Wednesday, October 28, 2009

.: ULUL ALBAB - PEMIKIR KEBESARAN ALLAH :. BHG. 1



Demi Allah, segala pujian bagiNya, pujian besar-besaran yang mampu menggegarkan seluruh penduduk bumi bahkan gunung ganang, 7 lautan yang mengelilingi benua turut tunduk patuh atas kehebatan luar biasa. Tiada satu makhluk yang mampu menandingi kehebatan taraf ilmu yang
dimilikiNya. Ilmu inilah yang menghiaskan segala keperluan dan kehendak makhluk
terpilih. Kehebatan sebeginilah yang
mampu memacu manusia dengan teknologi yang canggih sehingga mampu memanfaatkan
sebutir pasir menjadi medium kajian kejadian bintang-bintang. Kekuasaan yang sememangnya mutlak inilah yang
menyingkap betapa indahnya kejadian alam semesta, sehingga mampu membuktikan
nebula itu ‘kilang’ kelahiran bintang. Pembuktian sebegini hebat menjadikan kalimah Agung didengari oleh
pelusuk manusia yang cintakan keimanan. Kecintaan yang hakiki telah mendorong manusia meyakini sistem suria
asalnya dari gas yang berterbangan. Paparan alam ini sebenarnya telah membuka
banyak pintu hati untuk menerima sinar kebenaran. Paparan ini juga menyingkap
tirai minda akan keharmonian berjuta-juta bintang dan galaksi yang bergerak
dalam lingkaran yang tiada kecelaruan. Bayangkan akan logik akal yang mahu
memikirkan hal ini. Bayangkan kelajuan Bumi yang beredar, pengorbitan sistem
solar dan pergerakan Bima Sakti. Masing-masing melangkaui logik akal dengan bumi berkelajuan 108 000 km
per jam untuk melengkapi satu pusingan orbit, melebihi kelajuan peluru sebanyak
60 kali ganda. Sistem Solar pula
bergerak dengan halaju 720 000 km per jam menuju Solar Apex (laluan perjalanan
matahari di Bima Sakti) iaitu tempat di atas stera angkasa yang hampir kepada
bintang Vega. Ruang angkasa yang menakjubkan ini menjadi tempat Bima Sakti
‘mengorbit’ dengan 950 000 km per jam. Jutaan
gemerlapan bintang tidak berupaya untuk melawan kehendak al-Khaliq. Jutaan kerlipan yang menghiasi langit kita
tidak mahu untuk berlanggar satu sama lain, walau di sekitarnya asteroid,
bintang,sistem solar lain seolah-olahnya terbang seperti peluru, bahkan
terdapat beratus malah beribu billion lagi.




“Dia menjadikan malam dan siang, matahari dan bulan, setiap mereka berenang di falak (tempat peredarannya)”. (Surah al-Anbiya: 33)



Firman Allah dalam surah As-Fussilat ayat ke-11:

Maksudnya: Kemudian Dia (Allah)
menunjukkan kehendakNya ke langit, sedang ia sebagai asap, lalu kataNya kepada
langit dan bumi: Datanglah kamu berdua (mengikutilah), baik dengan patuh atau
dengan terpaksa. Sahut keduanya, kami
datang dengan patuh.


Hebat bukan! Cuba lihat petikan ini:

“Ketika mengelilingi matahari, bumi
mengikuti seperti suatu orbit di mana setiap 18 batu, ia hanya tersasar sejauh
2.8 milimeter daripada arah. Orbit yang diikuti oleh bumi tidak pernah berubah,
kerana walaupun tersasar sejauh 3 milimeter akan menyebabkan kemusnahan besar;
sekiranya tersasar 2.5 milimeter sebagai ganti 2.8 milimeter, maka orbit
tersebut akan menjadi besar dan semua kita akan beku. Sekiranya tersasar sejauh 3.1 milimeter, kita
akan mati terpanggang”. (Bilim ve Teknik, Julai 1983)


Ustaz Khairulzaman bin Hj Anuar
Universiti Teknologi Malaysia

Posted by AHMAD SAIFUL

No comments: