Tuesday, October 20, 2009

Tips Untuk Berkenalan Rapat Dengan Seseorang

Tips ini saya rasa khusus untuk lelaki je kot sebab mesti la lelaki yang nak tackle perempuan kan? Takkan la perempuan nak tackle lelaki … Tetapi ade juga dizaman moden ni perempuan yg tackle lelaki,pada perempuan yang nak tackle lelaki tu bleh ambik apa yg perlu jer yer..ubah2 laa mengikut kesesuaian..

Di sini, saya ingin berkongsi dengan para jejaka sekalian bagaimana caranya untuk anda mendekati dengan sesorang gadis yang anda ingin kenali. Atau dalam kata yang lain, nak ber’kapel. Kalau korang ada tips yang lain, boleh la berkongsi sama

Jangan Terburu-buru…

Kebanyakan yang kita jumpa, ramai yang terburu-buru bila dia dah syok pada seseorang perempuan. Kalau boleh, masa tu la dia nak no phone, masa tu la dia nak mesej-mesej, masa tu la dia nak tanya macam-macam.

Rileks… Bertenang… Jangan kelam-kabut. mesti cool… Kalau nak mintak no phone pun ada cara nyer. Jangan main terjah terus. Perkenalkan diri dulu dan bagitau niat nak berkenalan.

Kalau dia sombong atau tak nak layan tu, maksudnya, dia sudah berpunya atau dia ada masalah lain yang dia tidak dapat nak terima anda k.


Be Gentleman…

Yup! Be gentleman… Tunjukkan siapa diri anda. anda lelaki, dan dia perempuan. Sudah pasti anda lagi kuat dari perempuan. Sekiranya anda tengok dia perlukan bantuan, berikanlah pertolongan. Offerkan diri untuk tolong dia. Takkan nak tunggu si dia yang panggil kot. Tu ngada-ngada namanya…

Usik-usik la sikit…

Kadang-kadang anda perlu menggatai sikit… Puji la pasal tudung baru dia ke, kasut baru dia ke, make-up dia ke… Puji je apa-apa yang patut. Saja nak mengusik dia. Biar dia tersenyum malu gitu…

Kalau takde idea nak usik dia, cuba ceritakan something yang kelakar atau kisah kehidupan sendiri. Mesti dia tertarik untuk ambil tahu. Lagi-lagi kalau tambah adegan yang suspen siap ada ‘to be continued’ macam tu. Confirm dia akan tertanya-tanya dan suruh ber cerita lagi.

Mulut kena manis…

Kebanyakan lelaki kantoi dekat sini. Mereka tak tahu nak cerita pasal apa bila bertemu dengan perempuan. Bila terserempak je, mula la lidah kelu, otak jammed. Semuanya tak jalan.

Dekat sini lelaki kena pandai mencari idea untuk mulakan perbualan. Takkan nak dua-dua senyap membisu je. Dia pun akan berasa bosan nanti. Jadi, anda kena kreatif dalam berbicara. Lihat sekeliling dan ceritakan apa yang berlaku pada ketika itu.

Kalau masa tu korang dekat taman permainan, cakap la, “eh…pandainya kontraktor ni buat buaian kan? Siap kaler biru lagi. Mesti masa kecik-kecik dia suka main buaian kan? Awak masa kecik-kecik suka main buaian tak?” Walaupun ianya tidak seberapa menarik, tetapi atleast dari situ anda akan mewujudkan daya untuk berbual.

Biar dia rindu…

Ha…ni tips yang menarik. Biar dia rindu pada anda. Bagaimana nak buat tu? Semasa korang asyik berSMS, cuba ambil satu masa atau satu hari tu, korang tak SMS dia langsung. Cuba lihat reaksi dia.

Adakah si dia akan SMS atau dia pun senyap je. Kalau dia SMS, maksudnya, bagus la tu. Mesti dia pun tengah sunyi dan rindu . Tetapi…kalau dia pun tak SMS, bahaya gak la. Maksudnya, anda hanyalah seorang insan yang biasa di hati dia. Kena banyakkan usaha lagi.

Jadi…begitulah serba sedikit tips yang saya dapat kongsikan untuk artikel ni. Bagi kepada jejaka-jejaka di luar sana gunalah klu nk guna,ini rahsia perempuan tau...jgn bgtau kt perempuan lain nanti dorang marah sy sbb bocorkan rahsia kaum perempuan nii... sorry gurl huhu ......

Posted by ryna yusoff

No comments: