Friday, October 23, 2009

Berkongsi tafsir mimpi kita…

بسم الله الرحمن الرحيم

tAKWIL MIMPI INI AB AMBIL ADRI KITAB TAFSIR al-Ahlam al-Kabir yg di tulis oleh IBNU SIRIN ra SEORANG ULAMA TABI’IN KENAMAAN (WAFAT PADA TAHUN 110H/726M) YG MENIMBA ILMU LANGSUNG DARI PARA SAHABAT NABI saw.ILMU TTG MIMPI INI MERUPAKAN VAKSPESIALISASINYA, HAL ANI TELAH DIAKUI, BUKAN SAHAJA DARI KALANGAN MUSLIM TETAPI NON MUSLIM JUGA..

Dlam islam, mimpi adlh sebuah hakikat dan cahaya rabbani yg turun kpd hamba2Nya secara halus dan penuh hikmah.Ini disebut ar-ru’yah al-haq.Telah byk terjadi peristiwa besar yang diawali dgn isyarat mimpi.hal ini debagaimana yg dipaparkan dlm Quran, sunnah, dan brbagai pengalaman hidup byk org.

bagaimanapun mimpi yg benar mncerminkan hakikat berbgai amalan.juga memperingatkan tentang akibat dari berbagai urusan
krn denganya trdapat pendorong, penyuruh, peringatan dan kabar gembira… mengapa? krn mimpi adalah salah satu sifat kenabian(nubuwwah) yg masih tersisa.bahkan ia adlh slh satu dari dua bagian kenabaian.

apabila kiamat mulai mendekat, mimpi seorang muslim mostly x pernah bohong.mimpimu yg pling benar adlh mimpi yg pling benar(jujur)ucapan percakapannyer.mimpi seorang muslim merupakan slh satu dari 45 sifat kenabian.Tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang terkandung didalamnya. Ada kalanya mimpi bagaikan angin lalu namun ada yang benar-benar menjadi kenyataan. Mimpi insan yang bertakwa merupakan perkhabaran yang akan berlaku, kerana Rasulullah tidak bermimpi melainkan mimpi baginda menjadi kenyataan. Sedangkan mimpi insan yang tidak beriman merupakan berita yang disebarkan oleh syaitan.dan yg ketiganya mimpi pembicaraan jiwa kiter sndiri(pngaruh psikologis)

didalam kitab ini juga ada gijelaskan bagaimana seorang muslim ingin mndapat mimpi yg benar.. ab jelaskan secara pendek saje.krn terlalu byk dan panjang.. salah satunyer… selalu bersikap jujur. menjaga fitrah adlh seperti bersunat, menajamkan pisau sembelihan, memotong bulu ketiak, memotong kuku yg panjang, memotong kumis, sesuai dgn hadith… hendaklah juga kita tido dlm keadaan wudhu’, tido miring kekanan..

dan waktu mimpi yg paling benar adalah di siang hari selepas zuhur dan sebelum subuh..

buku yg berhalaman lebih dari 600 halaman ini mengandungi pelbagai takwil mimpi org2 muslim…mrangkumi.. perlakuan, binatang, makanan, warna. pakaian, perbuatan segala perbuatan, penyakit, musi, malapetaka, dan sebagainyer,,, ab ceritakan sedikit slh satu part yg ada dlm buku ini..

ada suatu malam ketika seorang yang soleh sedang tidur maka dia telah bermimpi melihat malaikat maut. Maka dia telah bertanya: " Wahai malaikat maut! berapakah lagi baki umurku untuk hidup?". Maka malaikat maut telah menunjukkan isyarat dengan tangan dengan menunjuk lima jarinya.Maka dia bertanya lagi mengenai angka lima tadi samada ia menunjukkan lima tahun atau lima bulan atau lima minggu atau pun lima hari. Tiba-tiba sebelum malaikat maut itu menjawab soalannya maka dia telah terjaga dari tidurnya.

Untuk mengetahui jawapan mengenai mimpinya itu maka dia telah pergi menemui Ibnu Sirin yang merupakan seorang ulama’ yang hebat dalam ilmu tafsir mimpi. Dia bertanya Ibnu Sirin : "Sesungguhnya aku telah melihat malaikat maut dalam mimpiku dan aku telah bertanya kepadanya mengenai baki umurku. Malaikat maut itu telah mengisyaratkan kepadaku dengan menunjuk lima jarinya dan aku tidak dapat tahu mengenai angka lima yang diisyaratkan tadi samada lima tahun atau lima bulan atau lima minggu atau pun lima hari. Mendengar saolan yang telah dikemukakan, maka Ibnu Sirin menjawab bahawa angka lima itu bukanlah bermaksud lima tahun atau lima bulan atau lima minggu atau pun lima hari tetapi perkara yang hendak diberitahu oleh malaikat itu ialah berkenaan dengan soalan engkau yang merupakan salah satu daripada 5 perkara ghaib yang hanya diketahui oleh Allah. Perkara itu adalah sebagimana firman Allah dalam ayat 34 surah Luqman yang bermaksud : Sesungguhnya di sisi Allah sahaja pengetahuan mengenai hari qiamat, dan Dialah yang menurunkan hujan dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui dengan pasti apa yang akan dilakukannya esok hari. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.

KISAH DALAM MIMPI

Dua orang lelaki telah pergi menemui Ibnu Sirin. Lelaki yang pertama telah masuk menemuinya dan bertanya : "Aku telah bermimpi dan aku mahu engkau mentafsirkannya. Aku telah melihat dalam mimpiku hari ini sesungguhnya akau telah diberi keizinan". Maka Ibnu Sirin telah memberitahunya bahawa dia akan pergi mengerjakan ibadat haji di Mekah.

Selepas itu pemuda kedua pula masuk dan berkata : " Sesungguhnya aku telah melihat dalam mimpiku bahawa aku telah diberi keizinan". Maka Ibnu Siri mengatakan bahawa engkau pencuri. Mendengar jawapan tadi maka semua mereka yang ada bersama Ibnu Sirin terkejut. Lalu Ibnu Sirin memberitahu mereka bahawa dia telah melihat muka lelaki pertama yang mana ada tanda orang soleh. Oleh sebab itu dia terus teringat firman Allah dalam ayat 27 surah al-Haj yang bermaksud : Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan menunggang unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh.

Mengenai lelaki yang kedua pula, dia nampak ada tanda-tanda orang yang melakukan maksiat. Oleh itu dia terus teringat firman Allah dalam ayat 70 surah Yusuf yang bermaksud : ….kemudian berteriaklah seseorang yang berkata : " Wahai kafilah! sesungguhnya kamu adalah orang-orang yang mencuri.

TANGISAN SEORANG KHALIFAH

Pada suatu hati ketikamana Huzaifah masuk menemui khalifah Umar bin al-Khattab maka dia telah mendapati beliau sedang menangis yang mana air mata mengalir dari kedua kelopak matanya. Ketika menjawab pertanyaan Huzaifah tentang sebab dia menangis maka beliau memberitahu bahawa dia begitu takut sekiranya dia melakukan kesalahan dalam tindakan tetapi tiada seorang pun yang akan menegurnya kerana begitu menghormati beliau.

TAHAN MARAH

Telah di bawa kepada Umar bin al-Khattab seorang yang mabuk. Umar telah memerintahkan agar dia di kenakan hukuman hudud. Ketika menjalankan hukuman hudud ke atas orang yang mabuk tadi maka beliau telah dihina oleh orang mabuk itu. Umar terus berhenti daripada memukulnya. Maka ditanya kepada beliau mengenai sebab beliau berhenti daripada memukul orang yang mabuk itu ketika dia menghina beliau. Beliau menjawab bahawa ketika dia menghinaku, aku merasa marah. Jika aku terus memukulnya akan menyebabkan aku memukulnya disebabkan kemarahanku kepadanya bukannya kerana menjalankan hukum Allah.

MERATAPI MAYAT

Seorang lelaki telah menulis surat kepada seorang yang lain yang menceritakan bagaimana seorang kawannya telah mati. Oleh kerana terlalu banyak menangis kerana kesedihan di atas kematian kawannya tadi menyebabkan dia hilang penglihatan. Lelaki yang menerima surat tadi terus membalasnya dan memberitahu bahawa dosa orang yang menangis tadi ialah kerana dia terlalu menyintai seseorang yang mati. Oleh itu dia meminta agar dia menyintai Allah Tuhan yang hidup dan tidak akan mati kerana dengan melakukan perkara ini akan menyebabkan dia tidak perlu lagi menangis ke atasNya.

Source abby-ukhwah.blog

No comments: