Sunday, October 18, 2009

RESEPI LASAGNIA

BAHAN-BAHAN

1) Kulit pasta (6 keping)
2) Sos bolognese (1 mangkuk)
3) Sos bechamel (1 cawan)
4) Keju mozzarella
5) Keju parmesan
6) Minyak zaiton (1 sudu kecil)
7) Air berisi Ais (semangkuk)


CARA-CARA

Mula-mula, didihkan air bersama sedikit minyak zaiton dan masak kulit pasta sehingga lembut

Apabila masak, angkat, dan masukkan ke dalam air berisi ais

Setelah itu, aturkan 2 kepingan pasta tersebut di dalam bekas tahan panas. Kemudian ratakan sos Bolognese di atasnya. Diikuti dengan sos béchamel dan kemudian taburkan keju mozzarella. Ulangi proses ini untuk lapisan seterusnya.

Bagi lapisan paling atas, curahkan sos béchamel dan taburkan keju mozzarella bersama keju parmesan.

Akhir sekali, bakar di dalam ketuhar pada suhu 180 darjah celcius selama 20minit.

Sila rujuk video yang berasingan untuk mengetahui cara menyediakan sos bolognese dan sos béchamel

Lasagne telahpun sedia untuk dimakan.

p/s : kenyang :)

Posted by syafiqa aleeya

Source Scripters.Ning

No comments: