Thursday, October 8, 2009

Mahsuri - Pendedahan Kisah Sebenar Selama 7 Keturunan



Apa yang dikatakan tujuh keturunan aku oleh arwah Mahsuri dalam ucapan sumpahnya ialah dikira dari dirinya, anaknya yang sulung dan seterusnya kepada cucu cicitnya yang sulung tidak kira samada laki-laki atau perempuan. Cartanya seperti berikut,



1 MAHSURI
2 WAN HAKIM
3 WAN MOHD SALLEH
4 CIK AA
5 ABDUL RAHMAN
6 ABDUL GHANI
7 ***********

cerita asal dari RAHSIA

Inilah versi sebenar yang akan didedahkan kepada umum.
Untuk mendedahkan semua ini saya terpaksa menghadapi berbagai halangan.
saya mempunyai banyak bahan bukti yang akan saya bongkarkan ..
saudara-saudari diruangan ini adalah orang pertama yang mendengar versi ini bukan?

1. versi agak panjang dari selatan thai sampai demak.
2. bagus u kesana .u tau depa cari berapa hari saja dapat keturunan org.
3. kurniaan tu bazir saja. cuma nak tutup muka dgn tapak tangan.ada cerita unik disebaliknya.

versi ini tentang keturunan saya sendiri.20th lebih saya cari baru dapat dgn beratus bukti kecil dan besar.belum pernah disebar kpd umum 100% lagi.pernah disiar olih metro ahad 2004 tapi dihalang juga untuk disiar seterusnya.pernah ditemuduga oleh pakar sejarah kedah, prof usm,dan org dari muzium kedah. kata pakar sejarah kedah depa tak dak bajet.pernah berbincang dgn Tun Mahadzir,katanya teruskan.telah dimakium kpd kerajaan kedah ketika MB DS Syed Razak.Saya buat kerja ini dgn duit saya sendiri. banyak juga habis...

KETURUNAN PANDAK MAYAH


Radin Masjoro berasal dari Pulau Besar.Ibu dan bapanya menetap dan meninggal di Pulau Besar.Beliau merupakan seorang peniaga batu permata dan emas. Beliau sentiasa berulang alik dari Negara Timur Tengah ke Nusantara ini melalui Pulau Langkasuka. Ke Negeri Siam juga pernah beliau berurus niaga. Pulau Langkasuka pula pernah menjadi tempat persingahannya.

Setelah kemangkatan kedua ibu bapanya, beliau terus berpindah ke Pulau Langkasuka. Semasa beliau berniaga ke Siam ,beliau berkenalan dengan seorang perempuan yang bernama Kuntom Bt Abdullah. Mereka pun berkhawin dan menetap di Pulau Langkasuka.

Setelah mereka menetap di Pulau Langkasuka, mereka meneruskan perniagaan hingga ke Negeri Cina sambil belajar ilmu agama.

Hasil dari perkongsian hidup mereka,dikurniakan dua orang anak. Pertama bernama Ratna Sari dan yang kedua bernama Ratna Dewi.

Setelah anak kedua dewasa, dikahwinkan pula dengan Lah B. Mat Piah berasal dari Pattani.Hasil dari perkahwinan mereka itu, mendapat dua orang anak. Pertama bernama Umayyah dan yang kedua bernama Ishatul.

Umayyah pula berkahwin dengan Karma yang berasal dari Pulau Langkasuka.Keluarga Karma ini menetap disebuah kampung yang bernama Kampung Cenerai di Pulau Langkasuka. Mereka mendapat tujuh orang anak Anak keenam dan ketujuh pula meninggal dunia ketika masih kecil lagi. Anak kelima mereka bernama Mayah dan dipanggil dengan gelaran Pandak (Pandak Mayah)

Setelah umur Pandak Mayah lebih dari dua puluh tahun, beliau berkahwin dengan Cik Alang. Cik Alang berasal dari Satun. Setelah usia Pandak Mayah dua puluh empat tahun, mereka mendapat seorang anak perempuan dan diberi nama Masiah.

Ketika usia inilah beliau dilantik oleh orang-orang kampungnya menjadi ketua Kampung Cenerai yang pertama. Lengkap dengan pakaian rasmi dan senjata.Penduduk kampungnya ketika itu berjumlah lapan ratus hingga sembilan ratus orang.

Ketika usia Pandak Mayah dua puluh tujuh tahun, mereka mendapat anak perempuan yang kedua dan diberi nama Masilah Setelah umurnya tiga puluh dua tahun mendapat pula anak yang bongsu dan diberi nama Mahsuri.

nota: Wan Aisyah tiada kaitan langsung dalam salasilah ...cuma diwar-warkan dengsn tujuan tertentu (terancang)

citerNya panjang sesiapa yang berminat leh letak kt komen nanti akan diposkan melalui email anda..

Source by Scripters.Ning = ACE

post by=M.ilyasak

10 comments:

jimah said...

mahu tahu!!!!!

ILyasak said...

sila tinggalkan email anda ....

Nabriella Abdullah said...
This comment has been removed by the author.
100% Jade said...

hopeless_psychotic_Anne@yahoo.com

money.biz said...

nk tahu jugak...hanafdahanafi@yahoo.com

Fthn said...
This comment has been removed by the author.
^__^nukilanhati^__^ said...
This comment has been removed by the author.
^__^nukilanhati^__^ said...
This comment has been removed by the author.
^__^nukilanhati^__^ said...

dayah_prince92@yahoo.com or gurlzheart_92@yahoo.com

pu3_gadong said...

saya nak tau cerita selanjutnya...
pu3.gadong@gmail.com