Dalam fikirannya hanya dipenuhi dengan bayangan wajah gadis tersebut, yang dirasakan umpama bidadari turun ke bumi. Matanya yang menjeling manja, bibirnya yang comel kemerahan, pipinya yang mulus, senyumannya yang memikat kalbu, langkah kakinya yang penuh santun, busananya yang beralun-alun dihembus angin, semuanya indah seindah-indahnya!
Haha..kalau anda dah baca artikel pertama penulis tentang angau, ya..anda tahu sebenarnya pemuda itu sedang sakit angau..atau lebih tepat, gila bayang. Hassan al-Basri gurunya juga sedar tentang perkara ini. Beliau khuatir apabila melihat murid kesayangannya semakin sukar menumpukan perhatian dalam majlis ilmu.
Lalu beliau melakukan sedikit soal-selidik bersama murid-muridnya yang lain, dan akhirnya diketahui bahawa gadis tersebut tinggal bersama orangtua, di alamat sekian-sekian. Beliau menziarahi keluarga gadis tersebut untuk melihat dengan mata kepala sendiri, (manalah tahu kalau sesuai boleh tolong pinangkan terus -penulis ;-P)..dan didapatinya bahawa perempuan tersebut hanyalah seorang gadis kampung yang biasa sahaja.
Hassan al-Basri pulang ke rumah, lalu berdoa; "Ya Allah, tunjukkanlah kepada muridku itu hakikat yang sebenarnya, mudah-mudahan ia kembali sedar".
Tidak lama kemudian, ditakdirkan Allah gadis itu jatuh sakit. Pemuda itu merasa hairan kerana sudah lama tidak terlihat kelibat gadis itu di beranda atau di halaman rumah, apabila dia berjalan melalui hadapan rumah gadis itu. Hatinya menjadi semakin rindu, semakin tidak keruan. Rindu semakin membuak-buak..tak tertahan rasanya.
Beberapa minggu kemudian, Hassan al-Basri memberitahu kepada murid kesayangannya itu; "Bersiaplah, kita akan pergi menziarahi seseorang". Sebagai murid yang patuh, dia menurut saja. Selesai pengajian, dia menemani gurunya berjalan kaki ke tempat yang masih belum diketahuinya.
Dia merasa agak hairan bercampur gembira kerana akhirnya mereka sampai di rumah gadis idamannya itu. Gurunya dilihat seakan kenal dengan keluarga gadis ini. Tapi dia diamkan saja. Dalam hatinya, hari itu adalah hari yang sangat bertuah baginya.
Hassan al-Basri bersama muridnya dipersilakan masuk hingga ke satu ruang di mana gadis itu sedang terlantar sakit. Tubuhnya kurus kering tidak bermaya, matanya kuyu tidak bercahaya, pipinya cengkung, bibirnya kering pucat kebiruan, serta terhidu bau hamis dan hanyir dari pakaian dan tempat pembaringan gadis itu. Hassan al-Basri mendoakan agar gadis itu pulih dari penyakit yang dideritai, kemudian meminta diri untuk pulang.
Sebelum pulang, Hassan al-Basri meminta izin untuk ke bilik air di belakang rumah, dan meminta muridnya ikut bersama. Di bilik air, terlihat saki baki najis dan muntah, yang pastinya datang dari gadis tadi. Hassan al-Basri menyuruh muridnya melihat sahaja tanpa bersuara.
Kemudian Hassan al-Basri berkata: "Sudahkah kamu lihat keadaan gadis itu yang dahulunya cantik menawan, kini nampak seperti mayat bernyawa? Pada fikiran kamu, apakah yang menjadikannya begitu cantik di matamu suatu ketika dahulu?" ujarnya sambil menunjukkan ke arah saki-baki najis dan muntah.
Ketika itu, barulah pemuda itu sedar sepenuhnya. Rupanya dia bukanlah benar-benar mencintai gadis tersebut, tetapi hanya mendambakan kejelitaan yang ada pada gadis itu. Nama gadis itu pun dia belum tahu!
---End of the story. Kisah ini aku dengar daripada kuliah tasawuf Maulana Nur Muhammad di Masjid Al-Akram Datuk Keramat, sekitar penghujung 80an, waktu aku masih remaja. Masa tu aku selalu ikut ayahku ke masjid.
Moral: Apakah yang anda dambakan sebenarnya?
Kecantikan wajahnya? Rupa parasnya yang elok? Susuk tubuhnya yang menawan? Suaranya yang lunak dan manja? Senyumannya yang memikat? Itu semua tidak akan kekal, tuan-tuan yang mulia. Keindahan jasad hanya sementara. Muda hanya seketika. Apa yang tinggal apabila waktu berlalu dan usia semakin lanjut?
Atau anda mahukan si dia kerana harta, pangkat dan jawatan yang dipegangnya? Itu pun bukan sesuatu yang kekal.
Jika anda mahu mencintai seseorang, cintailah dia kerana akhlak dan ilmunya. Cintailah ia kerana agamanya, iman dan taqwanya kepada Allah. Cintailah ia dengan berpada, tidak secara berlebihan hingga melebihi kasih terhadap Allah.
Rasulullah SAW pernah berpesan; "Janganlah kamu mencintai sesuatu berlebih-lebihan, kerana barangkali kamu akan membencinya suatu ketika nanti. Dan janganah kamu membenci sesuatu secara berlebih-lebihan, barangkali kamu akan menyukainya suatu ketika nanti"...(au kama qaal)
Yang lebih utama lagi, cintailah dengan ikhlas kerana Allah. Bukan kerana nafsu
semata-mata, atau hanya disebabkan menurut kata hati...anda takkan bahagia. Jiwa juga tidak akan tenteram.
"Apabila kamu merasa terlalu takjub (kagum) pada sesuatu makhluk melebihi rasa kagum terhadap Allah, maka Allah akan murka sehingga Dia bertindak membinasakannya". (maaf aku lupa taraf dan riwayat hadith ini)
Maka, berhati-hatilah jika mahu bercinta. Semoga cinta anda diberkati Allah! :-)
- Menarik cerita nie Abg Is...pendapat kuku...memang kena ke muka kuku sebagai orang yg 'diangaukan' tu. Kuku pula yg jadi x tentu arah bila org yang angau tu mengamuk. Dia mendakwa kuku kurang memberi perhatian kepada dia. Dia akan marah dan salahkan kuku kerana x balas sms dia... dia akan merajuk klu kuku enggan keluar dgn dia...tetapi lama kelamaan dia sedar diri dan menjadi jemu juga. Bukan niat utk mengecewakan dia...tetapi sekadar menguji sejauh mana dia memerlukan kuku...akhirnya dia sendiri yang menjauhkan dirinya... jesteru itu kuku membuat penilaian terhadapnya bahawa dia sebenarnya hanya ANGAU seperti di Part 1 artikel abg Is dan dia bukan benar2 berkehendakkan kuku. kerana bagi kuku tiada istilah JEMU dalam bercinta.
- So true, so true... :')
- ADA JUGA KIRA MACAM SAYA 2...
OK SEBAGAI CONTOH N KEBENARAN NYA...SAYA BAGI PENGALAMAN SAYA SEDIKIT DI SINI KAT ANDA SEMUA...
ADA SESIAPA PENAH CYBER LOVE TAK??????????????????
KALAU ADA SAMA JA SEPERTI SAYA...SELAMA NE SEJAK TAHUN LALU SAYA "MENUNTUT" ILMU DUNIA INTERNET..BERMACAM2 LAMAN WEBSITE SAYA JOIN..BERMACAM2 SAYA KENALI BERSAMA KAWAN2 DI DUNIA INTERNET...PENGALAMAN SAYA PLAK KALAU DALAM YAHOO MESENGGER SAMBIL CHAT MISTI ON WEBCAM...........SEJUJURNYA..SAYA PENAH ANGAU JUGA LA..BUKAN SAHAJA YM...TAPI BANYAK WEB YG ADA WEBCAM BOLEH CHAT DI SANA JUGA..BERMACAM2 SAYA MELIHAT...BERMACAM2 BERMADU ASMARA..HUHUHU..TAPI KENYATAAN NYA..TAK PENAH PUN BERJUMPA KALAU DUNIA NYATA..SEBAB...MAKLUM LA..JARAK BERJAUHAN..SEMPADAN ANTARA NEGERI...
TAPI SEJUJURNYA...SEMEMANG NYA SAYA SEORANG YANG CACAT DI ANTARA KEDUA2 BELAH TANGAN NE..HANYA ALLAH JA MAHA PENGETAHUI...DALAM CYBER LOVE NE MEMANG ADA...SERING MUNCUL ANGAU...SERING MUNCUL BAYANG2...KALAU ON9 OR TAK ON9.....KEKADANG PUN...WALAUPUN KEADAAN SYA MACAM NE..TAPI SAYA SUKA KERANA ADA JUGA KAWAN2 SUDI N IKHLAS BERKAWAN MA SYA..WALAUPUN TANPA BANGSA,AGAMA,N BUDAYA...BEGITU JUGA PARA WANITA..TAPI ADA DI SEBALIKNYA......
APA SEBALIK NYA??????????????NAH....NE LA KISAH SYA YANG MANA PENAH LA SESEORANG WANITA NE TAK TAU LANGSUNG SIAPA SAYA SEBENARNYA...............
WALAUPUN ON WEBCAM HANYA MUKA SAHAJA...TETAPI TANGAN SAYA,TIDAK DIA TAHU........SAYA NE KIRA SEORG PENGHIBUR DALAM DUNIA INTERNET JUGA LA..SEMUA KALAU ADA KEBOSANAN AKAN SAYA HIBURKAN...JANJI OPENING...
SOO SAMBUNG KISAH WANITA YG KENAL MA SYA...LAMA KAMI BERHUBUNG DALAM INTERNET MAKIN LAMA LA HATI SYA INGIN SANGAT NAK MEMBERITAHU PASAL DIRI SAYA SEBENAR..WALAUPUN RUPA JA NAMPAK SEMPURNA..TAPI SEBALIK HIKMAHNYA ADA TAK SEMPURNA..PERNAH JUGA DIA SUKA SAMA SAYA..TETAPI SAYA KESIHAN...TAKUT DIA AKAN SIA2 BILA TAHU SIAPA SYA..SECARA AM NYA AKHIRNYA SAYA BERITAHU SIAPA DIRI SAYA SENDIRI...BILA JA SAYA KATA SYA NE CACAT,DIA TAK AKAN PERCAYA.........SOO SECARA BUKTI DI HADAPAN ON WEBCAM SECARA LIVE...SYA SHOW KAN................
TERKEJUT AMAT DIA..................(DALAM HATI SAYA ENTAH DIA NE NAK MULA PENGSAN KE APA NE??EKEKEK)SAYA SHOW KAN TANGAN SAYA KEDUA2....BEGITU LAMA SYA SHOW..DIA HANYA DIAM JA...TAK ADA PERKATA APA2....HIIHIHIHIH
TAPI 2 LA..MALAM TERAKHIR KAMI BERCHAT DALAM YM..TIA ADA SUDAH...TAPI TAK APA..2 ADALAH PENGALAMAN SYA........PASTI DIA AKAN TERASA KECEWA...ANGAU2 SEKADAR MIMPI...........IHIHHIIHIHIHIHIH
KALAU SECARA AM NYA..KEBANYAKAN KAWAN2 TAU PASAL DIRI SAYA BOLEH TERIMA SAYA SE ADANYA...N BEKAS GF SAYA PUN BOLEH TERIMA SAYA SE ADANYA...
TAPI SAYANG NYA....JODOH DALAM CYBER INTERNET HANYA SEMENTARA...HANYA KHAYALAN...........................
BAIK SAHAJA LA BERDOA N BERTAWAKAL SAMA ALLAH SWT..................
P/S....KALAU TAK PAHAM BAHASA SAYA...TAK PAYAH LA NAK MEMAHAMI...DARI SABAH SAYA KAN..TAK BIASA SPEAK SEMENANJUNG...IHIHIH..MAAF..............
- tp kuku faham bahasa awk... cukup faham...terharu rasanya...terima kasih kerana berkongsi pengalaman.
- ahaks..lah..terharu ke???jangan la sampai macam 2..ekekeke..
malu sya tau...kuang2..ekeke
- Abg memahami..dn dpt menghayatinya...Abg juga..mcm member2 lain...agak terharu..
walauapapun.....yakinlah awk ttp sempurna...kami senang dgn kejujuran awk...Terimakasih
REY........
- thanks juga ma kamu ging...
tapi kalau dalam dunia internet pun terpaksa juga sya menipu...
nak jujur ada juga...tapi terpaksa tipu demi kebaikan mereka..
kadang2 sya tipu pun ada hikmah...ada juga saya tipu sekadar permainan dalam dunia internet...
kalau sekadar kita nak funny2 bagi nak hiburkan mereka..kadang2 pun bagi yang tak suka opening n tak suka senyum2 ne susah juga la na bagi hibur..tapi dunia internet ne sya cuba n sya try kalau dpat hibur kan mereka..cuba apa sedaya upaya..kadang2 ada jujur..kadang2 terpaksa tipu demi kebahagian mereka...
tapi bila la di ingatkan n imbas kembali kan...agak2 ne banyak dosa juga saya lakukan....
pasti allah marah apa yang sya lakukan...
secara jujur nya pun sya ne banyak juga abaikan sama allah...banyak berdosa sama allah....
entah....tetiba sahaja baru2 ne saya putus hubungan exgf saya...tetiba juga saya ingin bertaubat sama allah....ingin meminta ke ampunan atas dosa2 saya ne......
sekarang ne kalau sya on9 selalu la sya p on9 kat youtube sambil dengar doa zikir dan sebagai nya...tenangkan hati sendiri...tapi tak boleh menipu diri sendiri...saya masih sayang n cinta exgf sya ne...satu2 nya dia la buat sya berubah.....atau sebalik nya allah yg mengubah sya.....
soo...sya ne kalau on9 n open page kat website sini...saya hanya nak p forum sahaja..
belajar n memahami agama islam sebenar..................................................
amin.....................
No comments:
Post a Comment