Friday, October 30, 2009

Karma part II: Reality of Karma, how it works..

Jadi kita kena percaya bahawa hidup sebagai ujian kat alam dunia ni hanya sekali, tak ada 'retry' atau 'reset' sekiranya tak puas hati dengan pencapaian semasa..maknanya kalau bunuh diri memang confirmed fail la..takkan ada peluang untuk lahir semula, sebagaimana disangka oleh beribu-ribu remaja Jepun yang gagal masuk universiti, pastu bunuh diri.. Note: sebahagian kitab zen dan buddha ada sebut bahawa orang yang bunuh diri tak akan lahir semula tapi masuk neraka...maknanya remaja2 tu memang tak mendalami agama sendiri. Kasihan.. Ah, pasal 'reset'..bukan tak ada, it is available through Taubat Nasuha..but it's not really a reset..sebab segala amalan baik tak dipadam, cuma dosa je yang Allah akan convert jadi pahala, in the same measurement. The same case is applied to those who converted to Islam. Amalan baik mereka sebelum Islam tetap masuk dalam rekod. So. Apa kena mengena dengan karma? Hm..sebenarnya karma ni macam sifir..u do this, u will get that. Ada sebahagian yang dapat balasan masa hidup, selebihnya dapat lepas mati. Dosa yang dibalas masa hidup ni, dipanggil kaffarah. Means, u don't have to deal with it later kat akhirat. Ok. Kita cakap pasal dosa. Apa cara untuk hilangkan dosa? Ada beberapa cara, antaranya:

1.kaffarah
Yang ni Tuhan yang arrange. Kalau nasib 'baik', dapat la..samada dalam bentuk musibah/bala, atau dicabut apa-apa nikmat yang kita dah dapat. Selalunya orang yang dapat kaffarah ni orang yang mengaku beriman, atau mungkin dari keturunan yang baik-baik, tok nenek dulu ada doakan semoga anak cucunya dijauhkan dari api neraka..tapi sebab kita ada dosa, pastu tak taubat, nak elak dari neraka hanya satu cara yang tinggal untuk hapuskan dosa tu: kaffarah. So, look at the brighter side bila dapat musibah/bala, atau hilang sebahagian nikmat hidup.. Bukan calang-calang orang boleh dapat balasan dosa masa hidup kat dunia. Memang berbaloi sangat la kalau nak banding dengan balasan kat mahsyar/akhirat. Satu saja syaratnya, mesti sabar dan tidak mencela takdir.

2.taubat/istighfar Sesiapa je boleh taubat dan istighfar..bila-bila masa. Kalau tak sanggup terima kaffarah, taubat dan istighfar adalah jalan terbaik. Allah dah bagitau, bahawa Dia bersifat Maha Pengampun. Surah Al-Fath, ayat akhir ada sebut tentang ini. Kalimah "tawwaba" bererti; mengampunkan dan memaafkan kesalahan dah jadi macam 'profesyen' atau 'specialty' Allah. Ibarat Dia sedang menunggu kita datang mintak ampun. Mintak, pasti dapat. Allah tak pernah dan takkan berbohong, pasti diampunkanNya, syaratnya kita mesti ikhlas, dari dasar hati. Jangan sia-siakan peluang terhebat yang Allah sediakan. Taubat sesaat mampu menghapuskan dosa setahun, atau bertahun-tahun..malah seumur hidup! Takde siapa yang boleh bagi offer camni, melainkan Dia. Jangan la kita jadi bodoh dan bawak jugak dosa masuk ke kubur...

3. Ibadah lazim yang menghapuskan dosa-dosa kecil Amalan seperti wudhu', solat fardhu dan sunat, zakat dan sedekah, umrah/haji..semua ni ada fungsi menghapus dosa. Banyak mana, bergantung kepada keikhlasan dan sahnya ibadah tersebut. 4.buat amalan baik yang boleh 'undo' dosa tu. Contohnya kalau tipu orang, kena bagitau perkara yang sebenar, untuk hapuskan dosa bohong tadi. Kalau 'terpinjam tak bagitau' (curi la!), pulangkan balik, &mintak maaf. Kalau mangsa tu dah meninggal, atau gagal ditemui, kena sedekahkan sesuatu yang ada nilai yang sama, kemudian niatkan pahala tu sebagai 'bayaran gantirugi' untuk mangsa kita tadi. Kalau fitnah orang, mesti dedahkan bahawa perkara tu cuma fitnah.

Dosa terhadap Allah (dan diri sendiri) agak mudah nak setel, yang payah ialah dosa sesama makhluk. Kena la cari jalan untuk setel..kalau tak, setel kat Mahsyar la jawabnya.
Beralih kepada amalan baik, macamana 'sifir' karma? Amalan baik, ada dua jalan untuk dibalas. Dapat balasan masa hidup, dan juga lepas mati. Untuk orang kafir, amalan baik mereka terus dibalas semasa hidup..sebab kat akhirat dah takde peluang untuk mereka. Ada ramai kenalan aku yang convert, mualaf, mereka mengadu sejak masuk Islam bisnes kurang menjadi, hidup banyak sangat cabaran, etc. Seolah-olah bila masuk Islam, hidup jadi makin susah. Jawapan aku: masa korang kafir dulu semua amalan baik korang Allah bayar cash. Sekarang bila Islam, tak semua amalan baik dibalas serta merta. Ada yang masuk fixed deposit untuk akaun akhirat. Lagipun mesti korang ada buat dosa gak kan sekarang? Kesukaran hidup ni kemungkinan besar adalah kaffarah yang Allah kurniakan..kalau tak tahan, kena la banyak taubat supaya proses kaffarah tu cepat selesai. Banyakkan bersabar, dan bersyukur..insyaAllah kesusahan tu tak terasa sangat. Habis tu, orang Islam tak dapat balasan baik ke semasa hidup? Bukan la camtu. Memang ada, dan terdapat beberapa jenis balasan..antaranya, ialah yang dipanggil Fadhilat. Contoh; fadhilat bagi orang yang tak tinggal kewajipan solat dan puasa, akan dapat kesihatan tubuh dan minda. Banyak bersedekah, harta akan jadi semakin subur dan makin lebat. Sedekah juga boleh jadi 'insurans', sebagaimana kisah seorang lelaki di zaman Nabi Sulaiman, sepatutnya dia dibunuh oleh jin kerana melanggar janjinya dengan Nabi Sulaiman, tapi Allah mengutuskan Malaikat untuk menyelamatkannya kerana ada memberi sedekah yang ikhlas. (rujuk hadith tentang sedekah dalam kitab Fadha'il) Tapi Fadhilat ni tak perlu kita fikirkan sangat..sebab ianya dijanjikan oleh Allah. Memang termasuk dalam 'pakej', ibarat kalau kita beli kereta, dapat tayar spare dan aksesori lain yang sedia ada dalam pakej. Orang yang buat amal baik semata-mata untuk dapatkan fadhilat, sama la macam orang yang beli kereta sebab nakkan mp3 player dalam kete tu..tak berapa cerdik la. Ada sesetengah amalan, yang fadhilatnya kurang tapi pahalanya lebih. Ada yang fadhilatnya banyak, tapi pahala kurang..bergantung pada niat orang yang beramal tu.

Sebagai contoh, kalau kita solat dhuha hanya sebab nakkan murah rezeki, dapat rezeki jelah..pahala mungkin tak seberapa, atau mungkin tak dapat terus. Tak ke rugi? Rezeki kat dunia ni memang la penting, tapi hidup kat sini bukan kekal pun..kalau boleh, kita nakkan dua-dua sekali, bahagia di dunia ni dan di akhirat kelak. Camana nak dapat dua-dua sekali, pahala dan fadhilat? Dengan keikhlasan. Niatkan segalanya Lillahi Ta'ala. Serta pastikan ibadah kita sah mengikut syarat-syaratnya.
Ramai sangat orang yang keliru, diorang ingat musibah je ujian Allah. Bila ada rakan yang terkena musibah, pandai la bagi nasihat; "sabar, musibah ni ujian Allah"... Tapi sebenarnya, nikmat pun ujian Allah jugak..bahkan ujian ni levelnya lebih tinggi dan ramai manusia yang gagal bila diuji dengan nikmat hidup, berbanding ujian musibah. Haha..pernah ke korang dengar sesape bagi nasihat kat orang kaya atau kat para jutawan; "sabar, nikmat yang kau dapat ni ujian Allah".. Oh, kenapa pulak dorang kena sabar? Banyak..! Kena sabar tahan nafsu yang semakin besar! Nafsu nak membazir, nafsu nak benda-benda haram...nafsu tamak taknak sedekah atau bayar zakat..nafsu nak salahguna harta dan teknologi...yang bakal akibatkan dorang bawak dosa masuk kubur. Sedangkan Nabi Allah Sulaiman `Alaihissalam sendiri pun mengaku, bahawa segala nikmat dan kelebihan yang diterima olehnya adalah UJIAN dari Allah, untuk melihat samada dia akan syukur ataupun kufur. (rujuk surah an-Naml) Itu nabi! Kita ni? Firman Allah; "Sekiranya kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahkan bagi kamu.." bukan ertinya TAMBAH nikmat semata-mata...tapi TAMBAH ujian tu ke level yang lebih tinggi.. belum tentu lulus, masih ada kemungkinan untuk gagal dan jatuh ke neraka!

So..hidup ni memang ujian SEPENUHNYA. Tak kira kita senang atau susah..miskin atau kaya..sihat atau sakit. Musibah atau nikmat, dua-dua ialah ujian. Bila dapat musibah, kalau tak sabar, asyik merungut (walaupun dalam hati) seolah-olah Allah hanya tahu menyusahkan kita, tak dapat la kaffarah tu. Dosa takkan hilang. Pahala pun tak dapat. Yang diuji dengan kemiskinan, kalau tak sabar, jadi la kes samun, kes ragut, culik, rompak bank..kes along..dah tahu pinjaman tu ada riba, pegi ambik jugak..
Orang yang lulus ujian musibah, akan dapat ujian nikmat pulak. Masa ni la tahu langit tinggi rendah..sabar ke tak sabar kita ni. Banyak godaan yang lebih hebat..peluang buat dosa pun makin bertambah. Maka ramai la yang gagal dalam ujian nikmat. Yang sihat, yang kaya, yang hidup senang..ramai yang lebih suka tambah dosa dari buat amal baik. Korang mesti dah penat dengar aku sebut ujian, ujian, ujian.. Bak kata orang melayu dulu-dulu; cobaan.. (hehe..sori.) Guideline untuk ujian ni 'mudah' je kalau nak lulus..

1.buat yang wajib, elakkan yang Haram, dan hanya libatkan diri dengan perkara yang Halal

2.elakkan buat dosa seboleh yang mungkin,

3. aku tahu..mesti akan ada buat dosa gak, payah nak elak..so, kena banyakkan TAUBAT.

4. rajinkan diri menuntut ilmu-ilmu yang wajib..kalau tak, susah la nak kenal mana wajib, mana halal mana haram. Mana sunnah dan mana bid`ah. Tak belajar memang tak tahu. Kaedah taubat pun kena belajar. Harap-harapnya kita semua akan lulus dalam ujian yang dinamakan KEHIDUPAN ni..Amin~..semoga kami semua dijauhkan dari neraka-Mu..Ya Rabbal 'Alamin...


p/s- so, apa citer dengan karma? Hahaha..Tak penting sangat pun samada kita faham tentang karma atau tidak. Karma (balasan) baik atau buruk kat dunia ni, semuanya adalah ujian..manakala karma (balasan) yang kat alam barzakh, mahsyar & akhirat, barulah layak dipanggil ganjaran. Baik atau buruk, akan bergantung pada apa yang kita telah pilih dan lakukan masa hidup kat dunia.

Posted by Is-haque on October 28

No comments: