Hmm, apa agaknya yang cuba hendak disampaikan. Mari kita renungkan seketika, tapi jangan pula termenung! Masyarakat umumnya pasti akan melibatkan diri secara aktif dalam apa-apa pertubuhan ataupun lebih sinonim dipanggil kelab. Dan..seperti biasa terdapatlah peraturan-peraturan yang ditetapkan. Seringkali juga perempuan dilihat sentiasa pasif dalam perbincangan dan menjadi follower kepada lelaki kerana lelaki conservatively adalah ketua.
Manusia dinilai melalui tingkat dan taraf ilmunya bukan kerana superior gender! Saya dan anda adalah masyarakat yang berbakti kepada masyarakat TANPA sebarang bentuk diskriminasi kulit, agama atau bangsa maupun jantina. Pelbagai persoalan yang ditimbulkan semata-mata untuk memberi gambaran awal kepada permasalahan yang terkadang berlaku dan sering kali kita terlepas pandang tanpa berfikir secara kritis!Perempuan dan lelaki diberi kesetaraan. Dari ayat di bawah ini jelaslah bahawa tiada kelebihan yang membolehkan satu jantina mengatasi jantina yang lain. Hanya amalan yang membezakan mereka kerana manusia yang baik adalah yang mampu memberi manfaat kepada yang lain. Allah berfirman,
“Maka Tuhan mereka memperkenankan permohonannya (dengan berfirman): ‘Sesungguhnya Aku tidak menyia-nyiakan amal orang-orang yang beramal di antara kamu, baik laki-laki atau perempuan, (kerana) sebahagian kamu adalah turunan dari sebahagian yang lain’.” (Ali Imran: 195).
Namun, kebanyakan daripada masyarakat suka mengambil sesuatu perkara itu secara harfiah tanpa melihat makna konotasi iaitu apa yang ingin disampaikan.. Terdapat segelintir manusia yang telah mampu berfikir masih berfikiran ortodoks. Masyarakat sebeginilah kadang-kadang menutup ruang bagi orang lain untuk mengenal keindahan sesuatu agama itu.
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, Rasulullah saw. bersabda, “Solat itu terputus oleh wanita, keledai, dan anjing. Dan tinggallah hal itu seperti seukuran ekor kenderaan.” (Shahih Muslim, juz 1, hlmn. 366, no. hadis 266).
Hadis di atas sekilas memperlihatkan penghinaan terhadap wanita dan akan menyebabkan public meletakkan wanita di tempat yang hina. Walhal, adalah tidak rasional, lelaki yang dipandang sebagai KETUA dan dilengkapkan segala macam kehebatan tetapi mampu terganggu konsentrasinya oleh wanita. Agak menghairankan kenapa wanita masih menjadi ‘subject’ yang lemah padahal yang lemah di sini adalah lelaki kerana mudah terganggu. Nah.. nampak bukan bahawa wanita itulah yang sebenarnya lebih kuat! Aisyah r.a. tidak memakai hadis ini; menurutnya bertentangan dengan hadis yang lebih kuat dari hadis Abu Hurairah yang terdahulu, khususnya ia sendiri yang mengalami peristiwa itu.
Imam Nawawi berkata, “Aisyah dan para ulama sesudahnya berargumentasi bahawa wanita tidak termasuk faktor yang memutuskan solat seorang lelaki. Hadis ini menunjukkan bolehnya seseorang solat dan ketika ada wanita lewat di depannya.” (An-Nawawi, Syarah Shahih Muslim, juz 4, hlm. 475).
Perbezaan antara kedua – dua hadis ini menyebabkan para ulama berbeza pendapat terhadap masalah ini. Sebahagian mereka mengambil hadis Abu Hurairah; sebahagian lagi mengambil pendapat Aisyah.
Hadis – hadis ini bukan untuk menerangkan perkara yang membatalkan solat tetapi mahu memperlihatkan kedudukan wanita, dan eloklah jika dimulakan dengan perkara yang lebih umum. Kerana hal – hal sebeginilah yang mula akan menimbulkan salah faham terhadap status wanita itu. Islam maupun agama lain meletakkan perempuan setara dengan lelaki. Yakin sekali! Jadi, wajarkah sekiranya lelaki menjadi ‘Tuhan’ kepada wanita jika yang layak dipatuhi hanya satu; TUHAN.
Agama akan sentiasa merupakan sesuatu yang tabu dan “candu bagi manusia”. Oleh itu, adalah sepatutnya jika agama ditafsirkan demi kemanfaatan umum tanpa bias. Dan tidak mustahillah mengapa wujudnya Martin Luther dan protestanisme Islam dalam menunjukkan hermeneutika Islam yang sebenarnya.
“Manusia mungkin berada dalam keadaan gembira, dan manusia lainnya berusaha untuk menyedarkan. Itu memang usaha yang baik. Namun keadaan ini mungkin buruk baginya, dan kesedaran mungkin baik baginya. Membangunkan orang yang tidur, baik atau buruk bergantung kepada siapa yang melakukannya. Jika si pembangun adalah orang yang memiliki pencapaian tinggi, maka akan meningkatkan keadaan orang lain. Jika tidak, maka akan memburukkan kesedaran orang lain.” Rumi
Posted by AHMAD SAIFUL -- scripters.ning
No comments:
Post a Comment