PERINGATAN!
Bab yang akan kamu baca ini mendedahkan satu
rahsia terbesar di dalam hidup kamu. Kamu perlu membacanya
dengan baik dan teliti kerana ia berkaitan dengan satu
subjek yang pasti akan mengubah pandangan kamu terhadap dunia luar. Subjek di dalam bab ini, bukan hanya satu pandangan,
satu pendekatan yang berbeza, atau satu kepercayaan
falsafah kuno: tetapi ia adalah satu fakta, yang perlu
diakui oleh setiap orang, samada mereka mempercayainya atau
tidak, dan ia juga telah dibuktikan
oleh sains hari ini.
Sesiapa yang merenungi alam sekelilingnya dengan penuh kesedaran dan kebijaksanaan akan menyedari bahawa setiap benda di dunia ini – yang hidup atau tidak hidup – pasti telah dijadikan. Jadi persoalannya ialah "Siapakah menjadikan semua benda ini?"
Telah dibuktikan bahawa "hakikat kejadian", yang mendedahkan dirinya dalam setiap aspek kehidupan, tidak mungkin dapat muncul dengan sendirinya. Sebagai contoh, seekor kumbang tidak mungkin dapat mencipta dirinya sendiri. Sistem solar tidak mungkin dapat menjadikan dan menguruskan dirinya. Begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan, manusia, bakteria, erythrocytes (butir darah-merah), atau rama-rama tidak mungkin dapat menjadikan diri mereka sendiri. Kemungkinan semuanya ini telah terbentuk "secara kebetulan" adalah sesuatu yang tidak masuk akal.
Kita akhirnya sampai kepada konklusi berikut: Setiap apa yang kita lihat telah dijadikan. Tetapi semua yang kita lihat tidak dapat menjadi "pencipta" kepada dirinya. Pencipta adalah berbeza dan lebih tinggi daripada apa yang kita lihat dengan mata kita, satu kuasa teragung yang tidak dapat dilihat tetapi kewujudan dan kesannya dapat kita rasai pada setiap benda yang wujud.
Pada ketika inilah mereka yang menafikan kewujudan Allah menjadi ragu-ragu. Mereka mensyaratkan tidak akan mempercayai kewujudan-Nya melainkan sekiranya mereka dapat melihat-Nya dengan mata mereka sendiri. Golongan ini yang mengetepikan hakikat "kejadian", terpaksa untuk menolak kebenaran "kejadian" jelas yang terdapat di alam semesta ini dan membuktikan bahawa alam semesta dan semua benda hidup di dalamnya tidak dijadikan. Teori evolusi merupakan satu contoh usaha sia-sia mereka ini.
Asas kesilapan mereka yang menafikan kewujudan Allah telah dikongsi bersama oleh ramai orang yang hakikatnya tidak menolak kewujudan Allah tetapi mempunyai persepsi yang salah terhadap-Nya. Mereka tidak menolak penciptaan, tetapi mempunyai kepercayaan karut terhadap di mana Allah berada. Kebanyakan mereka beranggapan bahawa Allah berada di atas "langit". Mereka membayangkan bahawa Allah berada di sebalik sebuah planet yang amat jauh dan sesekali terganggu dengan "perkara-perkara duniawi". Atau mungkin Dia tidak langsung terganggu; Dia menjadikan alam semesta dan kemudian meninggalkannya sendiri dan manusia dibiarkan untuk berhadapan dengan takdir mereka sendiri.
Walau pun sesetengah mereka pernah mendengar bahawa di dalam al-Quran telah tertulis bahawa Allah berada "di mana-mana", tetapi mereka tidak dapat mentafsirkan maksudnya yang sebenar. Mereka beranggapan Allah berada di sekeliling seperti gelombang radio atau seperti gas yang tidak dapat dilihat.
Bagaimana pun, fahaman dan kepercayaan yang tidak dapat menjelaskan di mana Allah berada (dan mungkin kerana itu mereka menafikan-Nya), semuanya berasaskan kepada satu kesilapan yang sama. Mereka berpegang kepada satu prejudis tanpa sebarang asas dan kemudian membawa kepada pandangan yang menyeleweng terhadap Allah. Apakah prejudis ini?
Prejudis ini berkaitan dengan natural dan ciri-ciri kebendaan. Kita terlalu dilazimkan dengan andaian terhadap kewujudan benda sehinggakan kita tidak pernah terfikir samada ia benar-benar wujud atau hanya bayangan. Sains moden telah memusnahkan prejudis ini dan telah mendedahkan realiti yang sangat penting dan diperlukan. Di dalam helaian berikutnya, kami akan cuba menjelaskan realiti hebat ini sebagaimana yang dijelaskan oleh al-Quran.
Dunia Isyarat Elektrik
Segala maklumat yang kita terima tentang dunia ini telah dihantar kepada kita melalui lima pancaindera. Dunia yang kita kenali adalah bergantung kepada apa yang mata kita yang melihat, tangan kita yang menyentuh, hidung kita yang menghidu, lidah kita yang merasa, dan telinga kita yang mendengar. Kita tidak pernah fikirkan bahawa dunia "luar" adalah berbeza daripada apa yang pancaindera kita sampaikan kepada kita memandangkan kita hanya bergantung kepada pancaindera ini semenjak kita dilahirkan.
Penyelidikan terkini di dalam bidang-bidang sains yang berbeza, bagaimana pun telah menemui satu pemahaman yang berbeza dan menyebabkan keraguan yang serius terhadap pancaindera kita dan dunia yang kita lalui kini.
Permulaan bagi pendekatan ini ialah bahawa kepercayaan kepada satu "dunia luar" yang terbentuk di dalam otak kita hanyalah respons yang terbentuk di dalam otak kita oleh isyarat elektrik. Kemerahan apel, kekerasan kayu, begitu juga, ibu kamu, ayah, keluarga, dan segala apa yang kamu miliki, rumah kamu, kerja, dan barisan-barisan buku ini, hanyalah isyarat elektrik semata-mata.
Frederick Vester menjelaskan peringkat yang telah dicapai oleh sains di dalam subjek ini:
Kenyataan yang dikeluarkan oleh sebahagian saintis yang menyatakan bahawa "manusia adalah sebuah imej, segala yang telah dilalui adalah sementara dan menipu, dan alam semesta ini hanyalah bayangan", nampaknya telah dibuktikan oleh sains kini.
Seorang ahli falsafah terkenal George Berkeley memberikan komentar terhadap subjek ini seperti berikut:
Kita mempercayai kewujudan objek hanya kerana kita melihat dan menyentuhnya, dan ia bertindak balas kepada kita dengan persepsi kita. Bagaimana pun, persepsi kita hanyalah idea di dalam minda kita. Oleh itu, objek yang kita lihat dengan penglihatan kita tidak lebih daripada idea-idea, dan idea-idea ini hanya berada di dalam otak kita... Memandangkan semua yang wujud ini hanya berada di dalam minda, bermakna kita telah tertipu apabila kita membayangkan alam semesta ini dan benda-benda ini wujud di luar minda kita. Oleh itu, tidak satu pun yang berada di sekeliling kita wujud di luar minda kita
"Simulasi yang datang daripada satu objek ditukarkan ke isyarat elektrik dan memberi kesan di dalam otak. Apabila kita "melihat", kita sebenarnya mengimbas kesan isyarat elektrik ini di dalam minda kita."
Untuk menjelaskan lagi subjek ini, mari kita kaji pancaindera penglihatan kita yang memberikan kita maklumat-maklumat yang paling ekstensif tentang dunia luar.
Bagaimana Kita Melihat, Mendengar dan Merasa?
Perbuatan melihat direalisasikan di dalam satu cara yang sangat progresif. Sekelompok cahaya (photon-) yang bergerak daripada objek ke mata menembusi kanta di bahagian depan mata apabila ia pecah dan jatuh dalam keadaan terbalik di atas retina yang terletak di bahagian belakang mata. Di sini, cahaya yang berlanggar telah diubah menjadi isyarat elektrik yang dipancarkan oleh neuron ke satu titik kecil yang digelar pusat penglihatan yang berada di bahagian belakang otak. Isyarat elektrik ini diterima sebagai sebuah imej di pusat ini di dalam otak selepas beberapa siri proses. Perbuatan melihat sebenarnya berlaku di dalam titik kecil ini di bahagian belakang otak yang gelap gelita dan sama sekali terasing daripada cahaya.
Sekarang, mari kita kaji semula proses ini. Apabila kita menyatakan "saya melihat", kita sebenarnya melihat kesan utusan yang sampai ke mata kita dan merangsang otak kita setelah ia ditukarkan kepada isyarat elektrik. Oleh itu, apabila kita menyatakan "saya melihat", kita sebenarnya memandang kepada isyarat elektrik di dalam minda kita.
Semua imej yang kita lihat di dalam hidup kita terbentuk di dalam pusat penglihatan kita, yang terbentuk daripada beberapa sentimeter kubin daripada keluasan otak. Buku yang kamu sedang baca dan lanskap yang kamu lihat apabila kamu merenung ke arah horizon, termuat di dalam tempat kecil ini. Satu fakta yang perlu diletakkan di minda seperti yang disebutkan sebelum ini, iaitu otak terhindar daripada cahaya; di dalamnya sama sekali gelap. Otak tidak mempunyai sebarang hubungan dengan cahaya secara langsung.
Kita dapat menerangkan situasi ini dengan satu contoh. Kita andaikan terdapat sebatang lilin bernyala di hadapan kita. Kita boleh duduk berhadapan dengan lilin ini dan melihatnya. Bagaimana pun, sepanjang period ini, otak kita tidak pernah mempunyai sebarang hubungan terus dengan cahaya lilin tersebut. Walau pun kita melihat cahaya lilin, bahagian dalaman otak kita adalah gelap. Kita melihat dunia yang berwarna-warni dan terang di dalam otak kita yang gelap.
R.L. Gregory memberikan penjelasan seperti berikut tentang aspek penglihatan yang menakjubkan ini:
Kita amat biasa dengan perbuatan melihat, sehinggakan ia memerlukan imaginasi yang tinggi untuk menyedari bahawa terdapat masalah yang perlu diselesaikan. Tetapi dengan menimbangkan perkara ini. Kita diberikan imej-imej kecil yang terbalik di dalam mata kita, dan kita melihat objek-objek pejal yang terpisah di kawasan sekeliling. Daripada corak-corak simulasi pada retina, kita menerima dunia objek-objek, dan ini merupakan suatu keajaiban. 175
Situasi yang sama juga berlaku kepada semua pancaindera kita yang lain. Bunyi, sentuhan, rasa dan bau, semuanya telah ditukarkan ke otak sebagai isyarat elektrik dan diterima di pusat otak.
Deria pendengaran juga berlaku dengan cara yang sama. Telinga luar menangkap bunyi-bunyi dengan cuping telinga dan menghantarnya ke telinga tengah; telinga tengah memancarkan getaran bunyi kepada telinga dalam dengan menguatkannya; telinga dalam menghantar getaran ini ke otak dengan menukarkannya ke isyarat elektrik. Seperti mata, perbuatan mendengar berakhir di pusat pendengaran di dalam otak. Otak tidak menerima bunyi seperti mana ia tidak menerima cahaya. Oleh itu, walau sebising mana pun di luar, di dalam otak adalah amat sunyi.
Apabila kita merasa cahaya dan kepanasan api, tetapi di dalam otak kita adalah gelap gelita dan suhunya tidak pernah berubah.
Serumpun cahaya datang daripada sebuah objek jatuh di atas retina dalam keadaan terbalik. Di sini, imej ini ditukarkan ke isyarat elektrik dan dihantarkan ke pusat penglihatan di bahagian belakang otak. Memandangkan otak adalah kalis daripada cahaya, adalah mustahil bagi cahaya untuk sampai pusat penglihatan. Ini bererti kita melihat dunia luas cahaya di dalam sebuah titik kecil yang kalis daripada cahaya.
Oleh itu, walau bunyi yang sangat halus sekalipun dapat diterima di dalam otak. Dengan ketepatan seperti ni seorang yang sihat dapat mendengar segala-galanya tanpa bunyi gemeretik atau gangguan. Di dalam otak kamu yang terpisah daripada bunyi, kamu mendengar simfoni sebuah orkestra, mendengar semua bunyi di dalam satu tempat yang sesak, dan menerima semua bunyi-bunyian di dalam frekuensi yang luas, daripada bunyi gerisik sehelai daun sehingga ngauman sebuah jet. Tetapi, sekiranya tahap bunyi di dalam otak kamu disukat dengan satu alat yang sensitif pada waktu tersebut, akan didapati ia berada di dalam keadaan yang paling senyap.
Persepsi bau kita juga terbentuk dengan cara yang sama. Molekul-molekul yang mudah meruap terpancar oleh benda-benda seperti vanila atau sekuntum bunga mawar yang mencecah reseptor di dalam rerambut halus di kawasan epithelium hidung dan terlibat di dalam satu tindak balas. Tindak balas ini dihantar ke otak sebagai isyarat elektrik dan diterima sebagai bau. Semua yang kita hidu, yang wangi atau busuk, tidak lebih daripada penerimaan otak terhadap tindak balas molekul-molekul yang mudah meruap setelah ia ditukarkan menjadi isyarat elektrik. Kamu menerima haruman minyak wangi, sekuntum bunga mawar, makanan yang kamu minati, laut, atau bau-bauan lain yang kamu gemari atau tidak di dalam otak kamu. Molekul-molekul mereka sendiri sebenarnya tidak pernah mencecah otak. Seperti juga dengan cahaya dan bunyi, apa yang sampai ke otak kamu ialah isyarat-isyarat elektrik. Dengan kata lain, semua bau-bauan yang kamu sangkakan kepunyaan objek-objek luar sejak kamu dilahirkan sebenarnya hanyalah isyarat-isyarat elektrik yang kamu rasai melalui organ-organ deria kamu.
Biasanya, terdapat empat jenis reseptor yang berbeza di bahagian depan lidah manusia. Ia mewakili rasa masin, manis, masam, dan pahit. Reseptor rasa kita menukarkan persepsi-persepsi ini kepada isyarat elektrik selepas melalui beberapa proses kimia dan menghantarnya ke otak. Isyarat-isyarat ini diterima sebagai rasa oleh otak. Rasa yang kamu dapati ketika memakan sebar coklat atau buah-buahan yang kamu gemari adalah tafsiran isyarat-isyarat elektrik oleh otak. Kamu tidak akan dapat mencapai objek di luar, kamu tidak akan dapat melihat, menghidu atau merasa coklat itu sendiri. Sebagai contoh, sekiranya saraf rasa yang bersambung dengan otak kamu terputus, maka tidak satu pun yang kamu makan pada waktu itu akan sampai kepada otak kamu; kamu telah kehilangan deria rasa kamu.
Pada peringkat ini, kita berhadapan dengan satu lagi fakta: Kita tidak dapat memastikan apakah yang kita rasai ketika kita mencuba sejenis makan dan apa yang orang lain rasa apabila mencuba makanan yang sama, atau apa yang kita terima apabila kita mendengar satu bunyi dan apa yang orang lain terima apabila dia mendengar bunyi yang sama, adalah sama. Lincoln Barnett menyatakan bahawa tidak seorang pun tahu bagaimana orang lain menerima warna merah atau mendengar not C, seperti yang diterimanya.176
Serumpun cahaya datang daripada sebuah objek jatuh di atas retina dalam keadaan terbalik. Di sini, imej ini ditukarkan ke isyarat elektrik dan dihantarkan ke pusat penglihatan di bahagian belakang otak. Memandangkan otak adalah kalis daripada cahaya, adalah mustahil bagi cahaya untuk sampai pusat penglihatan. Ini bererti kita melihat dunia luas cahaya di dalam sebuah titik kecil yang kalis daripada cahaya.
Deria sentuhan kita juga tidak berbeza dengan deria-deria yang lain. Apabila kita menyentuh satu objek, semua maklumat-maklumat yang akan membantu kita untuk mengenal pasti dunia luar dan objek-objek telah dihantar ke otak oleh saraf deria di atas kulit. Rasa sentuhan terbentuk di otak kita. Bersalahan dengan kepercayaan ramai, tempat yang kita menerima kesan sentuhan bukannya di hujung jari atau kulit kita tetapi kita menerimanya di pusat sentuhan di dalam otak kita. Hasil daripada tafsiran otak terhadap simulasi elektrik yang datang daripada objek kepadanya, kita merasa sentuhan yang berbeza mewakili objek-objek ini seperti kekerasan atau kelembutan, atau kepanasan atau kesejukan. Kita memperoleh semua maklumat yang membantu kita untuk mengenal pasti sesuatu objek daripada simulasi-simulasi ini. Berkaitan dengan fakta ini, dua orang ahli falsafah yang terkenal, B. Russell dan L. Wittgeinstein telah memberikan pendapat mereka seperti berikut:
Sebagai contoh, sama ada sebiji lemon benar-benar wujud atau tidak dan bagaimana ia dapat wujud tidak dapat dipersoalkan dan dikaji. Sebiji lemon biasanya mengandungi satu rasa yang dikesan dengan lidah, satu bau yang dikesan dengan hidung, satu warna dan bentuk yang dikesan oleh mata; dan hanya sifat-sifat ini sahajalah yang dijadikan subjek pengkajian dan pentafsiran. Sains tidak akan dapat mengetahui dunia fizik. 177
Adalah mustahil untuk kita mencapai dunia fizikal. Semua objek-objek di sekeliling kita adalah satu himpunan persepsi seperti melihat, mendengar dan menyentuh. Dengan memproses data-data di pusat penglihatan dan di pusat-pusat deria yang lain, otak kita, melalui hidup kita, tidak berhadapan dengan kewujudan benda "asal" yang berada di luar kita tetapi dengan salinan yang terbentuk di dalam otak kita. Pada peringkat inilah, kita tersalah anggap dengan menyangka bahawa salinan-salinan ini adalah benda-benda asal di luar kita.
"Dunia Luar" Di Dalam Otak Kita
Sebagai hasil daripada fakta-fakta fizik yang telah disebutkan setakat ini, kita dapat membuat kesimpulan seperti berikut: "Semua yang kita lihat, sentuh, dengar, dan terima sebagai benda", "dunia ini", atau "alam semesta", adalah tidak lebih daripada isyarat-isyarat elektrik yang berlaku di dalam otak kita.
Seseorang yang memakan sebiji buah, sebenarnya tidak berhadapan dengan buah tersebut tetapi dengan persepsinya di dalam otak. Objek yang dianggapnya sebagai "buah" oleh individu tersebut sebenarnya adalah teraan elektrik di dalam otak yang berkaitan dengan bentuk, rasa, bau, dan tekstur buah tersebut. Sekiranya, saraf rasa yang bersambung dengan otak diputuskan secara tiba-tiba, imej buah tersebut akan hilang secara mendadak. Atau berlaku pemutusan di dalam saraf yang menghubungkan deria di dalam hidung kepada otak, maka ia akan mengganggu deria bau. Ringkasnya, buah tersebut tidak lebih daripada tafsiran isyarat elektrik yang dilakukan oleh otak.
Hasil daripada simulasi tiruan, sebuah dunia yang kelihatan betul dan realistik dapat dibentuk di dalam otak kita tanpa kewujudan dunia fizikal. Hasil daripada simulasi tiruan, seseorang mungkin berfikir bahawa dia sedang memandu kereta sedangkan dia sebenarnya sedang duduk di rumah.
Satu lagi fakta yang perlu diambil kira iaitu deria jarak. Jarak, seperti jarak di antara kamu dan buku ini, hanyalah satu perasaan kekosongan yang terbentuk di dalam otak kamu. Objek yang kelihatan berjarak pada pandangan seseorang juga wujud di dalam otak. Sebagai contoh, seorang yang melihat bintang-bintang di langit beranggapan bahawa ia terletak berjuta-juta tahun cahaya daripadanya. Tetapi, apa yang "dilhatnya" adalah bintang-bintang di dalam dirinya, di pusat penglihatannya. Apabila kamu membaca barisan ini, kamu sebenarnya tidak berada di dalam bilik seperti yang kamu jangkakan; tetapi sebenarnya bilik tersebut berada di dalam kamu. Kamu melihat badan kamu dan menyangka kamu berada di dalamnya. Tetapi kamu perlu ingat bahawa badan kamu juga adalah sebuah imej yang terbentuk di dalam otak kamu.
Perkara yang sama berlaku kepada semua persepsi kamu yang lain. Misalnya, apabila kamu fikir kamu mendengar bunyi televisyen di bilik sebelah, kamu sebenarnya mengalami bunyi tersebut di dalam otak kamu. Kamu boleh samada membuktikan bahawa terdapatnya sebuah bilik lain di sebelah kamu, atau membuktikan bahawa bunyi tersebut datang daripada televisyen di bilik itu. Bunyi yang kamu sangka datang beberapa meter daripada kamu dan perbualan seseorang yang hampir dengan kamu telah diterima di dalam pusat pendengaran yang hanya beberapa sentimeter persegi di dalam otak kamu. Di antara ciri pusat persepsi ini ialah tidak terdapat konsep kanan, kiri, depan atau belakang. Ini bererti bunyi tidak datang kepada kamu dari kanan, kiri atau dari udara; tidak terdapat arah datangnya bunyi.
Bau yang kamu terima juga seperti itu; tidak satu pun yang datang dari jarak yang jauh. Kamu menyangkakan bahawa kesan terakhir yang terbentuk di dalam pusat bau kamu adalah bau objek di luar. Tetapi, seperti imej sekuntum bunga mawar di dalam pusat penglihatan kamu, begitu juga bau bunga mawar ini di dalam pusat bau kamu: tidak ada bunga mawar atau bau yang mewakilinya di luar sana.
"Dunia luar" yang disampaikan kepada kita oleh persepsi kita sebenarnya adalah himpunan isyarat-isyarat elektrik yang sampai ke otak kita. Di dalam hidup kita, isyarat-isyarat ini diproses oleh otak kita dan kita hidup tanpa menyedari bahawa kita telah tersalah apabila menganggap bahawa itu semua adalah visi-visi asal benda yang wujud di dalam "dunia luar". Kita tersalah anggap kerana kita tidak dapat mencapai kebendaan itu sendiri melalui deria-deria kita.
Tamban pula, otak kita sebenarnya yang mentafsirkan dan memberikan makna kepada isyarat-isyarat yang kita anggap sebagai "dunia luar". Sebagai contoh, mari kita perhatikan deria pendengaran. Sebenarnya otak kamu yang mengubah gelombang bunyi di "dunia luar" ini kepada satu simfoni. Dengan kata lain, muzik juga adalah satu persepsi yang dicipta oleh otak. Dengan cara yang sama juga, kita melihat warna, apa yang tiba ke mata kita adalah isyarat elektrik daripada jarak-jarak gelombang yang berbeza. Sekali lagi otak kamu yang menukarkannya kepada warna. Tidak ada sebarang warna di dalam "dunia luar". Sama ada apel merah atau langir biru atau pokok hijau. Semuanya berada seperti itu kerana kita menerimanya untuk menjadi sebegitu. "Dunia luar" bergantung sepenuhnya kepada penerima.
Sedikit kerosakan kecil pada retina mata boleh menyebabkan rabun warna. Setengah orang menerima warna biru sebagai hijau, merah sebagai biru, dan beberapa warna lain sebagai tona-tona kelabu yang berbeza. Pada peringkat ini adalah tidak penting sama ada objek di luar berwarna atau pun tidak.
Seorang pemikir terkenal, Berkeley menerangkan fakta ini seperti berikut:
Pada mulanya, dipercayai bahawa warna, bau, dan sebagainya adalah "benar-benar wujud", tetapi kemudiannya pandangan ini telah ditolak, dan didapati bahawa ia hanya wujud bergantung kepada pancaindera-pancaindera kita.178
Kesimpulannya, kita melihat satu objek berwarna bukan kerana ia mempunyai warna atau kerana ia mempunyai bahan sokongan kewujudan di luar diri kita. Benda yang sebenar ialah segala kualiti yang kita gambarkan kepada objek-objek sebenarnya berada di dalam diri kita dan bukannya di "dunia luar"
Oleh itu, apa yang tinggal pada "dunia luar"?
Apakah Kewujudan "Dunia Luar" Perlu?
Setakat ini kita telah bercakap berulang kali tentang sebuah "dunia luar" dan sebuah dunia persepsi yang terbentuk di dalam otak kita, yang akhir adalah yang dapat kita lihat. Tetapi memandangkan kita tidak dapat mencapai "dunia luar", jadi bagaimana kita dapat pastikan bahawa dunia seperti itu benar-benar wujud?
Penemuan fizik moden menunjukkan bahawa alam ini adalah satu himpunan persepsi-persepsi. Soalan berikut telah muncul di muka hadapan sebuah majalah Amerika terkenal, New Sceintist yang berkaitan dengan fakta ini pada isu 30 Januari 1999: "Beyond Reality: Is the Universe Really a Frolic of Primal Information and Matter Just a Mirage?"
Sebenarnya kita tidak boleh. Memandangkan setiap objek hanyalah satu himpunan persepsi dan persepsi-persepsi ini hanya wujud di dalam minda kita, seolah-olah satu-satunya dunia yang betul-betul wujud ialah dunia persepsi. Satu-satunya dunia yang kita tahu ialah dunia yang wujud di dalam minda kita: dunia yang dibentuk, dirakamkan dan dijadikan terang di sini; dunia yang dicipta di dalam minda kita. Hanya ini dunia yang kita pasti kewujudannya.
Kita tidak akan dapat membuktikan bahawa persepsi yang kita lihat di dalam otak kita mempunyai bahan-bahan yang berkaitan. Persepsi-persepsi ini mungkin datang daripada sumber-sumber "tiruan".
Ia dapat diperhatikan. Simulasi yang salah dapat menghasilkan di dalam otak kita sepenuhnya bayangan "dunia material". Sebagai contoh, mari kita fikirkan tentang sebuah alat rakaman yang dapat merakamkan segala syarat elektrik. Pertama, kita hantarkan semua data-data yang berkaitan dengan sebuah latar (termasuk imej badan) ke alat ini dengan menukarkannya kepada isyarat-isyarat elektrik. Kedua, bayangkan kamu dapat pisahkan otak kamu daripada badan. Akhirnya, kita sambungkan alat perakam ini ke otak dengan elektrod yang berfungsi sebagai saraf dan menghantar data-data yang telah dirakam ke otak. Pada peringkat ini, kamu akan merasa seolah-olah kamu berada di sebuah latar tiruan. Misalnya, kamu dapat memandu laju di lebuh raya. Adalah mustahil untuk memahami bahawa kamu tidak memiliki apa-apa melainkan otak kamu sahaja. Ini kerana apa yang diperlukan untuk mewujudkan sebuah dunia di dalam otak kamu bukannya sebuah dunia yang sebenar, tetapi sebuah simulasi. Tidak mustahil simulasi-simulasi ini datangnya daripada sumber tiruan, seperti sebuah perakam.
Berkaitan dengan perkara ini, seorang falsafah sains, Bertrand Russell menulis;
Sentuhan yang kita rasa apabila menyentuh meja dengan jari-jemari adalah sebuah gangguan elektrik ke atas elektron dan proton di hujung jari kita, yang terbentuk, menurut ilmu fizik moden, oleh keterhampiran elektron dan proton di dalam meja. Sekiranya gangguan yang sama muncul di dalam hujung jari kita dengan cara lain, kita akan mengalami rasa yang sama, walau pun sebenarnya tidak ada meja. 179
Adalah amat mudah bagi kita untuk diperdaya di dalam persepsi pasif seperti betul tanpa sebarang material berkaitan. Kita sering mengalami perasaan ini di dalam mimpi-mimpi kita. Di dalam mimpi, kita mengalami peristiwa, melihat manusia, objek dan latar yang kelihatan seperti betul. Tetapi, ia tidak lebih daripada persepsi-persepsi. Tidak ada perbezaan asas di antara mimpi dan "dunia sebenar"; kedua-duanya berlaku di dalam otak.
Siapa Penerima?
Seperti yang telah kita lihat setakat ini, tidak dapat diragui kenyataan bahawa dunia yang kita sangkakan kita mendiaminya dan kita menggelarnya "dunia luar" telah dicipta di dalam otak kita. Tetapi di sini timbul beberapa persoalan penting: Sekiranya semua peristiwa-peristiwa fizikal yang kita ketahui adalah semata-mata persepsi, bagaimana dengan otak kita? Memandangkan otak kita juga adalah sebahagian daripada dunia fizikal seperti tangan, kaki, atau objek-objek lain, ia juga sepatutnya adalah sebuah persepsi, seperti objek-objek lain.
Sebuah contoh tentang mimpi dapat menerangkan subjek ini dengan lebih jelas. Mari kita anggarkan kita melihat mimpi di dalam otak kita berdasarkan apa yang telah kita perkatakan setakat ini. Di dalam mimpi kita akan memiliki badan khayalan, tangan khayalan, mata khayalan, dan otak khayalan. Sekiranya ketika bermimpi kita di tanya, "Di mana kamu melihat?", kita akan menjawab, "Saya melihat di dalam otak". Tetapi, sebenarnya tidak ada otak untuk diperkatakan, tetapi hanya kepala dan otak khayalan. Yang melihat imej tersebut bukannya otak khayalan di dalam mimpi, tetapi satu "kewujudan" yang jauh lebih "tinggi".
Kita tahu tidak ada perbezaan fizikal di antara latar sebuah mimpi dan latar yang kita namakan dunia sebenar. Oleh itu, apabila kita ditanya di latar yang kita gelar dunia sebenar soalan di atas, "di mana kamu melihat", adalah tidak bererti sekiranya kita menjawab "di dalam otak saya" seperti contoh di atas. Di dalam kedua-dua keadaan, entiti yang melihat dan menerima bukannya otak, yang hanya merupakan selonggok daging.
Apabila otak di analisis, nampaknya tidak ada apa pun di dalamnya melainkan molekul-molekul lipid dan protein, yang juga wujud di dalam organisma-organisma lain. Ini bererti di dalam secebis daging yang kita gelar "otak", tidak ada sebarang benda untuk melihat imej, untuk membentuk kesedaran, atau untuk menjadikan kewujudan yang kita panggil "diri sendiri".
R.L. Gregory merujuk kepada kesilapan masyarakat lakukan berkaitan dengan persepsi imej di dalam otak:
Terdapat satu pandangan yang perlu dijauhi, iaitu dengan mengatakan bahawa mata menghasilkan gambaran di dalam otak. Sebuah gambar di dalam otak memerlukan semacam mata dalaman untuk melihatnya – tetapi ini memerlukan satu mata tambahan lain pula untuk melihat gambarnya... dan demikianlah berterusan kemunduran mata dan gambar. Ini semua adalah mustahil.180
Keadaan inilah yang meletakkan para materialis yang tidak menerima perkara lain melainkan kebendaan sebagai benar, di dalam kebingungan. Kepunyaan siapakan "mata dalaman" yang melihat, yang menerima apa yang ia lihat dan bertidak balas?
Karl Pribram juga menumpukan kepada persoalan penting ini di dalam dunia sains dan falsafah tentang siapakah yang menerima:
Sejak zaman Greek, para ahli falsafah telah memikirkan tentang "hantu di dalam mesin", "manusia kecil di dalam manusia kecil" dan sebagainaya. Di manakah "saya", orang yang menggunakan otaknya? Siapakah yang merealisasikan perbuatan mengetahui? Seperti yang dinyatakan oleh Saint Francis dari Assisi*, "kita mengkaji apa yang kita lihat"
Otak adalah himpunan molekul-molekul protein dan lemak. Ia terbentuk daripada saraf-saraf sel yang digelar neuron. Tidak ada sebarang kuasa pada secebis daging ini untuk melihat imej, untuk membentuk kesedaran, atau untuk menjadikan kewujudan yang kita panggil "diriku".
Sekarang fikirkan: Buku di dalam tangan kamu, bilik di mana kamu berada, ringkasnya, semua imej di hadapan kamu dilihat di dalam otak kamu. Apakah atom-atom yang melihat imej-imej ini? Atom-atom yang buta, tuli dan mati? Mengapa sebahagian atom memperolehi kualiti-kualiti ini sementara yang lain tidak? Apakah perbuatan kita berfikir, memahami, mengingati, gembira, sedih, dan sebagainya mengandungi reaksi-reaksi elektrokimia di antara atom-atom ini?
Apabila kita memikirkan persoalan-persoalan ini, kita akan mendapati bahawa tidak ada deria dalam mencari kehendak di dalam atom. Jelas bahawa kewujudan yang melihat, mendengar, dan merasa adalah melampaui kewujudan kebendaan. Kewujudan ini "hidup" dan ia bukannya kebendaan atau pun imej kebendaan. Kewujudan ini bersekutu dengan persepsi di hadapannya dengan menggunakan imej badan kita.
Kewujudan ini adalah "roh".
Agregat persepsi-persepsi ini yang kita gelar "dunia material" adalah sebuah mimpi yang dialami oleh roh ini. Seperti badan yang kita miliki dan dunia material yang kita lihat di dalam mimpi kita adalah tidak benar, alam semesta yang kita diami dan tubuh badan yang kita miliki juga tidak mempunyai realiti material.
Kewujudan yang sebenar ialah roh. Kebendaan hanya mempunyai persepsi-persepsi yang dilihat oleh roh. Kewujudan bijak yang menulis dan membaca barisan-barisan ini bukan hanya sebuah himpunan atom-atom dan molekul-molekul – dan reaksi kimia di antaranya – tetapi sebuah "roh".
Kewujudan Yang Sebenar
Semua fakta-fakta ini telah membawa kita untuk berhadapan dengan sebuah persoalan yang amat penting. Sekiranya semua benda yang kita ketahui sebagai dunia material terdiri daripada persepsi-persepsi yang dilihat oleh roh kita, oleh itu, apakah sumber persepsi-persepsi ini?
Untuk menjawab persoalan tersebut, kita perlu mengambil kira fakta berikut: benda tidak mempunyai sebuah kawalan-kewujudan-sendiri oleh dirinya sendiri. Memandangkan benda ini adalah satu persepsi, oleh itu ia adalah sesuatu yang "tiruan". Iaitu, persepsi-persepsi ini tentunya telah disebabkan oleh kuasa lain, dengan kata lain ia pasti telah dijadikan. Tambahan pula penciptaan ini berterusan. Sekiranya tidak ada penciptaan yang berterusan dan konsisten, maka apa yang kita gelar kebendaan ini akan hilang dan lenyap. Ia seperti sebuah televisyen yang gambarnya terus dimainkan selagi isyaratnya terus dipancarkan. Jadi, siapakah yang membuatkan roh kita melihat bintang-bintang, bumi, tumbuh-tumbuhan, manusia, tubuh kita dan semua yang kita lihat?
Ini membuktikan dengan jelas kewujudan seorang Pencipta Yang Agung, Yang telah menjadikan seluruh alam material, iaitu, sejumlah persepsi-persepsi, dan Yang meneruskan penciptaan-Nya tanpa henti. Memandangkan Pencipta ini menunjukkan satu penciptaan yang menakjubkan, tentunya dia mempunyai kekuasaan dan kekuatan yang maha hebat.
Dia telah menurunkan sebuah kitab dan melalui kitab ini Dia telah menceritakan Dirinya, alam semesta ini dan tujuan kewujudan kita.
Pencipta ini ialah Allah, dan kitab tersebut ialah Al-Quran.
Kenyataan bahawa langit dan bumi ini, iaitu alam semesta ini adalah tidak stabil, bahawa kehadiran mereka ini adalah kerana penciptaan Allah dan mereka akan hilang apabila Dia menghentikan penciptaan-Nya, segalanya telah dijelaskan di dalam ayat berikut:
Sesungguhnya Allah menahan dan memelihara langit dan bumi supaya tidak berganjak dari peraturan dan keadaan yang ditetapkan baginya; dan jika keduanya (ditakdirkan) berganjak maka tidak ada sesiapapun yang dapat menahannya daripada berlaku demikian selain dari Allah. Sesungguhnya Ia Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Surah Fatir:41)
Seperti yang telah kami sebutkan sejak awal lagi, sebahagian manusia tidak mempunyai pemahaman yang tepat tentang Allah dan mereka membayangkan seolah-olah Allah itu berada di atas langit dan tidak campur tangan di dalam urusan-urusan keduniaan. Asas anggapan ini adalah berdasarkan kepercayaan bahawa alam semesta ini adalah sebuah himpunan kebendaan dan Allah berada "di luar" daripada dunia material ini, berada di sebuah tempat yang jauh. Di dalam beberapa agama yang menyeleweng, kepercayaan terhadap Allah adalah terhad kepada pemahaman ini.
Bagaimana pun, seperti yang telah kita bincangkan setakat ini, kebendaan hanya terdiri daripada sensasi-sensasi. Dan satu-satunya kewujudan yang sebenar ialah Allah. Ini bererti hanya Allah sahaja yang wujud: segalanya kecuali Dia adalah kewujudan bayangan. Oleh itu, adalah mustahil untuk membayangkan Allah sebagai satu kewujudan yang keseluruhannya berbeza daripada jisim kebendaan. Semestinya Allah berada "di mana-mana" dan melingkungi semua. Realiti ini telah dijelaskan di dalam al-Quran seperti berikut:
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhluk-Nya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisi-Nya melainkan dengan izin-Nya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmu-Nya dan kekuasaan-Nya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaan-Nya), lagi Maha Besar (kekuasaan-Nya). (Surah Al-Baqarah:255)
Kenyataan bahawa Allah tidak tersekat dengan ruang dan bahawa Dia merangkumi segala-galanya telah dinyatakan di dalam ayat lain seperti berikut:
Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap Allah) maka di situlah arah yang diredhai Allah; sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi sentiasa Mengetahui. (Surah Al-Baqarah:115)
Memandangkan kewujudan kebendaan hanyalah sebuah persepsi, maka mereka tidak dapat melihat Allah; tetapi Allah dapat melihat benda yang telah dijadikannya di dalam apa juga bentuk. Di dalam al-Quran, fakta ini telah dijelaskan seperti berikut:
Ia tidak dapat dilihat dan diliputi oleh penglihatan mata, sedang Ia dapat melihat (dan mengetahui hakikat) segala penglihatan (mata), dan Dia lah Yang Maha Halus (melayan hamba-hamba-Nya dengan belas kasihan), lagi Maha Mendalam pengetahuan-Nya. (Surah Al-Anaam:103)
Oleh itu, kita tidak dapat menerima kewujudan Allah dengan mata kita, tetapi Allah meliputi dalaman kita, luaran, penglihatan dan pemikiran. Kita tidak dapat melafazkan sepatah perkataan tanpa pengetahuan-Nya, begitu juga apabila kita menarik nafas.
Apabila kita menyaksikan persepsi-persepsi deria di dalam kehidupan kita, kewujudan yang paling hampir dengan kita bukannya deria-deria ini, tetapi Allah. Rahsia ayat berikutnya di dalam al-Quran menerangkan realiti ini:Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya, (Surah Qaff:16)
Apabila seseorang menyangka bahawa badannya diperbuat daripada "benda", dia tidak dapat memahami hakikat penting ini. Sekiranya dia mengambil otaknya sebagai "dirinya", maka kawasan luar yang dianggarkannya adalah 20-30 cm daripada dirinya. Tetapi apabila dia menerima bahawa tiada apa-apa pada kebendaan, dan semuanya adalah khayalan, konsep luar, dalam, atau dekat telah kehilangan maknanya. Allah telah melingkunginya dan Dia "sangat hampir" kepadanya.
Allah memaklumkan kepada manusia bahawa Dia "sangat hampir" kepada mereka di dalam ayatnya berikut:
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka). (Surah Al-Baqarah:186)
Ayat lain juga menerangkan fakta yang sama seperti berikut:
Dan (ingatlah) ketika Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), bahawa sesungguhnya Tuhanmu meliputi akan manusia (dengan ilmu-Nya dan kekuasaan-Nya. (Surah Al-Isra:60)
Manusia tersalah apabila menyangkakan bahawa kewujudan yang paling hampir dengannya ialah dirinya. Sebenarnya, Allah lebih hampir kepada kita lebih daripada diri kita sendiri. Allah menjelaskan fakta ni di dalam ayat-Nya:
Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya, Sedang kamu pada masa itu (berada di sekelilingnya) menyaksikan keadaannya, Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat. (Surah Al-Waqi'ah:83-85)
Jika seseorang merenung sedalamnya tentang semua yang telah diperkatakan di sini, dia dengan sendirinya akan dapat mengenal pasti situasi yang luar biasa ini: iaitu semua peristiwa-peristiwa di dunia ini hanyalah imaginasi
BERSAMBUNG..
Posted by AHMAD SAIFUL - SCRIPTERS.NING
No comments:
Post a Comment