, ketahuilah bahawa kegagalan itu tidak akan terus menjadi milikmu sekiranya kau terus berusaha demi mencapai kejayaan… Andai engkau di dalam kesedihan, Merintihlah di hadapan Rabb mu kerana hanya Dia yang mampu memberi ketenangan kepadamu… Jadilah seperti pohon kurma, Tinggi cita-citanya, Kebal dari penyakit, Dan bila dilempar batu, ia membalas dengan buah kurmanya… Jadilah seperti lebah, Makan dari yang baik dan mengeluarkan yang baik… Apabila ia hinggap pada ranting, ia tidak mematahkannya, Menghisap sari bunga tanpa menyengatnya, Mengeluarkan madu tanpa menyengat, Terbang dengan membawa kecintaan dan hinggap dengan membawa kasih sayang… Ia mempunyai suara dengungan bagaikan berita gembira... Serta suara desingan bagaikan ungkapan kepuasan… Seakan-akan ia bagaikan malaikat yang ada di langit, turun ke bumi dari alam yang kekal… |
No comments:
Post a Comment