Friday, November 6, 2009

Dari saya untuk kamu.........


Maafkan saya....


kamu..... saya tak pernah kenal kamu
saya xpernah lihat kamu.
tapi kamu datang, saya temui kamu tnpa dirancang.
mungkin ini takdir saya jumpa kamu.

kamu lain, bila pandangan mata saya terpandang kamu,
kamu lain dari yang lain, pernah saya lihat mata secantik mata kamu
pernah juga saya bertanya, adakah kamu yang saya kenali?

saya takut tapi saya cuba kerana risau luka lama kan kembali terguris.
saya sukakan kamu, saya dh simpan perasaan terhadap kamu...
tapi kamu menolak, kamu tak pernah bagi peluang, saya suka cara kamu.
saya cuba ikut rentak kamu, saya suka apa yang kamu suka, saya rela apa yg kamu rela.

tp akhirnya saya sedar, bila hati dah mula berkuasa..
akal pun tidak berguna.

kamu tetap dengan pendirian kamu, tetap katakan tidak.
tapi tak mengapa, saya bersyukur pada yang esa...
kamu dah byk mengajar saya, kamu dah byk sedarkan saya.
saya tak akan katakan lagi apa yang biarlah ia menjadi rahsia.

saya benar2 sayangkan kamu, benar2 cintakan kamu.
tapi perasaan itu yang kamu selalu katakan ianya racun dalam persahabatan.
saya akur, saya turuti kamu kerana kamu, saya berdiri kembali...

kamu selalu ckp, Jangan buat kalau tak mampu.
jangan cakap kalau x tahu.
saya memang tak mampu, saya memang tak tahu.

kamu dah bnyak mengubah saya tanpa saya sedar.
terima kasih buat kamu.....
kata2 kamu selalu menjadi semangat untuk saya terus bangun dr kekecewaan lama.
tiap kali saya membaca wacana kamu, tiap itu lah datang nya semangat
itu la inspirasi.

bila saya sunyi, saya nak dengar suara kamu..
hati memberontak...kadang2 saya seolah-olah nak cari kamu dimana.
nak berbicara, saya tenang bila suara lunak kamu bergema di cuping telinga saya.
kamu selalu menegur, kamu juga selalu memarahi saya,

tapi saya tak pernah rasa kecil hati,..
kerana saya puas bila mendengar suara kamu, telahan kamu.
entah...mungkin saya rasa perasaan yang cukup tenang.

jangan terlampau baik dengan kamu..
itulah pesanan kamu yang selalu kamu igtkan.
tapi kenapa? saya cuba fahami kamu
tapi baru kini saya mengerti.

bukan baru bg kamu,
bukan mudah bg org lain yang pernah rapat dengan kamu.
tp saya kagum dengan kamu, kamu ternyata berbeza.
mungkin ad tanggapan saya terhadap kamu amat jauh bezanya.


saya xnak kehilangan kamu,
biarlah walau sesaat pun.
saya tetap mahu bersama kamu.
saya tidak mendoakan jodoh bersama kamu,
tapi biarlah kita kekal sebagai sahabat.
kekal dunia akhirat.

saya gembira pabila kamu gembira.
saya seronok dengar suara kamu yang hepy
saya tenang bila bercakap dgn kamu.
saya tiada apa2 untuk dijanjikan

tapi tolonglah jgn membuatkan saya berasa jauh dari kamu
biarlah saya memperbaiki kesilapan lama...
tunggulah saya dengan saya yang baru..
berilah saya masa..........

Jangan biarkan orang lain nampak kelemahan kita..
Jangan terlampau rendah diri.
cari mana kehebatan diri........


tapi saya tak mengharap kamu tunggu saya,
kerna saya juga tak akan menunggu kamu...
bukan kerna saya tak mahu,
kerna saya tahu kamu juga begitu... - azry 06/11/2009







No comments: