Tuesday, October 20, 2009

INTI PATI SEBENAR KEBENDAAN BHG.KE3 (AKHIR)

PERINGATAN!

Bab yang akan kamu baca ini mendedahkan satu
rahsia terbesar di dalam hidup kamu. Kamu perlu membacanya
dengan baik dan teliti kerana ia berkaitan dengan satu
subjek yang pasti akan mengubah pandangan kamu terhadap dunia luar. Subjek di dalam bab ini, bukan hanya satu pandangan,
satu pendekatan yang berbeza, atau satu kepercayaan
falsafah kuno: tetapi ia adalah satu fakta, yang perlu
diakui oleh setiap orang, samada mereka mempercayainya atau
tidak, dan ia juga telah dibuktikan
oleh sains hari ini.


ARTIKEL SEBELUMNYA:


BAHAGIAN PERTAMA :
http://scripters.ning.com/forum/topics/inti-pati-sebenar-kebendaan


BAHAGIAN KEDUA :
http://scripters.ning.com/forum/topic/show?id=2386880%3ATopic%3A204216



Lelaki ini menerima dengan jelas imej, bunyi, rasa kekerasan, cahaya, warna dan semua perasaan yang berkaitan dengan peristiwa yang dialaminya di dalam mimpinya. Persepsi yang diterimanya di dalam mimpi adalah natural sama seperti yang berada di kehidupan "asal". Kek yang dimakannya di dalam mimpi mengenyangkannya walaupun ia hanyalah sebuah persepsi, kerana merasa kenyang juga adalah sebuah persepsi. Tetapi, di dalam realiti, lelaki ini sedang berbaring di atas katilnya. Tidak ada tangga, tidak ada trafik, tidak ada bas untuk dilihat. Lelaki yang bermimpi ini mengalami dan melihat persepsi-persepsi dan perasaan-perasaan yang tidak wujud di dunia luar. Kenyataan bahawa di dalam mimpi, kita mengalami, melihat dan merasa peristiwa tanpa hubungan dengan "dunia luar", menunjukkan dengan jelas bahawa "dunia luar" hanya mengandungi persepsi-persepsi.

Mereka yang mempercayai falsafah materialis, dan Marxis, akan marah apabila mereka diberitahu tentang realiti ini, intipati sebenar kebendaan. Mereka akan memetik contoh-contoh daripada pemikiran dangkal Marx, Engels, atau Lenin dan memberikan pengakuan yang emosional.

Bagaimana pun, mereka juga perlu berfikir bahawa mereka juga boleh membuat pengakuan ini di dalam mimpi mereka. Di dalam mimpi, mereka juga boleh membaca "Das Kapital", menyertai perjumpaan, bertempur dengan polis, dipukul di kepala, dan lebih lagi, merasai kesakitan luka tersebut. Apabila mereka ditanya di dalam mimpi-mimpi mereka, mereka akan merasakan bahawa apa yang telah mereka alami di dalam mimpi juga terdiri daripada "kebendaan". Tetapi, apa yang ada di dalam mimpi-mimpi mereka dan di dalam kehidupan seharian mereka, segala apa yang mereka lihat, alami, atau rasa hanya terdiri daripada persepsi-persepsi.

Contoh Sambungan Saraf Selari

Mari kita kaji contoh perlanggaran kereta Politzer: Di dalam kemalangan ini, sekiranya saraf lelaki yang dirempuh ini bergerak daripada pancainderanya yang lima ke otak, disambungkan kepada orang lain, sebagai contoh ke otak Politzer, dengan sambungan yang selari, pada waktu bas tersebut merempuh lelaki itu, ia juga akan melanggar Politzer, yang pada waktu itu sedang duduk di rumahnya. Dengan kata lain, segala perasan yang dialami oleh lelaki yang dilanggar ini akan dirasai juga oleh Politzer, seperti sebuah lagu yang didengar daripada kedua buah pembesar suara berlainan yang disambungkan ke alat perakam yang sama. Politzer akan merasa, mendengar, dan mengalami bunyi brek bas, sentuhan bas pada badannya, imej lengan yang patah dan darah yang mengalir keluar, kesakitan patah, imej dia memasuki bilik operasi, kekerasan pembalut plaster, dan ketidakupayaan tangannya.

Sesiapa sahaja yang disambungkan dengan saraf lelaki ini secara selari akan mengalami kemalangan daripada awal hingga akhir seperti yang telah dirasai oleh Politzer. Sekiranya lelaki yang ditimpa kemalangan ini berada di dalam keadaan koma, mereka juga akan berada di dalam keadaan koma. Lebih daripada itu, sekiranya semua persepsi yang berkaitan dengan kemalangan kereta ini dirakamkan di dalam sebuah alat dan semua persepsi ini dipindahkan kepada seseorang, maka bas tersebut akan merempuhnya berulang-ulang kali.

Jadi, bas manakah yang merempuh mereka ini adalah betul? Falsafah materialis tidak mempunyai jawapan yang konsisten terhadap soalan ini. Jawapan yang tepat ialah mereka mengalami peristiwa kemalangan kereta ini di dalam minda mereka sahaja.

Prinsip yang sama berlaku kepada contoh-contoh kek dan batu. Sekiranya organ saraf Engels, yang merasa kenyang dan berisi kek di dalam perutnya selepas memakan kek, disambungkan ke otak orang kedua secara selari, orang tersebut juga akan merasa berisi apabila Engels memakan kek dan merasa kenyang. Sekiranya saraf Johnson, yang merasa sakit pada kakinya apabila menyepak seketul batu, disambungkan ke otak orang kedua, orang tersebut juga akan merasa kesakitan yang sama.

Jadi kek atau batu yang manakah yang betul? Falsafah materialis sekali lagi gagal untuk memberikan satu jawapan yang konsisten kepada soalan ini. Jawapan yang tepat dan konsisten ialah: kedua-dua Engles dan orang kedua telah memakan kek di dalam minda mereka dan menjadi kenyang; kedua-dua Johnson dan orang kedua telah mengalami sepenuhnya saat-saat menghentam batu tersebut di dalam minda mereka.

Mari kita buat perubahan pada contoh yang kita berikan tentang Politzer: mari kita sambungkan saraf lelaki yang dilanggar kereta ke otak Politzer, dan saraf Politzer yang sedang duduk di dalam rumah ke otak lelaki tersebut. Dalam keadaan ini, Politzer akan merasa bahawa sebuah bas telah merempuhnya walaupun sebenarnya dia sedang duduk di rumahnya; dan lelaki yang sebenarnya dilanggar bas tidak akan merasa kesan kemalangan tersebut dan merasakan bahawa dia sedang duduk di rumah Politzer. Logik yang sama dapat dilakukan kepada contoh kek dan batu.

Seperti yang dapat dilihat, adalah mustahil bagi manusia untuk menjangkau derianya dan membebaskannya. Dalam keadaan ini, roh manusia dapat dikawal kepada segala jenis gambaran walaupun ia tidak mempunyai badan fizikal dan kewujudan material dan ketiadaan berat material. Adalah mustahil untuk manusia menyedari perkara ini kerana dia telah meyakini bahawa imej-imej tiga-dimensi ini adalah betul dan amat pasti dengan kewujudan mereka kerana semua orang bergantung kepada persepsi-persepsi yang dihasilkan oleh organ-organ derianya.

Seorang ahli falsafah British David Hume menjelaskan pandangan beliau terhadap fakta ini:

Scara jujur saya katakan, apabila saya memasukkan diri saya kepada apa yang saya gelar "diri saya", saya sering didatangi persepsi-persepsi yang berhubung dengan panas atau sejuk, cerah atau gelap, sayang atau benci, masam atau manis dan perasaan-perasaan lain. Tanpa kewujudan satu persepsi, saya tidak akan dapat meletakkan diri saya pada waktu yang tertentu dan saya tidak dapat melihat apa-apa melainkan persepsi.185

Formasi Persepsi Di Dalam Otak Bukan Fakta Falsafah Tetapi Adalah Fakta Sains

Materialis mendakwa apa yang kita bincangkan di sini adalah sebuah pandangan falsafah. Tetapi, dakwaan bahawa "dunia luar", seperti yang kita gelar, adalah satu himpunan persepsi bukannya satu perkara falsafah tetapi sebuah fakta sains. Bagaimana imej dan perasaan terbentuk di dalam otak telah diajarkan di semua sekolah-sekolah perubatan secara terperinci. Fakta ini, yang telah dibuktikan oleh sains abad ke-20 khususnya oleh fizik, menunjukkan dengan jelas bahawa kebendaan tidak mempunyai realiti dan semua orang sedang menonton "monitor di dalam otaknya".

Semua orang yang mempercayai sains, sama ada dia seorang Buddha atau seorang ateis, atau siapa sahaja yang berpegang kepada pandangan-pandangan lain, perlu menerima kenyataan ini. Seorang materialis mungkin dapat menafikan kewujudan seorang Pencipta, tetapi dia tidak dapat menafikan realiti saintifik ini.

Ketidakupayaan Karl Marx, Friedrich Engles, Georges Politzer dan mereka yang lain di dalam memahami satu fakta yang ringkas dan jelas ini masih amat mengejutkan walaupun tahap pemahaman dan keupayaan sains pada zaman mereka masih tidak mencukupi. Pada zaman kita, sains dan teknologi telah maju dan penemuan-penemuan terkini telah membuatkan ianya mudah untuk memahami fakta ini. Sebaliknya, materialis merasa amat takut untuk memahami fakta ini, kerana tahu bagaimana ia akan memusnahkan falsafah mereka.

Ketakutan Materialis

Untuk beberapa ketika, tidak ada jawapan balas yang bersungguh-sungguh datang daripada golongan materialis Turkey menentang subjek yang dibentangkan di dalam buku ini, iaitu, kenyataan bahawa kebendaan hanyalah sebuah persepsi. Ini menyebabkan kami merasa mereka masih belum jelas dengan tujuan kami dan ia memerlukan penjelasan yang lebih terang. Tetapi, tidak berapa lama kemudian, telah terbukti para materialis tidak merasa senang dengan populariti subjek ini dan lebih daripada itu, merasa amat takut dengan perkara ini.

Untuk beberapa lama, para materialis telah mengumumkan ketakutan dan perasaan panik mereka di dalam penerbitan, persidangan dan panel mereka. Hasutan dan hujah-hujah mereka yang tidak bermaya menunjukkan bahawa mereka sedang menghadapi krisis intelektual yang parah. Kemusnahan secara saintifik teori evolusi, yang menjadi asas falsafah mereka, telah memberikan kejutan yang bersangatan kepada mereka. Sekarang mereka menyedari bahawa mereka sendiri telah mula kehilangan kebendaan itu sendiri, yang merupakan tulang belakang mereka yang lebih hebat daripada Darwinisme, dan mereka telah mengalami kejutan yang paling dahsyat. Mereka mengisytiharkan isu ini sebagai "ancaman terbesar" kepada mereka dan ia akan "memusnahkan penipuan kultur mereka".

Salah seorang yang menunjukkan perasaan kebimbangan dan panik golongan materialis dengan cara yang paling jelas ialah Renan Pekunlu, seorang ahli akademik dan seorang penulis Bilim ve Utopya (Sains dan Utopia) yang menyeru tanggungjawab mempertahankan materialisme. Di dalam artikel yang ditulisnya Bilim ve Utopya dan panel yang disertainya, Pekunlu mengemukakan buku Evolution Deceit sebagai ancaman nombor satu kepada materialisme. Apa yang merisaukan Pekunlu lebih daripada bab yang membatalkan Darwinisme ialah bahagian yang sedang kamu baca ini. Kepada para pembaca dan (beberapa) audiens, Pekunlu menyampaikan pesanan "jangan biarkan diri kamu hanyut dengan pendoktrinan idealisme dan tetapkan kepercayaan kamu kepada materialisme", dan menunjukkan Vladimir I. Lenin, ketua revolusi berdarah Rusia, sebagai rujukan. Menasihatkan siapa sahaja supaya membaca buku lama Lenin bertajuk Materialism and Empirio-Critism, apa yang dilakukan oleh Pekunlu ialah mengulangi semula kenyataan Lenin "jangan fikirkan isu ini, atau kamu akan kehilangan jejak materialisme dan dihanyutkan oleh agama". Di dalam sebuah artikel yang ditulisnya di dalam terbitan awal, beliau telah memetik ayat-ayat berikut daripada Lenin:

Sekali kamu menafikan realiti objektif, yang memberikan kita persepsi, kamu telah pun kehilangan segala senjata untuk menentang fideisme*, apabila kamu telah tergelincir kepada agnostisme* atau subjektivisme* – dan itulah yang fideisme perlukan. Satu cangkuk tersangkut, dan burung akan terlepas. Dan Marchist kita telah terjebak di dalam idealisme, iaitu, di dalam cecair, fideisme yang bijak; mereka jadi terjebak apabila mereka mengambil "persepsi" bukan sebagai imej dunia luar tetapi sebagai satu "elemen" khas. Ia bukan persepsi sesiapa, bukan minda sesiapa, bukan roh sesiapa, bukan kehendak sesiapa. 186

Kenyataan ini menunjukkan fakta yang Lenin telah sedari dan ingin membuangnya daripada mindanya dan minda "rakan-rakan"nya mengganggu materialis kini di dalam cara yang sama. Bagaimana pun, Pekunlu dan para materialis lain menghadapi dukacita yang hebat; kerana mereka menyedari bahawa fakta ini kini telah menjadi lebih jelas, pasti dan meyakinkan daripada 100 tahun dahulu. Untuk pertama kalinya di dalam sejarah dunia, subjek ini telah dijelaskan dengan cara yang paling menarik.

Walau bagaimana pun, gambaran asasnya ialah bahawa sejumlah besar para materialis masih mengambil kedudukan yang dangkal menentang kenyataan bahawa "kebendaan tidak lebih daripada ilusi". Subjek yang dijelaskan di dalam bab ini merupakan subjek paling penting dan paling menarik yang dapat dilalui oleh seseorang sepanjang hidupnya. Tidak ada peluang bagi mereka untuk berdepan dengan sebuah subjek yang begitu genting sebelum ini. Tetapi, reaksi saintis-saintis atau gaya yang mereka gunakan di dalam ucapan-ucapan dan artikel-artikel mereka masih menunjukkan betapa cetek dan dangkalnya pemahaman mereka.

Tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa reaksi sebahagian materialis di dalam subjek yang dibincangkan di sini menunjukkan bagaimana ketaksuban mereka terhadap materialisme telah melemahkan pemikiran logik mereka dan kerana inilah, mereka masih tidak dapat memahami subjek ini. Sebagai contoh Alaattin Senel, juga seorang ahli akademi dan seorang penulis Bilim ve Utopya, memberikan isyarat yang sama dengan Rennan Pekunlu dengan mengatakan "Lupakan tentang kemusnahan Darwinisme, ancaman sebenar ialah yang ini", dan membuat tuntutan seperti berikut "Jadi buktikan apa yang kamu katakan" tanpa menyedari bahawa falsafahnya sendiri tidak mempunyai sebarang asas. Apa yang lebih menarik lagi ialah penulis ini sendiri telah menulis kenyataan-kenyataan yang menunjukkan bahawa dia tidak dapat memahami fakta ini yang dianggapnya sebagai sebuah ancaman.

Sebagai contoh, di dalam sebuah artikel yang membincangkan secara eksklusif subjek ini. Senel menerima bahawa dunia luar diterima di dalam otak sebagai suatu imej. Bagaimana pun, kemudian dia mendakwa bahawa imej-imej telah terbahagi kepada dua seperti seorang yang mempunyai hubungan fizikal dan seorang yang tidak mempunyainya. Untuk menyokong dakwaannya, dia memberikan "contoh telefon". Secara ringkasnya, dia menulis: "Saya tidak tahu sama ada imej di dalam otak saya berhubung dengan dunia luar atau tidak, tetapi perkara yang sama berlaku ketika saya bercakap di dalam telefon. Apabila saya bercakap di dalam telefon, saya tidak dapat melihat orang yang sedang bercakap dengan saya tetapi saya dapat meyakinkan perbualan ini apabila saya bertemu dengannya kemudian."


Penulis materialis Turkey, Renna Pekunlu berkata "teori evolusi tidak terlalu penting, ancaman yang sebenar ialah subjek ini", kerana dia tahu subjek ini menghancurkan kebendaan, yang merupakan satu-satunya konsep yang dipengangnya


Dengan berkata demikian, penulis ini sebenarnya maksudkan begini: "Sekirannya kita meragui persepsi kita, kita boleh melihat kebendaan itu sendiri dan memeriksa kebenarannya." Tetapi, ini adalah satu bukti yang tersalah konsep kerana adalah mustahil bagi kita untuk mencapai kebendaan itu sendiri. Kita tidak akan dapat keluar daripada minda kita dan mengetahui apa yang ada "di luar". Sama ada suara di dalam telefon tersebut mempunyai hubungan atau tidak dapat dipastikan oleh orang yang berada di telefon. Bagaimana pun, kepastian ini juga adalah khayalan-khayalan yang dialami oleh minda.

Lagi pun, mereka juga dapat mengalami perkara yang sama di dalam mimpi-mimpi mereka. Sebagai contoh, Senel mungkin melihat di dalam mimpinya bahawa dia sedang bercakap di telefon dan kemudian memastikan perbualan tersebut dengan orang yang bercakap dengannya. Atau, mungkin Pekunlu di dalam mimpinya merasa berhadapan dengan "satu ancaman yang serius" dan menasihatkan orang ramai supaya membaca buku-buku lama Lenin. Tetapi, apa pun yang mereka lakukan, materialis-materialis ini tidak akan dapat menafikan kenyataan bahawa peristiwa-peristiwa yang mereka alami dan orang-orang yang mereka berbual dengannya di dalam mimpi mereka adalah tidak lebih daripada persepsi-persepsi.

Jadi, kepada siapa seseorang dapat meyakinkan sama ada imej-imej di dalam otaknya mempunyai kaitan atau tidak? Kepada kewujudan bayangan di dalam otaknya lagi? Tidak diragukan lagi, adalah mustahil bagi para materialis untuk mencari satu sumber maklumat yang dapat menghasilkan data-data berkaitan dengan otak dan meyakinkannya.

Dengan menganggap bahawa semua persepsi telah terbentuk di alam otak tetapi mendakwa bahawa seseorang itu dapat melangkah "keluar" daripadanya, menunjukkan bahawa kapasiti perseptif orang tersebut amat terhad dan dia mempunyai pemikiran yang menyeleweng.

Bagaimana pun, fakta yang diberitahu di sini dapat difahami oleh seorang yang mempunyai tahap pemikiran dan pemahaman yang normal. Setiap orang yang saksama akan mengetahui, berkaitan dengan apa yang telah kami sebutkan, bahawa adalah mustahil untuk dirinya menguji kewujudan dunia luar dengan pancainderanya. Tetapi, apa yang terjadi ialah mereka yang taksub dengan materialisme telah memesongkan kapasiti pemikiran manusia. Kerana itulah, para materialis kini menunjukkan kecacatan logikal yang parah seperti mana mereka membimbing mereka dengan cuba "membuktikan" kewujudan kebendaan dengan menendang batu dan makan kek.

Perlu disebutkan di sini bahawa ini bukannya sebuah situasi yang memeranjatkan; kerana, ketidakupayaan untuk memahami merupakan sifat semula jadi orang-orang yang tidak beriman. Di dalam al-Quran, Allah menerangkan akan terdapatnya "kaum yang tidak berakal" seperti di dalam ayat:

Dan apabila kamu menyeru (azan) untuk mengerjakan sembahyang, mereka menjadikan sembahyang itu sebagai ejek-ejekan dan permainan. Yang demikian itu ialah kerana mereka suatu kaum yang tidak berakal. (Surah AL-Maidah:58).

Materialis Telah Jatuh Ke Dalam Perangkap Terbesar Dalam Sejarah

Keadaan panik telah merebak di kalangan golongan materialis Turkey seperti yang telah kita datangkan beberapa contoh yang menunjukkan bahawa materialis kini sedang berhadapan dengan kekalahan yang tidak pernah mereka alami sepanjang sejarah. Kenyataan bahawa kebendaan adalah sebuah persepsi telah dibuktikan oleh sains moden dan ia telah diterangkan dengan cara yang sangat jelas, jujur dan bertenaga. Apa yang tinggal pada para materialis ini ialah menyaksikan kemusnahan seluruh dunia material yang mereka yakini secara membuta tuli dan bergantung dengannya.

Di dalam sejarah kemanusiaan, pemikiran materialis sentiasa wujud. Terlampau yakin dengan diri mereka dan falsafah yang mereka anuti, mereka telah memberontak menentang Allah yang telah menjadikan mereka. Senario yang mereka aturkan ini mempertahankan bahawa kebendaan tidak mempunyai permulaan dan penamat, dan semua ini tidak mungkin ada seorang Pencipta. Ketika mereka menafikan Allah hanya kerana keangkuhan mereka, mereka beralih kepada kebendaan yang mereka kira mempunyai kewujudan yang sebenar. Mereka terlalu meyakini falsafah ini sehingga mereka menyangka adalah mustahil untuk mengemukakan satu contoh yang berlawanan dengannya.

Kerana itulah fakta-fakta yang disebutkan di dalam buku ini yang mengandungi natural kebendaan sebenar telah mengejutkan mereka. Apa yang telah disebutkan di sini telah memusnahkan asas falsafah mereka dan tidak meninggalkan sebarang asas untuk perbincangan yang lebih jelas. Kebendaan, yang mendasari kepercayaan mereka, kehidupan, keangkuhan dan penafian, telah musnah secara mendadak. Bagaimana materialisme dapat wujud sedangkan kebendaan tidak ada?

Di antara sifat-sifat Allah ialah perencanaan-Nya menentang orang-orang yang tidak beriman. Ia disebutkan di dalam ayat berikut:

"Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya" (Surah Al-Anfal:30)

Allah memerangkap materialis dengan membuatkan mereka mendakwa bahawa kebendaan itu wujud dan dengan itu ia telah memalukan mereka dengan cara yang tidak disedari. Materialis mengira harta, status, kedudukan, masyarakat yang mereka sertai, seluruh dunia dan sebagainya adalah wujud dan lebih daripada itu, meningkatkan keangkuhan mereka menentang Allah dengan bergantung kepada semua ini. Mereka memberontak menentang Allah dengan menjadi bongkak dan ditambah kepada ketidakpercayaan mereka. Ketika melakukannya, mereka bergantung penuh kepada kebendaan. Tetapi, mereka terlalu lemah untuk memahami sehingga gagal untuk memikirkan bahawa Allah meliputi sekeliling mereka. Allah mengumumkan kenyataan yang orang-orang kafir ini lalui sebagai kesan kepada kebodohan mereka:

(Mereka tidak cukup dengan kata-kata dan tuduhan-tuduhan yang buruk sahaja) bahkan mereka hendak melakukan rancangan jahat (terhadapmu wahai Muhammad; tetapi mereka tidak akan berjaya) kerana orang-orang yang kafir itulah yang akan ditimpa balasan rancangan jahatnya. (Surah At-Tuur:42)

Ini merupakan kekalahan paling besar di dalam sejarah. Apabila keangkuhan mereka makin meningkat, materialis telah diperdaya dan mengalami kekalahan yang serius di dalam peperangan yang mereka aturkan untuk menentang Allah dengan mengemukakan sesuatu yang ganjil menentang-Nya. Seperti yang disebutkan di dalam ayat:

Dan demikianlah Kami adakan dalam tiap-tiap negeri orang-orang besar yang jahat supaya mereka melakukan tipu daya di negeri itu, padahal tiadalah mereka memperdayakan selain dari dirinya sendiri (kerana merekalah yang akan menerima akibatnya yang buruk), sedang mereka tidak menyedarinya. (Surah Al-An'aam:123)

Di dalam ayat yang lain juga disebutkan perkara yang sama:

Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya. (Surah Al-Baqarah:9)

Apabila orang-orang kafir berkomplot, mereka tidak menyedari fakta penting yang disebutkan di dalam ayat di atas "mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya". Kenyataannya, segala apa yang mereka alami adalah khayalan yang direka untuk diterima oleh mereka, dan segala komplot yang mereka aturkan adalah khayalan yang terbentuk di dalam otak mereka, seperti juga dengan perbuatan-perbuatan mereka yang lain. Kebodohan mereka telah menyebabkan mereka lupa bahawa mereka sebenarnya bersendirian dengan Allah dan, oleh itu, mereka terperangkap di dalam plan jahat mereka sendiri.

Seperti orang-orang kafir yang hidup di masa silam, mereka yang hidup kini juga menghadapi realiti yang akan menghancurkan perancangan-perancangan jahat mereka hingga ke dasarnya. Di dalam ayat;

...kerana sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah. (Surah An-Nisaa:76)

Allah telah menjelaskan bahawa komplot ini telah pun musnah sejak hari ia direncanakan, dan memberikan khabar gembira kepada orang-orang yang beriman di dalam ayat;

"Dan kalau kamu sabar dan bertaqwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikit pun." (Surah Ali Imran:120)

Di dalam ayat lain pula Allah menegaskan;

Dan orang-orang yang kafir pula, amal-amal mereka adalah umpama riak sinaran panas (fartamorgana) di tanah rata yang disangkanya air oleh orang yang dahaga, (lalu ia menuju ke arahnya) sehingga apabila ia datang ke tempat itu, tidak didapati sesuatu pun yang disangkanya itu; (demikianlah keadaan orang kafir, tidak mendapat faedah dari amalnya sebagaimana yang disangkanya) dan ia tetap mendapati hukum Allah di sisi amalnya, lalu Allah meyempurnakan hitungan amalnya (serta membalasnya); dan (ingatlah) Allah Amat segera hitungan hisab Nya. (Surah An-Nuur:39)

Materialisme juga telah menjadi "fatamorgana" untuk menderhaka seperti yang disebutkan di dalam ayat ini; apabila mereka mendapatkannya, mereka dapati ia hanyalah sebuah ilusi. Allah telah menipu mereka dengan sebuah fatamorgana, dan memperdayakan mereka untuk menerima seluruh himpunan imej-imej ini sebagai betul. Semua orang-orang yang "mulia" ini, profesor, ahli kaji bintang, ahli biologi, ahli fizik, dan semua yang lain tidak mengira darjat dan kedudukan mereka telah tertipu seperti kanak-kanak dan telah dimalukan kerana mengambil kebendaan sebagai tuhan. Mendakwa himpunan imej-imej sebagai benar, mereka telah meletakkan dasar falsafah dan ideologi mereka di atasnya, terlibat di dalam perbincangan-perbincangan yang serius, dan diterima wacana "intelektual" terkenal. Mereka merasa sudah cukup bijak untuk menawarkan satu argumen tentang kebenaran alam semesta dan, lebih penting, mereka bertelagah tentang Allah dengan kebijaksanaan mereka yang terhad. Allah menerangkan situasi ini di dalam ayat berikut:

Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itupun merencangkan tipu daya, dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya. (Surah Ali Imran:54)

Mungkin kita dapat melepaskan diri daripada beberapa komplot; tetapi, perancangan Allah menentang orang-orang kafir adalah sangat kemas sehinggakan tidak ada jalan keluar bagi mereka. Tidak kira apa yang mereka lakukan atau kepada siapa mereka merayu, mereka tidak akan dapat menemui seorang pun pembantu selain daripada Allah. Seperti yang Allah ingatkan di dalam al-Quran:

"dan mereka pula tidak akan memperoleh sesiapa pun - selain daripada Allah - yang akan menjadi pelindung atau penolong bagi mereka." (Surah An-Nisa: 173)

Materialis tidak pernah menyangka akan terjatuh ke dalam perangkap yang seperti itu. Memiliki semua perolehan abad ke-20 untuk kegunaan mereka, mereka sangka akan dapat meningkatkan kedegilan mereka di dalam penafian mereka dan mengheret manusia untuk kufur. Mentaliti orang-orang kafir ini dan penyudah mereka telah digarap seperti berikut di dalam al-Quran:

Dan (dengan demikian) mereka telah merancangkan rancangan jahat, dan Kami pula rancangkan balasannya dengan seburuk-buruk balasan, sedang mereka tidak menyedarinya. Maka lihatlah bagaimana akibat rancangan jahat mereka, iaitu Kami telah hancurkan mereka dan kaum mereka semuanya. (Surah An-Naml:50-51)

Ayat ini memberi makna: Materialis telah menyedari bahawa segala yang mereka miliki adalah sebuah ilusi, oleh itu apa yang mereka miliki akan musnah. Seperti mana mereka menyaksikan harta-harta mereka, kilang-kilang, emas, wang ringgit, anak-anak, pasangan hidup, rakan-rakan, kedudukan dan status, sehinggakan tubuh mereka, apa yang mereka sangka wujud telah tergelincir jatuh daripada tangan mereka, mereka telah "hancur" seperti yang disebutkan di dalam ayat ke-51 surah An-Naml. Pada peringkat ini, yang ada bukannya kebendaan tetapi hanya roh.

Tidak diragui lagi, menyedari hakikat ini merupakan perkara paling teruk kepada materialis. Kenyataan bahawa segala yang mereka miliki hanyalah ilusi, adalah sama seperti, dengan perkataan mereka sendiri, "mati sebelum mati" di dunia ini.

Fakta ini meninggalkan mereka hanya dengan Allah. Seperti di dalam ayat al-Quran:

"Biarkanlah Aku sahaja membalas orang (yang menentangmu) yang Aku ciptakan dia (dalam keadaan) seorang diri (tidak berharta dan anak pinak)" (Surah Al-Muddaththir:11).

Allah menegaskan kepada kita bahawa setiap manusia sebenarnya bersendirian dalam kehadiran-Nya. Fakta ini telah diulangi di dalam beberapa ayat lain:

Dan demi sesungguhnya, kamu tetap datang kepada Kami (pada hari kiamat) dengan bersendirian, sebagaimana Kami jadikan kamu pada mulanya; dan kamu tinggalkan di belakang kamu apa yang telah kami kurniakan kepada kamu... (Surah Al-Ana'am:94)

Dan mereka masing-masing akan datang mengadap-Nya pada hari kiamat dengan seorang diri. (Surah Maryam: 95)

Dengan kata lain, ayat-ayat di atas memberi makna: Mereka yang mengambil kebendaan sebagai tuhan mereka telah datang daripada Allah dan kembali kepada-Nya. Mereka terpaksa menyerah ketentuan mereka kepada Allah sama ada mereka suka atau tidak. Kini mereka sedang menanti Hari Perhitungan di mana semua orang akan dipanggil untuk dihisab. Walaupun betapa kuatnya mereka tidak mahu memahaminya...

Konklusi

Subjek yang kami terangkan di sini setakat ini merupakan di antara kebenaran terhebat yang tidak mungkin akan diberitahu kepada kamu sepanjang hidup kamu. Membuktikan bahawa seluruh dunia material sebenarnya adalah sebuah "kewujudan khayalan", subjek ini merupakan kunci untuk memahami kewujudan dan ciptaan Allah dan untuk memahami bahawa hanya Dia satu-satunya yang wujud.

Mereka yang memahami subjek ini menyedari bahawa dunia ini bukan tempat seperti yang diduga oleh kebanyakan orang. Dunia ini bukan tempat yang mutlak dengan kewujudan yang sebenar seperti yang disangkakan oleh mereka yang merayau tanpa tujuan di jalan-jalan, mereka terlibat di dalam pergaduhan di pub, mereka yang menunjuk-nunjuk di cafe mewah, mereka yang bermegah dengan harta benda mereka, atau mereka yang memperuntukkan hidup mereka untuk tujuan yang kosong. Dunia ini adalah sebuah himpunan persepsi, sebuah ilusi. Semua mereka yang telah kami sebutkan di atas hanyalah kewujudan bayangan yang melihat persepsi-persepsi ini di dalam minda mereka: tetapi mereka tidak menyedarinya.

Konsep ini amat penting untuk meruntuhkan falsafah materialis yang menafikan kewujudan Allah dan menyebabkan ia binasa. Kerana itulah materialis seperti Marx, Engels dan Lenin merasa panik, meradang dan mengingatkan pengikut-pengikut mereka supaya "tidak memikirkan" konsep ini apabila ia diberitahu kepada kamu. Tambahan pula, mereka ini berada pada keadaan kelemahan mental sehinggakan mereka tidak dapat memahami kenyataan bahawa persepsi terbentuk di dalam otak. Mereka mendakwa dunia yang mereka lihat di dalam otak adalah "dunia luar" dan mereka tidak dapat memahami bukti-bukti jelas yang bertentangan dengannya.

Ketidaksedaran ini disebabkan oleh kelemahan akal yang Allah timpakan ke atas orang-orang kafir. Seperti yang disebutkan di dalam al-Quran, orang-orang kafir ini;

"mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." (Surah Al-A'raaf:179)

Kamu dapat menjelajah melangkaui peringkat ini dengan menggunakan kuasa refleksi peribadi kamu sendiri. Untuk itu, kamu perlu memberikan tumpuan, kekal dengan perhatian kamu, dan fikirkan cara kamu melihat objek sekeliling kamu dan bagaimana kamu merasa sentuhan mereka. Sekiranya kamu memikirkan dengan teliti, kamu akan dapat merasai kewujudan bijak yang melihat, mendengar, menyentuh, memikirkan, dan membaca buku ini pada ketika ini hanyalah roh dan melihat persepsi-persepsi yang digelar "kebendaan" pada sebuah skrin. Sesiapa yang berjaya memahami perkara ini dianggap telah dapat berganjak daripada kawasan dunia material yang menipu kebanyakan manusia dan telah memasuki kawasan kewujudan yang hakiki (Wahdatul-Wujud).

Realiti ini telah difahami oleh sejumlah teis* atau ahli-ahli falsafah sepanjang sejarah. Intelektual Islam seperti Imam Rabbani, Muhyiddin Ibnu Arabi dan Mevlana Cami menyedari kenyataan ini berdasarkan tanda-tanda di dalam al-Quran dan dengan menggunakan pemikiran mereka. Beberapa ahli falsafah Barat seperti George Berkeley telah mencapai realiti yang sama melalui pemikirannya. Imam Rabbani menulis di dalam buku beliau Maktubat bahawa seluruh alam material ini adalah sebuah "ilusi dan andaian (persepsi)" dan sesungguhnya kewujudan yang mutlak ialah Allah:

Allah... Intipati kewujudan ini yang dijadikan-Nya daripada tiada... Dia menjadikan segalanya dalam lingkungan deria dan ilusi... Kewujudan alam ini adalah pada lingkungan deria dan ilusi, dan ia bukannya material... Sebenarnya, tidak ada yang lain di luar sana melainkan Kewujudan Yang Agung (iaitu Allah).188

Imam Rabbani menyatakan dengan jelas bahawa segala imej yang diperlihatkan kepada manusia hanyalah sebuah ilusi, dan mereka bukannya asal di dalam "dunia luar":

Lingkungan khayalan-khayalan ini telah digambarkan di dalam bentuk imaginasi. Ia kelihatan lebih luas daripada apa yang digambarkan. Tetapi dengan mata minda. Di luar sana, ia kelihatan seolah-olah ia dilihat dengan mata kepala. Tetapi, sebenarnya tidak. Ia mempunyai sama ada reka bentuk atau lekapan di luar. Tidak ada keadaan untuk dilihat. Seperti juga refleksi wajah seseorang di cermin. Tidak ada konstansi di luar. Tidak dapat diragui lagi, kedua-dua konstansi dan imej ini berada di dalam IMAGINASI. Allah lebih mengetahui segala-galanya.189

Mevlana Cami menyatakan kenyataan yang sama yang didapatinya berdasarkan tanda-tanda di dalam al-Quran dan dengan menggunakan akal fikirannya: "Segalanya di dunia ini adalah deria-deria dan ilusi-ilusi. Ia adalah seperti refleksi di depan cermin atau bayang-bayang".

Bagaimana pun, jumlah mereka yang memahami fakta ini sepanjang sejarah adalah amat terhad. Cendekiawan hebat seperti Imam Rabbani mencatatkan bahawa mungkin agak sukar untuk memberitahu fakta ini kepada masyarakat kerana ramai orang tidak dapat memahaminya.

Pada zaman kita kini, fakta ini telah diempiriskan oleh bukti-bukti yang dikemukakan oleh sains. Kenyataan bahawa alam ini adalah sebuah kewujudan bayangan telah digarap dengan cara yang sangat konkrit, jelas dan terang untuk pertama kalinya di dalam sejarah.

Oleh itu, kurun ke-21 akan menjadi suatu turning-point apabila manusia akan dapat memahami realiti-realiti ketuhanan dan terarah untuk menuju kepada Allah, satu-satunya Kewujudan Mutlak. Pada abad ke-21 ini, ialah untuk pegangan materialistik abad ke-19 ditolak ke dalam tong sampah sejarah, kewujudan dan ciptaan Allah akan dapat dicapai, fakta-fakta seperti ruang kosong dan masa-sifar akan dapat difahami, manusia akan membebaskan diri mereka daripada kelubung kekunoan, penipuan dan khurafat yang mengelilingi mereka.

Adalah mustahil untuk hala tuju ini disekat oleh sebarang kewujudan bayangan.

Posted by AHMAD SAIFUL - Scripters.Ning

No comments: