Saturday, October 24, 2009

Angau? Cinta? Angau bukan Cinta. (Part I) * Posted by Is-haque

Dalam bidang psikologi, terdapat satu istilah yang disebut infatuation. Dalam
Bahasa Melayu, perkataan yang paling hampir dengannya ialah 'angau' (eh, betul ke istilah ni wujud? Tak kiralah..asalkan pembaca boleh faham). Lazimnya melibatkan sepasang manusia yang berbeza jantina, yang mula timbul perasaan saling menyukai antara satu sama lain.

Angau ini juga boleh terjadi hanya pada salah seorang, tetapi istilah yang lebih sesuai untuk kes sebegini, adalah 'gila bayang', yang selalunya terjadi dalam kes-kes yang disebut sebagai 'bertepuk sebelah tangan'.

Baiklah. Apakah definisi infatuation ataupun angau ini? Takrifan secara ringkas ialah 'perasaan saling menyukai di antara sepasang lelaki dan wanita di awal perkenalan, yang zahir secara agak keterlaluan dan lazimnya hanya bersifat sementara'. Boleh faham kan?

Situasi ini juga kadangkala dirujuk sebagai 'mabuk cinta', 'jatuh cinta', 'mabuk air sejuk' (slanga di pantai timur Semenanjung), dan sebagainya. Tidak dapat dipastikan pula samada 'cinta pandang pertama' itu boleh dimasukkan ke dalam kategori angau, akan tetapi kedua-duanya mempunyai banyak persamaan.

Ciri-ciri utama angau ini ada tiga, iaitu:
i. Muncul di awal perkenalan,
ii. Zahir secara keterlaluan, dan
iii. Hanya bersifat sementara.


Berikut adalah huraian tentang ciri-ciri yang telah disebutkan ini:

i. Muncul di awal perkenalan
Ketika mula berkenalan, secara tiba-tiba anda menyukai insan tersebut. Ataupun anda hanya melihat wajahnya atau mendengar suaranya, tetapi perasaan suka (teramat SUKA!) tu dah muncul.

Jika ketika itu anda disoal apakah sebab anda menyukai si dia, pasti jawapan anda amat kabur...atau tiada rasional langsung. Mungkin anda akan menjawab "sebab mata dia cantik", "kerana kulitnya cerah", atau "sebab suara dia manja".

ii. Zahir secara keterlaluan
Emosi yang lahir dalam bentuk perasaan yang amat indah ini datang dalam sifat yang agak keterlaluan.

Contohnya, anda melihat kesan jejak tapak kasut si dia pun sudah dapat mendatangkan perasaan bahagia. Atau, cukup dengan mendengar dia berkata "Saya sukakan tulisan/kemeja/kasut/kucing/mata/misai awak", sudah memadai untuk membuat anda berada diawang-awangan..sedangkan dalam situasi normal, anda tidak sewajarnya menghasilkan reaksi sedemikian. :-) Ibarat kata ungkapan orang sekarang, 'kentut pun berbau wangi'..


iii. Hanya bersifat sementara.
Mm, inilah ciri-ciri angau yang paling jelas. Perasaan 'berbunga-bunga' itu tidak bertahan lama. Cuma tempohnya bergantung kepada situasi dan individu itu sendiri. Ada orang yang mengalaminya sesingkat beberapa jam sahaja, ada yang mengalaminya buat beberapa hari, dan ada yang hingga berbulan-bulan. Ini bergantung kepada kekerapan anda berkomunikasi atau bertemu dengan si dia.

Setelah habis tempoh angau, 'perasaan ajaib' itu akan mulai pudar, dan anda sudah tidak hairan lagi dengan si dia. Biasanya anda mula menyedari tentang beberapa kelemahan atau kekurangan yang ada pada si dia. Atau dia dilihat mempunyai terlalu banyak kekurangan.

The spell has been broken. The charm isn't there anymore. Suddenly your sight is clearer than before.
_____

Jika kesemua yang dinyatakan di atas ini berlaku pada anda, tahniah! Anda sudah bebas dari angau.

Menyedihkan?

Tidak juga. Kerana apa yang berlaku setelah lenyapnya perasaan angau ini, masih terdapat dua situasi yang mungkin berlaku:

Pertama; anda akan terus melupakan si dia dan meneruskan kehidupan seperti biasa. Memang bunyinya agak kejam, tetapi untuk apa lagi anda terus bersama seseorang yang sudah mula membuat anda rasa bosan?

Ketika ini, mungkin anda akan terfikir untuk mengabaikan si dia, dan mencari yang lain pula kerana dia sudah tidak menyeronokkan lagi. Dia sudah tidak lagi menarik di mata anda. Tamatlah kisah anda dengan si dia.

ATAU,

Senario Kedua; anda masih tetap menyukainya, tetapi kini dengan lebih rasional. Anda lihat kelemahan-kelamahan yang ada pada si dia sebagai sesuatu yang normal. Anda melihat kekurangan yang ada padanya sebagai sesuatu yang wajar dimaafkan sahaja, kerana anda tahu diri anda juga bukanlah sempurna.

Anda mula melihatnya sebagai seseorang yang memiliki kelebihan dan juga kelemahan, sama seperti diri anda. Anda lebih menghargainya kerana anda tahu dia juga sukakan anda. Anda mula merancang untuk menjadikan si dia sebagai teman hidup anda.

Jika senario yang kedua ini terjadi pada anda, maka yang ini baru layak dinamakan CINTA.

:-)

Semoga berjaya! (tips untuk menjaga buah hati dah berlambak-lambak dalam artikel lain..korang carilah sendiri.. :-P)

Send Message
good info abg Is... kuku penah mengalaminya...Ooo angau rupanya... semakin lama ia semakin pudar...

Reply to This

al`Hamdu lillah :-)

Reply to This

ANGAU TU PERBUATAN ANGAN-ANGAN YANG HAMPIR MENYERUPI KERINDUAN YANG AMAT SANGAT ... SELALU MENGELAMUN UNTUK KEHADIRAN YANG DI RINDUI ... IA NYA HAMPIR BERUPA LOVE AT FIRST SIGHT ... IA NYA BOLEH MEMBUAT SESORANG TERLALAI DISEBABKAN DORONGAN KEINGINAN NYA TERHADAP YANG DI SUKAI NYA ... SEMEMANG NYA BUKAN CINTA ... LEBIH KEPADA DORONG YANG BELUM TERSARONG KE TEMPAT YANG DI RINDUI DAN DI SUKAI NYA. KALAU TAK DI KAWAL DARI AWAL IA NYA MENJADI PENYAKIT YANG MAMPU MEROSAK KAN KEADAAN SESEORANG DARI KEADAAN SEMULAJADI NYA.

Reply to This

Senario Kedua; anda masih tetap menyukainya, tetapi kini dengan lebih rasional. Anda lihat kelemahan-kelamahan yang ada pada si dia sebagai sesuatu yang normal. Anda melihat kekurangan yang ada padanya sebagai sesuatu yang wajar dimaafkan sahaja, kerana anda tahu diri anda juga bukanlah sempurna.

Anda mula melihatnya sebagai seseorang yang memiliki kelebihan dan juga kelemahan, sama seperti diri anda. Anda lebih menghargainya kerana anda tahu dia juga sukakan anda. Anda mula merancang untuk menjadikan si dia sebagai teman hidup anda.

Jika senario yang kedua ini terjadi pada anda, maka yang ini baru layak dinamakan CINTA.

<-- patutnya jd situasi seperti ini... terima seadanya... x de manusia yg sempurna seklipun pak imam..

Reply to This

Angau? Cinta? X kira la ape pon perasaan yg melanda kita.. jangan sampai wat kita lupakan Allah. Jangan biarkan kasih kita pada makhluk melampaui kasih pada Khaliq..

No comments: