Sunday, October 18, 2009

RESEPI KEPAK AYAM BBQ

BAHAN-BAHAN

1) Kepak ayam (6 ketul)
2) Serbuk BBQ (1 sudu besar)
3) Sos teriyaki (1/2 cawan)
4) Sos tiram (1 cawan)
5) Kicap (1/4 cawan)
6) Madu (1/4 cawan)
7) Sos tomato (1/4 cawan)
8) Gula (1 sudu besar)
9) Garam (sedikit)


CARA-CARA

Caranya sangat mudah, campurkan sos teriyaki, sos tiram, madu, sos tomato, kicap, serbuk bbq, gula dan juga garam.

Kacau sehingga sos ini sebati.

Kemudian masukkan kepak ayam dan gaul rata bersama sos tersebut.

Perapkan semalaman atau sekurang-kurangnya 8 jam di dalam peti ais. Namun ia akan lebih enak rasanya jika diperap lama.

Setelah siap diperap, bakar di atas pemanggang lebih kurang 40 hingga 45 minit.

Bakar kedua-dua belah bahagian supaya masak sekata

Kepak ayam bbq sedia untuk dinikmati


Source Scripters.Ning

Posted by syafiqa aleeya

No comments: