Sekelompok siswa kelas geografi sedang mempelajari 7 keajaiban dunia. Pada awal pembelajaran, mereka diminta menyenaraikan apa yang mereka fikir merupakan "7 Keajaiban Dunia" saat ini. Walaupun ada beberapa senarai yang tidak sesuai, sebahagian besar para pelajar menyenaraikan :
1. Piramid
2. Taj Mahal
3. Tembok Besar China
4. Menara Pisa
5. Kuil Angkor
6. Menara Eiffel
7. Kuil Parthenon
Ketika mengumpulkan senarai pilihan guru tersebut memerhatikan seorang pelajar (gadis) yang pendiam, yang belum mengumpulkan kertas pilihan senarainya. Jadi guru terbabit bertanya kepadanya apakah dia mempunyai kesulitan dengan senarai itu.
Gadis pendiam itu menjawab...."Ya sedikit....(dalam nada sedikit gugup) saya tidak tahu mahu memilih yang mana satu kerana terlampau banyak.” Guru itu pun berkata "Baik, beritahu kepada kelas apa yang awak miliki dan mungkin kita semua dapat membantu memilihnya."
Gadis itu termenung sekejap kemudian membaca ...Saya fikir 7 keajaiban dunia adalah :
1. boleh melihat
2. boleh mendengar
3. boleh menyentuh
4. boleh mencintai
5. boleh merasakan
6. boleh ketawa
7. boleh menangis
Ruang kelas hening seketika. Alangkah mudahnya bagi kita untuk melihat pada eksploitasi manusia dan menyebutnya "keajaiban". Sementara kita lihat semua yang telah Allah kurniakan untuk kita, kita menyebutnya sebagai "aah benda biasa". Semoga anda pada hari ini diingatkan tentang segala hal yang betul-betul ajaib dalam kehidupan anda
*** Kopi & pes sbg renungan
Posted by 0ne
No comments:
Post a Comment