Wednesday, October 21, 2009

Sejadah Berdiri Kini Muncul Lagi

Tengku Yasmin

posted by = Ace Blog

21 Oct 2009

MURID-MURID dan penduduk kampung melihat kejadian sejadah berdiri di surau SK Tok Sangkut, Repek, Pasir Mas semalam.
-----------------------------------------------------------------

PASIR MAS - Warga Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Sangkut, Repek dekat sini gempar apabila 35 helai sejadah yang berada di dalam surau sekolah berkenaan didapati berdiri.

Mereka mendakwa, bentuk sejadah itu kelihatan seolah-olah lelaki dan wanita sedang menunaikan sembahyang dan berada dalam keadaan duduk antara dua sujud.

Sejadah-sejadah tersebut juga seperti sedang berjemaah dengan sehelai daripadanya seolah-olah menjadi imam dan diikuti dengan 15 helai di ruang sembahyang lelaki dan 19 helai lagi di ruang sembahyang wanita.

Kejadian tersebut disedari kira-kira pukul 10.55 pagi oleh seorang pelajar tahun dua, Nurul Huda Mat Jali, 8, yang sedang mengikuti kelas pemulihan bersama beberapa pelajar lain di pondok berhampiran surau berkenaan.

"Saya secara tidak sengaja ternampak sejadah seperti sedang bersembahyang melalui celah pintu. Saya beritahu kawan dan dia memaklumkan kepada guru," katanya ketika ditemui semalam.

Sementara itu, guru terbabit, Adnan Abdullah, 37, berkata, dia terkejut apabila melihat sejadah-sejadah tersebut berada dalam keadaan berdiri dan seolah-olah menunaikan sembahyang secara berjemaah.

"Keadaan sejadah tersebut seperti berada dalam saf sembahyang, ada yang tinggi dan rendah seperti jemaah dewasa bersama jemaah kanak-kanak," ujarnya.

----------------------------------------------------------------------------------------------

Gempar: Sejadah Berdiri Kini Muncul Lagi, Kali Ini Lebih Hebat Apabila Sejadah Siap Bersolat Asar Secara Berjemaah Dalam Sebuah Surau !!





Apakah alamat agaknya?. Kejadian yang selama ini menimbulkan kesangsian tiba-tiba berlaku di sana-sini. Difahamkan, selain daripada apa yang berlaku di Permatang Pauh, Pulau Pinang awal bulan ini, terdapat juga kejadian sejadah berdiri berlaku di Kampung Tok Sangkut, Repek, Pasir Mas Kelantan (foto), pertengahan bulan September lalu. Semua kejadian ini telah disiarkan dalam media arus perdana.

Ramai yang tertanya, apakah makna semua ini. Malah, ada yang mula merasa takut seolah-olah ada satu kejadian besar akan berlaku tidak lama lagi. Ditambah pula dengan kejadian gempa bumi yang melanda nusantara mutakhir ini, hingga mengorbankan ribuan nyawa manusia. Tambah mengejutkan bilamana sebuah kampung di Padang, Sumatera Indonesia benar-benar telah ditelan bumi akibat dibenam oleh tanah setinggi 30 meter (100 kaki) baru-baru ini. Itu belum termasuk Tsunami yang tiba-tiba melanda selepas peristiwa hitam itu beberapa tahun yang lalu.


Semua ini adalah petanda bahawa Allah SWT memberi amaran kepada manusia agar kembali kepadaNya. Bagi mereka yang melihat kejadian demi kejadian ini dengan mata hati, ikhtibar dapat diambil buat bekalan di akhir zaman ini. Namun, bagi manusia yang tidak dapat menerima kebenaran maka mereka akan menganggap itu semua adalah hukum alam. Kejadian sejadah berdiri yang semakin menjadi-jadi sekarang ini juga seolah-olah mahu mengajak kembali umat Islam supaya beriman dan menyembah Allah. Ramai umat Islam akhir zaman kini sudah lupa padaNya. Mungkin dek kerana terlalu sibuk dengan urusan duniawi dan sebagainya. Maka, masa yang lebih banyak diberikan kepada segala urusan harian, sedangkan masa untuk mengadap Allah kian ditinggalkan malah dianggap enteng oleh sesetengah pihak. Oleh itu marilah kita kembali kepadaNya, kerana petunjuk sudah mula tiba.

Sebelum ini , kejadian sejadah berdiri hanya melibatkan sehelai sejadah sahaja. Namun, maklumat terbaru yang kami perolehi terdapat satu kejadian lebih menakjubkan berlaku beberapa hari yang lalu iaitu selepas kejadian di Permatang Pauh baru-baru ini.
-----------------------------------------------------------------------------------------------

Kemudian heboh pula cerita sejadah berdiri ini di sebuah surau sebuah pejabat yang dirahsiakan semasa salah seorang kakitangan pejabat tersebut hendak menunaikan solat Asar, dia ternampak tiga helai sejadah berdiri dan seolah2 sedang solat berjemaah. Dia pun terjerit2 balek kepejabat memanggil kawan2 lain untuk melihat. Bila kawan2 lain datang, seorang kawan sempat mengambil gambar2 sejadah2 tu....! Elok lepas 5 minit gambar2 diambil...sejadah2 itu pun dengan sendirinya terjatuk balek asal....! Pelik kan...! Tak lama nak kiamat ni...!". Lokasi kejadian ini dirahsiakan bagi menggelakkan perkara yang tidak diingini.




Inilah bukti menakjubkan sejadah bersolat jemaah yang diperkatakan
Pengajaran dan ikhtibar yang paling utama dalam kejadian terbaru ini ialah kita harus mengutamakan kewajipan mengadap Illahi daripada urusan lain. Malah, ramai diantara kita hari ini yang sering melewat-lewatkan mengerjakan solat lima waktu dan lebih mementingkan hawa nafsu semata-mata.

Oleh itu, bangkitlah dari lamunan mimpi dan buat perubahan dalam diri sendiri. Semoga Allah merahmati kita seadanya dari sebarang malapetaka selepas ini. Amin.



Luv Always...
Kuku

No comments: