Monday, October 26, 2009

: RAHSIA CINTA SEJATI DAN CINTA BERTOKSIK :.

1. Cinta Sejati- Berkompromi, berbincang dan saling bertukar tempat sebagai ketua dalam perbincangan. Bersama-sama menyelesaikan masalah pasangan dan perhubungan. Cinta Bertoksik- Cuba menguasai dan mengawal: menuduh; memanipulasi secara pasif dan agresif terhadap pasangan.

2. Cinta Sejati- Mempunyai keinginan secara individu selain bersama pasangan. Contohnya mempunyai rakan-rakan; menjaga perhubungan yang bermakna dengan pihak lain seperti keluarga anda dan keluarga pasangan, saudara-mara dan sebagainya.

Cinta Bertoksik- Penglibatan secara total dalam perhubungan; mempunyai percampuran yang amat sedikit dengan orang lain; tidak mengendahkan rakan-rakan lama dan sahabat baik malah keluarga sendiri

3. Cinta Sejati- Menggalakkan perkembangan pasangan dari segi pertambahan ilmu, kematangan, mentaliti dan sikap positif.

Cinta Toksik- Mengongkong sikap dan tindak-tanduk pasangan; takut pasangan berubah.

4. Cinta Sejati- Kepercayaan yang kukuh dan bersesuaian terhadap pasangan.

Cinta Toksik- Cemburu buta; menguasai dan mengongkong hidup pasangan kerana takut sangat pasangan berubah hati.

5. Cinta Sejati- Menerima kekurangan pasangan; menghormati pasangan sebagai seorang individu yang mempunyai kelemahan sebagai manusia biasa.

Cinta Toksik- Cuba mengubah pasangan ke arah acuan dan imejnya sendiri.

6. Cinta Sejati- Bila pasangan tidak ada bersama, mampu menjaga dan mengawal diri serta boleh melakukan aktiviti harian dengan normal; hidup tetap ceria.

Cinta Toksik- Tak boleh berenggang; gelisah bila keseorangan tanpa berjumpa atau pasangan di sisi walaupun untuk masa yang singkat.

7 Cinta Sejati- Perhubungan berdasarkan kehidupan sebenar dan sentiasa berpijak pada realiti dan bumi nyata.

Cinta Toksik- Perhubungan berdasarkan fantasi dan mengelak dari realiti.

8. Cinta Sejati- Kedua-dua pasangan faham akan tanggungjawab menjaga diri sendiri dan hubungan secara bersama; tahap emosi individu tidak bergantung pada ‘mood’ pasangannya. Sebagai contoh, bila yang seorang sedang marah, seorang lagi mampu mengawal emosi dan keadaan dengan baik.

Cinta Toksik- Mengharapkan pasangan secara total menjaga perasaan dan dirinya. Harapan pasangan akan menyelamatkannya dalam apa jua keadaan tanpa mengambil inisiatif sendiri.

9. Cinta Sejati- Sikap sentiasa untuk membangun dan memajukan diri sendiri amat diberi perhatian. Bila ini berlaku, perhubungan akan secara langsung maju dan bahagia.

Cinta Toksik- Terlalu ‘obses’ dengan perhubungan/percintaan sehingga tidak mengendahkan kemajuan dan pembangunan diri. Akhirnya hubungan akan turut hancur.

10. Cinta Sejati- Sentiasa berada dalam kitaran perhubungan yang selesa dan perasaan dilindungi.

Cinta Toksik- Sentiasa berada dalam kitaran perhubungan yang derita, perasaan takut dan curiga.

Posted by AHMAD SAIFUL

No comments: