Sebagaimana kita tahu penyanyi Indonesia , Ahmad Dhani yang menyanyikan lagu P.Ramlee - Madu Tiga. Kita buat tak kisah pun kan malah radio Malaysia rajin memutarkan lagu ni. Tak lah sesedap mana pun tapi pelik juga apasal radio Malaysia suka mainkannya.
Kini kumpulan Wali , dari Indonesia mendakwa komposer Malaysia telah menciplak lagu mereka yang bernama ' Cari Jodoh'. Mereka begitu serius tetapi bukan nak mendakwa si penciplak tapi macam nak 'menyerang' negara Malaysia pula.
Kumpulan Wali mendakwa komposer "membajak" (huhu) lagu mereka 'Cari Jodoh'.
"Iya, memang lagu kami yang judulnya Cari Jodoh diaransemen ulang oleh musisi Malaysia," kata Apoy, gitaris Wali, membenarkan kabar tersebut.
"Itu berita yang sangat mengejutkan karena lagu kami dibajak di Malaysia. Kita tidak akan tinggal diam karena mereka mencuri lagu kami," janji Apoy mewakili bandnya saat ditemui Studio Penta, Selasa (13/10) kemarin.
Dilanjutkannya, dengan kejadian ini, mereka menuntut Malaysia untuk meminta maaf. Namun begitu, Wali juga akan terus melakukan tindak lanjut pengusutannya
Sumber: http://id.news.yahoo.com/
Ini menunjukkan artis mereka juga anti-Malaysia sedangkan radio-radio Malaysia terutama Hot.FM dan Era terhegeh-hegeh masih juga suka mendendangkan telinga kita dengan lagu dari Indonesia juga.
Dah banyak komplen tapi stesyen radio ni buat bodoh sahaja. Biar lah lagu kita kononnya tak sedap tapi kalau lagu "enjit-enjit semut" pun dimainkan tiga kali sehari pun boleh jadi top 10 juga agaknya.
Hebat sangat ke lagu Wali tu? Entah saya pun tak berapa familiar dengan kumpulan Wali ni tapi kalau dari segi nama 'wali" tu kita mesti terbayang lelaki alim berjanggut yang berjubah dan berserban putih macam wali songo tu. Kalau kumpulan di Malaysia bernama Wali silap-silap kena ban.
Tapi kalau betullah ada mamat komposer di Malaysia ni yang menciplak lagu Wali ni memang memalukan negara. Carilah idea sendiri bro..
Posted by AHMAD SAIFUL Team Scripters.Ning
No comments:
Post a Comment