bismillah, assalamu'alaikum. diharapkan kalian semua dapat membaca ulasan saya sehingga habis dan menyebarkannya.
kalian juga telah sedia maklum bahawa hubungan antara malaysia dan indonesia dalam keadaan genting. untuk keselamatan, kalian janganlah pergi ke sana dalam suasana yang amat mencurigakan sekarang ini.
bagi kalian yang selalu berchating terutamanya di ym (room johor 1), tentu kalian pernah berdepan dengan serangan daripada pen'chaters' dari indonesia yang sentiasa melaung2kan perkataan 'ganyang malaysia' atau 'malingsial' atau sebagainya perkataan2 yang kesat, tolong jangan layan. diingatkan sekali lagi, tolong kawal emosi. jangan hamburkan kata2 yang kesat kepada mereka semula, cukuplah dengan mengatakan 'Alhamdulillah' untuk membalasnya. Allah telah memberikan kita akal fikiran, jadi gunakanlah sewarasnya. jangan terlalu mengikut api kemarahan yang akan membawa peperangan yang akhirnya tiada pihak yang menang, tiada pihak yang kalah melainkan kedua2nya akan rebah ke bumi. sejarah peperangan antara sesama islam telahpun membuktikannya. juga kepada kalian yang terjumpa laman web, forum dan blog berkenaan penghinaan ke atas malaysia, tolong kawal emosi dalam menjawab setiap komen. biarlah beradab. walaupun darah kalian mendidih membacanya, hanya katakan kepada mereka 'alhamdulillah' sahaja. nescaya, apa yang mereka perkatakan akan kembali kepada mereka semula. api jangan dibalas dengan api. apakah kalian mahu lihat sungai darah di atas tanah malaysia? wahai lelaki, tidak usahlah kamu menunjukkan kehebatanmu dengan melemparkan kembali kata2 kutukan yang kesat kepada mereka, hanya membuang masa dan menambah dosa. kalau anda benar2 berani, pergilah ke sana. tetapi apa tujuan anda? membunuh saudara islam sendiri? sedangkan musuh2mu ketawa terbahak2 melihatkan gelagatmu.
ingat, ada batu api disebalik situasi ini. ada pihak yang menginginkan semua ini berlaku. ada agenda sulit disebaliknya. sebenarnya, semua ini telah dirancang. jangan biarkan diri kalian terperangkap dalam jerat musuh.
jangan disebabkan anda, malaysia dan indonesia berperang!
Posted by mohd mawardi hassan
No comments:
Post a Comment