Sunday, November 1, 2009

MASJID BESI - LANDMARK BARU PUTRAJAYA

MASJID BESI - LANDMARK BARU PUTRAJAYA

Posted by milz

FAKTA :

* Pembinaan masjid dengan kos RM180 juta itu bermula April 2004 dan dijangka siap sepenuhnya pada OGOS 2009
* Putrajaya memang merancang 2 tapak kawasan untuk pembinaan masjid sejak dahulu lagi
* rujukan yang digunakan -stadium terkenal milik pasukan Real Madrid iaitu Stadium Bernabeu, perpustakaan negara, Paris dan ruang letak kereta di Barcelona.

Design

* berkonsep berangin (airy), sederhana (light) dan telus (transparent).
* Dinding menggunakan Crystalized glass.
* sistem pengudaraan udara sejuk atau gas district cooling (GDC) digunakan bagi menggantikan sistem penghawa dingin dan kipas.
* Perjalanan menuju ke masjid melalui sebuah jejantas yang menghubungkan Dataran Putrajaya ke kawasan masjid dipanggil Kiblat Walk seluas 13,639 meter persegi. Kawasan yang menghadap kiblat ini dihiasi dengan kolam air seolah-olah berada di kawasan kota istana purba Al Hambra,Spain.
* Pintu utama menuju ke ruang solat utama, terukir ayat suci al-Quran dari surah Al-Israa’ ayat 80.
* Dinding Mihrab yang diperbuat daripada panel kaca setinggi kira-kira 13 meter juga diimport khas dari Jerman. Pada cermin itu terukir Surah Al Baqarah and Surah Ibrahim.
* Hanya 1 kubah yang dibuat dari besi

FAKTA: Kemudahan disediakan
# Ruang solat (dewan utama, ruang terbuka dan dewan solat muslimat)
# Tiga unit kuaters dua tingkat tiga bilik untuk kakitangan masjid
# 10 unit bazar atau ruang niaga di dalam kawasan masjid
# Bilik pameran mampu memuatkan 250 orang
# Dapur
# Bilik VIP
# Bilik penyelenggaraan
# Bilik jenazah
# Pejabat
# Bilik kawalan audio visual
# Ruang letak kereta (bawah tanah)
Kiblat Walk – Ruang kolam umpama istana Al Hambra yang menghadap kiblat

Iwan Utama – Laluan gerbang utama menuju Sahn yang terukir Asma Ul Husna

Sahn – Kawasan laman menempatkan ruang solat terbuka dan padang

Dinding Mihrab – Kawasan ruang solat utama, ditempatkan cermin kaca dengan ukiran ayat Al Baqarah dan Ibrahim. Kelihatan seolah terapung di udara.

FAKTA NOMBOR: Masjid Besi, Putrajaya
# RM180 juta – Kos pembinaan
# 60,156 – Meter persegi luas masjid
# 20,000 – Kapasiti jemaah.


MENGAPA DIBINA???
Lokasi masjid ni dikatakan berdekatan, tapi tak sebenarnye, jauh la jugak. Mak aku kata, masjid yang sedia ada ni tak mampu nak tanggung jemaahpada hari jumaat. Ia juga disediakan untuk kakitangan kerajaan yang berkerja berdekatan.
Apabila Masjid Besi ini telah siap, Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) akan mengambil alih pengurusannya dan akan mengatur segala aktiviti keagamaan yang akan dijalankan.

No comments: