Bertanya si adik kecil pada sang bidadari berwajah manusia...
"Wahai kakakku, kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu, asyik berteman tangis dan sendu sahaja."
Lalu berbicara si bidadari berwajah manusia;
"wahai adikku. Bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya. Tapi di situlah wahai adikku,
kekuatan utuh tak ternilai andai pandai digunakan sebaiknya. Tangis sendunya wanita itu wahai
adikku, bisa meleburkan ego seorang lelaki...menjadi 'izzah' yang paling gah bahkan lebih gah dari
egonya seorang lelaki. Kerana sendu rayunya wanita itu, Musa a.s terselamat dari kekejaman
Firaun. Duhai adikku, lembut wanita itu bukan lemah, tetapi senjata.
Si adik tidak berpuas Hati. Lalu dipertikaikan lagi...
"Namun wahai kakakku, wanita itu fitnah dunia."
Tersenyum sang bidadari berwajah manusia.
"Pernahkah adikku dengar akan pesanan Ilahi pada hambanya? Wahai para lelaki yang beriman,
tundukkanlah pandanganmu. Lalu Allah berfirman lagi antaranya bermaksud, wahai para wanita yang
beriman, tundukkanlah pandanganmu, dan tutuplah auratmu. Lantas cuba adik nilai, pada siapa
terlebih dahulu ALLAH dahulukan pesanannya? Pada hamba yang bergelar ar-Rijal. Kerana, andai
sang lelaki menjaga pandangannya, maka tidak mungkin terlihat akan wanita yang menjadi fitnah pada
dirinya.
Dan tidak ALLAH lupakan pesanan buat wanita, agar memelihara auratnya kerana di situ lah
kehormatannya. Sesungguhnya para wanita-wanita syurga bergelar Hurun 'Ain itu, mereka tidak
memperlihatkan diri mereka kecuali pada para suami mereka sahaja. Dan mereka dikatakan wanita-wanita yang suci. Namun... wanita yang beriman itu, kata Rasulullah, lebih tinggi martabatnya! Bukan fitnah
semata-mata jikalau ar-Rijaal dan an-Nisa' sama-sama mematuhi pesanan Ilahi itu! Sesungguhnya wanita
yang beriman yang solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yang soleh."
Wanita ibarat epal. Epal yang tidak berkualiti...amat mudah diperolehi kerana ia
berguguran ditanah... Tapi epal yang tak mampu dibeli, ia berada di puncak. Susah dipetik, susah
digapai. Terkadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik. Lantas ia merendahkan
martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tinggi martabatnya. Sebenarnya..epal itu terlalu tinggi... elok sifatnya...
sehinggakan tiada siapa yang berani memetiknya. Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja bisa
memperolehinya... Mungkin bukan di dunia... tapi mungkin di akhirat? Biarlah jodohnya bukan di
dunia... asalkan cinta ILAHI mengiringinya...tak semestinya dipetik di taman dunia ? tapi lebih
bermakna bila ALLAH sendiri yang mengarahkan hamba yang disayanginya untuk memetik di taman
akhirat kelak."
[sumber : Cahaya hati = post by me
[sumber : Cahaya hati = post by me
No comments:
Post a Comment