Friday, October 23, 2009

tafsir mimpi ( hanya tafsiran sahaja) semua terletak pada Allah S.W.t

tafsir mimpi abjad A-M

A

ANGGOTA KELUARGA
  • menurut Islam:
    • Anggota Keluarga: Bermimpi mempunyai anak lelaki yang remaja bererti kemegahan dan kekuatan bagi anda. Perempuan yang bermimpi mempunyai anak lelaki yang sudah dewasa bererti satu kebaikan yang akan datang.
  • menurut Barat:
    • Anggota Keluarga: Mimpi ini boleh baik atau buruk, tergantung pada hubungan anda dengan keluarga. Bermimpi ayah bererti hal-hal berkaitan dengan kuasa, bermimpi ibu bermakna hal-hal berkenaan dengan perlindungan/perlindungan lampau, bermimpi adik-beradik bererti saingan, bermimpi datuk-nenek bererti kebijaksanaan, bermimpi anak anda melambangkan anda seperti anak atau hal-hal berkaitan dengan zaman kanak-kanak anda.
AIR
  • menurut Barat:
    • Air: Air melambangkan emosi dan perasaan anda, di mimpi ia menggambarkan hidup dan kelahiran. Menyeberang sebuah sungai bermakna perubahan, sungai kecil yang mengalir dengan cepat menunjukkan emosi yang tidak dapat dikuasai, kolam terang menunjukkan permulaan baru, air berlumpur atau pusaran air bererti masalah yang tidak diduga-duga.

ALLAH S.W.T.:

  • Al-Ustaz Abu Sa’id berkata: "Sesiapa yang melihat seolah-olah dia berdiri di hadapan Allah S.W.T. dan Allah memandang kepadanya, maka mimpi itu merupakan mimpi rahmat jika yang bermimpi itu orang salih. Tetapi kalau yang bermimpi itu bukan orang salih, maka itu merupakan peringatan."


ANAK
  • menurut Barat:
    • Beranak: Mimpi ini bererti kemakmuran besar dan keberkatan, walaupun tak beranak dalam hidup benar

B

BERANAK
  • menurut Barat:
    • Beranak: Mimpi ini bererti kemakmuran besar dan keberkatan, walaupun tak beranak dalam hidup benar.

BERTELANJANG
  • menurut Islam:
    • Bertelanjang: Bermimpi kehilangan sebahagian pakaiannya atau barang-barang di rumah bermakna akan hilang sebahagian hartanya. Bermimpi seolah-olah akan menanggalkan kasut bermakna anda akan berpisah dengan isteri atau pembantu anda.
  • menurut Barat:
    • Bertelanjang: Mimpi ini bererti keadaan yang memalukan ataupun anda berkhuatir membuat kesalahan lalu didedahkan. Jika ditangkap oleh orang lain sebelum berpakaian sepenuhnya, bermakna anda belum bersiap-siap sebagaimana mestinya.
BINATANG
  • menurut Islam:
    • Binatang: Bermimpi suara singa bererti takut kepada raja yang zalim, bermimpi suara kuda bermakna anda akan mendapat pemberian dari lelaki yang mulia, bermimpi suara kulit ular bererti menjauhkan diri dari musuh yang menyembunyikan permusuhan dan berusaha untuk mengalahkannya, bermimpi percakapan burung bermakna baik dan ialah satu petanda bahawa orang yang bermimpi bertambah mulia, bermimpi suara kucing menunjukkan memalukan pembantu yang pencuri.
  • menurut Barat:
    • Binatang: Bermimpi singa bererti hal-hal berkenaan dengan keberanian, bermimpi kuda menunjukkan hal-hal berkenaan dengan kuasa, bermimpi ular menunjukkan kesuburan, bermimpi binatang liar yang berlaga bermakna pertengkaran di kalangan keluarga, percakapan burung bermakna kebahagiaan, lebah berdengung-dengung bererti baik untuk perniagaan, kucing berwarna hitam menandakan nasib baik.

BUAYA
  • menurut Barat:
    • Buaya: Anda akan ditipu oleh kawan anda. Musuh akan menyerang anda. Mimpi yang memberi amaran.

D

DARAH
  • menurut Islam:
    • Darah: Darah yang keluar dari hidung, jika ia banyak cair, bermakna harta yang berpanjangan. Jika ia kental, bermakna keguguran kandungan (anak). Jika dia lihat darah itu mengotori pakaiannya bermakna dia akan mendapat harta yang tidak baik dan akan melakukan dosa. Jika darah itu tidak mengotori pakaiannya bererti dia akan keluar dari dosanya (terampun dosanya).
  • menurut Barat:
    • Darah: Bermimpi pakaian yang berdarah, bererti musuh yang mencuba membinasakan kerjaya anda yang bermula berjaya. Melihat darah yang mengeluar dari luka bermakna kebimbangan dan penyakit, mahupun urusan niaga yang buruk dengan orang asing.

DIKEJAR
  • menurut Islam:
    • Dikejar: Bermimpi diikuti oleh orang pemuda bermakna anda akan berjumpa dengan musuh.
  • menurut Barat:
    • Dikejar: Ini adalah mimpi kebimbingan, kadang-kadang mimpi ini ialah ketakutan benar bahawa akan diserang atau digertak. Secara lambang, ia menunjukkan anda mencuba melepaskan diri dari situasi yang susah ataupun anda tidak menghadapi hakikat.

G

D

DARAH
  • menurut Islam:
    • Darah: Darah yang keluar dari hidung, jika ia banyak cair, bermakna harta yang berpanjangan. Jika ia kental, bermakna keguguran kandungan (anak). Jika dia lihat darah itu mengotori pakaiannya bermakna dia akan mendapat harta yang tidak baik dan akan melakukan dosa. Jika darah itu tidak mengotori pakaiannya bererti dia akan keluar dari dosanya (terampun dosanya).
  • menurut Barat:
    • Darah: Bermimpi pakaian yang berdarah, bererti musuh yang mencuba membinasakan kerjaya anda yang bermula berjaya. Melihat darah yang mengeluar dari luka bermakna kebimbangan dan penyakit, mahupun urusan niaga yang buruk dengan orang asing.

DIKEJAR
  • menurut Islam:
    • Dikejar: Bermimpi diikuti oleh orang pemuda bermakna anda akan berjumpa dengan musuh.
  • menurut Barat:
    • Dikejar: Ini adalah mimpi kebimbingan, kadang-kadang mimpi ini ialah ketakutan benar bahawa akan diserang atau digertak. Secara lambang, ia menunjukkan anda mencuba melepaskan diri dari situasi yang susah ataupun anda tidak menghadapi hakikat.

G

GIGI
  • menurut Islam:
    • Gigi: adapun gigi maknanya adalah keluarga rumah tangga lelaki. Maka gigi sebelah atas adalah keluarganya yang lelaki dan sebelah bawah keluarga yang perempuan.
    • Gigi yang goyang: jika sebahagian gigi goyang, menunjukkan ada yang akan berpenyakit. Gigi yang jatuh dan hilang menunjukkan kematian atau hilang buat selama-lamanya.
  • menurut Barat:
    • Gigi: hubungan tidak menyenangkan dengan penyakit atau orang yang membingungkan.
    • Gigi yang goyang: kegagalan dan khabar buruk.
    • Gigi yang hilang: kemalangan dengan tiba-tiba.

H

HAJI DAN UMRAH:

  • Al-Ustaz Abu Sa’id berkata: "Sesiapa yang melihat dia pergi mengerjakan haji pada musimnya, maka kalau dia belum haji akan dapat mengerjakan haji, kalau dia sedang sakit akan sembuh, kalau dia mempunyai hutang akan dapat membayar hutangnya, kalau dia sedang ketakutan dia akan merasa aman, kalau dia miskin akan menjadi kaya, kalau dia musafir akan selamat, kalau dia telah digulingkan atau ditendang akan kembali mendapat jawatan, kalau dia sesat akan mengetahui arah dan petunjuk dan kalau dia dalam kesusahan akan mendapat kelapangan."

    Orang yang melihat pergi mengerjakan haji tetapi sudah habis waktunya, maka kalau dia seorang pemimpin akan digulingkan, kalau dia peniaga akan merugi, kalau dia musafir akan terkandas di perjalanan, kalau dia sihat akan berpenyakit.

    Orang yang melihat seolah-olah dia mengerjakan haji atau umrah bererti panjang umurnya dan tetap pendiriannya. Orang yang bermimpi tawaf di Baitullah akan mendapat jawatan yang mulia. Orang yang bermimpi tawaf di atas tunggangan bererti dia menyetubuhi wanita yang sedang ihram.

J

JIN
  • menurut Islam:
    • Jin: Orang yang bermimpi bertukar menjadi jin bererti kuat tipu dayanya. Melihat sihir jin dalam tidur menunjukkan tipu daya. Bermimpi melihat jin, pada asalnya mereka adalah kelompak yang suka mengajak manusia berkhayal dan menipu manusia.

JATUH
  • menurut Barat:
    • Jatuh: Bererti kekurangan keselamatan, kekurangan yakin pada diri sendiri, ketakutan kegagalan, ketidakbolehan menguasai situasi tertentu, atau hanya mempunyai punca jasmaniah: kejatuhan mengejut tekanan darah.

K

KELUARGA
  • menurut Barat:
    • Berkeluarga: Mimpi ini bererti kemakmuran besar dan keberkatan, walaupun tak berkeluarga dalam hidup benar.

KUCING
  • menurut Islam:
    • Kucing: mendengar suara kucing bererti memalukan pembantu yang mencuri.
  • menurut Barat:
    • Kucing: nasib buruk jika anda tak berjaya menghalaunya atau membunuhnya

L

LABAH-LABAH
  • menurut Barat:
    • Labah-labah: Melihat labah-labah bermakna anda akan berhati-hati, bekerja dengan rajin dan menemui sukses. Labah-labah yang besar bermakna sukses yang cepat.
      Tapi kalau anda dikejar atau digigit labah-labah tersebut bermakna masalah atau kesukaran dengan kejayaan tersebut.

M

MALAIKAT:

  • Al-Ustaz Abu Sa’id berkata: "Melihat malaikat dalam tidur, jika malaikat itu yang dikenal dan dalam keadaan bergembira, maka akan berlaku sesuatu bagi orang yang bermimpi. Sesuatu yang dimaksudkan itu termasuklah kemegahan, kekuatan, berita menggembirakan, mendapat pertolongan setelah dizalimi, sembuh, setelah berpenyakit, tenteram setelah dalam ketakutan, kaya setelah miskin, bergembira setelah menderita, dapat menghajikan kawannya atau dia syahid dalam peperangan."


MATI
  • menurut Islam:
    • Mati: Melihat mati dalam mimpi adalah penyesalan daripada perkara yang sangat besar. Melihat seolah-olah anda mati, kemudian anda hidup lagi, bererti anda mempunyai dosa kemudian anda bertaubat.
  • menurut Barat:
    • Mati: Melihat seolah-olah anda mati bererti anda diancam oleh orang atau situasi yang sudah membantu anda terlebih dahulu. Melihat mati dalam mimpi bererti nasib buruk dan dukacita bagi anda dan kawan anda. Melihat seseorang mayat bermakna akhir situasi. Melihat kawan yang mati boleh mengerti hanya anda akan meninggalkan dia.

MAYAT
  • menurut Islam:
    • Mayat: Sesiapa yang bermimpi melihat mayat seseorang (yang sudah mati), seolah-olah dia mati lagi, lalu orang-orang menangisnya, yakni tidak sampai berteriak dan meratap, maka ini menunjukkan akan berkahwin salah seorang zuriatnya. Sesiapa yang bermimpi menjumpai mayat, maka dia akan mendapat harta.
  • menurut Barat:
    • Mayat: Khabar buruk perniagaan atau berkenaan dengan seorang yang tidak hadir.

MENGANDUNG
  • menurut Barat:
    • Mengandung: Jika pemimpi tidak mengandung dalam hidup benar, mimpi ini bererti kesedihan terhadap suami. Walaupun demikian, jika pemimpi sebenarnya mengandung dalam hidup benar, bererti bersalin dengan selamat.

1 comment:

Yasmin Yusuf said...

adakah tafsir mimpi yang dinyatakan menurut islam boleh dipercayai 100%?