Tuesday, October 20, 2009

INTI PATI SEBENAR KEBENDAAN BHG.KE2. (PART 2)

Seperti yang dijelaskan di dalam ayat di atas, manusia tidak menyedari fenomena ini kerana mereka tidak melihatnya sendiri.

Dari segi lain pula, adalah mustahil bagi manusia, yang tidak lebih daripada kewujudan khayalan, untuk mempunyai kekuasaan dan kehendak melebihi Allah. Ayat al-Quran;

"Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu buat itu!" (Surah As-Saaffat:96)

menunjukkan bahawa segala apa yang kita alami berlaku di bawah kawalan Allah. Di dalam al-Quran realiti ini dinyatakan di dalam ayat;

Dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang melempar ketika engkau melempar, akan tetapi Allah jualah yang melempar (untuk membinasakan orang-orang kafir), Surah Al-Anfal:17)



Jika seseorang merenung sedalamnya tentang semua yang telah diperkatakan di sini, dia dengan sendirinya akan dapat mengenal pasti situasi yang luar biasa ini: iaitu semua peristiwa-peristiwa di dunia ini hanyalah imaginasi

Ia menjelaskan bahawa tidak ada perbuatan yang bebas daripada Allah. Memandangkan manusia hanyalah kewujudan bayangan, maka adalah mustahil bagi dirinya untuk melakukan perbuatan melempar itu sendiri. Tetapi Allah memberikan bayangan ini perasaan untuk merasa sendiri. Realitinya, Allah yang menjalankan semua perbuatan. Oleh itu, apabila seseorang yang merasakan perbuatannya adalah miliknya, ternyata dia hanya menipu dirinya sendiri.

Inilah hakikatnya. Seseorang mungkin tidak mahu menerimanya dan mungkin merasakan bahawa dirinya tidak bergantung kepada Allah; tetapi ia tidak akan mengubah apa-apa. Dan tentunya penafian yang bodoh ini adalah di dalam kehendak dan iradat Allah.

Segala Yang Kamu Miliki Adalah Ilusi

Telah menjadi satu fakta sains dan mantik bahawa "dunia luar" tidak mempunyai realiti material dan ia hanyalah satu himpunan imej-imej yang Allah perlihatkan kepada roh kita. Namun begitu, manusia tidak termasuk atau tidak mahu termasuk di dalam konsep "dunia luar".

Sekiranya kamu memikirkan isu in dengan jujur dan berani, kamu akan menyedari bahawa rumah kamu, semua perabot yang berada di dalamnya, kereta kamu – yang mungkin baru dibeli, pejabat kamu, barang kemas, akaun bank, almari pakaian, teman hidup, anak-anak, rakan-rakan, dan segala yang kamu miliki sebenarnya termasuk di dalam khayalan dunia luar ini yang ditayangkan kepada kamu. Apa yang kamu lihat, dengar, dan bau yang kamu terima dengan pancaindera yang lima di sekeliling adalah sebahagian daripada "dunia khayalan" ini, begitu juga dengan suara penyanyi pujaan kamu, kekerasan kerusi yang kamu duduki sekarang, minyak wangi yang kamu gemari, matahari yang memanaskan kamu, sekuntum bunga dengan warna yang menarik, seekor burung yang terbang di hadapan tingkap kamu, sebuah bot laju yang bergerak lincah di atas air, taman kamu yang subur, komputer yang kamu gunakan di tempat kerja, atau hi-fi yang mempunyai teknologi tercanggih di dunia...

Ini adalah kebenaran, kerana dunia hanyalah sebuah himpunan imej-imej yang dijadikan untuk menguji manusia. Manusia diuji melalui kehidupannya yang terhad dengan persepsi-persepsi yang tidak benar. Persepsi-persepsi ini telah dijadikan menarik dan menawan. Kenyataan ini telah disebutkan di dalam al-Quran:

Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). (Surah Ali Imran:14)

Kebanyakan manusia mengesampingkan agama mereka ke tepi demi tarikan harta benda, kekayaan, longgokan emas dan perak, wang ringgit, barang kemas, akaun bank, kad kredit, almari yang penuh dengan pakaian, model kereta terkini, ringkasnya, segala bentuk harta benda yang mereka miliki atau berusaha untuk memilikinya dan mereka hanya menumpukan kepada dunia ini dan mengabaikan hari kemudian. Mereka telah tertipu dengan "kecantikan dan keindahan" wajah kehidupan dunia ini, sehingga gagal untuk mendirikan sembahyang, menderma kepada orang-orang miskin, dan mengerjakan ibadat sehingga menyebabkan mereka mara di hari kemudian nanti dengan berkata (berdalih) "saya ada kerja lain yang perlu dibuat", "saya ada idea", "saya ada tanggungjawab", "saya tidak mempunyai masa yang mencukupi", "saya ada perkara yang perlu diselesaikan", "saya akan melakukannya kemudian hari". Mereka menggunakan seluruh hidup mereka untuk maju di dunia ini sahaja. kesalahfahaman ini telah dijelaskan di dalam ayat;

Mereka hanya mengetahui perkara yang zahir nyata dari kehidupan dunia sahaja, dan mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu tentang hari akhirat (Surah Ar-Ruum:7),.

Fakta yang kami terangkan di dalam bab ini, terutamanya fakta bahawa segalanya adalah imej, adalah amat penting kerana implikasinya yang menjadikan semua keghairahan dan sempadan tidak bererti. Pengesahan terhadap hakikat ini menunjukkan dengan jelas bahawa segala yang manusia miliki atau berusaha untuk memilikinya, seperti kekayaan yang diperolehi dengan ketamakan, anak-anak mereka yang mereka merasa mengah dengannya, pasangan hidup mereka yang mereka anggap sebagai yang paling rapat dengan mereka, rakan-rakan mereka, tubuh-tubuh mereka yang disayangi, kedudukan mereka yang meletakkan mereka di tempat yang tinggi, sekolah-sekolah yang mereka masuki, percutian-percutian yang telah mereka lalui, semuanya tidak lebih daripada ilusi. Oleh itu, segala usaha yang dilakukan, waktu yang telah habiskan, dan perasaan tamak terbukti sebagai tidak berguna.

Kerana itu sebahagian manusia memperbodohkan diri mereka sendiri apabila mereka bermegah dengan kekayaan dan harta mereka atau dengan "kapal layar, helikopter, kilang-kilang, saham-saham, rumah-rumah mewah dan tanah" seolah-olah mereka benar-benar wujud. Mereka yang terdiri daripada golongan berada yang berjalan mundar-mandir di atas kapal layar mereka dengan megah, menayang-nayangkan kereta mereka, asyik memperkatakan tentang kekayaan mereka, menyangka bahawa kedudukannya adalah lebih tinggi daripada orang lain dan asyik merasakan bahawa mereka telah berjaya kerana semua ini, patut memikirkan di manakah kedudukan mereka apabila mereka menyedari bahawa kejayaan mereka tidak lebih daripada sebuah ilusi sahaja.

Sebenarnya, pemandangan-pemandangan ini telah dilihat beberapa kali di dalam mimpi. Di dalam mimpi mereka, mereka juga mempunyai rumah, kereta laju, barang kemas yang melimpah ruah, wang yang bergulung-gulung, dan emas dan perak yang menggunung. Di dalam mimpi-mimpi mereka, mereka juga berada di satu kedudukan yang tinggi, memiliki kilang-kilang dengan beribu-ribu pekerja, mempunyai kuasa untuk memerintah ramai orang, memakai pakaian yang menyebabkan orang lain tertarik dengannya... Sebagaimana seseorang itu dianggap mengarut kerana bermegah dengan kedudukannya di dalam mimpinya, begitu juga mereka yang merasa gah dengan imej-imej yang mereka lihat di dunia ini. Lagi pun, apa yang dilihatnya di dalam mimpinya dan apa yang dialaminya di dalam dunia ini hanyalah imej-imej di dalam mindanya.

Begitu juga bagaimana manusia bertindak balas dengan peristiwa-peristiwa yang mereka alami di dunia ini hanya akan menyebabkan mereka merasa malu apabila mengetahui hakikat sebenar. Mereka yang sering bergaduh sesama sendiri, mereka yang bercakap sombong, mereka yang sering menipu, mereka yang menerima rasuah, mereka yang melakukan kesalahan kepada manusia, mereka yang memukul dan memaki hamun orang lain, serangan yang mendera, mereka yang terlalu ghairah dengan jawatan dan kedudukan, mereka yang sering iri hati, mereka yang suka menunjuk-nunjuk, mereka yang memuliakan diri sendiri dan yang sebagainya akan menyesal apabila mereka menyedari bahawa mereka telah melakukan ini semua di dalam mimpi.

Disebabkan Allah yang menjadikan semua imej-imej ini, maka Allah jugalah Pemilik Tunggal semuanya ini. Kenyataan ini ditegaskan di dalam al-Quran:

Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi; dan Allah sentiasa Meliputi (pengetahuanNya dan kekuasaanNya) akan tiap-tiap sesuatu. (Surah An-Nisaa:126)

Adalah amat bodoh untuk mengetepikan agama demi mengejar keghairahan khayalan sehingga menyebabkan kehilangan kehidupan yang lebih berkat di Syurga.

Pada peringkat ini, satu fakta perlu ditegaskan: bukanlah yang dimaksudkan di sini bahawa kenyataan yang kamu hadapi menunjukkan bahawa "segala pemilikan, harta, anak-anak, pasangan hidup, rakan-rakan, kedudukan yang lambat laun akan hilang, dan semuanya ini" tidak bererti. Tetapi apa yang dimaksudkan di sini ialah "segala harta yang kamu lihat sebenarnya tidak wujud sama sekali, tetapi ia hanyalah sekadar sebuah mimpi dan himpunan imej-imej yang ditunjukkan kepada kamu oleh Allah untuk menguji kamu". Seperti yang dapat kamu saksikan terdapat perbezaan yang besar di antara kedua-dua kenyataan ini.

Walau pun seseorang tidak mahu mengambil kisah dengan fakta ini dan menipu dirinya dengan menganggap semua yang dimilikinya benar-benar wujud, tetapi dia akhirnya akan mati dan di hari kemudian dia akan menyedari dengan sejelas-jelasnya bahawa dia sebenarnya telah dijadikan. Pada hari tersebut, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat)". (Surah Qaff:22), dan dia akan dapat melihat segala-galanya dengan lebih jelas. Tetapi sekiranya dia menghabiskan seluruh hidupnya mengejar matlamat-matlamat khayalan, maka dia akan berharap untuk tidak meninggalkan kehidupannya dan berkata:

"Alangkah baiknya kalau kematianku di dunia dahulu, menjadi kematian pemutus (yang menamatkan kesudahanku, tidak dibangkitkan lagi); "Harta kekayaanku tidak dapat menolongku sedikitpun; Kuat kuasaku (dan hujjah-hujjahku membela diri), telah binasa dan hilang lenyap dariku". (Surah Haaqah:27-29)

Dari segi lain, apa yang perlu dilakukan oleh orang yang bijak ialah cuba memahami hakikat alam semesta di dunia ini, sementara dia masih ada masa. Jika tidak, dia hanya akan menghabiskan seluruh hidupnya mengejar mimpi-mimpi dan akhirnya berhadapan dengan penamat yang mengecewakan. Di dalam al-Quran keadaan orang-orang yang mengejar ilusi-ilusi (atau fatamorgana) di dunia ini dan melupakan Pencipta mereka, telah dijelaskan seperti berikut:

Dan orang-orang yang kafir pula, amal-amal mereka adalah umpama riak sinaran panas di tanah rata yang disangkanya air oleh orang yang dahaga, (lalu ia menuju ke arahnya) sehingga apabila ia datang ke tempat itu, tidak didapati sesuatu pun yang disangkanya itu; (demikianlah keadaan orang kafir, tidak mendapat faedah dari amalnya sebagaimana yang disangkanya) dan ia tetap mendapati hukum Allah di sisi amalnya, lalu Allah meyempurnakan hitungan amalnya (serta membalasnya); dan (ingatlah) Allah Amat segera hitungan hisab-Nya. (Surah An-Nuur:39)

Bagi kamu, realiti ialah sesuatu yang boleh disentuh dengan tangan dan dilihat dengan mata. Di dalam mimpi kamu juga dapat "menyentuh dengan tangan kamu dan melihat dengan mata kamu", tetapi realitinya, kamu tidak mempunyai tangan atau mata, tidak ada sesuatu pun yang boleh dilihat dan disentuh. Tidak ada realiti material yang membuatkan perkara-perkara ini berlaku kecuali otak. Kamu sebenarnya telah tertipu.

Apakah yang memisahkan kehidupan yang sebenar dan mimpi? Kedua-duanya diwujudkan di dalam otak. Sekiranya kita dapat hidup senang di dalam dunia palsu ketika bermimpi, perkara yang sama boleh berlaku di dunia yang kita diami ini. Apabila kita terjaga daripada mimpi, tidak ada sebab untuk kita tidak merasakan bahawa kita telah memasuki sebuah mimpi yang panjang yang kita namakan "kehidupan sebenar". Kita menganggap mimpi adalah sesuatu yang palsu dan dunia ini sebagai benar adalah kesan daripada kebiasaan dan prejudis. Ini menunjukkan bahawa kita mungkin akan benar-benar terjaga dari kehidupan di bumi yang kita sangka kita sedang tinggal di dalamnya sekarang, seperti mana kita terjaga daripada sebuah mimpi.

Kecacatan Logik Materialis

Pada permulaan bab ini lagi telah dinyatakan bahawa kebendaan bukan kewujudan yang sebenar seperti yang didakwa oleh para materialis, tetapi sebaliknya ia adalah satu himpunan deria-deria yang Allah jadikan. Para materialis menentang bermati-matian realiti bukti yang akan memusnahkan falsafah mereka dan mengemukakan satu percanggahan yang tidak berasas.

Sebagai contoh, salah seorang pembela falsafah materialistik yang terbesar di dalam abad ke-20, seorang yang bersemangat Marxis, George Politzer, memberikan "contoh bas" sebagai "bukti paling hebat" terhadap kewujudan kebendaan. Menurut Politzer, ahli-ahli falsafah yang menyatakan bahawa kebendaan adalah sebuah persepsi juga melarikan diri apabila mereka melihat bas dan ini merupakan bukti kewujudan fizikal kebendaan.182

Apabila seorang lagi materialis, Johnson, diberitahu bahawa kebendaan adalah sebuah himpunan persepsi-persepsi, beliau cuba "membuktikan" kewujudan fizikal seketul batu dengan menendangnya. 183

Sebuah contoh yang sama telah diberikan oleh Friedrich Engels, mentor Politzer dan pengasas materialisme akliah bersama dengan Marx, yang telah menulis "sekiranya kek yang kita makan adalah sebuah persepsi, ia tidak akan dapat menghilangkan kelaparan kita".184

Tedapat beberapa contoh dan kenyataan seperti "kamu akan memahami kewujudan kebendaan apabila kamu ditempeleng di muka", di dalam buku-buku para materialis yang terkenal seperti Marx, Engels, Lenin dan lain-lain.

Pemahaman yang salah yang memberi ruang kepada contoh-contoh para materialis ini ialah tafsiran mereka yang menjelaskan "kebendaan sebagai sebuah persepsi" sebagai "kebendaan sebagai satu penipuan cahaya". Mereka beranggapan bahawa konsep persepsi hanya berkaitan dengan tanda dan persepsi seperti menyentuh yang mempunyai kaitan fizikal. Sebuah bas yang melanggar seorang lelaki menyebabkan mereka menyatakan "Lihat, ia berlanggar, oleh itu, ia bukannya sebuah persepsi". Apa yang mereka tidak fahami ialah semua persepsi yang dialami ketika sebuah bas berlanggar seperti kekerasan, pertembungan dan kesakitan telah terbentuk di otak.

Contoh Mimpi

Contoh terbaik untuk menjelaskan realiti ini ialah mimpi. Seseorang dapat mengalami satu peristiwa dengan begitu realistik di dalam mimpinya. Dia boleh jatuh daripada tangga dan patah kaki, mengalami kemalangan kereta yang teruk, terperangkap di bawah bas, atau makan kek dan merasa kenyang. Peristiwa-peristiwa yang dialami di dalam kehidupan seharian kita juga dialami di dalam mimpi dengan keyakinan dan perasaan yang sama kepada kita.

Seorang lelaki yang bermimpi dirempuh oleh sebuah bas mungkin akan terjaga di sebuah hospital yang juga di dalam mimpi dan menyedari bahawa dia telah lumpuh, tetapi ini hanyalah sebuah mimpi. Dia juga mungkin bermimpi bahawa dia telah mati di dalam sebuah kemalangan kereta dan malaikat telah mengambil nyawanya, dan kehidupannya di hari kemudian telah bermula. (Peristiwa ini juga berlaku dengan keadaan yang sama di dalam kehidupan ini, yang hanya merupakan sebuah persepsi sama seperti mimpi.)


DUNIA DALAM MIMPI

Bagi kamu, realiti ialah sesuatu yang boleh disentuh dengan tangan dan dilihat dengan mata. Di dalam mimpi kamu juga dapat "menyentuh dengan tangan kamu dan melihat dengan mata kamu", tetapi realitinya, kamu tidak mempunyai tangan atau mata, tidak ada sesuatu pun yang boleh dilihat dan disentuh. Tidak ada realiti material yang membuatkan perkara-perkara ini berlaku kecuali otak. Kamu sebenarnya telah tertipu.

Apakah yang memisahkan kehidupan yang sebenar dan mimpi? Kedua-duanya diwujudkan di dalam otak. Sekiranya kita dapat hidup senang di dalam dunia palsu ketika bermimpi, perkara yang sama boleh berlaku di dunia yang kita diami ini. Apabila kita terjaga daripada mimpi, tidak ada sebab untuk kita tidak merasakan bahawa kita telah memasuki sebuah mimpi yang panjang yang kita namakan "kehidupan sebenar". Kita menganggap mimpi kita adalah sesuatu yang palsu dan dunia ini sebagai benar adalah hasil daripada kebiasaan dan prejudis. Ini menunjukkan bahawa kita mungkin akan benar-benar terjaga dari kehidupan di bumi yang kita sangkakan kita sedang tinggal di dalamnya sekarang, seperti mana kita terjaga daripada sebuah mimpi.

bersambung..

Posted by AHMAD SAIFUL

No comments: