Friday, October 9, 2009

ISLAMIC SACRED GEOMATRY (PUTRAJAYA)

Hari ni kita akan berjalan-jalan di Putrajaya secara virtual menggunakan perisian Google Earth (saya cukup suka perisian ni). Di Putrajaya, saya akan tunjukkan beberapa Islamic Sacred Geometry yang ditandakan di dalam gambarajah. Sebelum itu, saya akan huraikan sedikit sebanyak tentang apakah itu sacred geometry versi Islam.


Sacred Geometry (Geometri Suci)

Sacred geometry ialah bentuk geometri yang digunakan dalam senibina dan lukisan yang berunsur kesucian. Sebagaimana terdapatnya unsur kesucian dalam muzik, kosmologi dan sebagainya, begitu juga yang terdapat pada lukisan atau senibina geometri yang berkait rapat dengan seni. Geometri suci dipercayai mempunyai satu "penarik" kuasa yang boleh menarik kuasa alam (termasuk alignment dengan kuasa alam dan grid bumi), simbol atau keagamaan tertentu (identiti agama), simbol "penyatuan" spiritual manusia dengan alam dan simbol "penyatuan" senibina penting dengan alam. Ada juga yang berpendapat bahawa geometri ini mewakili lambang kekuasaan tuhan terhadap bangsa dan masyarakat. Konsep ini sebenarnya sama sahaja dengan teknik yang digunakan dalam Feng Shui (Cina) dan Vastu (India). Bagi maksud kuasa alam pula, masyarakat Cina menggelarnya sebagai Chi/Qi/Kundalini, Prana bagi masyarakat India, tenaga dalam atau tenaga batin bagi masyarakat melayu, cosmic/cosmos energy dalam bahasa Inggeris dan Mana bagi masyarakat Polynesia.

Kuasa alam dipercayai "mengalir" atau "ditarik untuk mengalir" ke dalam senibina, lukisan dan simbol oleh geometri suci tersebut dan melibatkan masa, ruang dan bentuk (space, time and form). Malah, Pythagoras iaitu pencipta Teorem Pythagoras Geometri juga dikatakan mencipta teorem dan beberapa pencapaian matematik yang lain berlandaskan kepada kepercayaan geometri suci ini. Geometri suci bukan sahaja terdapat pada senibina, lukisan dan ilmu pengetahuan sains dan matematik, malah terdapat juga pada tumbuh-tumbuhan seperti bunga raya, bunga lotus (kegemaran masyarakat Cina), sarang lebah yang berbentuk hexagon dan pelbagai lagi. Tenaga/Kuasa alam juga menonjolkan "self-expression"nya dengan membentuk geometri suci seperti crop circle. Saya pernah melihat di Discovery Channel tentang bagaimana sekumpulan pelajar universiti yang mencipta pelbagai teori dalam membuat crop circle dan mempraktikkannya secara senyap di ladang yang ditinggalkan sementara musim baru datang. Tujuan mereka membuat crop circle ini secara senyap adalah untuk mengambil data sampingan seperti adakah terdapat sebarang kejutan dari segi kepercayaan masyarakat tempatan terhadap kaitan crop circle dengan makhluk asing, keagamaan dan sebagainya. Ada dua jenis kaedah yang dipraktikkan oleh mereka seperti memijak batang-batang gandum (atau tanaman yang lain) menggunakan sebatang papan berukuran 1 meter panjang x 30 cm lebar serta teknik menggunakan gelombang mikro (microwave) yang panas. Gelombang mikro tersebut dibina seperti sebuah mesin rumput (jenis yang digalas di bahu) dan dihujung tempat yang sepatutnya mempunyai mata bilah (lebih kurang) digantikan dengan pemancar gelombang mikro. Pemancar tersebut seterusnya ditalakan ke arah batang gandum tersebut dan akan membuatkan batang tersebut terkulai dengan sendirinya (anggaran 2 hingga 4 saat/batang). Pada penghujung rancangan tersebut, memang benar crop circle boleh dibuat dengan hanya bantuan dari 3-4 orang sahaja. Akan tetapi kumpulan tersebut terpaksa mengakui bahawa mereka gagal untuk membuat crop circle dalam satu malam sahaja (termasuk masa yang diambil untuk membuat lakaran/pemetaan bagi bentuk artwork crop circle tersebut) dan/atau dalam masa yang diperuntukkan. Bagi saya pula, saya tetap percaya bahawa crop circle ialah hasil dari "expression" dari alam kerana bentuk-bentuk geometri ini tidak mustahil dibentuk oleh alam (sila rujuk artikel saya tentang Hexagon di Planet Saturn) dan juga ia merupakan satu "signal" atau sign/tanda yang ingin dimaklumkan oleh alam kepada manusia. Geometri-geometri suci yang saya lampirkan di bawah nanti bukanlah geometri semulajadi seperti crop circle. Ianya merupakan geometri binaan manusia yang bertujuan untuk menyamakan fungsinya dengan fungsi geometri semulajadi.

Bagaimana untuk mengenali sacred geometry sesuatu agama?

Secara ringkasnya, kebanyakkan sacred geometry bagi Islam berbentuk oktagon (8 bucu). Yahudi pula, geometri mereka berbentuk segitiga (piramid), pentagon (bucu 5), hexagon (bucu 6 seperti yang terdapat pada bendera yahudi) dan segiempat tepat (bucu 4 dan bentuk ini menyamai bentuk piramid yang dilihat dari atas kerana piramid mempunyai 4 bucu pada tapaknya). Berkenaan dengan bentuk geometri bagi masyarakat Cina dan India, saya masih belum mempunyai maklumat tentangnya dan kalau tidak silap saya, bentuk geometri bagi masyarakat India dan Cina adalah sama dengan masyarakat yahudi (disebabkan itulah Israel dapat mewujudkan pakatan kerjasama dengan negara India sebagai contoh).



logo halal Malaysia


Pandangan dari satelit; Menara Petronas



Islamic Sacred Geometry di Putrajaya


Bulatan sebelum menyusuri ke Kementerian Kewangan

Berdekatan dengan Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Luar Bandar
(kalau tidak silap saya)

bunga lotus asal

bunga lotus

bunga lotus pada seni bina di putrajaya



adakah Tun membina Putrajaya ini:

1. Khas untuk rakyat Malaysia? atau
2. Khas untuk masyarakat Islam "masa hadapan" (atau lebih tepat lagi sebagai pusat pemerintahan bagi seorang individu Islam tertentu di masa hadapan)? atau
3. Sebagai simbol pemerintahan kerajaan Malaysia?

pikir-pikir lah ....


source by scripter.ning = Ahmad saiful & ACE

post by = M.Ilyasak















No comments: