Sunday, October 18, 2009

Bahasa jiwa bangsa (boringnya tajuk...)

Source by Is-haque Scripters.ning


Haha..sebelum anda kata 'tajuk ni membosankan, aku dah jemu", jawab dulu soalan ini. Anda benar-benar faham apakah ertinya 'bahasa jiwa bangsa'?

Ertinya bahasa menunjukkan IDENTITI dan BUDAYA sesuatu bangsa.


Aku sebenarnya tak tahu nak mula dari mana..hentam sajalah. hehe..


Ok..apakah yang anda tahu tentang bangsa Melayu? Apakah ciri unik yang ada pada bangsa ini? Ciri yang khas, yang tidak terdapat pada bangsa lain.

Banyak. Antaranya, lemah lembut dan bersopan santun...serta sangat menjaga hati orang lain.

Bukti dan contohnya?

perkataan HATI. Tiada bahasa lain yang mengatasi bahasa Melayu dalam penggunaan perkataan ini. Setakat yang ada dalam pengetahuan aku la.

Ah, istilah 'hati' ni apa definisinya?
Kalbu, jiwa, perasaan, emosi..

Sangat banyak pepatah, bidalan dan simpulan bahasa yang menggunakan perkataan HATI.

Suka hati
Senang hati
Besar hati
Kembang hati
Ada hati
Simpan hati
Sakit hati
Ikatan hati
Jaga hati
Kecil hati
Keras hati
Lembut hati
Buah hati
Jauh hati
Busuk jati
Susah hati
Makan hati
Jatuh hati
Patah hati
Pendam hati
Penawar hati
Teguh hati
Terang hati
Tawar hati
Gelap hati
Iri hati
Hati budi
Hati perut
Hati kering
Hati mati
Hati berbunga
(Ber)satu hati
(Ber)hati batu
(Ber)hati tikus
(men)jeruk hati
Si jantung hati

Antara pepatah yang menggunakan istilah HATI:

HATI gajah sama dilapah, HATI kuman sama dicecah
Ikut HATI mati, ikut rasa binasa
Biar jauh di mata, di HATI jangan
Makan HATI berulam jantung

...dan banyak lagi..

Kesimpulannya, bangsa Melayu ni memang satu bangsa yang sangat mementingkan hati dan perasaan..lebih serius, halus dan mendalam berbanding bangsa-bangsa lain di dunia ini.

Lazimnya apabila sesuatu istilah, objek atau konsep itu dipergunakan dengan banyak, atau terdapat banyak istilah yang digunakan untuk sesuatu perkara, menandakan perkara tersebut adalah sesuatu yang penting bagi komuniti atau etnik tersebut.

Ambil contoh, jika istilah 'ikan' dalam bahasa Melayu tidak berapa diambil berat, (untuk menentukan spesis atau jenis, hanya tambah perkataan ikan di awal), tapi di negara Jepun terdapat lebih daripada 15 istilah berbeza untuk ikan.

Dalam bahasa Melayu, 'unta' hanya satu istilah sahaja. tak ada perkataan lain yang bermaksud sama sepertinya. Tapi dalam bahasa Arab, terdapat lebih daripada 20 perkataan yang berbeza, yang memberi maksud unta..ada yang bermaksud anak unta, unta muda yang baru bersalin gigi, dan seterusnya. Maka tahulah kita betapa pentingnya haiwan itu bagi komuniti Arab suatu ketika dahulu.

Apabila kita belajar sesuatu bahasa, tak dapat tidak, kita akan pelajari budaya sesuatu bangsa yang menuturkannya. Contoh, dalam bahasa Inggeris terdapat ungkapan seperti 'breadwinner'..ertinya orang yang mencari nafkah hidup untuk keluarga. Secara tak langsung kita tahu apa makanan harian mereka daripada istilah ini.

Contoh lain, apabila kita belajar bahasa Inggeris, kita diperkenalkan dengan istilah breakfast, lunch, tea, dinner, dan supper. Ada juga istilah terbaru, brunch (gabungan breakfast dan lunch). Apa yang boleh kita fahami? Bahawa sebahagian daripada budaya mereka ialah makan secara kerap.

Begitu juga bahasa-bahasa lain yang dituturkan di dunia.. Lebih banyak kita ketahui tentang sesuatu bahasa, lebih banyak maklumat yang kita ada tentang cara hidup penuturnya..termasuk budaya, agama, dan lain-lain. Sekiranya kita tidak memiliki jatidiri dan identiti bangsa yang kukuh, maka tidak hairanlah jika kita hanyut dan tenggelam dalam identiti yang baru, serta hilanglah identiti asal.

No comments: