Para ahli bangsa Arab yang menafsirkan ayat Mafatihul Ghaib yang
terkandung dalam Surah Al-An'am ayat 59 yang mermaksud, " Dan pada
sisi Allah lah kunci-kunci semua yang ghaib; tiada yang mengetahuinya
kecuali Dia sendiri."
Terbuktilah dengan hasil kejadian janin dalam rahim ibu yang hamil.
Siapakah yang menentukan jantina janin itu, sedang bentuk dan rupa
benih adalah sama dan serupa. Mereka merumuskan pengertian "Mafatihul
Ghaib" tersebut dengan pengalaman dan penyelidikan sebab terjadinya
jantina,lelaki dan perempuan.
Kesimpulannya: "Sel telur yang menghamilkan kerana masuknya ke dalam
rahim dengan sperma lelaki bergerak dan berpindah randah. Kekadang
letaknya disebelah kanan, kekadang di sebelah kiri. Bila sel telur
terletak pada lambung kanan, maka akan lahir bayi lelaki dan sekiranya
terletak pada sebelah kiri, rahim akan lahir bayi perempuan."
Menurut keterangan Dr. Muhammad Abdul Hamid (Mesir), pendapat ini
diadakan percubaan oleh doktor-doktor Arab dan Inggeris. Hasilnya
dalah 97% dari percubaan itu, hanya 3% yang gagal. Itu disebabkan
kerana ketidak mampuan pihak wanita dalam melakukan secara teliti
dalam mengetahui masa subur dan bulan kelahiran.
Teori pembentukan jantina anak adalah seperti berikut.
Caranya:
1. Waktunya : Pada masa subur isteri kerana pada masa itu sel kelamin
wanita dapat dibuahi sel kelamin lelaki.
2. Caranya : Lakukan persetubuhan dgn sebaik-baik dan sempurna.
Setelah selesai, isteri hendaklah tidur miring sampai bangun pagi.
Jangan tidur telentang supaya letak air mani jatuh miring.
3. Hasilnya : Bila ingin anak lelaki, miring ke kanan dan jika ingin
anak perempuan miring ke kiri.
Teori ini juga merupakan daya usaha dalam mencari sesuatu yang
diingini,namun hasilnya di luar batas kemampuan manusia. Semuanya
ditentukan Allah SWT. Namun kita digalakkan berikhtiar.
Ada teori lain, satu pendapat Dr. M. Zaky Syafi'i Beyk dari
Iskandariah (Mesir) yang menyatakan dalam bukunya "Al Azmatus Zaujiyah
wa'ilajuha" -"Berilah isteri makan vitamin B semenjak mula hamil
hingga 8 bulan setiap hari 3 kali - 2 biji sekali. Memakan vitamin B
akan menambah kesihatan dan kesuburan apalagi bagi ibu yang
mengandung. Bila isteri makan vitamin B sebagai penambah zat
makanannya
yang biasa setiap hari, maka bayi yang akan lahir kelak, insyaallah
lelaki. Teori ini amat praktis dan mudah dilakukan.Ianya bergantung
kepada kita. Hasilnya akan dapat dirasai apabila telah mencuba.
Amalan suami semasa isteri mengandung.
============ ========= ========= =
Perkara-perkara yang perlu diamalkan oleh suami ketika isteri mengandung :
a. Suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah SWT
b. Banyak membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang ada dalam
kandungan isteri akan memahami keinginan baik yang terkandung dalam
Al-Quran tersebut.
c. Suami hendaklah banyak berpuasa sunat, Isnin dan Khamis dll.
d. Suami hendaklah rajin mengerjakan solah berjemaah.
e. Elakkan pergi ke tempat yang tidak dibenarkan syarak.
f. Rajin menghadiri majlis ilmu dan orang-orang soleh.
g. Suami hendaklah banyak bersabar dalam menjalin hubungan dengan isteri.
h. Dilarang memakan benda-benda haram, begitu juga dilarang memberi
isteri rezeki yang tidak halal, rasuah serta wang riba.
i. Banyak membaca doa keselamatan isteri yang sedang mengandung dan
keselamatan anak dalam kandungan.
j. Dilarang membuka aurat kerana dikuatiri mempengaruhi akhlak anak
yang akan lahir nanti.
k. Suami hendaklah menjauhi diri daripada marah dan benci pada isteri.
l. Banyak membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, Surah An
Nahl ayat 78, surah Al A'raf ayat 189 dan ayat Kursi.
Adab suami ketika isteri sedang mengandung
============ ========= ========= ===
Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab
terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu.
Ia sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya. Ada
beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang
mengandung :
a. Suami hendaklah menunjukkan rasa ksih saying terhadap isteri,
sebagai teman hidup yang paling dekat.
b. Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari
daripada bersikap kejam terhadap isteri.
c. Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan
isteri sebelum masuk tidur.
d. Jangan mudah mengeluarkan perkataan talaq kepada isteri.
e. Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa
berikut, " La ila ha illa anta subha naka inni kun tu minadzolimin "
maksudnya " Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha
Suci.Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang
zalim. "
f. Suami hedaklah kerap solat sunat dan mendoakan agar isteri dan anak
dalam kandungan selamat.
Dorongan Suami semasa isteri bersalin
============ ========= =======
Suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya walaupun
tidak secara langsung. Suami harus banyak terlibat dalam proses jagaan
kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian terhadap isteri. Suami
hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan
bersabar, di samping itu suami harus
banyakkan berdoa dan beristigfar dan selawat. Dengan cara ini perasaan
isteri akan menjadi tenang dan mudah bersalin.
Mengandung merupakan beban dan tekanan terhadap wanita. Dari segi
fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih
kuat. Jantungnya mengepan darah 40% lebih daripada keadaan biasa. Buah
pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. Wanita
mengandung juga mengalami perubahan emosi.
Waktu pantang dan selepas kelahiran, bayi juga dapat menimbulkan
tekanan jiwa dan emosi isteri kerana ia harus menyusu dan membersihkan
bayi antara 2-3 jam setiap malam. Suami yang baik akan berusaha
mengurangi beban isteri dan turut menjaga bayi di waktu malam.
Begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami terhadap isteri
itu berterusan, semenjak hamil sehinggalah menjaga anak adalah
pekerjaan yang harus dibantu oleh suami agar isteri dapat merasakan
kebahagiaan dan keringanan dalam menjalankan tanggung-jawab yang berat
itu. .
Mengapa bayi lahir menjadi kanan
============ ========= ====
Kelahiran bayi cacat atau kenan mempunyai kesan dalam hati ibu bapa,
saudara mara dan juga masyarakat. Reaksi pertama ibu adalah kesedihan
dan kepiluan. Ia merasa hampa kerana anak yang dikandungnya selama 9
bulan itu cacat atau kenan. Kecacatan ini timbul dari berbagai gejala.
Puncanya mungkin disebabkan oleh baka dan keturunan, jangkitan kiman,
pendedahan kepada ubatan dan bahan kimia, masalah pemakanan, dadah,
arak dan sebagainya.
Ramai orang percaya bahawa wanita yang kenan melahirkan bayi yang
cacat. Seringkali kelahiran cacat dikaitkan dengan kejadian ketika
isteri mengandung seperti suami membunuh binatang dll. Kejadian itu
dikaitkan bila bayi lahir cacat, tapi tidak bila bayi dilahirkan
normal. Islam menganjurkan umatnya
melakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan. Begitu juga dengan kenan
dan kecacatan ini, jika suami isteri melakukan kebaikan, tuhan akan
membalas dengan kebaikan dan begitu sebaliknya.
Tanggungjawab bapa terhadap kelahiran anak
============ ========= ========= ===
1. Menanam uri - Kebanyakan daripada kita tidak menghiraukan tentang
kepentingan uri. Di saat-saat kegembiraan menerima ahli baru,
seringkali uri dilupakan. Jika pihak keluaga tidak mengambil uri,
klinik atau hospital mengumpulkan uri-uri itu dan didermakan kepada
syarikat swasta. Kemudian uri itu diproses bagi memperolehi hormon
yang terkandung di dalamnya. Hormon-hormon ini banyak digunakan dalam
alat-alat kecantikan dan solekan. Sebahagian ibu bapa cuma
membuangkannya dalam tong sampah tanpa memikirkan uri adalah teman
rapat bayi didalam kandungan Uri amat penting kepada bayi. Orang tua
dahulu mengamalkan cara menanam uri dengan baik. Mereka mencuci dan
membalutnya dengan kain dan ditanam, Adab ini adalah baik kerana
menghargai sesuatu.
2. Mengazan dan mengqamatkan bayi yang baru lahir, telinganya
berfungsi dengan baik. Islam menganjurkan diazankan di telinga kanan
dan diqamatkan di telinga kiri. Tujuannya ialah untuk mengingatkan
kembali anak tentang perjanjian yang pernah dikaitkan dengan tuhan di
alam Rohani.
3. Mendoakan anak - Usaha membesarkan dan mendidik anak supaya menjadi
manusia berguna bukanlah suatu yang dapat dipastikan kejayaanya. Doa
Berdoa adalah satu usaha. Doa merupakan usaha meminta pertolongan
kepada Allah.
Lima perkara yang memepengaruhi jiwa dan harapan orang yang berdoa
============ ========= ========= ========= ========= ====
a. Dengan berdoa, maka semakin tumbuh subur keyakinan bahawa Allah SWT
itu dekat.
b. Segala permohonan dari hamba-Nya akan mendapat perhatian sepenuhnya
daripada Allah SWT.
c. Supaya doa itu diterima Allah SWT, maka orang yang berdoa terlebih
dahulu menjalankan petunjuk dan anjuran Allah.
d. Hendaklah percaya dengan kesungguhan hati dan keimanan kepada Allah SWT.
e. Dengan menjalankan seruan Allah dan percaya kepada-Nya maka Allah
akan memberikan petunjuk dan ilmu pengetahuan agar tidak tersesat dan
berputus asa.
Antara doa-doa yang patut diamalkan oleh orang tua agar anak- anak
mereka menjadi orang yang diredhai Allah iaitu:
a) Doa agar anak patuh kepada Allah - Al Bagarah : 128
b) Doa agar diberi anak yang baik - Al Imran : 38
c) Doa agar diberi zuriat yang menyenangkan hati Furqan : 74
d) Doa agar anak tetap mengerjakan solat - Ibrahim : 40
e) Doa ketika memberi nama anak
Panduan menamakan anak
============ ========
Sunat memilih nama yang baik. Memberikan nama merupakan cermin
keperibadian dan kefahaman orang tua, kerana nama yang diberikan
menggambarkan harapan hati dan harapan orang yang memberikannya.
Syariat Islam menganjurkan supaya nama yang baik kerana nama tersebut
akan dipanggil Allah pada hari Qiamat. Rasulullah SAW telah bersabda
yang maksudnya:
"Namakan denagn nama para nabi, dan nama yang paling Allah suka ialah
nama Abdullah dan Abdurrahman dan nama yang paling benar ialah Harits
dan Humaam dan nama yang paling buruk ialah Harb dan Murrah. " (HR.
Abi Wahab Al-Jasyimi).
Para ulama sepakat mengharamkan semua nama yang mengabdikan selain
dari Allah SWT seperti Abdul Uzza, Abdul Ka'abah dan lain-lain. Nama
yang makrikh yang perlu dihindari iaitu Yasar, Rabah, Najah, Aflah dan
Barakah. Nabi SAW melarang umatnya menamakan anak dengan nama-nama
tersebut.
Nama seperti nama malaikat seperti Mikail dan sebagainya. Ada 2
pendapat ulama, sebahagiannya membolehkan manakala sebahagian lagi
melarang. Tidak boleh menamakan dengan nama-nama yang buruk yang akan
menggambarkan corak kehidupan yang tidak dapat diterima oleh fitrah
manusia.
Tidak boleh menamakan dengan nama daripada surah dalam Al-Quran
seperti Thaha, Yasin dan sebagainya. Ibnul Qayyim menjelaskan, nama
Yasin dan Thaha adalah salah satu nama nabi adalah tidak benar. Imam
Malik mengatakan bahawa nama-nama tersebut makruh dipakai untuk nama
anak.
Rasulullah menganjurkan kepada seseorang yang mempunyai cita-cita yang
baik untuk diharapkan melalui nama anak-anak. Memberi gelaran kepada
anak Adalah sangat terpuji memberi gelaran yang baik kepada bayi
semenjak kecil lagi bagi memberikan motivasi anak. Namun begitu,
biarlah gelaran yang baik dan jauhi gelaran yang boleh memalukannya.
Masa memberikan nama dan orang yang berhak memberikan nama.
============ ========= ========= ========= ========= =
Berdasarkan kepada beberapa hadis Rasulullah SAW, maka memberikan nama
bagi bayi dapat dilakukan pada hari lahirnya ataupun 3 hari sesudah
kelahiran. Jika belum, boleh ditunda hingga sampai perlaksanaan
aqiqah.
Siapa yang berhak, ayah atau ibu?
Sebenarnya ianya boleh dibincang antara suami dan isteri ketika ingin
memberi nama. Menurut Nasya'at Al-Masri, hak memberi nama diberikan
pada ayah, kerana adalam Al-Quran menjelaskan supaya anak dinasabkan
kepada ayah bukan ibu.
Penyembelihan aqiqah
============ ====
Untuk mensyukuri kelahiran anak, agama menganjurkan untuk mengadakan
acara kesyukuran. Menyembelihkan kambing bagi anak lelaki, 2 ekor dan
seekor bagi anak perempuan. Acara tersebut sebaiknya dijalankan ketika
anak berumur 7 hari. Aqiqah amat penting, menurut keterangan ulama,
hukumnya adalah "Sunat Muakkad". Dengan aqiqah akan menjadikan anak
dapat memberi pembelaan (syafaat) kepada orang tuanya pada hari
qiamat.
Hikmah aqiqah.
a. Sebagai bukti dari perasaan gembira, kerana diberi kekuatan oleh
Allah untuk menjalankan syariat Islam serta dianugerah anak, serta
mempunyai harapan agar anak tersebut akan mengabdikan dirinya kepada
Allah.
b. Membiasakan berkorban bagi orang tua, demi kepentingan anak yang baru lahir.
c. Melepaskan penghalang pada bayi dalam memberikan syafaat kepada
orang tua mereka kelak.
d. melindungi daripada syaitan sehingga setiap anggota tubuh aqiqah
berguna untuk menebus seluruh anggota tubuh bayi.
e. Pada waktu memotong aqiqah juga hendaklah diucapkan seperti pada
waktu memotong korban iaitu membaca Bismillah.
f. Lebih utama memasak aqiqah itu dan tidak diberikan dalam keadaan
mentah. Untuk memudahkan para fakir miskin untuk menikmatinya dan ini
lebih terpuji.
g. Umur binatang aqiqah yang disembelih adalah sesuai dengan yang
diperintahkan, sihat dan tidak cacat.
h. Tidak sah apabila dilaksanakan secara bersama-sama oleh beberapa
orang dengan seekor kambing.
i. Sebaik aqiqah itu berbentuk kambing, walaupun ada juga yang
menyembelih seekor unta, lembu atau kerbau.
j. Diutamakan memotong aqiqah atas nama bayi. Rasulullah SAW bersabda,
"Sembelihlah atas namanya". Ertinya diniatkan atas nama bayi dengan
mengucapkan nama Allah.
k. Penyembelihan terbaik dilakukan sesudah matahari terbit.
l. Sesuatu yang terpuji pada pemotong aqiqah adalam sama terpuji pada
pemotong qorban iaitu, dagingnya disedekahkan. Yang baik ialah
dibahagi 3 iaitu sebahagian dimasak sendiri, sebahagian dihadiahkan
dan sebahagian lagi disedekahkan.
m. Tidak diperkenankan menjual kulit aqiqah atau dijadikan bayaran
penyembelihan. Harus disedekahkan atau diambil untuk keperluan orang
yang mengadakan aqiqah.
n. Bagi seseorang yang mengetahui bahawa orang tuanya belum melakukan
aqiqah untuknya, maka dianjurkan untuknya melakukan aqiqah, seperti
Nabi telah melakukan aqiqah untuk dirinya setelah diangkat menjadi
Rasul.
o. Sebelum dilakukan penyembelihan aqiqah terlebih dahulu melakukan
pencukuran rambut bayi. Kemudian rambut ditimbang dan nilai rambut
disedekahkan pada fakir miskin.
Mengkhatankan anak
============ ====
Berkhatan atau bersunat harus dilakukan untuk membersihkan anak-anak
kerana kemaluan merupakan tempat najis yang harus dibersihkan. Hukum
berkhatan Menurut Imam Shafie, Imam Malik dan Al-Auzai dan lain-lain,
berkhatan hukumnya wajib.
Khatan Nabi Ibrahim Dan Rasulullah SAW.
Nabi Ibrahim berkhatan ketika berusia 80 tahun. Beliau khatankan Nabi
Ismail pada usia 13 dan Nabi Ishaq pada usia 7 tahun. Ada riwayat
mengatakan Rasulullah dilahirkan sudah berkhatan dan juga riwayat
mengatakan baginda dikhatan oleh Malaikat Jibrail.
Hikmah dan kelebihan berkhatan
a. Berkhatan merupakan asas daripada kebersihan dan merupakan syariat
Islam perlu dikerjakan.
b. Menyempurnakan tuntutan syara' yang sesuai dengan sunnah Nabi
Ibrahim dan Rasulullah SAW. Sebagai usaha ke arah kebersihan diri
untuk mengabdikan diri pada Allah SWT.
c. Sering digunakan sebagai perbezaan antara orang Islam dan bukan Islam.
d. Dari aspek kesihatan, ia boleh mendatangkan kebersihan pada
kemaluan, mencantikkan bentuk dan merangsang syahwat.
e. Menjaga kesihatan tenaga batin serta memelihara diri dari
dihinggapi penyakit kelamin.
f. Mengandungi hikmah yang besar di sebalik yang dilihat oleh mata
kerana ajaran Islam yang lengkap dan murni, setiap yang disuruh pasti
mengandung makna yang mendalam.
Mendidik moral anak
============ ===
Memberikan pendidikan kepada anak adalah kewajipan ibubapa. Firman
Allah dalam suruh Luqman ayat 12 - 19 memberi beberapa pokok ajaran
Luqman, antaranya :
a.Pendidikan supaya bersyukur
b.Pendidikan supaya jangan mempersekutukan Allah
c.Pendidikan supaya berbakti kepada orang tua
d.Pendidikan tentang balasan dari hasil perbuatan yang baik dan sebaliknya.
e.Pendidikan tentang soalt
f. Pendidikan tentang amar makruf nahi mungkar
g. Pendidikan supaya bersabar
h.Pendidikan supaya jangan sombong dan angkuh
i. Pendidikan kesederhanaan
Erti anak bagi orang tua
============ ======
Setiap orang akan merasa bahagia apabila dikurniakan anak. Namun
disebalik ke bahagiaan ini tersimpan tanggungjawab yang amat berat
yang harus dipikul. Anak amat bererti pada ibubapa, antaranya:
1. Anak sebagai rahmat Allah SWT
2. Anak sebagai amanat Allah SWT
3. Anak sebagai harta yang tergadai
4. Anak sebagai penguji keimanan
5. Anak sebagai alat untuk beramal
6. Anak sebagai saham di akhirat
7. Anak sebagai sumber kebahagiaan
8. Anak sebagai tempat bergantung di hari tua
9. Anak sebagai penyambung cita-cita
10. Anak sebagai makhluk yang harus diberi pendidikan
Posted by xx Shah xx on October 29,
No comments:
Post a Comment